Jumaat, Disember 31, 2010

MBPJ Mengambil Tindakan

Dalam tampalan ini, saya mendedahkan perihal sikap sebilangan pengusaha restoran di Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, sewenang-wenangnya menggunakan ruang parkir untuk meletakkan meja dan kerusi.

Berikut komen Pengarah Penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Mohd Faiuzi Maarop ketika dihubungi pada petang 28 Disember lalu.

"Bang, saya tengah bercuti tetapi saya akan hantar penguatkuasa untuk mengambil tindakan"

Sehari kemudian Fauzi menghantar pesanan ringkas kepada saya, gerai bergerak, meja, kerusi dan tong gas antara barangan disita MBPJ dari 3 restoran terbabit.

"Sebenarnya kita dah ambil tindakan berulang kali, sekali kompaun RM500. Hari ini kita letakkan penguatkuasa statik di lokasi sama," tambah beliau.

Berikut gambar premis pertama saya rakamkan Selasa lalu.


6 ruang parkir digunakan restoran terbabit untuk meletakkan meja, kerusi dan gerai menjual kepak ayam.

Berikut gambar saya rakamkan malam semalam.


Keadaan berubah seperti sediakala, ruang parkir untuk tempat meletakkan kenderaan bukan peralatan perniagaan.

Gambar di premis kedua sebelum ini ...


Kemudian menjadi begini ...
 

 Di premis ketiga, sebelumnya ...


Semalam ...
 

Saya merakamkan terima kasih atas tindakan pantas pihak penguatkuasa MBPJ.

Samada gerai kecil milik Melayu atau restoran besar milik bangsa lain, jika mereka melanggar peraturan ditetapkan, tindakan sama wajib dilaksanakan tanpa memilih bulu.

Kita tidak mahu mendengar masyarakat berbisik "Mengapa restoran Cina besar, selamba meletakkan kerusi dan meja di ruang parkir dan pejalan kaki sedangkan kalau gerai atau restoran Melayu, buat begitu, cepat sahaja barang kena sita'"

Saya percaya tindakan pengusaha mematuhi undang-undang terbabit hanya bersifat sementara sahaja. Selepas ini ruang parkir akan dipenuhi meja dan kerusi kembali. Namun mujur kamera digital Canon G9 saya menggunakan memori kad mampu memuatkan ribuan gambar.

Jika mereka engkar, saya akan merakamkan kembali visual premis perniagaan mereka dan aduan akan dikemukan sekali lagi kepada MBPJ.

Peniaga warga Indonesia sebelum ini selamba berniaga biarpun ditegur juga sudah tidak kelihatan di tapak asal, di ruang parkir.


Jika kita warga tempatan boleh menghormati undang-undang, mengapa tidak mereka? Berdegil, konon.

9 ulasan:

  1. mudahan visual tanpa kerusi bertahan sehingga tahun depan..

    RM500 sikit sangat..elok dinaikkan RM5000 dan sita.

    BalasPadam
  2. mungkin nilai denda RM500 bagi pengusaha restoran terbabit terlalu sedikit.

    BalasPadam
  3. denda RM500... taukeh dapat collect 1 malam je 4-5 kali ganda.. huhu..

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada Pihak Berwajib dan Tahniah kepada Bro Mazidul.

    Sama2 Kita Menyumbang tenaga ,idea dan apa sahaja bagi membuktikan kita PEDULI....

    BalasPadam
  5. Benar. Kompaun 1 bulan 1 kali pun kira kecil sangat kesannya. Keuntungan sepanjang bulan berganda-ganda. Sebab tu ramai yang tak hairan...

    BalasPadam
  6. Saya pun nak buat lah. Kat sini sakit mata sakit hati sbb nak parking tempat dah penuh dgn kerusi meja depa. Siap...

    BalasPadam
  7. salam sdr mazidul... bg saya peniaga yg letak meja makan di parking lot ni bodoh sebenarnya. knp bodoh? sbb kalu diorang letak meja kat parking lot abis tu customer yg nak mkn dikedai mereka (khususnya yg menaiki kereta) nak parking dimana?

    sbg contoh di Pontian Kecil terdapat satu kawasan perniagaan yg didlmnya terdpt beberapa restoran seafood. tempatnya menarik sbb dari situ, sambil makan bole menikmati suasana matahari terbenam dikala senja menjelang, tapi disbbkan kebodohan para pengusaha restoran yg meletak meja2 di parking lot maka terpaksa la kita membatalkan hasrat utk mkn2 disitu. tak berbaloi rasanya untuk membahayakan diri dan kenderaan dgn memarking kereta jauh dari tempat makan.

    kpd para peniaga yg suka letak meja di parking lot, tahun 2011 ni buang la jauh2 kebodohan anda itu.

    kpd para pengunjung pula, sayangi nyawa dan harta benda anda (kereta) sblm mengambil tempat dimeja yg diletakkan di parking lot...

    selamat tahun baru.

    BalasPadam
  8. Cepat tindakan MBPJ! Maklumlah yang buat aduan pun wartawan yang disegani....

    BalasPadam
  9. Setinggi-tinggi tahniah untuk semua dan Bro Mazidul. Bro, tindakan yang bagus dan amat terpuji. Kalau boleh bukan sekali ini sahaja. Kita tengok setakat mana kedegilan mereka ini. Tak mau ikut undang-undang Malaysia, suruh mereka pergi meniaga di negara lain, kalau berani.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.