Ahad, Oktober 11, 2009

Periksa Bil Jika Ke Giant Kota Damansara

Jam 12.30 tadi saya dan 2 anak ke Giant di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Pantas kami membeli beras, ayam, 2 barang permainan , bateri dan shaving foam. Jam 12.51 saya membuat pembayaran di kaunter, RM327.26.

“Senapang, Battle Max-Sceptor ini harganya RM149, bukan RM199,” saya memberitahu juruwang kaunter 24, Farah Yesmin.

“Oh! Saya dah punced, pergi ke Customer Service,” arahnya.

Saya terus berdiri di hadapannya.

“Cubalah check dulu harga sebenar, mungkin saya tersalah tengok,” ujar saya.

Penyelia perempuan berdiri di kaunter berhampiran kemudian memanggil pekerja lelaki berasal dari Jawa, Indonesia tampil kekaunter menggunakan walkie-talkie. Melihat kejadian itu, pengawal keselamatan Giant menghampiri dan memegang tangan saya.

"Don't dare touching me," saya mengingatkan dia sambil menolak tangannya.

Perbuatan bodohnya itu mungkin menggambarkan kepada pelanggan lain saya melakukan kesalahan sedangkan saya hanya menuntut hak sebagai pelanggan.

Setibanya pekerja Indonesia itu di kaunter, penyelia bertanya kepadanya.

“Berapa harga barang permainan ini?,” tanya juruwang.

“RM199,” katanya yakin.

“Cuba check dulu,” pinta saya.

Pekerja Indonesia itu kemudian berjalan ke arah rak barang permainan, saya mengikutnya rapat dari belakang.

“Mana tulis RM199?,” tanya saya kepada pekerja bermuka masam itu.

“RM149. RM199 harga lama,” ujarnya selamba.

“Tadi kamu kata RM199, kalau saya tak suruh check, saya kena tipu macam tu sajalah?,” saya menegurnya.

Dia langsung tidak menoleh, jauh sekali memohon maaf. Kami bersama berjalan menuju ke kaunter semula. Saya kemudian meminta penyelia memanggil pengurus bertugas.

“Bagi diskaun sahaja dengan dia,” kedengaran suara dari walkie-talkie.

“Hello! Saya bukan nak minta diskaun, saya nak jumpa manager. Tak boleh ke?,” saya bersuara.

Kurang 5 minit, muncul penolong pengurus, Zahir Ishak.

Saya jelaskan kepada Zahir perkara berlaku.

“Awak panggil budak Indon kurang ajar tu balik, datang sini, minta maaf. Jangan suka suka menipu saya. Saya ada duit, bukan nak minta diskaun. Lagipun barang itu saya dah bayar. Usah tunjuk muka haram jadah dengan customer. Kalau silap minta maaf, mudah,” pinta saya.

Zahir kemudian bergegas mencari pekerja Indonesia saya maksudkan. Kurang 10 minit, pekerja itu muncul bersama Zahir dari celah rak dan berjalan kearah saya.

“Kamu jangan kurang ajar dengan customer. Di Indonesia, kamu boleh buat macam itu, bukan di negara saya. Suka hati kamu sahaja bubuh harga, bila tersilap tidak pandai minta maaf, lepas itu tunjuk muka sombong. Kamu fikir saya tidak kenal angka?,” kata saya.

“Saya minta maaf,” ujar pekerja berusia 23 tahun itu.

Zahir kemudian membawa barang permainan saya beli ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Dia kembali semula bertemu saya dan menghulurkan resit berserta wang tunai RM50.

“Terima kasih Zahir,” ucap saya.

Moto Giant, ‘Harga Rendah Tiada Tandingan’. Khusus kepada pihak pengurusan Giant Kota Damansara, jangan rendahkan kualiti perkhidmatan dengan menggajikan pekerja tidak komited sekaligus merugikan pelanggan. Lebih penting, belajarlah memohon maaf dan usah memperkotak katikkan pelanggan jika melakukan kesilapan bodoh. Seperkara lagi, jangan bertindak lembab bak semut berjalan sedangkan mendakwa 'Giant'.

Pesanan saya, jika membeli belah di premis sama, sila periksa bil secara teliti, jika tidak pelanggan mungkin tertipu begitu sahaja.

Update Jam 5.43 petang tadi saya menghubungi Giant dan meminta mereka menghantar email memohon maaf atas kejadian itu.

70 ulasan:

  1. ohh..saya tak pernah terfikit perkara macam nie akan berlaku pada supermarket yang besar2..lain kali saya akan berhati2..mana la tahu mungkin selama nie dah terkena cuma saya aja yang tak perasan...

    BalasPadam
  2. Bro,

    Sorrylah, but I just cant tolerate when it comes to customer service. Seriously, ini membuktikan Giant mempunyai customer service yang amat buruk, teruk. And this is NOT the first time.

    I have had the same experience, cashier punched single item empat kali! And because of the cashier stupidity and carelessness, kami terpaksa beratur dekat customer service almost an hour just to get back our money, and that is, after I yelled at the personnel manning the reimbursement counter.

    And their customer service rating is so poor compared to Jusco and Tesco, lagi pulak menggaji stupid Indonesian yang merempat cari makan kat Malaysia ni. Ohh well, Indons are known as swindlers. So no surprise.

    BalasPadam
  3. mmg pun..slalu kt umh baru perasan dah terkena.. tapi pada saya kat tesco brg lg murah..

    BalasPadam
  4. rasanya, saya sendiri dah 2 kali terjadi, yang susahnye bila dah scan nak dapat duit balik tu lama pulak lah menunggu. adusssss..

    kadang tersilap scan 2 kali pun satu hal jgk.

    BalasPadam
  5. Pernah terjadi di IKEA. Beli gambar harga RM199, bila bayar kena RM299. Bila komplen depa kata itu harga lama... masa tengah sale. Tempoh sale dah abih lama dah, tapi tanda harga belum ditukar.

    BalasPadam
  6. Wakakakakaka...kesilapan tu satu hal...bab mereka yang sombong dan TAK SEDAR diri tu.....padan muka....wakakakaka...

    BalasPadam
  7. Hazrey, menariknya the GM called me after I arrived at home. He said that the f**king Indon didn't apologize because he was scared looking at my face. What an excuse? Having a 'scary' face is not an offence, I told him.

    I was really pissed off because one of the security guards hold my hand as if I was guilty of shop lifting. I slowly told him to let go my hand or I'll slap his face. Idiot!

    What an interesting incident. They must have thought that I was a small child, easy to be played around.

    Giant acted like a tiny ant in terms of customer service, that's what I think.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,

    saya tak tahu nak mulakan mcm mana, kalau kita nak salahkan, kena salahkan siapa sebenarnya? adakah yang nak bagi diskaun, atau pekerja yang just bekerja atas arahan semata2, atau pengurus? dan siapa pula yang menipu? antara kesilapan dan kesalahan, siapakah yang dapat membezakan dengan penuh kepastian? siapa pula yang memegang akauntibiliti dalam kes2 sebegini?

    just 1 perkara yang pasti, manusia tak mengenal asal usul, semua buat silap.

    Mungkin ini ujian kepada kita, ?

    BalasPadam
  9. salam en Mazidul, saya sokong sgt cara en mazidul tersebut,memang kurang ajar&biadap pekerja indon tersebut,memang patut,saya&family akan hati2 jugak bila ke Giant Kota Damansara slps nie @ mana2 Pasaraya...Syabas En mazidul

    BalasPadam
  10. padan muka dia orang.
    rasa nak share pengalaman mazidul ni dgn kawan2 biar sumer org tau dan berhati2..
    berani kerana benar.

    BalasPadam
  11. Azizul, semuanya bagai 'Domino Effect'. Juruwang mendakwa berkhidmat lebih setahun, sepatutnya memastikan harga sebenar barangan, bukan lepas tangan mengarahkan pelanggan ke Customer Service.

    Pekerja Indon, terlalu yakin dan bodoh sombong, kononnya tahu harga barang tanpa memeriksa secara terperinci. Mungkin dia terlalu sibuk.

    Pengurus, tanpa menyedari suaranya saya dengari melalui walkie-talkie, berfikir menawarkan harga diskaun kepada saya, satu jalan penyelesaian. Dia ingat saya bodoh seperti dia.

    Pengawal keselamatan memegang tangan saya tanpa usul periksa membuatkan seperti saya bersalah pada pandangan mata pelanggan lain memerhati.

    Jam 5.43 petang tadi saya menghubungi Giant dan meminta mereka menghantar emel memohon maaf atas kejadian berlaku.

    I demand a letter of apology. Biar mereka belajar cara susah.

    BalasPadam
  12. bakar je bang giant tu..wakakaka...bdoh nye mngement kt stu..x alert lnsung...

    BalasPadam
  13. I used to faced the same way too bro Mazidul. Memang confirm dowang akan buat muka tak puas hati tiap kali kita komplen harga yang discan tak sama dengan harga yang kita tahu. Kononnya kita menyusahkan dowang untuk buat correction.

    Saya tak tahan dilayan mcm pesalah, last2 saya cakap, I'll report this to tribunal. I also will send article to newspaper to tell Malaysians about your poor service and "cheating" customers. Barulah saya dilayan elok2.... Minta maaf la. Kesilapan teknikal la...Geram betul!!

    BalasPadam
  14. Salam Bro,

    Hati2, kalo skali baca dah macam ayat anti Indon. tapi since kita kenal bro mcm mana, then we understand ur words.

    Bro dah macam market moto baru.. "Don't mess with me!" .. eheheh...


    Cheers.

    P/S : ape citer bagan pinang?

    BalasPadam
  15. Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Bro telah membuat satu tindakan yang wajar. Kalau pekerja indon tu tak nak mohon maaf, Bro debik je sebijik. baru dia tahu. Bagi betul-betul kat tang muka sombongnya tu.

    BalasPadam
  16. Sesetengah dari kita langsung tidak melihat bil setelah membayarnya. Terus keluar begitu sahaja. Terima kasih Bro di atas peringatan ini.

    BalasPadam
  17. bila GIANT bertemu GIANT..

    nampaknya selepas ini kaunter dan Pengurus kena kenal selebriti jika tidak mahu MALU atau risiko panjang cerita, sekaligus sebagai amaran pengguna yang lain..

    GIANT kurang bernasib baik, buku bertemu ruas..

    BalasPadam
  18. saya pernah jgk kena dgn bangla kt mydin..

    rasa nk 'terajang' je..

    rasa je..hehe

    BalasPadam
  19. Giant,Tesco kaki tipu kalau hangpa nak tau. Ada la jugak barang2 yang murah.Ada barang yang depa tipu.

    Aku tengok selipar budak yang harga rm5 kat pasar malam,dijual rm25.90 kat tesco. Sama sebijik.

    Nama saja besar tapi tak boleh percaya bulat-bulat.

    Kalau aku jadi macam hang mazidul,aku cancel semua barang2. Tak payah beli langsung.Biaq ambik obat sikit...

    BalasPadam
  20. suke ngan your quote:"jangan rendahkan kualiti perkhidmatan dengan menggajikan pekerja tidak komited"...semua peniaga2 yg menggaji pekerja kena ambik kira pasal tahap komitmen pekerja. Kalau ambik pekerja yg nk gaji je, tapi kerja hampes...memang defeat the purpose. alamat tak lama la business bertahan.
    Saya pun pernah terkena jugak dgn Giant...masa tu beli tepung dlm kotak. kat label tertulis RM1.59, tp masa punched RM3.39. nasib baik sy cek resit betul2 after buat payment. Kena g Custoemr Service kaunter and minta refund... lmbt yang amat nk tunggu proses... and mcm biasa takde pun nak mintak maaf. sebab tu malas nk g Giant walaupun sebelah rumah je...saya prefer gi kedai runcit India berdekatan, cekap dan cepat.

    BalasPadam
  21. Mila, selagi kita tahu kita betul, luahkan supaya pelanggan Giant lain tidak melalui kejadian sebegitu.

    Andai berlaku, mereka boleh mengambil tindakan sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tinggal di Kuching Sarawak, dan memang ada a few Gian Supermarket kat sini.. moto Harga Rendah Tiada Tandingan langsung tiada memberi makna kpd kami dimana barang nya tetap mahal jugak :(

      Padam
  22. Hahah awat hang tak penampar jek security tu? Nasib dia baik lah.Hahaha..

    You know what, after this, I will write a petition to all the bosses NOT to let you be on TV sebab muka scary! Kah kah kah kah kah..

    Hahahaha.. No wonder 360 rating tinggi, mungkin sebab you have scary face and people lovessss cerita scary merry. hahahah

    BalasPadam
  23. Salam Mazidul,

    Customer Service Giant memang teruk...Kalau di Giant Kuantan cashier nya tak pernah senyum.

    Security Guard yang standby tepi cashier tu selalu pandang kita semacam jer.

    "A customer is the most important visitor on our premises; he is not dependent on us. We are dependent on him. He is not an interruption in our work. He is the purpose of it. He is not an outsider in our business. He is part of it. We are not doing him a favor by serving him. He is doing us a favor by giving us an opportunity to do so"


    "Customer service is not about you or your company, it is about the customer. - It is about the customer’s wants, needs, and expectations. Are your procedures, policies, and programs designed for your customer’s benefit or for your company’s benefit?"

    BalasPadam
  24. Hazrey, kalau macam itu saya kena buang semua gambar saya dalam blog ini, takut nanti my scary face menakutkan semua pembaca :)

    Habis, header kena buang juga eh?

    Izad, Ha? Ya ke?

    BalasPadam
  25. salam

    customer service...satu etika yang sungguh dipandang rendah oleh peniaga dan pengusaha di Malaysia.

    Baru semalam saya menyaksikan hak seorang pelanggan dinafikan apabila dia datang ke kedai CD untuk menukar CD yang dia beli kepada yang baru kerana CD tersebut tidak berfungsi dengan baik, tetapi peniaga kedai beralasan kerana CD itu baik jika diguna pada CD-player biasa, tapi kerana pelanggan tersebut menggunakan laptop....maka laptop menjadi alasan yang CD itu berkeadaan baik...(sorry to say this, but that was very stupid excuses.

    Perkara begini sungguh kerap berlaku hingga kita malas mempertikai. Saya selalu berfikir bagaimana boleh kita menaikkan kesedaran hak pengguna di kalangan masyarakat. Hakikat kita ni tertindas padahal kita punya hak, sungguh menyedihkan.

    BalasPadam
  26. salam bro...

    untuk pengetahuan Bro, saya rasa Giant kat Mesra Mall di kerteh Terengganu masih tidak dapat beroperasi...

    saya pun tidak tahu kenapa..

    hemm..
    kalau saya disituasi bro, saya tinggal saja kaunter tuu..
    biar mereka kemas kembali beras, ayam, barang permainan, bateri dan shaving foam termasuk troli yang bro ambilkan tu, baru diorg betul-betul sakit hati.
    Lagi bagus situasi ketika itu orang sedang beratur panjang.. mesti bengang habis di hadapan PELANGGAN yang mereka HARGAI..

    saya suka tindakan Bro... thumb up!
    :P

    BalasPadam
  27. Wah...hebat bro mazidul.

    Saya tersedar yg Giant bohong besar pd harga barang apabila.....

    100g harga asam gelugur keping RM3.50
    Makna sekilo RM35.00.

    Orang kg jual yg dah siap dikeringkan pada pemborong di pasar2 RM8.00 sekilo.

    Agak2 la kalau nk menipu pun!

    Blum lg kita tgk kat pasar mlm jual selipar RM5 tapi kat Giant RM25.90!

    Patut la Doreamon tak mau datang Malaysia....Giant ada. Rugi dia!!

    BalasPadam
  28. salam bro,
    header tu dah comel dah...gambar bro di header tu tak menggambarkan scary face pon ^^...apa pun thnx untuk info ini...setakat ni sy masih bernasib baik bila di kaunter sebab bila kesilapan harga mereka di kaunter akan tolong pastikan semula harganya.

    BalasPadam
  29. Salam,

    Sbnrnya bukan perkara baru. Saya pernah terkena beberapa kali terkena Di beberapa cawangan giant. Bila ditanya, pelbagai alasan diberi. Farmasi Guardian pun serupa. Beberapa orang mak cik Saya hiya pernah terkena. Saya mmg tak suka giant dan seboleh-bolehnya saya mengelak dari berbelanja Di pasaraya Yang suka menipu rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  30. combi selalu gi giant inanam.setakat ni ok sbb combi pernah gak call pegawai kat customer service.dah bayar tapi brg tertinggal kat kaunter.

    call dia then besok dia suruh dtg ambek brg.setakat ini sgt berpuas hati.

    kalau nak tukar baju tersalah saiz pun teda masalah.bebudak sales girl semua ok.alhamdulilah :)

    BalasPadam
  31. Salam Combi,

    Bagus lah Combi dapat service yang baik.

    Ada juga Giant yang servisnya bagus.

    Mungkin manager kat Giant Inaman tu bagus. Staf dia dah dilatih the importance of customer service.

    Apa yang pekerja-pekerja buat reflects the organisation.

    Kena jaga staf-staf sebab yang berhadapan dengan customer adalah mereka ni semua.

    Mereka ni lah yang represent organisasi tu.

    BalasPadam
  32. assalamualaikum ....
    bila baca n3 abg....terkejut jugak kite ingat kan "giant' kat brunei ni je yang mcm 2...rupe nye kat sana pun ade jugak yea.....

    kite pernah sekali kena mcm abg ni...
    masaalah dsini bukan boleh bayar ke tak...ini soal layanan dan hak kite sebagai penguna...

    'jgn kerana nila setitik habis susu sebelanga'...
    ha betul ke tak tu ....he3....sampai sekarang ni kite susah nak jejak kaki kat giant yang 3 minit je gan rumah kite ni....

    apa pun ha...kite ikut bangga dengan tindakan abg tu memang kena mcm tu lah agak nye....

    BalasPadam
  33. Salam....

    Banyak organisasi yang tidak mempraktikan customer service.

    Belum lagi menjadi budaya organisasi disini.

    Organisasi ini sering mencari customer baru padahal customer yang saban hari mengunjungi premis mereka tidak dijaga.

    Ada organisasi yang doesn't care about customer satifaction. Ada yang care tapi tak tahu apa dan bagaimana nak react bila ada problem.

    Ada pula yang react tapi banyak pulak process nya.

    Yang bagus kalau ada organisasi yang ada motto "We care and We deliver immediately"

    Mungkin juga staf-staf bawahan diberi kepercayaan untuk menukarkan barangan yang defect kepada customer.

    Tak payahlah mengikut procedure yang berbelit-belit.


    Bagi saya motto yang bagus mungkin berbunyi begini..." Our Staffs are our Service Guarantee "

    BalasPadam
  34. salam Biaqpila >> mmg harga pasar mlm murah sbb sewa pun murah.kat giant,tesco mahal sbb tempat tu strategik ade ekon,ada parking,troley dsbnye.so kita ada pilihan nak beli kat tempat yg selesa atau pasar mlm :)

    sama mcm beli barang kat 1 borneo lebih mahal dari karamunsing atau centre point sbb 1 borneo tempat ekslusif walaupun barang serta brand yg sama.

    combi pun jarang pegi pasar malam sbb susah carik parking,bersesak ramai org.so beli jer kat giant atau supermarket.

    BalasPadam
  35. ha3
    nice entry
    but today i found
    an indonesian guy that talk in the best mannered evar...
    gyahahah....

    1 dalam seribu juta...

    BalasPadam
  36. uik...dengar citer bro ni membuatkan saya berfikir dua kali nak shopping kat Giant...

    Sokong tindakan bro...kita sebagai pengguna ada hak....jangan biarkan hak kita tu dipermainkan...

    Kalau saya di tempat bro tu, dah lama saya maki mat Indon tu...bodoh sombong betul...

    Walaupun orang kata muka bro nampak scary, tapi saya rasa muka bro comel...hehe (^_^)

    BalasPadam
  37. Saya pun pernah terkena. Tp di pasaraya yang mana saya tak brape ingat. Price tag tunjuk harga lain (Lebih rendah), tp bila scan keluar harga lain (lebih tinggi). Tp nsb baek la dekat cashier tu ada lekat satu announcement lebih kurang macam nie la

    "jikalau harga scan berbeza dari harga yang dipamerkan, kami akan memberikan harga yang terendah"

    so, bile saya dh terkena tu, saya bgtahu la. Dekat price tag di rak tertulis harga sekian sekian. So, cashier tu panggil supervisor tu, and then terus pergi rak untuk tgk balik harga barang tersebut.

    Bila dah chek, depa bg harga yang mana lebih rendah (ikut harga pricr tag di rak)..

    Supervisor depa mintak maaf atas kesulitan dan akan perbetulkan keadaan.

    BalasPadam
  38. salam

    saya selalu kena tipu di GIANT...mmg kes sama macam MAS...
    tapi....BINI saya garanggggggggg...siap kena marah la cashier....
    tapi giant tak serik2
    selalu kena kat giant senawang

    hush...

    tak kaya pun mark up harga
    dalam islam pun dah cakap
    jgn tipu dr segi sukatan..berat..dll...harga


    adusss....

    moga2 berhati kalau pergi giant

    admin
    www.pokli.com
    pokli=portfolio+pasif

    BalasPadam
  39. salam...
    saya pernah dua kali terkena tapi bukan kat giant tapi carrefour. Dua-dua kes saya ialah barang terpunch dua kali. Almaklumla sekali sebulan saya shopping of course penuh troli, mula-mula dulu tak penah check tapi that day tataula nape rase nak check... bila sampai umahla baru perasan coz barang banyak mana leh nak check kat sana. Bila call center dia, dia suh saya pergi balik carrefour, leh betulkan dalam masa seminggu sama ada ganti barang atau bayar balik dgn syarat bawak resit. Bila saya pergi keesokkan harinya ke kaunter, sepertimana pengalaman en. mazidul la jugak, saya dipandang serong, macamla saya ni sesajer nak menipu. Mula-mula dia cakap tak boleh buat apa sebab katanya saya kene pulangkan that day jugak tapi saya pulangkan lewat... saya jawabla... macam mana nak pulangkan that day coz time tu pun carrefour da nak tutup dalam kul 11.00... dah la barang banyak...
    then, saya explainla yang saya da tanya call center dia kata boleh.. macam mana cewek tu kata tak boleh plop? Saya terus bising kat sana dan saya cakap saya nak jumpa manager dia... tetiba time jugak dia terus bagi balik duit kat saya... aikkk??? heran saya... agaknya dia takut bila saya sebut nak jumpa manager dia ataupun dia malas nak layan sebab saya bising atau bagaimana itu saya tatau... saya pun terus berlalu.... saya terpikirla.. ramai kat luar sana lepas shopping terus buang resit... kalaula supermarket selalu melakukan kesilapan begini bermakna untungnya berkali ganda... almaklumla rakyat malaysia kaya... pas bayar tak heran da brapa harga... hulur je... tapi kes kedua saya tu saya da malas nak pergi melutut dan bising2 kat carrefour... memnagla harganya tak seberapa dan saya boleh bayar yang tersalah double punch tu macam daging dan sos tapi apa yang ingin difokuskan disini ialah SIKAP... jadi pikir-pikirla sendiri...

    BalasPadam
  40. Bertemu buku dengan ruas. Padan muka mereka. Dekat sarawkpun pernah berlaku perkara itu tanpa meminta maaf atas kesalahan yang dibuat. Semoga mereka dapat pengajaran dari kesilapan yang dibuat.

    Salam hormat untuk Sdra Mazidul & Family

    BalasPadam
  41. cik Mazidul,

    saya pernah jugak lalui insiden yang hampir sama.. harga di rak lain.. bila punched kluaq lain pulak..

    * pasal tu laa tiap kali saya bershopping saya bawa kalkulator.. kalau angka lain dari yang saya kena bayar memang ada yang tak kena laa tu..

    pernah beli di Tesco, jurukira silap punched harga.. saya suruh dia cek satu-satu.. berpeluh jugak budak tu.. :D pastu saya suruh org yang beratur kat belakang pegi ke kaunter lain.. hehehhe..

    di Carrefour Batu Pahat, wang baki around 34 cents.. cashier bagi 30 sen. alasan syiling 1 sen tak cukup.. saya tanya dia balik, kalau customer tak cukup 1 sen barang boleh bawak balik tak? tau pulak dia jawab tak boleh.. sebabkan saya ni jenis yang keras ati saya tunggu kat depan kaunter dia bagi lagi 10 sen.. heheh.. suka2 hati amik duit customer..

    bayangkan 1 customer dia amik 3 sen, kalau 10 org? 100 org? satu hari berapa ramai customer dia?? iskkkk tak bulehhh tak bulehhh.. walau 1 sen duit kita woooo... :D

    BalasPadam
  42. Baik Giant, Tesco atau Econsave barangan yang murah ada barangan yang mahal pun ada kena rajin buat tinjauan.

    Saya malas ke Tesco sebab ramai sangat pelanggan berbanding Giant (Kajang). Kita beli sebakul jinjing kena berbaris dengan orang penuh satu bakul bertroli.

    Econsave barangan basahnya terkadang lebih murah berbanding Giant & Tesco.

    Di Giant saya pernah beli Nasi Lemaknya tak boleh dimakan lagi, sebab ketika itu telah sekitar 10:00 malam, dah nak tutup. Ikutkan harga tak seberapa sangat, tapi rasa terkilan itu yang lebih; Esoknya saya pergi mengadu; dapat beberapa bungkus lagi Nasi Lemak percuma. Sekarang di Giant Kajang telah tiada jual Nasi Lemak lagi. Saya akur, memang susah nak jaga barangan berlemak ini.

    Seperkara lagi tawaran harga Beras Siam, seiras namanya mirip sama, diletakkan sebelah menyebelah. Bagi kita tak bawa duit banyak memang rasa malu amat harga RM30 tetiba jadi RM50 lebih. Orang ramai berbaris harga telah rekodkan, nak memikul balik beras itu bukannya ringan. Memalukan amat.

    Rasanya kalau orang berduit dia bayar sahaja. Kita ini buat muka sardin terpaksalah tebalkan muka; minta batalkan & tukar beras lain. Selalunya tak kan manis muka juruwang yang terpaksa panggil Supervisor mereka.

    Padahal iklan tawaran mereka yang mengelirukan. Tak pasti apakah itu taktik mereka berniaga.

    Giant & Econsave khabarnya milik orang kita Malaysia; Tesco itu katanya seantero dunia ada.

    BalasPadam
  43. syabas bro,
    dimana2 pon procedure@ etika kerja mungkin sama.. tapi up to mamagment tu yg arrange everything, kalo well managment, rasa nya tak de problem kot. mane2 yg take 4 granted tu lah yg bikin huru hara tu...
    baru kena 2.5 rec. scale, dah terasa gegarannya, kalo sampai 8 rec. scale, lagi lah begegaq!! sekali ngan gempa and tsunami yg dtg.
    ..moto 'ikhlas, jujur dan mesra pelanggan....' barulah kena..
    lepas ni dier org. kenalah alert and sentiasa updated.

    BalasPadam
  44. walauapa pun terima kasih Sdr ,
    kongsi.info.sebagai panduan jangan orang lain terkena lagi..

    50 satu kepala, menipu satu item??
    agaknya berapa item??
    berapa kepala kena tipu sehari??

    BalasPadam
  45. Salam, saya ingatkan kaunter pembayaran Giant Kota damansara je yang lembab, rupanya semua Cawangan sama shj. Di Kuala Trg semasa ramadan, saja beratur hampir 20 min hanya utk membeli selipar jepunG.
    Tesco jugak yg terbaik setakat ini.

    BalasPadam
  46. Bro Maz

    lepas ni kita shopping kat kedai runcit je dah lah.

    Seksyen 11 punya kedai runcit lebih mesra alam dan kaya senyuman.

    "Orang Kita Acheh"

    10 Dalil kenapa membeli di kedai runcit adalah lebih afdal:

    1. Kita bantu perniagaan sesama Islam sesama Melayu.

    2. Boleh hutang dulu, sebab taukay tau rumah kita ( Paling popular sejak tahun 60an)

    3. Taukay jemput beraya kat rumah, taukay datang beraya kat rumah kita

    4. Taukay tak berkira sangat

    5. Layanan first class dari taukey sendiri.

    6. Tak yah letih letih nak berjalan jauh jauh macam dalam Giant, kecuali anda memang teruja nak 'ber marathon' bersama keluarga.

    Percaya kah anda, untuk bershopping di Giant Kota Damansara, kita seumpama berjogging sejauh 4 kilometer secara purata

    7. Taukay ucap 'Assalammualaikum' pada kita dan bertanya khabar sekeluarga. Dan senyum lebar dari mula kita datang sampai kita keluar dari kedai runcit.

    8. Kadang kadang taukey kedai belanja kita rokok he he

    9. Tak yah susah susah beratur, cari parking, cari barang, cari itu ini. DI kedai runcit kita cakap taukay akan carikan sampai dapat.

    10. Boleh call taukay kedai dan order ayam, daging, gula, garam, sayuran dan gas memasak, lepas tu ada free delivery. Giant yang harga murah tu haram tak pernah buat special delivery. he he he

    Tak percaya?

    cuba pergi Kedai runcit paling hujung selepas kedai mamak pusat lepak international bersebelahan Salvia Appartment he he he

    BalasPadam
  47. Ye lah... Giant dan lain2 Hypermarket nih dah membunuh peniaga2 runcit melayu..

    Kita pulak pakat pi Hypermarket bersubahat membenarkan sahabat2 saudara2 kita yg yg berniaga kedai runcit dikuburkan..

    Igt dulu, kalo nak beli ayam pon dapat ayam fresh... pilih hidup2 siap sembelih. sejam lepas tuh dah leh ambik siap togel atau dah siap potong2... kalo kat Giant Tesco nih sesilap ayam dah 3-4 hari dok jual lagi...

    Actually lama dah saya boikot beli ayam kat Hypermarket nih.. start bila tau diorg kekadang tukar tag date tuh .. konon baru letak hari nih siap tag tarikh hari ni. rupanya tukar tag baru...

    Mungkin bro boleh kupas nasib peniaga runcit melayu sekarang...

    Kasihan mereka.

    BalasPadam
  48. Saya pernah terkena kat Giant Bandar Puteri Puchong.Walaupun beza harga cuma 50 sen.Satu lagi beli baju anak,dalam resit ada tercatit bila sampai rumah bajunya tak ada kebetulan harga offer.Lepas tu saya dah tak pergi Giant.Banyak lagi hypermarket lain yang boleh dipilih.

    BalasPadam
  49. salam..
    memang betul pn..ezan pun dah banyak kali kena..
    mereka ni letak barang merata tak ikut harga barang..
    bila dah punced, keluar harga lain.
    bila tanya balik pada cashier,free je kena marah..
    sepatutnya mereka semua ni perlu diberi kursus etika dan tatatertib..
    banyak yang mereka perlu belajar.Antaranya pamerkan senyuman meskipun penat berdiri berjam2, jangan merungut bila customer minta penjelasan,minta maaf bila salah..n etc..
    sekian..

    BalasPadam
  50. salam..

    xyah pegi jauh2 la..
    cuba test sekali..
    kat mamat2/minah2 pekerja asing yg bekerja kat mana2 kedai runcit atau mana2 kedai sekali pun..

    sy pernah cuba tanya 'penyapu lidi' ada tak..? terus je jawabnya 'xde'... walhal benda tu ada pun depan mata.. pekerja2 asing ni. tau ke.. berbahasa melayu/malaysia..
    in english jauh api dari panggang lerr..

    sakit hati ku.. apabila berurusan dgn para pekerja asing ni.. !!

    BalasPadam
  51. Saya terkena dua kali.


    Kali kedua

    Kali kedua

    Adakah Giant ni, kat semua tempat dia kelentong orang?

    BalasPadam
  52. Beberapa hari yang sudah, saya naik bas Metro 91 dari pasaraya OTK Gombak ke UIAM. Saya kemudian naik bas tu then konduktor Indon tu belum kutip tambang dari saya. Lepas tu dia tanya, "lu ada tiket?", then saya hulur duit kat dia. Then, dia sound saya, "oh, kalau aku tak kutip tambang, kau tak mau bayar la?", tapi saya diam jer. Tapi yg paling teruk, dia maki saya dalam bas kononnya saya tak nak bayar tambang. Kalau ikutkan hati, saya nak pijak perut konduktor Indon tu sampai pecah

    BalasPadam
  53. Assalamualaikum Br. Mazidul

    Kes silap harga ni sebanarnya, setahu sayalah, pelanggan mempunyai hak iaitu harga yg terendah antara harga dipamer atau harga di imbas (scan).
    Ada sekali di Jusco, pekerjanya lupa untuk ambil tanda harga 'sale' barang jualan yang ingin saya beli, tapi bila diimbas harganya lebih mahal. Saya bagitau cashier yang harga yang dipamer lebih rendah. Jadi dia check, memang tanda harga tu adalah. terus dia panggil supervisor untuk tindakan lanjut. Supervisor tersebut terus kurangkan harga sepertimana dipamer, sambil meminta maaf atas masalah yang saya hadapi.
    Kadangkala kita sebagai pengguna kurang peka dengan hak-hak kepenggunaan. Dalam pada itu pihak pengurusan kedai-kedai, kecil atau besar, harus juga mengajarkan pekerja merke tatacara mengendali pelanggan.. lagipun budibahasakan budaya kita.
    memang beberapa kali saya mengalami nasib seperti Br. Mazidul, di carrefour dan Giant. Selalunya saya pastikan harga barangan yang di beli, sebarang kesilapan saya akan mengadu; cumanya di dua-dua tempat tu mereka seperti malas nak layan kita; tapi kalau kita berkeras merka akan mengalah juga. Kalu masa tu saya nak cepat saya kata saya tak jadi beli, suruh cashier tolakkan harga yang dah scan. Kalau dia tak nak.. saya tinggalkan semua barangan.. tak jadi beli...Lagipun duit kita kan... ada hak kita nak beli atau tak barangan dia.
    Pesanan saya kepada semua... berhati-hatilah bila membeli belah, pastikan kita menggunakan hak kita sebagai pengguna.

    ::masih ingat lagi tagline Br. Mazidul masa sekelas kat KPP dulu.. "Nama saya Mazidul.. panggil saya .....". X sangka la ni dah femos

    BalasPadam
  54. Part tarik muka masam dan berlagak pada customer tu yang paling tidak boleh tahan...


    http://manis18.blogspot.com

    BalasPadam
  55. Kat Giant Melaka pun macamtu jugak, tapi kalau tak check betul2 memang tak perasan.

    BalasPadam
  56. Salam Sdr. Mazidul,

    Saya teruja sangat dengan posting ini. Pengalaman saya sendiri di Carrefour Subang Jaya, membeli 2 unit kaset. Kesilapan berlaku (yang saya pun tidak sedari) pekerja kaunter bayaran tidak membuka pek keselamatan kaset. Apabila keluar, saya terperangkap di scanner.

    Tanpa usul periksa, Pak Guard datang dan mengheret saya ke pejabat. Saya meronta dan cuba menunjukkan resit dan menunjukkan kaunter tempat saya membayar. Apabila diperiksa, pek keselamatan kaset itu belum dibuka pekerja kaunter. Anehnya di kaunter sama pekerja kaunter kata dia tidak tahu saya membuat bayaran di kaunternya.

    Memang haram jadah! Saya hempas kedua-dua kaset di situ. Pak Guard berulang kali meminta maaf dan memohon tidak dipanjangkan kes. Saya kata resit ini menunjukkan kaunter bayaran, bayaran yang saya jelaskan dan jenis barang yang saya beli. Kenapa pekerja kaunter tidak mahu mengakui kesilapannya dan meminta maaf. Itu saja.

    Saya sokong Sdr. Mazidul BERTEGAS di Giant. Kita kena tunjukkan kuasa kita sebagai pengguna. Hypermarket ini hidup kerana customer, jangan tipu customer atau ambil mudah soal harga dan soal perkhidmatan.

    Kita bukan "pencuri" yang tidak berduit untuk membeli barangan yang kita mahu atau mengemis diskaun mereka. Ini soal hak dan kejujuran.

    Syabas Sdr. mazidul.

    NIZAM MAT SAARI

    BalasPadam
  57. Bukan shj pasaraya GIANT, tetapi MYDIN pun serupa jg. Sy pernah terkena harga yg dipaparkan berbeza dgn harga apabila discan di kaunter. Kalau lg murah tak pe. Ni lg mahal. Harap KDN sila ambil perhatian....

    BalasPadam
  58. dari dulu smpai skarang saya xpercaya ngan penipuan supermarket Giant .. diorg suka menipu...

    BalasPadam
  59. ....jangan kata Giant sahaja siapa yg pernah shopping kat Tesco pun sama....kena berhati2.pastikan apa yg ambil.adalah sama dgn dikaunter pembayaran...saya dah kena
    .....satu lagi kaunter khidmat lepas jualan diorang tak pernah nak senyum...masam aje....dan jarang juga memohon maaf jika kesalahan tu datang dari pihak diaorang..
    terima kasih..

    BalasPadam
  60. bukan giant kota damansara jer.... mydin subang jaya pun sama....

    hati2

    BalasPadam
  61. kenapelah susahnya nak mintak maaf...saya pon pernah mengalami situasi seperti ini...macam biasa, dorang takkan mohon maaf pon...susah sgt ke nak mohon maaf? kadang2 yang buat kita marah sgt adalah sbb dorang tak tak tahu nak mohon maaf, itu je...SOMBONG! Tak reti nak jaga hati customer lgsung..

    BalasPadam
  62. Giant Kota Damansara?, Hmmm tak heran lah kalau terjadi macam tu, aku duduk dekat area tu tapi tobat aku tak akan pergi lagi berbelanja di sana.

    BalasPadam
  63. Honestly dah 2-3 kali terkena dengan Giant di Gombak..contoh harga dipaparkan RM 14.90 tapi bila balik rumah cek rupanya RM 19.90..walaupun asalnya ada tulis promosi etc..serik shopping kat giant

    BalasPadam
  64. semua cawangan Giant perangai macam ni bang. sekadar berkongsi:

    http://www.hazrey.com/2012/07/863-hypermarket-giant-menipu-pelanggan.html

    dan

    http://wcsronnie.blogspot.com/2010/10/giant-hypermarket-real-giant-killer.html

    sekian terima kasih.

    BalasPadam
  65. wah. matjan. lama tak dengar cerita.

    abang mazidul, pasal benda macam ni jangan katakan hypermarket. ikea pun sama.

    sebab dah banyak kali terkena di samping saya pun jenis bajet bulanan groceries agak ketat, saya memang buat list atas kertas atau dalam grocery app yg selalu guna. saya make sure barang2 dlm troli akan saya kira balik (kuantiti dan harga) sebelum pegi cashier. kalau ada isu on the prices, saya diri aja sebelah cashier and refuse to pay until they solve it. either void the items from the list or i'm not paying.

    benda ni amik masa jugak, tapi saya lebih rela jalan lama dalam giant kd dari tunggu kat customer service dia untuk refund.

    BalasPadam
  66. Salam,

    so far, saya tak pernah ada pengalaman dengan customer service yang biadap di mana2 hypermarket.. Biasanya, saya perlu tunggu lama untuk selesaikan any dispute. tapi, apa yg saya perasan, di giant, setiap harga barang selalu dibundarkan bila barcode diimbas. contohnya beli coklat. harga promosi RM 8.26, apabila barcode di scan, harga yg direkod RM8.30. kalau beli 1 barang, tak ada beza sangat. tapi kalau beli barang yang banyak, agak merugikan.. berbeza dengan carrefour.. jumlah total pembelian yang akan dibundarkan, bukan setiap harga barang dibundarkan. saya rasa macam tertipu juga. jarang beli barang di giant sekarang. =)

    BalasPadam
  67. Faham sangat perasaan marah tu. Semalam saya baru kena kat Kidzania. Geram betul. Kita bukannya nak mintak diskaun, cuma acknowledgement yang mistake has been made and yes, an apology. Itu saja.

    BalasPadam
  68. No wonderlah..minggu lps beli ayam potong yang dah sealed tu..tarikh hari yang sama..balik rumah tiba masa nak masak..dah goreng sebenarnya, en suami yang tlg masak..minta bau..kenapa bau pelik..tgk kondisi ayam dah kelabu..hoho..kena dah..
    .

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.