Isnin, Disember 06, 2010

Bantahan Terhadap Blog Gay Melayu Islam Terbuka

Setiap kali saya menulis tampalan berhubung blog gay, pelbagai respon dan reaksi saya terima daripada pelawat blog ini.

Majoriti pembaca melontarkan pelbagai teguran ditujukan kepada kelompok mengamalkan hubungan seks songsang sejantina terbabit. 

Biarpun kita semua tahu, hakikatnya, tidak mungkin kita mampu membanteras kegiatan mereka secara total dan lebih malang jika teguran dikemukakan itu hanya dianggap bak mencurah air di daun keladi.

Perbuatan sia-sia.

Namun sekurang-kurangnya kita berusaha.

Usah tersilap tafsir, setiap kali saya menulis  tampalan berhubung  blog gay, fokus saya, gay rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Samada disedari atau tidak, melaui pengamatan saya, kini wujud ratusan blog gay milik Melayu di dunia maya. Blog secara gah memaparkan  gambar bogel lelaki melakukan hubungan seks songsang menjijikkan.

Tidak cukup dengan paparan itu, sebilangan blogger Melayu tanpa segan silu memuatkan video menampilkan pelbagai aksi lucah bersama pasangan sejantina bertujuan untuk dikongsi bersama pelawat blog mereka. Adakah semua lelaki terbabit merestui tindakan pemilik blog memuatkan gambar pegun dan video mereka  untuk tatapan umum? Atau mereka dijadikan 'mangsa'?

Saya tidak mampu menjawab soalan itu. 

Saya tidak berniat menjadi manusia hipokrit. Sebelum ini sebaik maklumat disalurkan pembaca berhubung blog milik gay, saya tampilkan bantahan untuk kebaikan bersama.

Respon diterima daripada pembaca? Pelbagai.

Antaranya, berbentuk kutukan, maki-hamun dan serangan peribadi.

Namun, itu semua tidak mungkin mampu melunturkan tekad saya untuk terus mendedahkan kebatilan dipaparkan di blog gay di negara kita.

Perjuangan saya membantah kewujudan blog gay terbuka tidak mungkin berhasil tanpa sokongan semua. Pada masa sama, kita harus akur, setiap perjuangan itu diiringi cabaran berbeza.

Sebelum ini, sebagai pelawat, anda hanya membaca pelbagai tampalan berhubung  blog gay terbuka dicatatkan di blog ini. Kali ini saya berhasrat melihat pendekatan berbeza kerana saya percaya setiap kita berhak melontarkan pandangan tersendiri.

Kepada semua pembaca setia blog ini serta silent readers samada dari dalam dan luar negara, selama ini membisu, sila tuliskan satu tampalan khusus dimuatkan bantahan peribadi anda berhubung kegiatan gay Melayu dan Islam secara terbuka memaparkan kegiatan  songsang mereka. 

Blog berkebarangkalian dilayari sesiapa sahaja termasuk anak di bawah umur.

Catatkan bantahan anda secara profesional.

Sejurus tampalan terbabit dicoretkan, sila maklumkan kepada saya melalui ruangan komen dan InsyaAllah saya akan melawati dan membaca tampalan terbabit. 

Tulislah, biar sepatah perkataan sekalipun. Namun andai kata anda menyokong mereka atau berpendirian atas pagar berhubung isu ini, kesampingkan sahaja permintaan saya.

Selamat menyambut Maal-Hijrah kepada semua!

24 ulasan:

  1. Saya menyahut saranan saudara...dan telah membuat bantahan secara terbuka di blog saya serta saya telah masukkan ke wall facebook...

    http://irdinailham.blogspot.com/2010/12/tampalan-terbuka-buat-gay.html

    BalasPadam
  2. ...budak-budak melayu sekarang dah melampau... ..selain bantahan apa lagi yang boleh kite buat bagi menghapuskan gejala yg maha dasyat ni esp dalam kalangan remaja lelaki..?hish jangan sampai kte sekali kene tempias balasan dari ALLAH sudahla...

    BalasPadam
  3. Apa nak jadi dengan generasi kini.
    Jika dah tidak segan silu bercumbu di khalayak ramai, memang tidak segan silu lah nak sebarkan kegiatan mereka di Internet.. ke seluruh dunia.

    Inilah akibat tiada pegangan agama yang kuat, nafsu menguasai akal fikiran dan menyebabkan segala tindak balas di luar kebiasaan manusia.

    Moga satu hari mereka insaf dan bertaubat.
    Amin ~

    BalasPadam
  4. gay....satu golongan yg d sebut jelas lagi nyata dlm al-quran sbgai kaum terlaknat....apakah kita hrus trus tggu dan terus tunggu hingga MALAYSIA kita turut jadi negara diLAKNAT???

    en Mazidul-pendedahan yg baik....

    BalasPadam
  5. Pendedahan dgn niat positif, sesama Islam dan melayu, jika tak sudi dikomen elok tuan punya blog Gay declare keluar dari Islam dan Melayu, sila tukar nama dalam Kpengenalan selepas fikir 3 kali. Tandanya berani buat berani tanggung.ALlah tak rugi dan tak beri kesan sikit pun..sekalilagi sila tukar nama dan agama. Wa tak kisah pun.

    BalasPadam
  6. Alangkah elok jika SKM Bertindak sepantas kes blog politik..sita nama dan sita Ip

    BalasPadam
  7. GAY Kotor, jijik, keji, macam BANGKAI
    kecamans aya di: http://semenyih-baru.blogspot.com/2010/12/awas-kotor-macam-bangkai.html

    BalasPadam
  8. yeah, gays are really such a waste
    why on earth they chose to be that way?
    for whatever reason, I totally disagree with homosexuality including lesbians
    I just blogged a quick recap on this.
    u did a good job on this mr mazidul. it's for a good cause and for the sake of the future generations.

    BalasPadam
  9. GAY...yaaaaakkkk nak muntah...

    bro mazidul....
    saya menyokong usaha anda...
    harap dapat diteruskan tanpa gentar...

    saya percaya bro mazidul mempuyai ramai kenalan di kalangan pihak berkuasa..
    mungkin saudara dapat ketengahkan aduan kepada mereka mengenai puak GAY ini..

    dan mungkin juga, bro mazidul boleh ketengahkan isu GAY ini secara ekslusif melalui program tv3 spt 999,360, MHI dll..
    terjah, dedahkan mereka kepada semua..

    saya ada terbaca pendapat dr seorang blogger..
    tentang seorang GAY di kampungya yang INSAF setelah perbuatannya diketahui penduduk dan dipulaukan selepas itu..

    mungkin memang patut didedahkan wajah GAY ini supaya mereka insaf dan berhenti...
    kalau taknak berenti juga, tak mengapa lah...
    hidup hanya sementara...
    menjawab la dlm kubur nanti...
    kita hanya nak tolong...

    saya juga telah buat aduan kepada pihak yang berkenaan mengenai blog GAY tersebut yang saya percaya majoritinya adalah Melayu dan ISLAM...
    taktau la apa tindakan yang mereka dan buat...
    janji saya dah lapor...
    sudah lepas tanggunjawab saya sebagi rakyat dan orang ISLAM...

    walaopon berasa geli yang amat, saya buka juga blog budak2 GAY tersebut dan beri teguran, nasihat,petikan kisah Nabi Luth a.s....
    walaopon saya tahu komen saya dibuang, saya tak kesah pon..
    bak kata bro mazidul, mcm curah air ke daun keladi...
    yg penting dakwah, ajakan ke arah kebaikan perlu sentiasa diteruskan....

    BalasPadam
  10. http://akuuntuklelaki.blogspot.com

    satu lagi blog budak2 GAY melayu/islam..saya selalu terjah sampai depa tu hot...

    BalasPadam
  11. kepada orang yang membuat hubungan songsang tak kira la gay le lesbian ka pengkid ka...perlakuan itu bukan saja keji dan hina dari sudut agama..tapi ianya jugak keji dari sudut moral..anda mmg boleh merasa bangga dikalangan anda..tp tidak pada masyarakat lain...jadi insaflah sebelum terlambat..kalau bala datang bukan hanya pada kamu semua..tapi turut terkena pada manusia lain...jika kamu hanya fikir syok kamu sendiri saja tapi bala orang lain yang kena...apa guna...
    pihak jabatan agama perlu bertidak secara serius...kalau tak cukup staff..buat pengambilan..ada beratus ribu yg mohon SPA..tp beratus ribu juga masih tak dapat kerja..
    kerajaan perlu menggubal secara serius akta baru selaras dgn status agama rasmi iaitu Islam...jadi..jalankan hukum islam..

    BalasPadam
  12. Dunia akhir zaman..
    Takut lah akan azab dr Allah..

    Kisah-kisah Para Anbia setiap hari di sini:
    Kisah Para Anbia

    BalasPadam
  13. Salam ..
    sekadar menyokong apa yang EN. Mazidul lakukan.

    Blog:

    http://hasrulhassan.blogspot.com/2010/12/kenapa-menjadi-follower-blog.html

    BalasPadam
  14. teruskan usaha bro mazidul. saya memang sokong usaha bro 100%. perjuangan bro bukan untuk masyarakat sahaja, ini juga perjuangan untuk agama Islam.

    BalasPadam
  15. Seorang silent reader call saya bercakap tntang isu blog gay yg dibaca di blog Mazidul.

    Ternyata bukan hanya wanita yang geli, malahan lelaki sendiri merasah nak muntah melihat blog dan gambar yang dipapar di blog tersebut.

    BalasPadam
  16. saya pernah mengadu pada jab. agama islam pasal pusat sauna gay di jln ipoh kecil..tp kata mereka..tiada peruntukan undang-undang membenarkan mereka mengambil tindakan..jadi saya tak terkejut pun kalau isu ini kecoh..alasannya..tiada peruntukan undang-undang..mudah

    BalasPadam
  17. actually... dulu saya x taw pon kewujudan blog2 gay yg lain, tetapi selepas pendedahan ini saya baru dapat taw rupa2 byk blog2 gay yang lbh ekstrem...

    terima kasih kepada abang mazidul, x perlu saya dok goggle lagi :)

    BalasPadam
  18. Salam Bro,

    Saya menbantah keras kegiatan HARAM ini... selanjutnya sila baca di blog saya... terima kasih

    http://amirul7703.blogspot.com/2010/12/bantahan-terbuka-terhadap-blog-gay.html

    BalasPadam
  19. Golongan yang dilaknat Oleh Allah S.W.T. Dunia akhir zaman, apa-apa kemungkaran dulu agak tertutup, sekarang secara terang-terangan dah tak malu lagi. Takutnya! Ya Allah jauhilah aku & seluruh ahli keluargaku dari keburukan yang nyata mahupun yang tersembunyi... Aminnn

    BalasPadam
  20. entry pasal gay saya dh buat lama dh.. nk tulis balik rasanya dah tak perlu kot..

    http://shatoomanbudakkampung.blogspot.com/2010/10/proud-to-be-gay.html

    BalasPadam
  21. Masih ada ruang dan peluang untuk keluar dari dunia itu - di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

    Saya ada membuat tampalan di blog http://www.ummufarhans.blogspot.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.