Terang-benderang dianggarkan selama 8 tahun, akhirnya Jumaat malam Sabtu lalu kolam memancing ikan di Damansara Perdana, Pataling Jaya, Selagor, bergelap.
Gambar di atas dirakamkan pada jam 11 malam. Dua cahaya di atas bumbung pancaran dari lampu kawasan perumahan di bahagian belakang.
Dua pemancing datang barangkali berasa kecewa kerana kolam itu ditutup. Mungkin mereka tidak mengetahui nyawa mereka bisa tergugat setiap kali memancing di kolam itu seperti telah disahkan oleh TNB, klik di sini.
Sewaktu operasi bersepadu dijalankan oleh SYABAS, TNB, MBPJ dan polis pada 29 Mei lalu, sebilangan pemancing berasa hairan melihat ramai penguatkuasa berada di lokasi. Mereka pasti tidak mengetahui kegiatan pengusaha mencuri elektrik dan bekalan air. Lebih daripada itu, kolam dan struktur binaan juga didirikan secara haram.
Klik di sini.
Jika berlaku kemalangan meragut nyawa di kolam itu, pemancing hanya mati katak.
Wajar benar tajuk dipilih oleh Sinar Harian semalam.
Saya jangkakan, operasi kolam terbabitg akan berhenti sepenuhnya pada pertengahan minggu ini jika struktur binaan di tapak haram dirobohkan.
Seorang lelaki menghantar mesej berbaur kemarahan di Facebook apabila kes ini dibongkar. Biarlah tidak saya dedahkan identitinya buat masa ini. Tidak pasti samada dia seorang daripada taukeh premis terbabit atau tidak.
Dia harus ingat, saya dan wartawan Sinar Harian BUKAN pihak berkuasa, kami hanya pelapor kepada kejadian.
Kalau masih tidak berpuas hati, sila ajukan masalah ini kepada Elizabeth Wong, dia sekarang menjaga kesejahteraan alam sekitar di Selangor. Boleh juga menjemput dia meninjau alam sekitar dicemari oleh individu menangguk di air keruh itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.