Selasa, Ogos 13, 2013

BUKAN BENGKEL SKEMA (PENAMPILAN KHAS SELEBRITI)

Terima kasih kepada semua mendaftar sebagai  peserta Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM. Kini penyertaan DITUTUP buat sesi 17 Ogos 2013.

Mereka, pelajar institusi pengajian tinggi, kakitangan kerajaan, penceramah bebas dan peniaga.

Selain menimba ilmu berhubung kemahiran komunikasi dan pengucapan awam, semua peserta bakal menerima pelbagai hadiah disumbangkan oleh beberapa syarikat.

;

Acara cabutan bertuah sedang  disusun atur oleh 2 pembantu saya.

Oh! Seperti dijanjikan, seorang selebriti bukan sahaja terkenal malah berilmu dalam dunia pengacaraan dan pengucapan  awam, bakal tampil secara EKSKLUSIF  selama 20 minit di bengkel  YBBM. 

Biarlah saya rahsiakan dahulu identiti beliau.

"In Sha Allah, saya akan hadir, terima kasih kerana menjemput"

Itu pesanan ringkas dihantar oleh beliau kepada saya pada jam 2.20 petang tadi.

Sila bawa kamera dan pastikan bateri telefon bimbit dicaj  penuh agar semua tidak terlepas peluang merakamkan gambar dan mengemaskini status di sepanjang bengkel kelak.

Ini bukan bengkel skema.

Kita semua akan bergembira sambil menimba ilmu berguna.

Jika masih terdapat lagi  syarikat ingin menaja hadiah untuk 25 peserta Bengkel YBBM, sila Whatsapp saya 019 390 2899.

Klik di sini untuk mengetahui win win situation.

Kepada mereka tidak berpeluang menyertai Bengkel YBBM kali ini, sila hubungi En. Mohd Farid Hamzah 017 605 2290  untuk mendaftar di sesi akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.