Jumaat, Ogos 02, 2013

APAKAH DICARI OLEH MAZNAH?


Apakah sebenarnya dicari oleh Maznah Mohd Yusof? Dia pada awalnya direman 4 hari berikutan  tindakannya memaparkan video berhari raya bersama 3  anjing peliharaannya.

Dia direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menimbulkan isu sensitif membabitkan agama.

Video terbabit masih boleh ditonton di Youtube.


Gadis berusia 38 tahun itu bertugas sebagai pelatih anjing. Maznah, perempuan tetapi mungkin suka memakai baju Melayu.

The Star Online melaporkan Maznah atau Chetz telah dibebaskan dengan bon jaminan mahkamah  hari ini  dan jika gagal hadir di mahkamah boleh didenda RM10,000.

Klik di sini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memutuskan perbuatan Chetz itu menghina Islam, klik di sini.

Barangkali ramai bertanyakan soalan sama, apakah sebenarnya dicari dek Maznah dengan tindakannya itu?

Keluarga Chetz memanggilnya Mai telah memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia beragama Islam, klik di sini.

Hukum memelihara anjing, sila baca di sini.

12 ulasan:

  1. Baca tentang profilenya..sangat hebat dlm pendidikan...belajar hingga ke luar negara...bapa saudaranya menyatakan bahawa perangainya berubah bila belajar di luar negara...dimanakah silapnya...

    BalasPadam
  2. Berdasarkan trend semasa, AAT adalah satu-satunya NGO Haiwan yang mempertahankan survival kucing dan anjing tanpa membinasakan syariat. Lihat sini, http://pasukantindakanhaiwan.blogspot.com/2013/03/berhubung-bagaimanakah-kita-orang-orang.html

    BalasPadam
  3. Teringin nak jadi macam anjing kot. Dalam dunia anjing, takde anjing yang nak jadi manusia. Tapi dalam dunia manusia, ada pulak yang nak jadi anjing.

    BalasPadam
  4. Ramai yang pandai akademik tapi jauh dari agama..moga kita semua termasuk anak cucu cicit kita cemerlang dunia dan akhirat

    BalasPadam
  5. Mungkin dia lebih sesuai berada di Amerika...

    BalasPadam
  6. Saya amat kesal bila si Maznah, yang terang-terang dalam mykadnya Islam melakukan perkara sedemikian. Apabila anak saya yang berusia 4 tahun terlihat video berkenaan, lantas dia bertanya "Ibu, anjing haram kan? Kenapa dia dan anjing tu macam wudhu' je (macam ambil wudhu'), kenapa pula dia makan kuih raya dengan anjing? Dia tiada kawan ke?

    Saya seringkali bercakap dengan anak dalam Islam ada dua binatang yang diharamkan 1. oink-oink (babi) 2. anjing. Hinggakan kalau dia membaca buku kanak-kanak tadika 'Peter and Jean' nya bila ada perkataan a dog - siap ada sambungan di buatnya 'haram'.

    Dalam kesibukan kita mengejar kemajuan dalam kehidupan, perkara asas dalam beragama dan aqidah tak sewajarnya diambil ringan. Moga saya dan ibu bapa lain teguh dalam mendidik anak sejak kecil dengan jiwa Islam. Dah jadi buluh susah nak dilentur, kecuali diberi hidayah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan, berkenaan dgn anjing, ada perbezaan di antara hukum haram dan najis. Haram maknanya berdosa. Tidak berdosa bagi orang islam utk memegang anjing. Tidak haram bagi orang islam utk memelihara. Anjing mengikut syariat yg tertentu. Jangan disebabkan mentaliti orang melayu yg 'bias' terhadap anjing menyebabkan they think its ok to bila nampak anjing je nak baling batu. Dan sikap negatif begitu diturunkan pada anak2 kita.

      Padam
    2. Cik Kiah, terima kasih atas penerangan anda. Saya masih dan takkan ajar anak baling batu pada anjing atau haiwan lain kecuali sekiranya mereka mengancam nyawa manusia. Bagaimanapun, ini kisah anak saya berusia empat tahun. EMPAT TAHUN, puan. Dan saya sangat pasti penerangan yang panjang lebar masih belum sesuai dengan usianya. Cuma, anak saya pelik apa kaitan anjing dengan hari raya dan kelakuan seperti berwudhu; itu sahaja.

      Padam
    3. Kepada cik kiah

      ata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).

      Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)

      Padam
  7. Sahabat...

    Pada awal kes video dia ni keluar dah ada yg tanya saya pasal hukum bela anjing...

    Saya kata dalam hal video ni, hukum bela anjing takde kena mengena, sebab orang bukan marah dia bela anjing sebagai Muslim...tapi orang tersinggung dia mainkan Takbir Raya, ucapan raya sambil dikelilingi anjing yang secara sepakat Ulamak semua mazhab bersetuju bahawa air liur anjing itu Najis Mughallazah yang perlu disamak (sertu). Ianya seolah2 kita mengucapkan Happy Deepavali sambil mengusap kepala seekor lembu...Tak salahkan bela lembu?Malahan takde pun unsur najis selain tahi lembu. Tapi orang India akan terasa tersinggung tak?

    Wallahua'lam...

    BalasPadam
  8. Saya terasa amat terpanggil pabila terjadinya isu ini, maka ada sebilangan pihak yang kuat spin tetiba timbul isu aurat dan politik secara tiba-tiba. Banyak juga komen 2 yang saya baca di Facebook, maka dalam komen tersebut disalahkan pula orang yang buka aurat yang membuat ucapan Selamat Hari Raya juga menghina Islam. Aiyahh buka aurat tuh memang dosa pon. Maka disalahkan pula televisyen swasta seperti TV3 dan sebagainya. Kalau nak cari rajin2 lah buka facebook, dalam komen ada sajalah yang komen macam2 tak ikut topik. Susah tol dengan pemikiran orang Malaysia.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.