"Kes perhambaan kanak-kanak membabitkan pelajar Pusat Tahfiz Amal, PTA telah dimaklumkan kepada Menteri Besar. Datuk sedang menghadiri mesyuarat exco," ujar blogger, Medan Tempur Kedah.
Lalu saya dibantu oleh sahabat bergerak ke Wisma Darul Aman, Alor Setar dan mendoakan agar Datuk Mukhriz Mahathir tidak akan memandang remeh maklumat disalurkan kepada beliau.
Sebelum itu, saya berpeluang merakamkan gambar PTA di Yan, Kedah.
Biarpun dianggarkan jutaan ringgit telah dikutip oleh pelajar melalui penjualan pelbagai barangan, pagar PTA masih boleh dimasuki dek gajah.
Tingkap PTA juga masih tidak berganti dan dibiarkan ternganga. Klik di sini untuk melihat keadaan PTA direkodkan pada Februari lalu.
Bagaimanapun pada kira-kira jam 1.45 tengahari tadi, saya terlihat kelibat ramai kanak-kanak di PTA.
Saya bersama sahabat kemudian bergerak menemui beberapa penduduk tinggal kurang 100 meter dari PTA.
"Memang pelajar menjual barang, banyak kali terjumpa. Penduduk di sini memang TIDAK menghantar anak ke PTA. Keluarga tinggal jauh, di Perak, Kuala Lumpur, Johor, tidak mengetahui hal terjadi, menghantar anak mereka ke PTA. Pelajar mengaji pada waktu pagi dan menjual barang pada waktu petang. Kalau orang ramai, mereka dihantar keluar ke bandar untuk menjual di sekitar bank," ujar wanita ditemui.
Penduduk mendakwa rela menghantar anak mereka ke asrama di sekolah lebih jauh untuk belajar berbanding ke PTA.
"Pelajar memang tidak dibenarkan keluar. Kami tidak begitu kenal dengan tenaga pengajar PTA," tambah wanita dianggarkan berusia awal 40 an.
Kami kemudian ke deretan bank di Mergong, Alor Setar.
Dua pelajar perempuan PTA berusia 11 tahun saya temui berhampiran institusi kewangan menjadi tumpuan ramai terbabit.
Mereka menjual dua produk.
Mereka menjual dua produk.
"Kami mula menjual produk ini bermula pada darjah empat lagi. Kami dihantar ke sini pada jam 9 pagi dan balik jam 6 petang," ujar remaja terbabit.
Ingin mengetahui produk siapakah dijual oleh pelajar PTA di seluruh negara?
Klik di sini.
Untuk pengetahuan pembaca, produk ubat dipasarkan tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, klik di sini.
Wajah remaja saya temui kelihatan penat dan airmata bergenang di kelopak mata tatkala diajukan beberapa soalan. Sebaik menyedari gambar dirakamkan, mereka berdua beredar dan menghilangkan diri.
Klik di sini.
Untuk pengetahuan pembaca, produk ubat dipasarkan tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, klik di sini.
Wajah remaja saya temui kelihatan penat dan airmata bergenang di kelopak mata tatkala diajukan beberapa soalan. Sebaik menyedari gambar dirakamkan, mereka berdua beredar dan menghilangkan diri.
Maklumat kemudian dikongsikan oleh wanita berusia 51 tahun saya ditemui di kawasan sama.
"Setiap hari, pelajar PTA datang menjual barang di sini, bukan remaja sama. Lelaki jarang, remaja perempuan ramai. Kasihan sangat tengok, nasi pun mereka tidak makan. Kalau ada makanan pun, disedekah oleh peniaga di sekitar bank ini. Orang ramai memahami keadaan mereka, sebilangan memberikan mereka duit tetapi jumlahnya kurang daripada RM10. Jadi wang itu tidak boleh digunakan untuk tujuan pembelian barang," ujar wanita beranak satu itu.
Biarpun dalam tempoh waktu singkat, wanita itu tetap ingin meluahkan kekecewaannya mengenai kes perhambaan kanak-kanak dan remaja disaksikannya saban hari.
"Kanak-kanak ini dipergunakan, seawal usia 10 tahun. Pada waktu malam, mereka menjual barang di kedai makan. Cuti sekolah ini, mereka tidak balik ke kampung. Saya perhatikan, mereka langsung tidak duduk selama kira-kira 8 jam menjual barang. Mungkin ada 'ustaz' memantau pergerakan mereka. Setiap petang mereka dijemput menggunakan kenderaan 'elok'," ujar wanita tempatan itu.
"Kanak-kanak ini dipergunakan, seawal usia 10 tahun. Pada waktu malam, mereka menjual barang di kedai makan. Cuti sekolah ini, mereka tidak balik ke kampung. Saya perhatikan, mereka langsung tidak duduk selama kira-kira 8 jam menjual barang. Mungkin ada 'ustaz' memantau pergerakan mereka. Setiap petang mereka dijemput menggunakan kenderaan 'elok'," ujar wanita tempatan itu.
Biarlah, jika perlu saya merayu kepada Datuk Mukhriz 1,000 kali sekalipun, saya akan melakukannya.
Perhambaan kanak-kanak dan remaja berpunca di Negeri Jelapang Padi ini WAJIB diberhentikan biarpun cabaran dihadapi barangkali lebih tinggi berbanding ketinggian Gunung Jerai.
Sila salurkan maklumat mengenai perhambaan manusia terus berlaku di Malaysia di sini.
SILA SHARE SEBAGAI TANDA SOKONGAN
Salam Sdr Mazidul.
BalasPadamKe sini sudah lama dibiarkan. Yang jahatnya MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH. Meraka yg ada kuasa untuk menghalang aktiviti ini tetapi mereka biarkan.
MB Kedah terpaksa menghadapi pelbagai masalah di Kedah seperti KUIN, penyelewengan wang negeri, balak beribu hektar oleh PAS, Kes eksploitasi budak2 di Yan ini sepatutnya kerja Agensi2 Agama di Kedah..
tp semacam yg kita tahu.. geng di majlis agama Kedah lebih sibuk dgn hal DUIT dan UNTUNG dunia sheingga Madrasah Salihiyah jd 'korban' atas restu Majlsi Agama, tetapi mereka xpeduli soal2 pencegahan maksiat atau pun salah laku seperti ini.
Terllau banyak PARASIT PAS dlm hal ehwal agama di MAIK dan Jabatan Mufti Kedah. Harap semoga diberikan kekuatan oleh Allah utk MB Mukriz memulihkan masalah2 ini.
jgn risau.. kjaan kedah dh betukar.. lepas ni mesti setel sume msalah kt kedah hehe
BalasPadamsudah lama kes ini berlarutan.. amat sedih dan kecewa dengan sikap mereka yg sepatutnya berkuasa utk menghalang dari berlakunya semua ini masih membiarkan ianya berlaku.. kes ini dah byk kali saudara mazidul dan rakan2 lain suarakan.. hinggakan ke peringkat menteri yg bertanggungjawab pun kita sampaikan.. tp saya pelik kenapa ianya tidak boleh diambil tindakan.. berkuasa sgtkah pemilik tahfiz menipu ini????? apa2 pun sama2 lah kita terus berusaha semoga perkara ini dapat diselesaikan sebaiknya demi nasib anak2 yg tak bersalah.. tahniah bro mazidul kerana tidak pernah berputus asa.. kami bersama anda memberi sokongan dalam hal ini..
BalasPadamMB MUKRIZ...TOLONG TUBUHKAN BADAN KHAS BAGI MEMBENDUNG MASALAH INI...BUKAN DI KEDAH JE DEPA DOK KUTIP SAMPAI SATU MALAYSIA DAH..PG TGK KAT STESEN MINYAK, BANK, WARUNG LIHAT KESUSAHAN MEREKA...CUBA BAYANGKAN JIKA KANAK-KANAK INI DI RAGUT / PERAS UGUT APA AKIBATNYA...MARILAH KITA SEMUA BERTINDAK....INI ANAK BANGSA KITA PEWARIS NEGARA....INGAT ORANG ISLAM+MELAYU MARI KITA BANTU SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA SEBEGINI INILAH BEKALAN AKHIRAT KITA...AKU DOAKAN ANAK-ANAK INI MENDAPAT HIDAYAH DAN LAPANG PINTU HATINYA UTK MENERIMA ILMU DUNIA + AKHIRAT...BRO MAZIDUL TQVM...
BalasPadamKenapalah tak ada kesedaran pada ibubapa yg hantar anak2 ke sini. Anak2 saya kat rumah nak minta tolong buat kerja rumah pun tak sampai hati inikan pulak nak suruh buat kerja jual2 mcm tu cari duit.
BalasPadamSemoga Allah melindungi anak2 tersebut.
Beberapa hari lepas saya makan di laman Grill Shah Alam dan didatangai pelajar yang lebih kurang umurnya 10 tahun meminta derma untuk Tahfiz berkenaan. Sebenarnya ini bukan kali pertama..saya bertanya... Katanya kalau saya dema RM 20 saya akan dapat kapsul herba suami isteri ni.. kalau Derma RM 10 sahaja dapat resit sahaja.. saya kemudian bertanya sambil memegang pil herba suami isteri ni.. saya katakan.. yang mereka masih budak macamana boleh jual pil suami isteri ni..? Jawapan yang saya terima sungguh tak masuk akal..
BalasPadamKatanya ini sejenis gula2 gel sahaja dan kanak2 pun boleh makan..
Semasa kejadian jam ditangan saya lebih kurang 9.30 malam. Saya kata lagi dah malam awak jual pil2 macam ni salah tau.. dia kemudiannya mengambil pil dari tangan saya.. dan kata makcik nak derma tak.. saya kasihan dengan pelajar tersebut.. nampak takut2 dan keletihan saya hulurkan RM 10 padanya..
Ini kejadian kali kedua saya menyergah pelajar Tahfiz menjual pemakanan suami isteri. Kelmarin di RNR Seremban budak perempuan menjual minuman suami isteri.. soalan yang sama juga saya berikan.. awak masih belajar.. belum khawin macamana boleh jual air macam ni... Bila kita tanya soalan2 begitu nampak mereka tak selesa dan buat muka marah.. saya pernah kena.. katanya kalau tak nak derma tak apalah.. terus dia pergi dengan kasar...??
sampai bila anak2 ini harus dijadikan alat bg memenuhi kehendak orang lain..
saya harap perkara ini dapat dibongkar lebih dalam lagi..
terima kasih Saudari Mazidul yang tak jemu2 menmbongkar kejadian ini
memang susah dan sulit bila berhadapan dgn golongan yg ngaku tinggi ilmu agama..mereka bolih buat sesuka hati dgn menggunakan nama jabatan agama...benar..dlm. .MAIK ramai parasit pas berselindung di sebalik agama..percayalah..jika kerajaan kedah sekarang mengambil tindakan menutup pusat tahfiz tersebut...maka puak pas terutamanya mahfuz,mat sabu, ustaz nasir ex yb pdg terap dan yg sealiran dgn nya akan guna isu ini menuduh kerajaan BN kejam,zalim dan anti islam..
BalasPadamKesian budak2 ni, tak tahu nak cakap apa dah. harap tindakan sewajarnya diambil.
BalasPadamKepada ibu bapa yang nak hantar anak belajar di pusat tahfiz, selidiklah sedalam2nya sekolah tersebut. Bukan tak boleh hantar anak belajar agama tapi status sekolah juga penting untuk diketahui supaya apa yang berlaku di sekolah terbabit adalah dalam makluman kita sebagai ibu bapa. Kesian anak2 ni.
Tahniah abg Mazidul yang berani membongkar PTA ni.
Salam Sdr Mazidul
BalasPadambukan kat kedah sahaja,kat kuala terengganu pun ada benda mcm ni...smalam saya pergi ke maybank di bandar, ada seorang remaja perempuan menunggu di depan pintu,dah 3 kali saya pergi bank pada waktu malam saya tengok orang yang sama aje.. saya tengok barang yand dia jual pun sama seperti yang sdra tunjukkan dalam gambar, mungkin ini juga sindiket
https://www.facebook.com/momok.tolang
BalasPadamSalam Sdr Mazidul
BalasPadamperkara ini juga berlaku di kuala terengganu dihadapan maybank utama,
dah 3 kali saya terserempak dengan remaja perempuan yang menjual barangan yang sama seperti sdra tunjukkan. pada waktu malam beliau akan berada di hadapan pintu masuk maybank untuk menjual barangan
mungkin kah ini juga satu sindiket
SMTI- jom kita jumpa Datuk Mukhtiz Tun Mahathir. Beliau memang berjiwa rakyat. Boleh bincang panjang lebar berkenaan masalah ini, kalau bro MAS sudi lah.
BalasPadamBro Mazidul - jemput terima pelawaan Red Rambutan ... Mungkin PA tak panjangka ke pengetahuan MB. Depa ( PA ) ingat ini benda kecil
Padambantulah kesemua anak-anak ini. tak tertahan sebak tatkala terserempak mereka di premis2 seperti yang dilaporkan. Ya Allah.....selamatkanlah mereka. Aminnnnnn
BalasPadamSekarang tarian lucah utk tontotan umum sudah dibenarkan semula di Kedah seperti yg dipersembahkan di City Point, Alor Setar 2 hari lepas. Terima kasih rakyat Kedah kerana memilih kerajaan baru yg lebih telus terhadap agenda kemaksiatan...
BalasPadamMengenai mempergunakan kanak-kanak untuk memungut derma, ia sangat menyedihkan. Usia semuda itu sepatutnya masa mereka dihabiskan di sekolah bukan mengemis di tepi jalan.
Tapi apakah pilihan sekolah bila menghadapi masalah ketidak cukupan dana utk pembangunan pendidikan pelajar? Kerajaan yg dipimpin oleh orang Islam di peringkat Pusat (BN) dan Kerajaan Negeri (termasuk kerajaan Pas dahulu) hanya galak memberi bantuan kpd sekolah2 sekular termasuk sekolah Cina, bukan kpd sekolah2 berteraskan agama. Jadi satu-satunya pilihan cepat dan pintas ialah dengan memaksa pelajar memungut derma.
semutapi.. fakta anda salah..mengikut rekod sekolah PTA ini menolak segala bantuan dari kerajaan baik pusat malah negeri.. majlis agama Islam pernah menyarankan agar sekolah ini berdaftar dengan kerajaan agar dapat disalurkan bantuan..namun pihak sekolah menolak dan lagi satu sekolah ini tidak memenuhi syarat syarat sekolah agama..jika bantuan diberikan bermakna sekolah perlu mwnghentikan perhambaan pelajar.. majlis agama ingin beri bantuan agar sekolah ini penuhi kreteria namun sampai sekarang pihak sekolah menolak.. yang peliknya kenapa jual produk orang yang di istiharkan sesat oleh majlis agama?
BalasPadamSemut api, saya menganggap awak menulis komen di atas TANPA membuat penyelidikan mengenai isu dibangkitkan.
BalasPadamMembaca dan memahami FAKTA adalah satu kemestian, jika tidak komen awak bakal kelihatan tidak cerdik.
berapa ramai pelajar tahfiz ini yg direkrut..berdasarkan komen dan pengalaman org, nampak mcm di seluruh malaysia pelajar2 ini berkeliaran..
BalasPadamsy juga baru shj didatangi oleh pelajar ini di ALAMANDA Putrajaya hari Sabtu lps...
en mazidul,mereka telah kembangkan sayap ke sarawak pula.rasanya awal thn ni saya dah nampak mereka di medan niaga satok.minggu lepas confirm dr rumah amal tu.resit sebijik.menyesal juga tak derma untuk dapat resit sb sakit ati tgok dia org digunakan.Ahad tu sy tgok 3 org,remaja,2 lelaki dan 1 pompuan.ramai juga yg derma.hari biasa tah ke mana dia org..
BalasPadamSalammm,saya salute usaha seperti mazidul ini - saya harap akan dapat reaksi sewajarnya dari pihak berwajib... walau bagaimanapun, saya ingin mencadangkan supaya kita buat satu "flashmob" utk usaha mazidul ini, dalam erti kata lain, apa kata, walau dimana saja kita berada, jika terserempak dengan anak2 ini, kita ikut saja mereka, sambil mengambil gambar/video perjalanan mereka ini. bagi diri saya, saya sanggup ambil cuti sehari dua supaya dapat ikut mereka ini, dengan harapan, kita dapat "compile" satu report yang menyeluruh dari seluruh negara... mungkin dengan ini, usaha mazidul akan lebih efektif, insya allah...
BalasPadamSaya semalam terserempak dengan budak2 PTA di Tunas Manja Bandar Bera, Pahang. Terdiri daripada 2org remaja lelaki berkopiah hitam. Setiap orang yang keluar daripada Pasaraya tersebut, pasti di sapa, termasuklah saya. Bila saya lihat resit dan barangan yang dijual terus mengingatkan saya tentang blog.En. Mazidul. Terus saya tak tanya mereka apa-apa dan masuk kereta dan jalan. :-)
BalasPadamtak tahu nak komen apa dah//sakit ati sgt sbb kanak2 dipergunakan
BalasPadamoperasi mereka berkembang biak walau pun pendedahan demi pendedahan dibuat.. siapakah yang berkuasa menghentikan perhambaan kanak2 ini demi kekayaan individu dan berselindung di sebalik nama kebajikan dan Islam? Soalan "siapa yang berkuasa menghentikan" ini bagaikan sudah ada jawapan iaitu "tiada siapa" dan jawapan inilah yang menyebabkan mereka semakin berani.. Mungkin Raja-Raja kita boleh bertindak atas kapasiti ketua agama apabila agensi yang dipertanggungjawabkan saling menuding jari..
BalasPadamSaya pernah sugul seharian kerana bertikai dgn pelajar yang memungut derma berkenaan dan kebetulan dia menjawab dalam situasi yang agak kurang ajar.. saya sedih kerna pernah membaca hadis "janganlah kamu mengherdik anak yatim.." dan khuatir sebenarnya itu anak yatim dan saya telah menzaliminya dengan lidah..
Pihak bertanggungjawab (yang ada kuasa) TOLONGLAH..
Pihak berwajib tak kira la dari mana (Majlis Agama Islam, JKM, pejabat Menteri Besar) perlu ambil tindakan. Ini seolah2 masing2 cuba lepas tangan dan harap ada pihak lain yg tangani isu ni. Jalankanlah tugas (amanah) yg telah diberikan dgn penuh rasa tanggungjawab.
BalasPadamPerkara ini mesti dihentikan walau apa jua cara sekalipun. Saya tidak kisah BN atau PAS yang perintah.
BalasPadamHarap jika perlu tangkap sahaja yang menggunakan pelajar dan ambil alih sekolah ini demi halang pelajar diperalatkan.
Siapa sanggup tengok anak perempuan di stesen minyak jam 11.30 malam muka keletihan ?
Saya ada anak perempuan dan saya tahu betapa risau hati jika anak kita di tempat awam tengah malam!
Terima kasih entri ini abang mazidul kerana ia masih lagi berjalan tanpa sebarang tindakan.
Mohon jasa baik dapat paut blog saya di sini, jika tidak menjadi keberatan kepada tuan empunya blog.
Blog saya penembak-tepat.com
Aku dah baca dari atas sampai ke bawah. Semua kata simpati, kesian, derma sikit, mungkin untuk makan minum anak-anak tu. Dah merata tempat depa jumpa dalam Malaysia, dari pagi hingga ke malam. Budak-budak ni pergi balik dengan apa? Tak ada sesiapa nak buat follow-up? Nak tau nombor dan jenis kereta. nak tau tinggal di mana, berapa orang ada dalam satu grup dsb. Kita simpati dari jauh saja kah?
BalasPadamKalaulah aku ada tenaga, ada kemudahan...
Saya ada satu cadangan, apa kata sekiranya kita terjumpa dengan kanak2 ini, kita belilah saja barangan yang dijualnya dan ambil resitnya sekali, kalau dapat, ambillah gambar mereka.
BalasPadamKemudian, pergilah ke balai polis yang berdekatan dan buat laporan polis dan serahkan bukti-buktinya. Mungkin ini adalah sindikit jenayah yang bertopengkan agama.
Setiap kali keluar dari bank semasa sy bekerja di seremban pasti sy terseremlak dengan kanak2 ari madrasah tersebut.. tak sanggup tengok mereka ni dipergunakan.. pernah sy tanya datang dari mana, tak sekolah ke? Diorang cakap dari kedah.. datang dengan ustaz warden.. pasal sekolah tu diorang x jawab pulak.. sangkanya kat seremban je ade.. balik ke penang pun ada jugak.. resit yang sama.. sekolah yang sama.. tapi semenjak dua menjak ni dah tak ada dah tunggu depan bank.. kemana dan apakah nasib kanak2 ni semua? Ibu bapa tolonglah pantau anak2 anda serta aktiviti yang mereka jalani di sekolah2 yang anda hantar..
BalasPadamBUKAN FENOMENA PELAJAR TAHFIZ SAJA.. SUDAH JADI TREND MINTA DERMA TUNGGU DEPAN PINTU BANK BUKA SAJA PINTU BANK DAH ADA ORANG DOK TUNGGU..NAK MARAH TAK BAIK...KADANG KADANG RASA MACAM NAK MARAH...
BalasPadam