Sebelum ini kurang 10 minit pelanggan datang dan memesan makanan, pantas ini dihidangkan ...
Sekarang jauh berbeza.
Sebaik melangkah masuk ke premis di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, pelanggan terpaksa ke kaunter berjumpa 2 gadis Indonesia bermuka 'ketat', melayan pelanggan seperti peminta sedekah.
"Nasi mahu berapa?," tanya juruwang.
"Saya tak nak nasi," balas saya.
"Nasi ini?," ujarnya sambil menunjukkan nasi impit di talam pelanggan sebelumnya.
"Itu nasi impit!," balas saya.
"Mahu satay apa?," tanya lagi.
Sebelum ini, pelayan datang ke meja dan kita mempunyai masa untuk memilih makanan secara selesa. Kini, pelanggan beratur panjang, masa terhad.
Semuanya berlaku kerana ini ...
Self service!
Restoran Satay Kajang Haji. Samuri kini tidak ubah seperti Mc Donald, cuma bahasa Indonesia digunakan di premis ini. Lebih tidak selesa apabila hanya 2 pekerja mengambil pesanan di kaunter berbanding 4 atau lebih di Mc Donald.
Restoran Satay Kajang Haji. Samuri kini tidak ubah seperti Mc Donald, cuma bahasa Indonesia digunakan di premis ini. Lebih tidak selesa apabila hanya 2 pekerja mengambil pesanan di kaunter berbanding 4 atau lebih di Mc Donald.
Harga makanan dipesan dibayar pada jam 9.15 malam, dihantar ke meja jam 9.45, hampir setengah jam kemudian.
Sewaktu mula menjamah makanan, saya terpandang pekerja duduk berehat berhampiran meja saya.
"Mengapa sekarang order dapat lambat?," tanya saya.
"Tak tahu, itu kena tanya management," balasnya.
Dia berusia 28 berasal dari Surabaya dan mendakwa mula bekerja di premis ini sejak 5 tahun lalu.
"Berapa ramai pekerja Indonesia di sini?," soal saya lagi.
"Di cawangan ini, 15 orang," balasnya.
"Orang Malaysia, berapa orang?"
"Seorang," jawabnya.
Saya perhatikan di sekitar premis terbabit.
Pembakar satay, warga Indonesia.
Pelayan, warga Indonesia. tiada senyuman.
Memandangkan 15 daripada 16 pekerja premis, warga Indonesia, molek benar ditukarkan nama restoran ini kepada Restoran Satay Indonesia!
Tambahan pula, kesemua cucuk satay saya makan berbau asap! Barangkali lebih enak sewaktu satay dibakar sebegini ...
frankly, saya tak faham bila orang kata satay di sini sedap, sebab rasanya sama saja di mana2. mungkin sebab "jenama" Samuri itu dah lama bertapak. Jadi sedap atau tidak, panjang atau pendek barisan untuk memesan makanan, restoran itu tetap diserbu. Cuba tukar nama kpd Restoran Satay Indonesia (mengekalkan resipi Samuri), nescaya pendek je barisan beratur tu. Tunggu order pun tak lama.
BalasPadamJom cuba satay di Satay Station - setakat ini, bagi kakcik rasanya masih sedap (tiada rasa asap) dan kuahnya memang menyelerakan (tak apalah sesekali kakcik tolong promote)... :)
BalasPadamSeperti saya katakan sebelum ini... negara kita bakal jadi negara indon... kini pun sudah separuh indon... tambahan pula kerajaan memendekan status PR dari 10 ke 5 tahun... :(
BalasPadamamat kecewa!
en mazidul, walaupun dah hampir 10thn saya menetap di kajang, rasanya boleh kira dgn sebelah tangan makan kat hj samuri tu ... sebab2nya seperti diataslah ... baik makan kedai lain la .. bukannya marvelous sangat pun satay dia .. sedap lagi satay malaya di D'Muar kajang ...
BalasPadamjust my 3sen
sebab nama tu dah selalu dikeluarkan dalam suratkhabar, orang datang mencuba,tapi bagi saya rasa satay itu biasa-biasa saja malah ada satay yang dijual di gerai tepi jalan lagi sedap dari itu
BalasPadambegitulah jadinya bila kualiti tidak lagi jadi keutamaan
semuanya kerana promosi yang berlebihan disini...dari segi rasa, satay kampong sy lagi sedap rasanya...huhuhuh
BalasPadammas setuju ngan mazidul sebab mas pernah beli sate kajang haji samuri ni di 2 tempat berbeza,satu di cawangan PKNS Shah Alam dan satu lagi di Senawang Negeri 9. Rasanya nak katakan sedapp sangat pun, pada mas biasa jerr...disebabkan suka sate, mas beli gak...tapi pekerjanya memang orang indonesia sama ada di shah alam dan negeri9...memang pekerjanya kedekut ngan senyuman, tengok muka tak mesra pelanggan langsung, cuak juga dibuatnya....
BalasPadamKalau servis begini, tak payah lah dtg walaupun nama hebat sgt!ni lah melayu kalau dh berjaya tahap servis dlm bisnes diabaikan...tutup kedai lagi baik!,
BalasPadamsaya tak berapa suka satay samuri sebab daging nya tebal. saya lebih suka yang daging sederhana sebab rempahnya sebati dan masuk dalam daging.. terus terasa lapar pagi-pagi ni :)
BalasPadamkita makan jenama hj samuri, bukan satay hj samuri
BalasPadammakan sate gombak ;p
BalasPadamsaya pernah tulis entri pasal haji samuri ni jugak bulan jun tahun ni..sangat tak puas hati..ni entrinya http://suhaidasupalio.blogspot.com/2010/07/nak-komen-pasal-restoran-satay-haji.html
BalasPadamMizz Sue, a good article.
BalasPadamApabila majoriti pekerja asing digunakan maka hilaglah budaya Malaysia di premis terbabit.
Even pelanggand duduk di meja sebelah saya merungut mengatakan makanan dipesan tiba lebih lewat berbanding sebelumnya.
Dua minggu lepas en. suami belikan sate haji samuri di Hentian Rehat Awan Besar, kalau sebelum ni sambal dia sedap (kena dengan selera saya) tapi kali ni langsung tak 'kick'. Biasanya sedap + pedas tapi sorry to say ye Tuan Haji... tak sedap dan tak puas makan. Sate dan kuah dia biasa je. Layanan pun 'kureng' tak mesra alam.
BalasPadam...agaknyer sbb dia jawa...maka cari pekerja indon kut...ekekeke
BalasPadamSalam Mazidul, Hilang identiti, hilang erti, silap jauh sekali kualiti.. berganti susah hati dan sakit hati. Sepatutnya Pihak pengurusan perlu memandang serius perkara ini. Entri Terbaru "Jom Belajar Bahasa Jepun!"
BalasPadamsalam..
BalasPadamsaya memang peminat satey.dulu selalu gak ke kajang sebab nak makan satey haji samuri nih...tapi skrang dah kureng sebab rasanya dah kureng sedap...best lagi makan satey kat subang perdana..50sen secucuk..sedap lagik
slm en.mazidul :)
BalasPadamsaya nk promosi sate UK di seksyen 5 bdr baru bangi.. puas ati!
sate hj samuri paling dekat di taman warisan pertanian putrajaya. oder sendiri, tunggu nombor oder dipanggil (dlm bahse indon), bayor di kaunter + angkut sendiri ke meja. excellent kan? dh 2x oder dpt yg salah. pehtu nk salahkan kite nye oder.... dlm bahse indon. eeee geram! so elok le dielakkan makan di situ ye kawan2
org indonesia buat negara kite mcm tempat die..
BalasPadamklu jalan berselisih langsung xnk mengalah...
haih, susah mcm ni.
nak berjaya tu lebih mudah daripada nak kekalkan kejayaan.. itulah yg terjadi pada satay samuri.. cuma mengikut pengalaman saya sendiri menguruskan pekerja melayu di restoran memang cukup susah.. banyak karenah yg tak masuk akal dan demanding.. pemalas dan suka mencuri.. tapi tak semua.. cuma kebanyakan pengalaman saya sendiri mcm tu.. entahlah bro.. pusing-pusing 2x5.. tapi kalau indon muka ketat patut kita bagi pelempang je.. bukan takat indon je.. bangsa tempatan pun sama.. kalau nak kerja buatlah kerja.. jgn bawak muka ketat!
BalasPadamSalam abang mazidul,
BalasPadamSaya pun memang suka sangat satay,kebetulan semalam saya baru makan satay kat kajang!Saya dan keluarga makan dekat medan satay kalau tak silap saya. Tapi saya tak makan satay Hj samuri tuhh. Apa yang saya perhatikan kat kajang nihh memang banyak cawangan kedai satay Hj samuri. Semua pekerjanya memakai uniform biru. Mereka semua adalah orang indon. Dan kebanyakan mereka sedang duduk bersantai. Maybe semalam bukan hari minggu, so tak berapa ramai. Apa yang pasti, saya memang tak suka satay hj samuri. Kedai satay favorite saya kat kajang, dulu dekat dengan court tuh dah tak ada skrang. Saya pun tak tau pergi mana kedai tuh... Ada sapa-sapa tau kat mner?
Semakin parah nampaknya keadaan negara kita akibat kebanjiran tenaga2 kerja warga asing yang berleluasa dan melimpah ruah seperti air banjir yang tak dapat dikawal lagi.
BalasPadamKadang2 terasa kita ini sedang berada dinegara Indonesia atau Bangladesh saja agaknya....
Semua kerja kalau dapat diorang nak 'sapu bersih', walaupun upahnya murah tahap giler.
Inilah akibat majikan2 yang terlalu memikirkan untung saja tanpa peduli nasib bangsa (Rakyat Malaysia) - kalau upahnya mahal sedikit atau berpatutan, sudah tentu rakyat tempatan akan sanggup bekerja di premis tersebut......
salam abg mazidul..
BalasPadammemang xpatut..xmesra alam..lagi 1 amik la pekerja tempatan..nak buat macam mana..semua nak murah..heheheh
kalau ada masa cuba try satay hut,
BalasPadamtapi lokasi dia kat tanjung karang .. xde cawangan lain..
hehehe
bagi saya Satay Kajang dah tak umph..
kat sini pun ada satay kajang tapi mungkin namanya dicilok kot sbb rasa sataynya sangat la tak sedap ish3 :(
BalasPadampenjual satay skrg dah tak macam dahulu kerana rasa satay dan kuah tidak diutamakan lagi mereka hanya mementingkan keuntungan semata.kalau tak percaya cuba pergi ke pasar malam parit buntar satay yg dibakar hangus dan kuahnya cepat basi.
ini memang pengalaman saya sendiri.semoga teguran saya ini memberi kebaikkan kpd mereka kerana tanpa pelanggan takdelah rezeki... ^.^
Salam En. Mazidul,
BalasPadamDulu kita makan satay hj samuri sebab ianya sedap dijual pula oleh orang melayu kita sendiri. hj samuri jadi famous. yang tak penah makan nk mencuba sebab ramai yang kata sedap...tapi frankly, saya dah duk di KL ni berbelas tahun, baru sekali makan satay hj samuri...masa tu saya heran, camner org kata satay dia sedap sebab satay kat muar, jln no. 2 tu lagilah sedap, lembut dan kuah dia lagi kick... saya kalau dh kureng sedap tu boleh terima lagi, tapi bila ianya dihidangkan oleh indon..sorry to say...sedap pun jadi tak sedap...
ya..kami pernah makan disana sebelum hj samuri bergelar dato' lagi sebab kami pernah menetap di Taman Bukit Mewah, Kajang sekitar tahun 2004..org cakap sedap tp biasa2 je..baik beli dan makan digerai2 tepi jalan yang kadang2 lagi sedap..
BalasPadamIsu tentang warga asing memang satu masalah dan bukannya menyelesaikan masalah. Terutama jika ada kena mengena dengan makanan. Ni salah orang Malaysia juga sebab terlalu memilih pekerjaan. Dan tidak dinafikan ada sesetengah majikan yang ingin jimatkan bayaran gaji bulanan.
BalasPadamBila dah ada campurtangan warga asing ni, konfem rasa masakan dah lain dari yang asal. Kualiti tidak dijaga, nak senyum atau tak..ikut suka diaorang jer..risau akhirnya lingkup juga business.
acu dah lama tak makan satay kajang
BalasPadamwalau pun acu tinggal di kajang
sejak dia memulakan operasi "self service" dah jadi malas nak beratur..pastu satay yang dimasak tak garing...mungkin sebab nak cepat masak kot...ntah lah..banyak lagi tempat lain yang lebih sedap
Salam
BalasPadamSaya pernah dapat email yang menceritakan perkara kurang menarik tentang satay hj samuri..saya tak pernah makan satay hj samuri nie..kalau la betul apa yang diceritakan oleh emel tersebut..makanya amat meloyakan la...
dah la mahal, x sedap plak tu. mmg dah lama x suka satay samuri ni. dulu lain, sekarang lain. rasa pon buleh berubah, apatah lagi servis nya :(
BalasPadamNak hadiah Beads Blouse? Jom Join GiveAway ni
Entry Terkini:
Ragam Keluarga Inchik Moza - Bila kakak pakai baju melayu
Dunia Aku Ibu Muda - Orang lain pon nak smayang jugak
sokong 100%.
BalasPadamkami sekeluarga memang penggemar sate kajang.
sekarang leceh bila self service..mau jugak ubah selera tapi tak tau sate kat mana yg lagi best.kalau tak lagi best dari segi rasa pun, best dari segi layanan pun dah kira ok.Kita beli sate bukan nak mintak free pun..
cuma pernah dengar sate hj samuri sedap. try singgah utk merasa, tapi kecewa. tak sedap, liat, separuh jer panas n yg lain sejuk. lambat. di batu pahat, ada sorg pak cik masih menjual menggunakan motor. cepat habis. siapa lambat tak dapat. cina, melayu, india semua menunggu kehadirannya dipondok bas jln parit besar.
BalasPadamsalam bro mazidul...
BalasPadamdh lama jd silent reader tp terpanggil nk beri komen. sy dan keluarga merupakan penggemar satay kajang sejak 25 thn yg lalu. sy masih ingat pada ketika itu sememangnya satay hj samuri adalah yg termasyur di malaysia. sy sekeluarga sering kali ke sana sbulan skali. dalam pemerhatian sy, kualiti dan khidmat pelanggan mula mrosot semenjak satay hj samuri ni mula mngembangkan cawangannya ke sluruh negara. pengenalan kpd kaunter self service sering mnghampakan kami akhir2 ini. kini, sumernya tinggal kenangan. kami skluarga kini mnikmati hidangan satay UK di bangi. lebih umphhh. tq.
Salam Mazidul....
BalasPadamSaya sokong juga ROSMAH ABDULLAH ...berkenaan satay Hj Samsuri... tak sedap, liat, separuh jer panas n yg lain sejuk.
Nama dah establish tapi tak nak jaga kualiti.
Rasanya satay diKemaman lagi sedap....lembut dan disajikan panas.
baru semalam makan satey hj. samuri, mmg cashier dan pelayan muka tak senyum. tapi tak kisah sgt sebab perut lapar. Majikan sini biasa ambik pekerja asing sebab dorang tak banyak songeh dan upah rendah. Tapi perlu fikir juga, masih ada rakyat Malaysia yang mahu dan boleh bekerja seperti tu. Fikir juga sumbangan kpd bangsa sendiri.
BalasPadamJom baca: Tip Asas SEO
betul. servis di sate samuri langsung tak mesra alam. macam kita order tu free saja. lagi satu bila dah banyak sangat kualiti tak ada. tinggal nama saja. saya pun dah lama tak makan sate samuri tu pasal tak sedap, tunggu lama dan layanan tak mesra.
BalasPadambest lagi makan sate kat satay station kg pandan atau sate melaka kat AU 4 keramat.
dah lama tak pergi ke satay hj samuri kajang..
BalasPadam2 tahun lepas rasanya kali akhir pegi...
tak perasan pulak pekerjanya Indon ke orang Malaysia...
1st time bawak keluarga pegi makan sana..
sblm ni pegi dgn kawan je sbb keluarga duduk negeri lain...
jauh..
bila order, dapat sate dan kuah yang sejuk, saya berasa sgt kecewa..
makanan tidaklah segah namanya...
itula kali terakhir saya pergi sana..
baik beli sate di pasar malam..
lagi sedap dan masih panas...
Saya beberapa kali makan kat samuri ni. Kualiti semakin menurun ditambah pula dgn sistem layan diri. Nak makan kena beratur panjang. Kadang kadang satu kaunter di buka. Saya pun heran mengapa nasi himpit dan timun dijual berasingan RM1.20 sepinggan. Bukan ke nasi impit, timun dan bawang adalah makanan sampingan yg kosnya termasuk dlm harga satay itu sendiri? Tpt lain makanan mcm ni tidak dikenakan harga. Kuah pula cair dan manis ( terlebih gula kot )..Saya percaya, saya tidak akan menjejaki lagi satay samuri ni. Tpt lain lagi sedap, murah dan mudah untuk kita memesan tanpa perlu beratur.
BalasPadamSatay Hj Samuri...Hmmmmhhh...Glamour je lebih.
BalasPadamDulu, masa baru pindah ibukota - Mac 2010 aku try lah rasa satay tu, sebab selalu sangat orang luar Selangor dok kata satay Samuri Kajang sedap.
Tapi, hampeh betul! Dah le kena beratur nak order kena bayar dulu pulak tu, lama tunggu baru dapat. Pekerja Indon - bengap pulak tu, tak faham kita order, lain pulak dia bagi.
Lagi hampeh - Tak sedap sangatlah, promosi je lebih! Liat dan mentah! Aku rasa beli kat pasar malam pun lagi sedap & murah! Menyesal pergi, jauh pulak tu dari Shah Alam nih!...Hampeh!
adat kot bila dah popular. semakin dikenali semakin kurang kualiti. macam sesetengah pelakon dan penyanyi juga.
BalasPadamrasa sate yg dijual di gerai kecik dekat surau kg melayu subang lebih mengancam dari sate samuri. takmau lah samuri sebab satenya makin kurang sedap. kering dan liat.
Assalamualaikum semua,
BalasPadamHal seperti MCD tu memang sudah lama.Sejak tahun lepas lagi.Dengan bilangan kaunter yang sedikit, jenuh juga kaki berdiri.
Perihal pekerja Indonesia itu, saya sendiri sudah beberapa kali menegur cara mereka yang langsung tak manis muka. Ada sekali, saya order lain, mereka hantar lain. Bila komplain, mereka kata saya yang salah order.
Sudahlah terasa macam makan di restoren Indonesia,terasa jijik kadang kala kerana selalu juga saya lihat, ada jari yang termasuk dalam kuah kacang...
*-* saya serik dan tidak ke situ lagi. Itu yang saya nampak, yang tak nampak??
saya tak suka. tak sedap..last sekali mkn di tepi jalan MRR2...
BalasPadambuat cara moden, pelayan pula masam. kerja macam tak ikhlas.
Sokong tentang SATAY STATION. Saya pernah buat entri tentang satay ini. Ada banyak cawangannya. Memang sedap.
BalasPadamYang saya pergi adalah cawangan KG PANDAN. Memang sambutan hebat, sampai terpaksa tunggu giliran utk dapatkan meja. Isnin–Jumaat boleh booking utk makan di atas rumah bertiang kayu (ada aircon). Sabtu Ahad tak leh booking, sapa cepat dia dapat. Best.
Saya sudah pernah 2,3 kali join gathering di situ. Jom BRO.. sekali sekala kita buat gathering di situ lak!
Nak berkongsi sedikit pengalaman baru-baru ni..
BalasPadamKali terakhir saya makan sate kajang ialah pada 16 Disember 2010 di Wisma PKNS Shah Alam dan satu lagi pada 15 Disember 2010 di kedai mamak yang terletak di bawah bangunan Sri Pentas..
Kebetulan masa tu saya menghadiri kursus di Quality Hotel Shah Alam..
Jadi hari kedua ambil kesempatan minum2 di kedai mamak sambil menikmati kehidupan di Shah Alam.. Sambil tu pekena sate kajang sekali.. Nikmatnya, terlalu sedap rasanya jika dibandingkan dengan sate2 yang saya makan di Mukah Sarawak..
Hari ketiga bersiar-siar di kawasan belakang Hotel Quality, terjumpa kedai Sate Kajang Pak Samuri.. Pekena sate sekejap. Harga dekat kedai Sate kajang di sini secucuk RM0.60, dekat kedai mamak semalam harga RM0.70 secucuk.. mahal sepuluh sen..
Seperti yang saudara Mazidul katakan memang cara kedai sate kajang menerima tempahan telah berubah..
Masa kami sampai ke kedai tersebut, kamu terus duduk di meja makan dan terus bersembang..Setalah agak lama bersembang kami berasa hairan kerana tak ada org nak ambil pesanan.
Lalu rakan saya pun memanggil salah seorang pekerja untuk membuat pesanan. Tapi lebih menghairankan tak der seorang pun pekerja yg datang utk mengambil pesanan..
Pada ketika itu baru lah saya perasan yang kedai sate kajang sekarang melaksanakan polisi self servis.. hehehe..
P/S: Saya dah lama tak pergi ke kedai sate kajang disebabkan saya bertugas di Mukah Sarawak ;)
Saya suka tengok gambar hitam putih di atas.. Gambar ini boleh memberi suntikan motivasi kepada usahawan-usahawan muda untuk berusaha dgn gigih sehingga berjaya seperti perniagaan Sate Kajang Hj. Samuri..