Sabtu, Ogos 24, 2013

UNIFI MACAM SIAL UPDATED

Saya sudah berasa amat bosan dengan perkhidmatan Unifi TM. Sejak semalam, berstatus 'limited'. Maksudnya internet tidak boleh digunakan. Status sama dipaparkan oleh 3 komputer riba di rumah dan kejadian itu berlaku secara tiba-tiba sejak 2 hari lalu. Di rumah tiada anak kecil meragang,  berpeluang menghempaskan router atau modem TM diletakkan kemas di atas meja di sudut rumah.

Menghubungi talian bebas tol TM macam sial. Tiga puluh minit, belum tentu kita  berpeluang berkomunikasi dengan manusia. Setakat mendengar mesin rakaman mesin bercakap, memang boleh. 

"Tekan 1 untuk bahasa Inggeris, tekan 2 untuk bahasa Melayu ...."

Penat,  kita terpaksa melangsaikan kerja di restoran mamak. Bil makan minum, berpuluh ringgit tetapi tidak mengapalah,  rezeki Allah berikan. Oh! Saya tinggal di Kota Damansara, PETALING JAYA, Selangor, bukan di dalam pondok atas pokok di hutan belantara. Kalau tinggal di hutan mungkin beruk atau monyet boleh masuk ke pondok dan bermain dengan router atau modem.

Kalau membuat aduan di blog ini,  barangkali lebih berkesan. Rasanya, ramai kakitangan TM membaca entri ini. Apabila berlaku monopoli dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar, beginilah jadinya.

Ketika nombor talian bebas tol  TM saya hubungi ... 

"Memang  dari sini,  saya lihat  tiada connection. Technician kami akan datang dalam tempoh 24 jam,"  jawab petugas perkhidmatan pelanggan.

Sedapnya mulut berkata-kata, klise.

"Saya tidak boleh berada di rumah selama 24 jam  esok  semata-mata  untuk menunggu technician  datang. Jadi boleh cik  beri tahu saya,  jam berapakah dia akan datang esok? Untuk  pengetahuan cik,  sebagai manusia biasa, saya juga ada kerja lain hendak dibuat selain  daripada menunggu techician sehari suntuk di rumah," balas saya.

"Saya tidak ada jadual technician," celahnya.

"Maksudnya,  semua perancangan bakal saya lakukan esok, terpaksa saya batalkan ke? Kalau jiran bertanya, encik Mazidul tidak keluar rumah ke hari ini (esok)? Jadi saya akan menjawab, tidak sebab menunggu technician Unifi, dia akan datang dalam tempoh 24 jam. Tidak logik, kan? Macam cik lah, esok mungkin hendak berjumpa boyfriend, kalau sudah berkahwin, esok mungkin keluar dengan suami tetapi saya harus duduk di rumah. Begitu ke?," tanya saya lagi.



Akhirnya,  mungkin kerana didesak,  pada jam 6.05 petang tadi, kakitangan TM menghubungi saya.  Katanya, technician akan datang membaiki kerosakan pada jam  9 pagi esok. Baik, tepat jam 9 pagi, saya akan ngangakan pintu rumah.

Sebelum ini,  sewaktu berlaku kerosakkan terdahulu, kejadian AJAIB  berlaku.

"Encik, bilakah techincian akan datang? Tempoh 24 jam dijanjikan telah berlalu," soal saya kepada kakitangan  perkhidmatan  pelanggan TM.

"Dia sudah datang tadi,  melakukan kerja pembaikkan di luar rumah dan sekarang sudah balik," jelasnya.

Tidakkah macam sial namanya kalau begitu?

"Oh! Masalah saya masih belum  selesai.  Bukankah wajar jika saya dihubungi terlebih dahulu, tanya samada talian sudah ok atau tidak sebelum dia balik?," soal saya.

Ya, kejadian itu berlaku. Tidak salah kalau saya berasa marah sebagai pengguna. Saya tidak berminat untuk diperhambakan oleh TM.

UPDATE

Staf teknikal TM tiba di rumah pada jam 8.58 pagi. Setelah membuat pemeriksaan, dia membuat keputusan menukar modem lama kepada modem baharu.

"Lampu VOIP tidak menyala," katanya ringkas.



"Apakah sebabnya status  internet  beberapa kali bertukar kepada 'limited' sebelum ini?," soal saya.

"Itu saya kurang pasti," jawab staf berasal dari Negeri Sembilan itu. 

Peringatan saya kepada TM, tidak perlu pelanggan memaparkan kritikan dan komplen melalui blog. Damage control  boleh dilaksanakan lebih awal sebelum ketidakpuasan  hati dipaparkan di laman sosial. 

Pelanggan tidak bertujuan menyusahkan TM tetapi TM harus bersifat lebih prihatin apabila pelanggan mengalami gangguan teknikal internet. 

Jangan ambil mudah.
posted from Bloggeroid

111 ulasan:

  1. mazidul, saya dulu, ada bill tertunggak stramyx,dalam ratus2 je, lepas tu dapat surat rm15++, wah makan duit nampak, lepas tu tak tahan pengutip hutang ugut saya akan di saman kerana tak bayar, dan akan ada charge +++ hngga seribu lebih lagi kerana saya tak bayar, sy nak bayar sikit2 nak tau apa mereka kata, tak boleh sbb nama en dalam pemerhatian pihak peguam? hehe.. apakah teruk benar tm ni? sy skrang buat bodo je nak tnggu surat betul ke idak, jgn main2 dgn rakyat marhen yang rasa tm ni makan duit.. fight!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. headbomb, saya sarankan encik untuk pergi ke tmpoint terdekat. dan sekiranya perlu, rujuk dengan staff di bhagian credit managemnt krn tm membenarkan customer untuk bayar secara installment. collection agency mungkin xtaw psl byrn scra installment ni. terima kasih

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Kalau problem lagi email saya en mazidul, nanti saya hantar anak buah saya pergi tengok. mi1ee@hotmail.com

      Padam
  2. bukan UNIFI saja ... streamyx pun sama ... 12X complaint ... no change !

    BalasPadam
  3. tm streamyx pun sama..bayar je mahal,line macam siput babi panjat bukit..

    BalasPadam
  4. Bukan FAM jew yg bangsat tapi TM pun bangsat!!...mentekedarah duit orang jew...

    BalasPadam
  5. Kalau "limited " tu check le pc dulu bang dol.Mana tahu network card ader problem.jangan nak cepat naik angin nanti malu sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Halim, setelah dihubungi Unifi, disahkan tiada connection. Untuk pengetahuan awak, saya lama belajar computer dan membuat kerja programming. Dijanjikan techician akan datang esok pagi, jam 9.

      Jadi tidak perlu awak memalukan diri menyarankan sesuatu memang tidak diperlukan.



      Padam
    2. kesian kat halim...nak soh org yg slalu guna komputer...mcm le dia x thu nk check...haha...nak tunjuk pandai x kena sasaran...

      Padam
    3. En.halim tu orang TM batang berjuntai la...itu psl lah tak puas hati org sound TM...

      Padam
    4. Jangan cakap BATANG BERJUNTAI, nanti Halim marah. Berjuntai Bestari, nama baru.

      Padam
    5. Marah betul si halim ni. Betul...tm mmg busuk la. Stremyx ke unifi ke same je!

      Padam
    6. Bestari Jaya kot. bukan berjuntai bestari. http://en.wikipedia.org/wiki/Bestari_Jaya :) biasanya TM hanya cepat respon utk pelanggan2 business, utk yg home mmg masak la nk kena tunggu. ini pengalaman peribadi diri sendiri. Even skrg permohonan nk upgrade daripada 4mb ke 8mb streamyx di kedai komputer sy telah dibuat masa minggu kedua ramadhan, smp skrg technition x mai2 lagi kt tempat saya kt aloq setaq, saya pakai pakej business ni. nk upgrade ke UNIFI, masih belum sampai lagi area sini.

      Padam
    7. Monopoli ke????maxis pun ade buat perkhidmatan sama kan..??pakai maxis pun same jugak..fuhh
      nie nak cerita pglmn...sebb sekrg nie kalau kite on wifi seng kena hack...sebb saye ade terjumpe orang jual device untuk hacking dalam FB...device ni bile deteck je wifi die akan attack wifi tu sampai dapat password....cuba check dlu dalam modem tu sape yg tgh access...tapi biasa lah network saya yg jge server ni pun pernah down network and so on.tapi kesian giler bile dgr cerita kawn saya yg keje kat contack centre...depa xtaw ape2x pun pasl network sbb background depa kebnyakkanya bukan dr IT...tapi tula there human...saya tak pandai macm mazidul...just cerita pglmn je bukan nak sebar fitnah...

      Padam
  6. Kat malaysia ni semua sampah...semua nak kaut untung..ahli politik ah malas komen..hampass

    BalasPadam
  7. salam bro,

    TM adalah antara GLC yang dilindungi oleh kerajaan. Walauapun khidmatnya tidak berapa memuaskan, kerajaan tidak rela membiarkan TM disaingi oleh syarikat yang 'lebih bijak' atau yang mempunyai 'kepakaran lebih tinggi' daripadanya.

    kerajaan menyuntik kira-kira RM4 bilion agar TM dapat meningkatkan keupayaan dan memperluaskan liputannya tetapi hasilnya tidaklah semahal geran yang diberikan, terutama di sabah dan sarawak.

    dasar 'protectionsim' kerajaan ke atas TM menyebabkan banyak syarikat lain, khasnya bumiputera tidak dapat peluang bertapak di bidang telekomunikasi ini. dengan peraturan ketat dan sifat pilih kasih SKMM yang kini diterajui oleh sekumpulan 'geng botak', mereka terus menginjak syarikat bumiputera dan menghalang mereka daripada menjadi pesaing kepada TM. malah, untuk menjadi syarikat bersekutu TM (bagi berganding bahu meningkatkan servis yang ada) pun tidak diizinkan.

    sebagai contoh, Jalenas (syarikat Jalur Lebar Nasional) menjadi mangsa dasar 'perlindungan' kerajaan ini. walaupun ia dilancarkan sendiri oleh datuk najib di pekan kira2 3 tahun lalu, hasilnya tidaklah selancar yang diharapkan. apa tidaknya, bank2 yang sebelum ini menyokong dan sedia membantu Jalenas terpaksa berundur kerana wujud permainan politik TM, SKMM dan putrajaya.

    Jalenas mempunyai pakej unifi dan broadband yang lebih baik daripada TM, maka sebab itulah TM 'takut dengan bayang2 sendiri' dan enggan memberi ruang kepada Jalenas. dengan kerjasama SKMM, Jalenas diinjak sebegitu rupa sehingga terpaksa bergantung kepada sejumlah kecil pelanggan sedia ada.

    kita hanya ada 7 tahun lagi untuk mencapai taraf negara maju tetapi kerajaan sendiri enggan meningkatkan kedudukan jalur lebar kita ke taraf sebuah negara maju. jika kerajaan, yang selama ini menyeru agar bumiputera merebut semua peluang yang ada di semua bidang, turut mengenakan kekangan seperti ini, saya percaya kedudukan kita akan terus kekal di paras terbawah berbanding negara sedang membangun, dan bukan di kalangan negara maju.

    BalasPadam
    Balasan
    1. When Bujai speaks, I can't deny.

      Geng Botak? Saya tidak termasuk hahahahahaha

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. As Salam, dah settle ke UNIFI rumah tuan? Kalau ada problem call hp saya boleh saya minta staff saya turun tengokkan. Saya bukan TM tapi ada kawan jadi kontraktor TM. Kerosakkan itu berlaku ada dua kemungkinan
      1) kemungkinan ONU rosak mungkin kena petir
      2) Kebanyakan kerosakan disebabkan kontraktor yang datang pasang tak ikut spec yang ditetapkan. Contohnya selepas pasang kontraktor kena tahu berapa LOSS DB yang dibenarkan. Daripada (DP telekom ke FTB dinding rumah ke FWS). Kalau cable ada band dan pemotongan tak cantok menyebabkan tiba2 je unifi tak boleh pakai. Muktahir ini banyak kontraktor datang buat kerja peralatan tak cukup. Contohnya diaorang tak pakai FIBER STRPER YANG ELOK, menyebabkan cable gantian kaca pecah lama kelamaan unifi kita down lah. Diaorang potong cable fiber tak pakai FIBER CLEAVER dimana alat ini dibuat daripada diamond.

      Pasal call lama nak jawab tu no komen, sebab telekom bagi sub pada anak syarikatnya VADS BERHAD. Memang macam gitu lah, bila report lambat nak jawab. utk pengatahuan tuan, yang lagi menarik no customer services UNIFI 1300 tu bukan free tetapi kita kena bayar kalau kita call. Kita call kita kena charge, kalau setengah jam dah berapa dia dapat? Telekom Malaysia belajar benda ni daripada AirAsia kot.

      Padam
  8. kawan saye dah setahun minta potong line streamyx, tm minta fax satu form. fax berpuluh kali dah. tiba2 sebelum raye haritu bil sampai rumah, lebih RM800..TM CIBAI

    BalasPadam
    Balasan
    1. camtu lah kes saya, siap nak kena saman katanya, time kita kena fight betul2 tm sampah ni.. pui

      Padam
    2. saya baru je kena...dah 3 bulan x guna bill msh berjalan....tu ok lg....bila nak terminate dia bg 2 minggu untuk proses terminate....ada ker pgawai tm ckp....dlm tempoh 2 minggu tu bil akan berjalan seperti biasa...padahal knap TM tk blh buat mcm Celcom ker apa2 ker...Celcom, kalau bil tertunggal confirm talian di sekat n tak blh guna selagi x bayar....tapi TM walapun dah disekat di bar , pengguna x blg guna, bil berjalan dengan senang hati jer.....padahal dah terang2x dia tulis credit limited RM300...tapi bil blh pergi RM5++ / RM6++....cuba TM buat kerja biar tidak menyusahkan orang ramai...te belum comment pasal line lagi...
      Sekian.

      Padam
  9. Cuba tukar maxis fiber. Setakat ni ok la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. For ur information...maxis fixer also use tm line too..if u punyer "maxis fiber" ad mslh...die pon akan anta org tm n texhnician die jugk...maxis x berdiri ats kaki die sendiri untuk maxis fiber...pinjam line je..

      Padam
  10. Saudara MAzidul, saya juga mengalami pengalaman buruk berkenaan servis unifi ini... bercakap dengan pengurus khidmat pelanggan sekalipun tidak dapat memberikan makna apa-apa pada saya... Berkenaan masalah technician, technician Unifi ada yang sanggup menipu menghubungi saya dan melaporkan saya tidak dapat dihubungi kepada call centre dan alhamdullilah siasatan dalaman dilakukan oleh pihak Unifi dan technician itu dipecat (itu yang dimaklumkan kepada saya oleh seorang pengurus ketika itu). Saya amat faham dengan masalah yang dihadapi oleh saudara tatkala kerja yang memerlukan sambungan internet menimbum-nimbum... Kata-kata akhir saya kepada pengurus Unifi itu, tingkatkan mutu kerja dan utamakan kepuasan pelanggan dan permudahkan segala prosedur.....

    BalasPadam
  11. Syukurlah Malaysia masih aman damai makmur sentosa world island resort! -ptuihh TM!

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Syg tol mazidul ngn TM....masih gunakn servisnyer...dlm pd ms yg sm..mengutuk..mengkritik...kenape x beralih je kat servis yg hebat2 selain TM...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayangnya awak tidak faham. TIDAK salah pengguna mengkritik agar TM memperbaiki perkhidmatan.

      Awak kritik saya, saya rileks sahaja.

      :)

      Beralih ke perkhidmatan lain atau tidak, itu hak saya. Mungkin awak belum berupaya memahami situasi sebenar. Komplen itu PERCUMA. TM adalah syarikat, bukan individu seperti awak. Kawan Halim ke? Kerja TM?

      Hahahahahahaha

      Cool ...

      Padam
    2. Ops! Satu lagi, saya kritik menggunakan nama saya. Awak? Sayangnya individu tidak dikenali kerana tidak berani menampilkan identiti.

      Itu bezanya, di antara awak dengan saya.

      Boleh terima?

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Nia Zack, awak pun sedang mengkritik. Tidak sedar? Aduhhhhhhhhh. Tidak ada siapapun terbuuh jika dikritik.

      Nia Zack ini hantu ke?

      Padam
  14. assalamualaikum...saya pernah dipermainkan begini...ada sekali tu, pihak TM telefon saya untuk buat temujanji dgn juruteknik TM..dan saya melopong menunggu di rumah (terpaksa kensel semua appointment..) dipendekkan cerita-selepas 2 hari,internet di rumah saya masih bermasalah...apabila saya menghubungi pihak TM dan bertanyakan status aduan saya-boleh dia kata-aduan encik telah diselesaikan...saya kata KEPALA HOTAK HANG!! sapa yg selesaikan aduan aku nih?!! pihak TM kata-juruteknik telah ke rumah encik 2 hari lalu, dan kerosakan telah dibaik pulih!! darah saya menirap-saya kata_HARAM JADAH, AKU SEHARIAN TUNGGU HGPA KAT RUMAH, TELEFON TIDAK..BATANG HIDUNG PUN TAK NAMPAK!!! BILA MASA HGPA MAI RUMAH AKU?!!! saya maki hamun puas2...dok seminggu lepas tu, internet okay balik setelah 6 minggu aduan pertama di buat!!

    BalasPadam
  15. mungkin TM ni sesuai jaga tm point je utk kutip bil..lain2 tu bagi kat org lainlah.saya sbnrya dah cukup penat dgn unifi ni tp sabar je sbb takde servis pilihan lain

    BalasPadam
  16. bro mazidul, router orange tu mmg problem. Cuba guna network cable dan bukan wifi. Saya cadang guna router lain yg dah pre-configure dgn setting unifi. mmg service tm slow :(.

    BalasPadam
  17. Kepada kakitangan TM, jangan melatah apabila syarikat ditegur. Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang.

    Itu bidalan Melayu.

    Kalau saya satu satunya individu mengkritik, abaikan TETAPI ternyata ramai bermasalah, barangkali tidak mempunyai platform untuk meluahkan masalah.

    Kalau gentleman, bagi tahu ... saya kakitangan TM dan ini respon saya. Ini berani menulis tetapi IKON gambar ROBOT.

    BalasPadam
  18. Nk komen jugak x kire.. sbb saya pun pengguna TM. Beberapa kali line streamyx buat hal. Bila kol alasan yg sama dalam masa 24jam. Penyudahnya bukan 24jam tapi 42jam.. mcm HARAM!!!

    BalasPadam
  19. Betul..saya setuju dengan rungutan dan komen membina daripada pelawat. Saya pun mengalami masalah yg sama. Bila buat aduan bukan setakat 24jam dorang technician nk datang tapi 42jam baru datang. Tu pun setelah 3, 4 kol hotline. Panasss je rase. Kami bayar servis internet itu wahai TM.. Harap iklan je lebey...

    BalasPadam
  20. Sudah terang lagi bersuluh. Service support (dengan izin) daripada pihak TM amat teruk semenjak saya menjadi pelanggan masa zaman dial up ke streamyx dan seterusnya unifi. Mungkin Abang Mazidul boleh bertukar kepada Maxis Fibre Home kerana mereka menggunakan fasiliti fiber optik unifi. Maksudnya di mana ada perkhidmatan unifi, di situ ada Maxis. Sekurang-kurangnya mereka melayan pelanggan mereka dengan lebih baik berbanding TM dan mereka menyediakan modem dan router yang lebih baik daripada unifi di dalam pakej mereka (saya bukan pekerja atau agen maxis). Saya sendiri menggunakan perkhidmatan lain selepas berputus asa dengan sikap acuh tak acuh TM terhadap pelanggan mereka.

    BalasPadam
  21. betul tu En.Mazidul.streamyx kat rumah saya kadang2 tiba2 je jadi unlimited & lost connection.

    BalasPadam
  22. Saya pun mempunyai pengalaman yang ingin dikongsi. Saya upgrade Unifi saya untuk mengambil peluang promosi yang dijalankan. Saya upgrade secara online kerana ianya lebih senang daripada berurusan dengan manusia yang dikatakan "khidmat pelanggan" tapi lebih kepada "khidmat syarikat" daripada membantu pelanggan. Apa yang berlaku selepas saya melakukan upgrade untuk promosi tersebut, saya dikatakan tidak layak kerana promosi tersebut perlu dilakukan melalui khidmat pelanggan atau melalui TM Point. Saya menunjukkan bukti & fakta bahawa tidak ada dinyatakn di website dan T&C mereka bahawa untuk layak saya tidak boleh melakukan upgrade secara online (Kini T&C telah diubah dengan syarat ini). "Khidmat Pelanggan" tetap menyatakan saya bersalah & TM adalah betul. Permintaan saya untuk bercakap dengan Supervisor atau Pengurus mereka juga tidak dilayan.

    Apa yang saya lakukan adalah menghantar emel kepada CFM (terus mendapat reply dari pegawai CFM) dan juga kepada semua pegawai tertinggi TM termasuk CFO, COO, External Affair Director etc (emel mereka boleh didapati dari Penyata Tahunan TM). Immediately, keputusan "Khidmat Pelanggan" di 'reverse' dan saya layak mendapat tawaran promosi tersebut.

    BalasPadam
  23. Saya pun mempunyai pengalaman yang ingin dikongsi. Saya upgrade Unifi saya untuk mengambil peluang promosi yang dijalankan. Saya upgrade secara online kerana ianya lebih senang daripada berurusan dengan manusia yang dikatakan "khidmat pelanggan" tapi lebih kepada "khidmat syarikat" daripada membantu pelanggan. Apa yang berlaku selepas saya melakukan upgrade untuk promosi tersebut, saya dikatakan tidak layak kerana promosi tersebut perlu dilakukan melalui khidmat pelanggan atau melalui TM Point. Saya menunjukkan bukti & fakta bahawa tidak ada dinyatakn di website dan T&C mereka bahawa untuk layak saya tidak boleh melakukan upgrade secara online (Kini T&C telah diubah dengan syarat ini). "Khidmat Pelanggan" tetap menyatakan saya bersalah & TM adalah betul. Permintaan saya untuk bercakap dengan Supervisor atau Pengurus mereka juga tidak dilayan.

    Apa yang saya lakukan adalah menghantar emel kepada CFM (terus mendapat reply dari pegawai CFM) dan juga kepada semua pegawai tertinggi TM termasuk CFO, COO, External Affair Director etc (emel mereka boleh didapati dari Penyata Tahunan TM). Immediately, keputusan "Khidmat Pelanggan" di 'reverse' dan saya layak mendapat tawaran promosi tersebut.

    BalasPadam
  24. Unifi... streamyx.... mmg bmasalah.... better guna burung merpati je lah...

    BalasPadam
  25. tuan Mazidul, apa kata terminate unifi... guna p1..

    BalasPadam
    Balasan
    1. P1 lagi teruk masa peak hour,,nak tengok youtube pun sangkut,kawasan sy di venice seri manjung perak,unifi ok,,tp modem die low grade,da 3 kali tukar,slalu 'hang' bila panas,,sekarng pakai modem cisco,langsung xde masalah da,cuma kna keluar duit sendiri beli modem

      Padam
  26. Jom tukar ke service provider laen.dan sy pasti lepas ni en mazidul akan kluar kn lagi komen yg sma kpd service provider yg laen.orang kuat komplen memang akan sentiasa komplen..heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada saya kalau takde masalah, buat apa komplen...heheh

      Padam
  27. Memang abang dol berhak tak bepuas hati....malahan sesapa pun....abang mahaguru58 hot dgn TNB pulak ek ek ek.Kerja kerja teknikal mesti ader checklist tak boleh sembrono jek.Ni semua makan masa dan kos.Kadang kadang nasib baik bila fault finding jumpa masaalah dengan cepat.Apa pun kita kena sabar.wallahualam

    BalasPadam
  28. Sy menggunakan perkhidmatan internet dr zaman jaring, 1515, streamyx dan sekarang unifi... so far ok lah sebab sy bkn pengguna hard core... dan bagi sy xde isu sgt sbb connection sy xsuka meragam... kalo meragam pown buat rport pagi.. tgh hari technician dah smpai umh maybe technician punye building bedekatan dgn rumah... dan maybe jgkk technician tu mempunyai attitude yg bgus... bg pendapat saye kritikan xsalah... sbb itu adelah 1 peluang utk memperbaiki kelemahan... Omputih kate opportunity... hehehehhee

    BalasPadam
  29. Salam Mazidul....tukar ke Maxis sebab connection lebih stabil dan layan customer better.

    BalasPadam
  30. Hahaha..maxis lyn customer better? Sy staf tm unifi bang mazidul..mai pindah duk bangi..sy akan jge servis unifi abg..wakaka..stkat nie customer unifi sy xde mslh..sy jge leklok..mgkin sesetgh staf ade mslh tp tidak semua..tp pelik, knp staf tu nk dtg x call dlu? Aishhh..wat buruk name tm je..bile jd limited access tu biasanya mslh router..mungkin router hang ataupun firmware dh korup..ape2 abg blh cont sy..hahahaha..sy tidak pandai tp mgkin sy blh membantu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. encik, saya ada mesej hangout/gtalk/gmail tanya psl unifi. harap dapat bantu. tq

      Padam
    2. Terima kasih Peja Takir, so nice of you.

      Padam
  31. salam en.mazidul..tidak salah jika pengguna mengkritik perkhidmatan TM ini...tp adakah patut kita sebagai bangsa melayu yg telah dipupuk dgn nilai2 murni utk menggunakkan ayat yg TIDAK elok dan molek di dgr...ramai kaum dan peringkat umur ini boleh membaca entiri ini... jika anak tuan membaca isu ini dgn ayat yg tidak elok...(fikir2 kan lah)...tidak elokkan...tak kesah la company apa pun..sekurang kurangnya dpt membantu org lain mendapat pekerjaan.... mana mana company pun nk buat yg terbaik utk cust..lambat dan cepat je...cuba tuan turun padang dan buat practikal di mana2 company telecommunication.. rasakan bagaimana perasaan pekerja itu bila anda mengutuk dan mencaci service mereka....sakit hatikan??? sedang kan manusia sakit ada ubatnya..inikan pula sejenis alat yg dicipta pun dr manusia mesti ada rosaknya..
    Apa kata tuan tak payah gunakan perkhidmatan yg menyakitkan hati tuan...selain dr perkhidmatan TM...banyak lg perkhidmatan lain boleh digunakkan...kemudian compare setiap perkhidmatan. Baru la adil utk mengkritik....

    KRITIK LAH...TP PEMGGUNAAN AYAT TIDAK SOPAN ITU SERUPA MENUNDING JARI PADA DIRI SENDIRI JGK....

    p/s: Belajar dulu bab2 internet router bagai...baru tau yg mana salah... kesian kwn sy kat sebelah department sy yg jg UNIFI ni...dh la tak cuti raya...pastu ada plak cust yg mencarut mcm ni...sebangsa plak tu...fikir2 kan lah en.Mazidul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menggunakan perkataan disenaraikan di dalam kamus, tidak salah, terutama apabila kena tempatnya.

      Macamlah awak tidak pernah mencarut, baik sangat ke? Atau baik hanya sewaktu menulis komen.

      Usah hipokrit sangatlah, letih.

      Padam
  32. Saya mengalami masalah yg sama spt en.mazidul 3 tahun berturut. memang sama! sakit hati dengan tm! Byr bil xpnh lambat,xd tunggakan. Tp service mcm haram. Connection problem je, technician dgn opreator same je. Puih! busuk.

    BalasPadam
  33. Setuju sgt dgn pendapat Bujai. Kalau blh dedahkan "pilih bulu" ni. Sy tinggal di kws pedalaman yg terpaksa bergantung kpd line TM saja. 2 bulan saya komplen almost setiap hari. Barulah TM buat kerja proper. Dlm tempoh 2 bulan tu, TM wat keje setakat melepaskan batuk di tangga saja.

    BalasPadam
  34. Sayang seribu kali sayang bab komplen berabuk....bab kefahaman tiada...2020 is just round the corner tapi kita masih ingat 3 tahun kebelakang . Apa pun saya salahkan diri saya sendiri le.Move on

    BalasPadam
  35. EN. MAZIDUL ,

    sy staff tm kalau ada masaalah area melawati/wangsa maju/keramat leh hello2 .. kalau tak keberatan leh bagi tahu kat mana rumah en.kalau bukan kawsan sy setidak2 nya sy boleh hello2 rakan2 lain.

    kami juga manusia biasa.. mungkin ada yg kekurangan di segenap sudut.

    BalasPadam
  36. nice.. leh arr buat rancangan berkaitan masaalah2 syrikat plak...kat tv3 .

    minta en . nyatakan dimana kawsan rumah en yg selalu problem tu..mana tahu kalau2 sy boleh bantu.

    *sy tak sgt marah kat anak sy kalau guna perkataan tu walau pun ada dlm kamus sebb agak kurang sopan*tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita hanya akan menggunakan perkataan itu ditujukan kepada kelompok yang wajar dilabel sebegitu.

      Bukan untuk kegunaan anak awak.

      Terima kasih di atas tawaran. Kawasan rumah saya? Rasanya telah dinyatakan secara jelas di dalam entri di atas. Kita bukan sahaja membaca tetapi pada masa sama perlu memahami kandungan bahan bacaan kita.

      Sebenarnya ramai pelanggan bermasalah tetapi mereka tidak mempunyai tempat untuk meluahkannya.

      I am just offering them one :)

      Padam
  37. Salam bang...abg saman je tm tu...setakat ni tm xpnh lg menang dlm court ngan customer...kes abg ni cnfirm slh tm...

    BalasPadam
  38. voip off? sama ada modem reset..or modem tu problem. kalau line/network problem..voip merah. masalah limited banyak sebab. boleh jadi router problem, network card problem, atau dah sememangnya line dah takde sebab masalah modem tadi

    BalasPadam
  39. Saya terima kritikan cik mazidul. Mungkin staff itu tidak perihatin tentang masalah encik kerana tidak cal encik bertanyakan masalah sudah selesai atau belum. TeTapi tidak melambangkan keseluruhan staff dan syarikat kami mempunyai perwatakan sebegitu. kami sebagai staff pun marah dengan technician perangai mcm tu. Dan kami akan cuba buat terbaik untuk user kami di masa yang akan datang, insyaallah. Cust is always right. Thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nizam Lee, terima kasih banyak. Fakta tetap fakta samada baik atau buruk.

      Andai baik dipuji, jika buruk diperbaiki.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  40. Salam Bro,

    Saya pernah langgan pakej streamyx RM68. Hampeh, 2 hari pakai sy upgrade kpd pakej RM110. Pun hampeh gak. Setahun nak habis kontrak macam 1000 tahun menunggu. Bila dh cukup setahun sy terus terminate. Alangkah bahagianya hidup dan amannya dunia.... hahaha.

    BalasPadam
  41. jom bertukar ke service lain..... tepuk dada tanya selera.. pilihan ditangan anda.

    BalasPadam
  42. jika TM mogok dua hari, lumpuh malaysia ni, kapal terbang nak landing pun xdpt. fikirkanlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalah utama adalah pada ATTITUDE individu itu sendiri..
      tak kesemua staff TM ni teruk...
      tapi disebabkan "NILA SETITIK ROSAK SUSU SETEMPAYAN"...


      -onbehalf warga TM-

      Padam
  43. mmg betul unifi ni indah kabar dari rupa.

    - kalau pelangan tertekan dgn service, kami yg bekerja ni pun tertekan dgn flow yg management buat

    - saya sbg pekerja barisan pertama yg mnjawap segala permasalahan pelbagai ragam cust ni kalau boleh dah fed up n nk termuntah

    - maaf cakap pihak pengurusan kami pun sebenarnya bukan ambik kisah pasal kami kat sini. semua mata nak profit .

    - mungkin anda semua rasa kami yg mnjawap call cust mcm mkn gaji buta tapi sebaliknya untuk pngetahuan kalian kami kat sini mnjawap lebih drp 1k-1.5k pangilan dlm sebulan. termuntah beb.

    - kami kat sini bukan sahaja berhadapan dengan pelbagai ragam cust malah dengan masalah system yang boleh dikatakan SENGGAL.

    - dan untuk pengetahuan, kami barisan depan ni hanya ambik report. kalau masalh service isu akan terus hantar kpd tech iaitu pekerja TM yg banyak melepak kat kedai kopi.

    - so macam mana kes nak setle? dan untuk pengetahuan jgn banga sangat dgn maxis sebab maxis fibre pun beli service dari TM UNIFI.

    - rumah terbakar nampak asapnya, hati yang terbakar sapa yg tahu...

    otak jem

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. takde istilah tertekan kalu awak suka kerja yang awak buat. tertekan maksudnya awak menyampah ke kami semua complain? kami pun ada hak, kalu takde masalah dengan service takkan lah sesaja nak complain ye tak? kalu awak kata amik report jer, jawab terus saya hanya boleh amik report, tak yah memandai ajar soh reset ke hape bebanyak kali. sblm kami tepon kami dah reset, on-off ape yg patut. dah tak boleh buat ape lah kami tepon tu. Cuma reset connection is on your part, of course lah you yang kena buat. Setuju?

      dan tolong la jangan jawab ikut skrip semata2. saya cadangkan saudara/ri pun godek2 modem, box set tu utk tau 'tips n trick' yang simple, yang saya rasa takde dalam skrip jawapan, yang penyelesaiannya mudah jer. tp sbb saya sendiri yg jumpa penyelesaiannya, pihak saudara/ri tidak membantu dalam situasi ini. No point standby 24jam kalu benda simple pun nak rujuk manual utk jawab :) you have to be smarter than the customer, to earn their respect. Jgn anggap kami ni tak tahu ape yang kami cakapkan, cuma kadang2 kami takut nak usik takut kami yg disalahkan merosakkan modem, box set itu.

      salam hormat. Kudos juga buat semua CS yang buat kerja dengan ikhlas. terima kasih!

      Padam
  44. Utk maklumam customer tm...jgn ikot temujanji dr centre..yg akan ckp dlm masa 24 jam technician akan tiba .temujanji dr centre adalah hanya biz law..sila tunggu technician call...kebiasanya jika report mlm pagi or t.hari report customer akan masuk dlm basket technician dan akn terus dibuat temujanji...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan pandangan cik liza jangan terlalu harapkan janji dari TM center..tunggu technician TM kol wat appointment.Kadang2x report memang xmasuk hantar ke sistem ID technician,sebab kena tahu report berkaitan apa sekiranya bhgn sistem network or program..department len akan setel dulu..sekiranya melibatkan masalah physical baru la report di hantar ke technician utk di assigned dlm 24 jam mengikut id technician bukan 24 jam dari side TM center.Harap maklum.

      Padam
  45. Salam. Saya pun pernah kena dgn TM ni. Kabel luar dari tuang ke tiang putus kena kilat melibatkan 3 tiang. Habis kabel putus dan jatuh ke tanah. Tinggal tiang je terpacak. Saya call sercice center suruh hantar technician. Lepas 3 hari tengok takde tindakan, saya call lagi. Boleh pulak dia kata technician dah datang dan masalah settle. Saya gelak besar. Ingat orang bangang ke apa. Saya perli dan cakap tak tau la pulak sekarang TM pakai kabel halimunan. Sebab mata saya dan ahli keluarga lain tak nampak pun kabel terentang. Yang kami nampak, 2 tiang togel je, 1 tiang lagi kabel terjuntai melambak atad tanah. Masalah hanya settle lepas 1bulan lebih, itu pun bila saya ugut nak terminate je. Saya tinggal di bandar kecil, unifi pun takde. Ini la jadi bila satu-satu benda tu ada monopoli. Jadi takde saingan

    BalasPadam
  46. Sy guna unifi gak, biasa telefon xde plak tunggu smpai 30 mnt. Biasa diorang beritahu technician sendiri akan call sy sblm dtg, so sy xde la kena tunggu mcm beruk kat rumah.

    BalasPadam
  47. Saya jg tinggal di Seksyen 5, KD. Saya menggunakan Celcom & Maxis. Dua2 pun selalu turun naikkan darah saya. Lg elok masa saya tinggal di Bintulu, Maxis broadband xdelah meragam mcm ni.Duit nak cepat, perkhidmatan macam hampeh.

    BalasPadam
  48. Sy jg tinggal di KD dan sy menggunakan Celcom & Maxis Broadband. Dua2 pun sama..selalu naik turunkan darah sy. Lagi elok sy tinggal di Bintulu dlu, Maxis signal memang tip top. Bla nak log complaint ke website Maxis, form berputar belit..makin diisi, makin buat sy menyampah. Duit nak cepat, lbt byr sekat, tp perkhidmatan..x user friendly betul..adoi.

    BalasPadam
  49. kejadian yg sama berlaku pd sy.. tiba2 line internet x boleh pakai.call TM center deorg cakap pemilik akaun dah tamatkan perkhidmatan.. sedangkan sy pemilik. tak ke bodoh namanya hari2 kerja pakai internet tiba2 minta terminate tanpa sebab.. nasib baik deorg cepat sambung balik kalo tak memang kena saman

    BalasPadam
  50. Salam. Saya salah seorang warga TM.
    Saya jaga Fault Unifi seluruh Malaysia tapi bukan team technician yang datang ke rumah tu. Maksudnya, saya bukan team yang bekerja di luar, yang berkaitan dengan peralatan di rumah pelanggan. Biasanya technician2 ini akan call team saya untuk troubleshooting sekiranya peralatan tidak bermasalah. Problem mungkin di layer network dan ke atas.
    Sekiranya ada masalah berkenaan Unifi boleh hubungi saya di helladiaz@gmail.com.
    Mohon letak subjek Unifi dalam email dan saya akan beri email TM saya nanti untuk urusan yang lebih rasmi. Sekurang-kurangnya kalau saya tak dapat nak settlekan pun, saya boleh forward pada pihak yang berkenaan.

    Harap dapat membantu - Didda

    BalasPadam
  51. Kita byr bil mahal2 untuk cover ot n bonus kakitanagan tm. servis memang di tongsampahkan.

    BalasPadam
  52. Kelmarin, Jumaat 27hb Sep 2013, jam 1800, UniFi saya rosak..
    Mulai jam 1900 saya tepon UniFi Careline, asyik BUSY.
    Lepas balik dari Masjid, saya cuba lagi, asyik asyik PANGGILAN ANDA SANGAT PENTING BAGI KAMI, ntah beratus kali, hampir 2 jam, 5 kali dial dan tunggu..
    Saya guna prepaid Celcom, baki dah tinggal RM3.53 :) baru je top up untuk call anak ( kena SMS jelah, nak call kredit dah tinggal ciput )

    Terpaksalah ke Resto Mamak, untuk emailkan aduan kerosakan ke unifi@tm.com.my, sehingga pagi nie, masih tiada sebarang respon dari pihak TM.

    Kesimpulannya..
    Jika UniFi rosak..
    1-Pastikan handphone batt full.
    2-Kredit sekurang kurangnya RM30, klu guna prepaid macam saya la,
    3-Kena guna telepon yang ada loud speaker atau handfree, klu tidak, berasap teliga

    atau klu nak senang, jimat masa, jimat tenaga, jimat bateri, jimat maki hamun
    Aktfikan saja Packet Data, langgan je Mobile Internet untuk 1 hari, biasanya Telco di Malaysia akan caj RM5 sehari.
    amik package, jangan On Packet tanpa langganan, RM100 boleh lesap sekelip mata..
    Pastu Tethering dan jadikan Phone Portable Hotspot, emaillah aduan kerosakan UnFi ke TM, moga moga ada staff
    TM yang baca atau terbaca aduan anda..

    atau nak lebih mudah dan murah, pergi je ke kedai mamak atau Maply, sambil perkena roti boom, boleh kasi email panas panas sket kat TM

    Yang pasti, TM nie durian mangkak, nak makan tak boleh, nak buat tompoyak lagi tak boleh, yang boleh, baling ikut tingkap..

    BalasPadam
  53. Skrang ni TM dok throttle download speed...ape cer????

    BalasPadam
  54. Rasa teraniaya betul la dengan Unifi. Saya yang bukan pelanggan Unifi pun boleh dapat bil tertunggak, seribu lebih pulak tu!! Repot polis dah buat, aduan pada telekom dah buat. Selepas sepi beberapa bulan, tup-tap tup-tap dapat surat peguam suruh bayar dua ribu lebih!! Siap ugut blacklist CTOS la, pergi court la. Kalau betul saya melanggan takpe la, ini mana diorang boleh daftarkan saya ni.

    BalasPadam
  55. pelik pulak ..kat mamak tu OK aje ..kenapa sial tu tak sampai kat kedai mamak
    lagi satu ... kalau dah makan kenyang kat mamak tu ...mengeluh buat ape ..bayar ajela .. takkan wifi free , makan pun nak free

    BalasPadam
  56. Assalam...betol ke servis diaorg x bgus???Sy bru berniat nk pasng unifi...Sbb kwn2 n saudara mara sy yg ada pakai unifi ni diaorang ckp ok???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanna awak pasang aje UNIFI ...dorang nie komplen ajer banyak ..tapi mintak dorang bagi alternatif untuk ganti UNIFI ...

      kalau nak buat comparison ..boleh check dekat soyacincau.com ...
      http://www.soyacincau.com/tag/malaysia-broadband/

      Padam
    2. Saya ambil pakej RM138 Celcom Broadband, namun sampah masyarakat juga. Mahu dapatkan line laju kenalah connect/disconnect beratus kali & quata contoh 10gb pakai download tak sampai 8 GB dah dislowkan internet. Sekarang sedang menguji internet syarikat lain, Celcom broadband aku dah tak pakai, amat menyampahkan tapi bila minta bilnya palinglah laju suruh minta kita bayar internet haram laju.

      Padam
  57. internet kat lembab malaysia macam babi....dah la mahal...babi kalau mahal pon dia lari laju jugak tapi internet kat malaysia ni slow macam siput BABI

    BalasPadam
  58. Pernah guna perkhidmatan internet TM dan Celcom (Axiata) sambil itu gembira ini adalah syarikat Melayu duitnya pun kembali zakat kat Islam jugak namun TM terlalu gilakan wang manakala Celcom pula taliannya kerap putus-putus, lembap & pusat aduannya teruk dukacita rasanya. Kini saya menguji syarikat internet Yes (ambil pakej Super 109 RM109 guna alat Huddle 4G) bermula November 2013 kalau ini pun haprak apa tunggu lagi, tukar sahaja sebab pilihan banyak.

    BalasPadam
  59. cuba korang setting ip adress dengan gateway internet secara manual...jangan pakai otomatik...sebab aku setting kan secara manual dari pertama hari TM datang rumah sampai sekarang...okay je...Yang tak tau nak setting manual tu...aku syorkan tengok YouTube cara cara nak setting Router ip dan gateway...bayar singgit je kat CC untuk setengah jam atau internet free kat kedai mamak...TQ

    BalasPadam
  60. itulah dia bila dah monopoly. yg sedihnya dalam banyak2 provider TM yg paling reliable. nak tukar kepada wireless broadband,semua tu ada limit bandwith. macam digi, peh 1000% lagi cekik darah, hidup pn tak aman sb digi, saya tinggal kt subang, dalam seminggu bleh cakap kalau dapat sehari line yg stabil pun dah kira untung. haiz.. kepada TM, walaupun profit dah stabil dalam tangan, tingkatkanlah mutu kepuasan pelanggan. biar kita berbangga dengan mutu kita berbanding negara lain, patriotik la sikit beb :)

    BalasPadam
  61. Mohon bantuan siapa yang tahu.

    Saya telah menggunakan unifi lebih kurang 1 thaun 6 bulan, namun terpaksa berpindah sementara sementara selama 3 tahun sebelum berpindah balik. Isunya disini saya faham kena bayar RM 500 jika kurang 24bulan kontrak. Saya ada call centre, bernama Nurul untuk bertanya prosedur pembatalan, dia cakap pergi TM Point, saya tanya lagi perlu ke bawa balik barang? sebab kalau perlu saya bawal;ah (saya nie naik motor takde bakul, samada bawa barang dengan tak bawa tu mmg satu isu.) Beliau cakap tak perlu sebab kontrak dah lebih setahun.

    Hari ini di TM Petaling Jaya, reception depan kata saya kena pulangkan barang pulak sebab servis tak sampai 2tahun.

    Isunya yang mana satu betul nie? call centre cakap lain,TM Point cakap lain. Salah seorang mesti menipu. So nak tanya kalau kurang 2 tahun dan lebih 1 ytahun kena pulangkan barang tak untuk terminate..? sebab ini betul betul membuang masa saya. Bukan senang nak minta keluar pejabat uruskan benda - benda nie..

    BalasPadam
  62. kontrak unifi 2 tahun.. kontrak streamyx 1 tahun sahaja....... unifi memang terbaik dan puas hati...

    daftar secara online di daftar-streamyx.com
    percuma, mudah dan cepat..

    BalasPadam
  63. saya pun guna unifi.tak di nafikan unifi mmg lembab mula2 je laju dah pakai 5 bulan slow mcm siput..yg peliknye bila pagi je slow gila.saya pakai unufi pun boleh slow mcm ni.klu ramai yg guna saya boleh terima ag tpi saya je kowt yg guna tpi mmg slow.saya mmg skit aty bila nk tengok cita sekat2.dan saya sangat2sakit aty. kalau saya dduk dlm hutang takpa tapi saya duduk kat wagsa maju kowt,unifi mmg mcm sial...

    BalasPadam
  64. Sy guna wifi internet kat cc ni...bayar rm30 ringgit je sebulan..terbaik la hehe

    BalasPadam
  65. pakat pakat 4 org, buat seperti berikut;
    1- langgan unifi 20mbps (RM250, single home user)
    2- beli satu fully manage switch + wireless router
    3- split 4 Wlan user with 5mbps speed each
    4- each user pay less than RM70 for fix 5mbps speed. (basic unifi 5mbps = RM150)

    note that manage switch bukan murah...so, pandai2 la divide cost...balik modal
    ...and its "legal" (grey area, if you know what i mean.. :)

    klu intenet lembab ka, down ka, hantaq email kat TM, jgn lupa cc suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia....pasti dengan pantas diorg layan...

    BalasPadam
  66. Technician kwsn rumah saya 2 kali janji nak dtg tp habuk pun tak ada. Byk kali saya call dan sms nombor dia gunakan utk contact saya tp tak dijawab mahupub dibalasnya. Kerani building management saya bgtau ramai penghuni appt saya komplain kena klentong dgn technician tm. Ramai yg ambil cuti semata2 sbb appointment dgn technician tm. Slps 5 hari rasa tertipu sbb byr mahal tapi tak ada internet saya call unifi minta ckp dgn supervisor bgtau suruh pecat technician ni sbb dah klentong ramai org di sini dan tolong check latar belakang dia kemungkinan penagih dadah sbb tak amanah. Sbb dia nama tm dan unifi jadi busuk

    BalasPadam
  67. Saya dh 3 Kali buat report last2 ckp kena Wiring baru pulak nk cari Kontraktor TM susah pulak nombor dibagi tamat Perhidmatan pulak? Sesiapa Ada kawan2 Kontraktor TM area Ipoh, Medan Gopeng?

    BalasPadam
  68. sy pengguna streamyx. baru upgrade pakej. tak boleh terminate dlm tempoh setahun klu x silap sy. 3minggu lepas upgrade,sy kena transfer tmpt keje. skang tinggal kat semenyih. masalahnya, kat sini takde line streamyx sbb takde kabel. tm suh sy terminate & akan diberikan rebat sbb tak sampai setahun. sy geram sbb kena bayar jugak penalti tu walaupun ada diskaun.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.