Ahad, Oktober 18, 2009

Balik! Balik! Balik!

“Balik! Balik! Balik!”

Jerit berang lelaki berambut panjang, tanpa berbaju menaiki motosikal menunggang laju kearah saya, Penerbit 360, Mohd Raziff Zulkafli dan jurukamera, Wan Amran Wan Ibrahim.

“Balik! Balik!,” jeritnya lagi apabila melihat dua remaja itu tidak berganjak.

Tiga remaja lain bersama kami kemudian bersuara.

“Dia mabuk tu, minum arak murah, ‘Jin’”

Kejadian itu berlaku pada jam 7 malam tadi, sewaktu Raziff menemubual remaja lelaki ketagih menghidu gam berusia 15 tahun di lorong belakang rumah di Kampung Gita Baru, Kuching, Sarawak. Berikutan itu rakan remaja terbabit berusia 16 tahun melarikan, ketakutan. Bagaimanapun, kami tidak berundur dan meneruskan tugasan.

Awal pagi esok, kami akan ke Saratok, 5 jam perjalanan menaiki kereta dari Kuching, meninjau gejala hidu gam di daerah itu.

Gambar (kanan) Wan dan rakan, Ismail

18 ulasan:

  1. Menarik juga topik Bro yg akan datang ni.. bila bersiarannya?

    BalasPadam
  2. Bro, memang beranilah dalam mengharungi dugaan dan cabaran semasa melakukan tugasan.. caiyok- caiyok..

    BalasPadam
  3. Saudara Mazidul,

    Welcome to my home!... Di Saratoklah tempat kelahiran saya, dibesarkan dan menimba ilmu di pekan yang sedarhana itu... Saya berbangga pengacara dan program kegemaran saya ini menjejak kaki ke tempat kelahiran saya....

    Harapan saya, semoga sukses selalu dalam apa juga yang saudara Mazidul ceburi dan berharap rancangan ini dapat menjadi pengajaran untuk semua penonton..

    Saya mencadangkan saudara Mazidul membuat liputan ke Bintulu.. Di sana lagi panas!

    BalasPadam
  4. assalammualaikum

    antara ratusan masalah yang tak selesai di kalangan remaja kita... hilang akal, pendek umur secara percuma.... begitu sia-sianya kehidupan muda mereka

    BalasPadam
  5. Bazrul, siarannya pada 21 Oktober 2009.

    Waltz, saya akan kerumah panjang tetapi tidak pasti mana satu.

    kl citizen, kalau budak-budak jadi macam itu, kita tidak hairan tetapi apabila orang tua menyokong gejala terbabit, dungu.

    BalasPadam
  6. oo..besar cabarannya jadi Wartawan yerr..(maaf saya baru tau)

    BalasPadam
  7. carilah rumah panjai yang usang, supaya govt sarawak bukan saja buka mata melainkan terbeliak..! heeee...

    BalasPadam
  8. siapa agaknya yang mencipta acara menghidu GAM..

    lokasi terawal??

    direka oleh para 'saintis/chef' berunsur bisnes..??

    BalasPadam
  9. AM teringin benar jika bro boleh membuat kajian sedikit dan paparkan kepada umum tentang 'khasiat' gambir serawak.

    Dengar kata begitu hebat si pengguna gambir serawak itu. Benarkah? :)

    Apapun jika bro ke Sarawak hanya untuk siasat remaja hidu gam, AM rasa bro dah silap perhitungan. Jauh sangat tu, kerana AM boleh bawa bro melihat gegala itu di sekitar Pandan Jaya, Pandan Indah, Kampung Pandan, Desa Pandan. Semuanya di Kuala Lumpur.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  10. itu dia! mr mazidul ada di Sarawak ketika ini..hehe...selamat menjalankan tugas..:)ini buat saya tak sabar tengok 360 minggu ni.

    BalasPadam
  11. kegiatan tidak bermoral seperti ini semakin menjadi-jadi. saya cadangkan saudara mazidul pergi ke kawasan felda-felda membongkar gejala yang lebih dasyat seperti ini.

    BalasPadam
  12. kita semua boleh komen dan beri bermacam-macam kritikan,pandangan dan cadangan.
    Apakah sumbangan dan tindakan kita untuk menyelesaikan masalah remaja kita hari ini?

    BalasPadam
  13. ... Sdr Mazidul terpikat orang Sarawak lai elok..
    putih, sopan dan lembut,

    apasalahnya tambah cawangan.
    tak perlu sewa hotel mana tau lain kali ke sana lagi.
    'kamek kamek'

    BalasPadam
  14. Salam Sdr. Mazidul,

    Dahsyat la bebudak sekarang nih. Dah tak der mende lain ker nak hidu, gam pun jadik? Tak paham tak paham...

    Ya, seperti kata Anak Merdeka, di Lembah Klang memang bersepah orang hidu gam.

    Tapi bagus jugak masuk kampung-kampung, Masalah sosial kat kampung, Felda pun teruk juga khabarnya.

    Selamat bertugas.

    BalasPadam
  15. Berzaman masalah menghidu gam ini tidak pernah redanya.

    Kenapa iyer?.

    Apakah tiada akta untuk membenteras masalah menghidu gam ini; Gam bukannya dadah!!...Pemadam & Pertubuhan NGO sering mewar-warkan agar diadakan akta bagi mengekang perbuatan menghidu gam ini.

    360 sekadar dapat mendedahkan masalah ini. Siapa yang harus memantaunya?.

    BalasPadam
  16. Wow, Abg Mazidul Ke Saratok. My kampung kat sana.. :)

    Selamat bertugas.

    BalasPadam
  17. gam...sejenis bahan kimia yang boleh melekatkan antara dua permukaan...

    tapi org yang hidu gam ape yang akan melekat?????

    juga dungu?????

    BalasPadam
  18. Alfakir..

    ""kita semua boleh komen dan beri bermacam-macam kritikan,pandangan dan cadangan.
    Apakah sumbangan dan tindakan kita untuk menyelesaikan masalah remaja kita hari ini""

    kita komen percuma tanpa melibatkan kos dan masa law dan kerja, satu khidmat idea kepada petugas kerja dan penjaga amanah yang dibayar GAJI,hasil wang kerajaan dan cukai rakyat., jika ada masa dan rela membuat bakti tak salah...kerja dan periuk nasi di dahulukan kerja sukarela di keduakan.

    setiap komen bukan bermakna pandai komen..

    komen dengan hati, jari atau jika berkuasa dengan 'tangan dan kaki'.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.