Sabtu, Jun 08, 2013

ENTRI TERAKHIR MENGENAI PUSAT TAHFIZ AMAL

1. Kezaliman  memperhambakan  kanak-kanak dan remaja oleh  Pusat Tahfiz Amal, PTA  di Yan,  KEDAH  bermula sejak  lebih 13 tahun lalu.


2. Jabatan  Agama Islam Kedah,  JAIK  tidak mampu  mengambil  tindakan  sehingga ke hari ini  kerana  pusat  tahfiz  itu  tidak berdaftar di bawah JAIK.

3. Aduan  DAN rayuan  mengenai pengeksploitasian  pelajar oleh  PTA  telah saya  ajukan kepada pegawai media MB KEDAH  pada 5 Jun lalu.  Melalui pesanan ringkas dihantar,  saya dimaklumkan   Datuk   Mukhriz  telah  dimaklumkan  mengenai kes ini.

4.  Melalui  perbualan telefon,  saya telah menerangkan  fakta  kes  kepada Setiausaha  Politik MB, Datuk Azimi Daim pada 6 Jun lalu.  Bagaimanapun setakat ini  usaha untuk bertemu beliau  gagal  kerana  Datuk  Azimi  sibuk menguruskan  hal  anak beliau.

In Sha Allah,  esok  saya akan pulang ke Lembah Kelang kerana saya  juga mempunyai anak untuk  diuruskan.

5.  Dalam erti  kata lain,  saya  telah  menyalurkan  maklumat mengenai kezaliman  PTA  kepada  kerajaan  negeri Kedah.  

Pegawai  media  MB dan  Datuk Azimi  juga  tahu.   


6. Saya  bukan rakyat  KEDAH dan  tidak  berkepentingan  dalam kes  ini.  Selama ini, saya hanya  mencuba sedaya-upaya memperjuangkan  nasib ratusan  pelajar malang,  dipergunakan  tanpa  berhati perut  oleh kelompok manusia  semakin kaya raya,  bekas  ketua  ajaran sesat  dan  kini  memiliki  istana di KEDAH.

7. Semoga  Allah sentiasa  memelihara  kesejahteraan  kanak-kanak  dan  remaja  diperhambakan,  kini dan selamanya.  Dengan izin Allah,  saya berdoa  mereka  tidak akan menjadi  mangsa  kes jenayah  tatkala  dibiarkan   berseorangan  menjual pelbagai produk  di lokasi  tumpuan  awam  sehingga lewat  malam.

8. Jika  tiada pihak sudi  mengambil tindakan,  siapakah saya untuk membanteras kegiatan perhambaan  berlaku.

9. Selama  bertahun  menulis  mengenai  kezaliman PTA  sekaligus  saya telah  menyebarkan berita  kepada masyarakat  prihatin di Malaysia. Tanggungjawab  sosial  sebagai warganegara   Malaysia  telah  saya  tunaikan.

10.  Ini   entri  terakhir  saya  mengenai PTA.  Kepada semua  pembaca selama ini  menyokong usaha saya,  terima kasih.


15 ulasan:

  1. Semoga azimi daim pantas bertindak supaya segala cerita lama ttg peribadi beliau hanya fitnah politik.buktikan kreatibiliti dgn kes pertama sekecil hama ni.ini permulaan.

    BalasPadam
  2. Semoga pihak berwajib ambil tindakan.. jgn sampai dah jadi perkara tak diingini baru nak menunding jari salahkan org tu salahkan org ni...

    Apa pun cik Mazidul dah pun buat yg terbaik utk sebarkan perkara ini.. syabas!

    BalasPadam
  3. anda telah laksanakn tnggjwb anda dan brtawakal lh dan ksgkn minda anda. biar yg sptutnya pikul beban isu ini.sekian tk

    BalasPadam
  4. salam bro, sekarang tak guna budak dah, sekarang nenek tua, ketuk tingkap kereta masa isi minyak jual benda2 dari tahfiz ni, resit pun sama macam kat atas, kesina nenek tu, malam2 buta, takkanlah nenek tu pun pelajar tahfiz, nampak sanagt uzur

    BalasPadam
  5. SMTI

    Kasihan tengok budak-budak tu.

    Pernah jumpa seorang budak dari PTA ni. Umur dalam 13-14 tahun. Saja nak uji tahap hafiz dia. Suruh baca 14 surah lazim pun gagap.

    BalasPadam
  6. Harap lapurkan kepada Anti permedangan orang/manusia PDRM dgn fakta yg ada.In Syaa Allah tindakan akan diambil.

    BalasPadam
  7. Tuan,
    Apakah tindakan terbaik apabila didekati anak2 yg dipergunakan sebegini? Saya ajak makan mereka tak mahu...

    BalasPadam
  8. Dua bulan lepas, di bandar baru bangi saya ajak makan seorang anak perempuan PTA tapi beliau tidak mahu. Harap kegiatan ini sudah berhenti. Kesian lihat anak2 ini. Kita semua sanggup memberi bantuan sedaya yang boleh untuk anak-anak ini tetapi tidak sanggup melihat mereka dipergunakan. Semoga pihak berwajib negeri Kedah mengambil tindakan tegas demi anak-anak yang kurang bernasib baik. Terima Kasih Mazidul kerana membuka mata ramai pihak. Semoga ALLAH merahmati anda dan anak-anak ini dan kita semua. amin amin

    BalasPadam
  9. Semenjak 1 minggu nie PTA sudah datang ke Melaka... Petrol station, gerai makan, tapak pasar malam.... mereka berada di mana-mana dengan membawa resit PTA ini..... hm.... Saya tak leh tahan tgk mereka nie merayau-rayau kat sini mengaut keuntungan beribu2 ringgit....

    BalasPadam
  10. dulu 2 tahun lepas pernah datang ke melaka tetapu kini rasa-rasanya sudah seminggu PTA nie sudah datang ke Melaka lagi meminda derma.... eh... jauh tue... kenapa tak minta je derma kat kelantan...?? kan lebih dekat...? sad to said... lebik baik mereka jadi ajen direct selling.. sekurang-kurangnya dapat pengalaman buat business..... takkan nak minta derma buat selama-lamanya????

    BalasPadam
  11. Baru tadi dinner di kedai Upin Ipin Seksyen 13 Shah Alam, 3 kali didatangi kanak2 berbeza bawa resit PTA yg sama. Nampaknya masih lagi berleluasa.

    BalasPadam
  12. Saya didatangi seorg remaja prmpuan d Wisma Satok Sarawak siang tdi. Resitnya sma spt d ats. Katanya dia tggl d sini, cuma mmbntu mngutip derma. Hnya doa dpt dikirim agr anak2 ini dipelihara dgn sebaik-baiknya. Kpd pihak yg mengatur hidup anak2 ini, belajarlah mnjadi 'manusia'. Tolong jgn ambil ksempatan ats kesusahan dan ketidakupayaan org lain. Anak2 ini perlukan perlindungan, jminan kslmtn, ksh syg dan pndidikan sempurna.

    BalasPadam
  13. Kasihan remaja2 ini. Ini bukan kali pertama saya menderma kpd pusat ini tapi baru hari ini tergerak hati nak memeriksa. remaja lelaki yang saya temui di wisma satok tadi kelihatan kelihatan. saya x kisah menderma andai wang itu digunakan ke jalan yg betul dan diberikan kepada org2 yg memerlukan tp saya x redha jika wang itu dgunakan utk kepentingan individu yg x bertanggungjawab..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.