Khamis, Disember 09, 2010

Jantan Sial!!!

Lazimnya pasangan bercinta mengimpikan perhubungan mereka berakhir di jinjang pelamin.

Justeru tidak hairan jika sebilangan pasangan tanpa perasaan segan silu kerap berkepit dan sekaligus kelihatan bagai tidak mampu dipisahkan. 

'Jangan pisahkan, aku dan dia. Tuhan tolonglah ku cinta dia. Biarkan kami tetap bersama di dalam suka dan duka' - Deddy Dores

Berpegang tangan, berjalan sambil berpelukan erat tanpa mengambil kira perlakuan mereka diperhatikan ramai. Mereka bagaikan hidup di dalam dunia ciptaan sendiri. 

Insan bergelar lelaki dan perempuan, saling sayang menyayangi dan cinta mencintai, indah nian. 

"Sayang! Sayang! Sayang! Sayang I tak?," soal si gadis.

"Sayang sangat!," balas si teruna sambil memeluk erat kekasihnya.

Wow! Bulan pun slowly jatuh ke riba.

Love, love, love is in the air (Chirp! Chirp! Chirp! Chirp! - Bunyi burung putih terbang berpasangan )

"Sayang ... Sayang nak ini. Boleh?," pinta teman lelaki.

"Boleh sayang"

"Sayang... Sayang nak itu. Boleh?," pintanya lagi.

"Boleh sayang"

"Sayang... Sayang nak itu dan ini. Boleh?"

"Boleh sayang, I am yours"

Lumrah sikap sebilangan perempuan sebegitu. Jiwa mereka mudah alah dengan rangkaian kata-kata manis, 'terbeli' dengan  pujuk rayu, dijalin perkataan sayang dan bait bait cinta.

Justeru segelintir lelaki opportunist mengambil kesempatan.

Tidak semua pasangan bertemu akan bersatu, itu hakikat tidak mampu disangkal. Kenikmatan dikecapi pasangan bercinta kekadang hanya bersifat sementara.

Sebelum jiwa bergelodak, hari terhiris dan perasaan terguris. Bila itu berlaku terkesampinglah perasaan sayang dan cinta. Musnah semua impian dibina bersama, berkecai bagai puing puing ditiup bayu senja.

"Ha! Bila you nak bayar semua bil telefon tertunggak tu? Dah lah dulu registered akaun guna nama I! Bil dah beribu, lepas itu porak porak buat tak tahu!!! Now nama I dah black listed! Jantan sial!!!"

Kata manis dan madah pujangga meleret teman lelaki mustahil boleh ditukar dengan wang ringgit.

Pengajarannya, JANGAN benarkan teman lelaki menggunakan nama dan maklumat peribadi anda untuk mendaftarkan talian telefon pasca bayar, post paid untuk kegunaannya.

Akibatnya, anda mungkin terpaksa membeli top up sehingga ke akhir hayat!

Penghargaan

Terima kasih kepada semua 3,200 followers dan pembaca setia blog ini. Tergamam seketika mengenangkan blog mula ditulis sekadar untuk berkongsi secebis pengalaman pada April 2008 kini mendapat sokongan mantap jutaan pelawat.

Thanks again!

29 ulasan:

  1. hahaha
    x d nafikan ada lelaki yg mengambil kesempatan terhadap wanita yg mencintai mereka...

    BalasPadam
  2. lgi satu...jgn tgglkn IC photostate kat ejen yg buat promosi (xkirala broadband or postpaid,even prepaid pn)....kwn sy ramai dh kena...tiba2 bil dtg kat rmh...kne byr bribu2...ape cer???

    BalasPadam
  3. Ya benar, jangan mudah dibeli jiwa nanti menyesal tak sudah.

    BalasPadam
  4. Teruskan perjuangan ini,
    Orang tak suka,
    tapi Allah suka. ^^

    BalasPadam
  5. Bila hati kononnya cinta, dinasihat pun bagai tiada guna. Peliknya, ada yang berkali-kali terkena pun masih juga tidak mendapat pengajaran yang menyedarkan!

    BalasPadam
  6. sama je... lelaki ke perempuan... ade jugak spesis pompuan yg nak itu... nak ini...
    spesis suke 'ambil kesempatan'

    BalasPadam
  7. ya, saya penah jumpa lelaki opportunist ni. pinjam duit la, itu la ini la. lepas tu lari taknak bayar. nasib baik saya tak kasi photocopy license saya masa dia nak beli motor dulu. saya tau dia nak letak nama saya sebagai penjamin. ataupun maybe dia nak meminjam kat along kot. kalo tak, naya hidup saya.

    BalasPadam
  8. itu belum lagi lelaki yg minta balik duit gantirugi waktu bercinta..
    apekah??
    agk2 nye klu report kat polis, under ape agknye?
    huhuhu..

    BalasPadam
  9. Hehehe... bercinta membuatkan orang jadi giler! Bercintalah dengan akal dan fikiran yang waras. Jangan terhutang budi nanti tergadai body.

    BalasPadam
  10. Even husband and wife pun kena berhati hati bila bersangkutan RM...bukan sikit wife merana bayar hutang piutang suami bila ditinggalkan.
    My x teacher jadi biul bila suami lari dengan bini muda...tinggal anak anak dan hutang segala.

    BalasPadam
  11. bercinta dgn si A tak semestinya kahwin dgn si A jugak.... kalau dah jadi suami isteri pun janganlah nak bagi pakai nama pada si suami tu sebab kadang2 si suami amik kesempatan..dan si isteri pun janganlah lurus bendul sangat yer.....

    sib baik laa ex i sanggup lagi bayar hutang piutang atas nama i tu... bab tu dia masih lagi ada hati budi... alhamdulillah...

    BalasPadam
  12. perempuan terlalu mudah percayakan lelaki..

    dan lelaki juga mudah untuk ambil kesempatan...



    TERKINI: LELAKI KAKI PUKUL? DAYUS KAH?

    BalasPadam
  13. jangan salahkan cinta itu buta tapi salahkan diri yang buta akibat cinta.. kih3..

    BalasPadam
  14. salam.........

    Hmmmm......sekarang nye zaman dh terbalik..now kt sekeliling kita, jika kita perhatikan betul2, perempuan dh byk yg suka goyang kaki, tapi duit banyak...Realiti ni mmg terjadi kt bandar2 besar kt KL..perempuan bila ada rupa sikit akan mengambil kesempatan ke ats lelaki, tak kira suami org, or cucu org...tu lumrah dunia....

    so bg saya, lelaki n perempuan sama jek now..sama2 nak mengambil kesempatan..yg penting, didikan agama n keimanan masing2....bukan sbb jantina.

    Tq.

    BalasPadam
  15. cinta ibarat kurap
    makin di garu makin sedap...heheheee

    BalasPadam
  16. Antara salah satu dari berpuluh-puluh kelemahan/kesilapan orang perempuan ialah, mereka terlalu ikutkan perasaan sayang - mereka hilang akal sanggup beri apa saja (berkorban konon) - ini memudahkan lelaki2 bauya mengambil kesempatan.
    Bila dah terkena/terpedaya, barulah kembali guna akal - berfikir waras pulak, tetapi dah terlambat!
    Kemudian salahkan tuhan - kata "semua lelaki sama, suka mengambil kesempatan menindas mrk.!"
    Kalau semua lelaki tu jahat, dunia ni langsung lah takkan aman walau sesaat pun! Fikirlah....

    BalasPadam
  17. setuju sangat...pernah terkena dulu...memang jantan sial!!...huh!

    BalasPadam
  18. ini antara sebab kenapa saya takut nak rapat dgn lelaki walaupun tahu bukan semua lelaki begitu...

    BalasPadam
  19. haha org klau bercinta. kentut pon wangi tul x =)

    BalasPadam
  20. entry yang menarik. memang kebanyakan perempuan jadi mangsa. tapi yang salah perempuan juga. kenapa begitu mudah terpedaya dengan kata2.

    BalasPadam
  21. betapa lamanya wanita tertipu..bulan dan tahun..??

    bila dah RELA memberi, wajar wanita tidak ungkit barangan yang digadai..

    BalasPadam
  22. I tak leh hidup tanpa cinta, BRO... hehehehe

    BalasPadam
  23. selalunye wanita yg tkena ni xde rupa sgt kot..hehehe...sbb tu la org ambil kesempatan, pastu tinggal...kalau yg ada rupa, sure lelaki tak nk lepas...heheheh

    -pendapatan gua yg tak berapa bernas jek..hehehehe

    BalasPadam
  24. ya..anak muda skang dh banyak melampaui batas..No pun berasa takut dan gerun sebab No ada anak dara n teruna..doa No harap dorang berpegang teguh pada ajaran agama dan pandai menjaga nama baik keluarga..amin..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.