Semasa di Bachok, Kelantan, saya bertemu beberapa individu terbabit dalam pengeluaran tembakau. Menurut mereka lebih 12,000 keluarga terbabit dalam penanaman tembakau di Bachok sahaja. Jika kita anggarkan setiap keluarga mempunyai purata 4 isi rumah, jumlah mereka mencecah 48,000.
Penanaman tembakau, kerjaya turun temurun, diusahakan datuk nenek mereka sejak berpuluh tahun lalu. Kilang mengawet saya kunjungi di Kampung Aur, membeli lebih 3,000,000 kilogram tembakau basah daripada petani setahun. Setiap kilogram dijual dengan harga 85 sen. Maksudnya, petani meraih pendapatan RM2,550,000 setahun. Itu baharu tembakau dijual kepada sebuah kilang. Dianggarkan lebih 20 kilang pengawet tembakau beroperasi di Kelantan.
Jika pengeluaran rokok diberhentikan, bagaimana petani terbabit menyara kehidupan mereka dan keluarga?
Bagaimanapun ternyata perlaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asean, AFTA, ancaman kepada pengusaha tembakau tempatan.
Kini tembakau kering dijual kepada pengilang rokok dengan harga RM14.50 sekilogram manakala modal termasuk kos pengangkutan, gaji pekerja dan pengawetan, RM12.50. Ertinya, pengawet hanya untung RM2 sekilogram.
Perlaksanaan AFTA tahuh hadapan membenarkan pengilang rokok tempatan membeli tembakau kering terus dari negara Asean lain seperti Thailand dan Indonesia. Harga ditawarkan jauh lebih murah, di antara RM5 dan RM8 sekilogram sekaligus membunuh industri tembakau tempatan.
Nampaknya pengusaha tembakau tempatan terpaksa mencari tanaman alternatif lain. Tetapi malangnya majoriti petani dan pekerja kilang mengawet tembakau terbabit, warga emas, seusia datuk dan nenek kita. Mereka hanya tahu menanam dan mengawet tembakau.
Apakah nasib bakal menimpa mereka Januari 2010?
Penanaman tembakau, kerjaya turun temurun, diusahakan datuk nenek mereka sejak berpuluh tahun lalu. Kilang mengawet saya kunjungi di Kampung Aur, membeli lebih 3,000,000 kilogram tembakau basah daripada petani setahun. Setiap kilogram dijual dengan harga 85 sen. Maksudnya, petani meraih pendapatan RM2,550,000 setahun. Itu baharu tembakau dijual kepada sebuah kilang. Dianggarkan lebih 20 kilang pengawet tembakau beroperasi di Kelantan.
Jika pengeluaran rokok diberhentikan, bagaimana petani terbabit menyara kehidupan mereka dan keluarga?
Bagaimanapun ternyata perlaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asean, AFTA, ancaman kepada pengusaha tembakau tempatan.
Kini tembakau kering dijual kepada pengilang rokok dengan harga RM14.50 sekilogram manakala modal termasuk kos pengangkutan, gaji pekerja dan pengawetan, RM12.50. Ertinya, pengawet hanya untung RM2 sekilogram.
Perlaksanaan AFTA tahuh hadapan membenarkan pengilang rokok tempatan membeli tembakau kering terus dari negara Asean lain seperti Thailand dan Indonesia. Harga ditawarkan jauh lebih murah, di antara RM5 dan RM8 sekilogram sekaligus membunuh industri tembakau tempatan.
Nampaknya pengusaha tembakau tempatan terpaksa mencari tanaman alternatif lain. Tetapi malangnya majoriti petani dan pekerja kilang mengawet tembakau terbabit, warga emas, seusia datuk dan nenek kita. Mereka hanya tahu menanam dan mengawet tembakau.
Apakah nasib bakal menimpa mereka Januari 2010?
Gambar Kilang mengawet tradisional tembakau
salam.
BalasPadamsebenarnya isu tembakau ni dah lama bermain di fikiran para penanam dan isu harga tembakau yang rendah disebabkan dasar kerajaan yang tiada kepedulian terhadap penanam tembakau tapi sebaliknya harga rokok setiap tahun naik dengan cukai yang di kenakan oleh kerajaan.
Pelik dan hairan dimanakah agensi yang terlibat dengan pemasaran tembakau ini mahupun yang berkaitan dengan industri tembakau.Ini semua gara-gara mainan politik semata-mata sebab kebanyakan yang menanam tembakau adalah dari kalangan orang kampung dan melayu ditambah pula dengan industri ini banyak terdapat di kelantan.
Tidak masuk akal bagaimana perkara ini boleh berlaku dari dulu lagi.Ini memberi peluang pada bangsa tionghua untuk memonopoli tembakau yang di impot mahupun rokok.
Sepatutnya kerajaan dari dulu lagi mengambil langkah yang sepatutnya demi menjaga penanam tembakau ini dari pupus dan penubuhan semula agensi yang berkaitan perlu di perkasakan.
Berkemungkinan Para petani yang menjual hasil tembakau akan kehilangan sumber pencarian yang serius. hal ini juga akan menyebabkan risiko pengangguran meningkat. Ada cara mengatasi? sedangkan negara kita berusaha mengurangkan jumlah perokok. Tembakau turut terlibat sama.
BalasPadambetul juga tu, agaknya kemana penanam tembakau akan beralih tanaman..
BalasPadamJanji ahli politik????
mungkin pekerja industri tembakau, sedikit demi sedikit akan berhijrah ke kilang batu-bata merah yang mula berkurang..
AM sekadar ingin bertanya (diulangi, sedar ingin bertanya) sebab ada yang kata kebiasaannya tulisan AM agak sinis.
BalasPadamPertamanya, apakah dasar-dasar kerajaan negeri Kelantan sejak lebih 20 tahun mentadbir?
Tidak kah ada usaha-usaha merubah ekonomi rakyat, sebagai contoh tukarkan kepada pertanian lain, penternakan dan sebagainya? Atau tidakkah misalnya ada cadangan untuk menjadikan Kelantan sebagai negeri perindusterian atau industri pelancongan?
Keduanya AM nak tanya, (mungkin ada yang arif), adakah hasil tembakau hanya digunakan oleh pasaran tempatan? Tidakkah ianya boleh di export ke negara-negara seperti Jepun, Korea, Singapura dan sebagainya yang tidak mempunyai ladang tembakau?
www.anak2merdeka.blogspot.com
AM, Izinkan saya menjawab soalan itu.
BalasPadamSebelum ini kerajaan menggalakkan tembakau diganti dengan tanaman lain. Lupa saya apa namanya tetapi atas sebab tertentu 'projek' terbabit tidak menjadi. Pelancaran tanaman dilancarkan PM terkini, Najib Razak di lokasi saya kunjungi.
Untuk pengetahuna AM, negara lain tidak membeli tembakau kita kerana cukai dikenakan kerajaan mereka. Sama seperti pengilang tembakau tempatan, mereka enggan membeli tambakau dari negara Asean lain biarpun harga lebih murah pada masa ini kerana cukai RM50 sekilogram dikenakan di atas pembelian tembakau kering. Itu merugikan mereka tetapi selepas AFTA tiada cukai lagi.
Salam kat semua
BalasPadambanyak lagi tanaman lain yang boleh diusahakan..bumi Allah ini luas dan sangat banyak kelebihannya
Tanaman yang digalakkan untuk menggantikan tembakau adalah tanaman kenaf. Tetapi sejauh mana kemajuan tanama pokok ini sekarang, tidak lah diketahui
BalasPadamBro Mazidul,
BalasPadamMaaf jika komen ini tidak padan dengan pandangan blogger lain.
Persetankan 'industri' tembakau ini. Petani pernah dibantu dengan penanaman roselle, tapi tak berjaya.
Saya fikir tembakau hanya untuk menghasilkan rokok atau cerut. (jika saya salah, tolong beri faedah lain mengapa tembakau ditanam)
Kalau ada pihak yang mempertahankan penghasilan tembakau kerana nak tolong petani, sila beri alternatif untuk jangka panjang.
Rokok dah membarah di negara kita, terutama para remaja. Wajarlah rokok di'haramkan' sama seperti dadah.
Sebenarnya sudah ada fatwa mengharamkan rokok tidak lama dahulu, tapi biasalah, terpaksa 'pejam mata' sebab kerajaan dapat keuntungan cukai rokok dan arak sebagai satu sumber pendapatan.
Err, Bro Mazidul merokok? Itu pun 'membantu' penanam tembakau di Kelantan, barangkali?
Thanks Bro kerana jawapan cepat itu.
BalasPadamAM nak tahu juga kenapa projek yang diusulkan sebagai pengganti tanaman tembakau tidak berhasil? Adakah kerana politik? (kalau YA, AM ada cara lain untuk mengulas)
Tetapi, AM nak tanya la alim ulamak yang ramai sangat kat Kelantan itu. Bukankah Allah ada berfirman bahawa, Dia tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri berusah untuk merubahnya? Jadi tak ada ke usaha-usaha untuk merubah nasib petani tembakau tu?
Adakah kerana 'kecetekan ilmu mentadbir' kita nak biarkan rakyat yang tidak berdosa itu menjadi mangsa? Katanya hebat sangat, hingga nak tadbir seluruh Malaysia, jadi buktikan lah terlebih dahulu dengan membangunkan Kelantan yang sekangkang kera itu. Barulah orang boleh yakin.
Secara jujur AM memang tak tahu bagaimana hasil tembakau dipasarkan, tetapi jika kerajaan Selangor yang bercadang nak menternak babi sebagai ternakan komersial telah tahu dimana babi hendak dipasarkan, termasuk mengexport ke negara-negara yang memerlukan babi, tak kan kerajaan Kelantan tak mempunyai plan sokongan untuk memasarkan hasil tembakau?
Jika pasaran tak ada, kenapa perlu hasilkan hingga berjuta tan? Nak buat bungkus orang ke?
www.anak2merdeka.blogspot.com
Dalam usaha membenteras tabiat merokok yang banyak mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan pembaziran, maka harus selari dengan penghapusan penanaman tembakau.
BalasPadamEelobor, yup! Kenaf. Saya perhatikan hanya MARDI menanam tanaman terbabit berhampiran kilang tembakau saya lawati.
BalasPadamAlias, tembakau boleh dihapuskan namun nasib penanam tembakau harus diambilkira. Mereka juga manusia seperti kita, perlu hidup. Namun setakat ini, usaha dijalankan pihak tertentu membantu mereka kurang berjaya.
Majoriti mereka bukan terpelajar, sekadar orang kampung, hiusp mati mereka dengan tembakau.
AM, di negara ini tembakau dijual kepada pengilang roko, ada 3 atau 4kesemuanya. Hasil jualan lumayan, barangkali itu antara sebab mengapa tanaman tembakau masih terus diusahakan.
Wal asil balik asal. Akhirnya 'keuntungan' juga yang menjadi sandaran.
BalasPadamMerokok itu makruh, malah ada ulamak yang mengatkannya haram. Jadi bagi AM yang cetek ilmu agama ini, (dan kerana PAS sentiasa mengaitkan hukum hakam setiap kali suara mereka keluar dari mulut)rasanya jika merokok itu makruh, menghasilkan bahan mentah untuk rokok juga makruh. Dan hasil yang diperolehi untuk mengisi perut anak isteri juga tentunya makruh. Ustaz kata, benda makruh kalau dah terlampau banyak boleh membawa kepada haram.
AM sedar AM tak layak berbicara tentang halal haram, tetapi bagi orang yang sentiasa menitik beratkan hukum sebelum berbuat sesuatu, ditambah dengan kesukaran memasarkan hasil tembakau, kerajaan Kelantan sewajarnya mencari jalan alternatif untuk membantu golongan petani tersebut.
www.anak2merdeka.blogspot.com
salam smua..sya brasal dr Besut...skrg brmstautin d utara.sempdan kel & trgg...berdekatan ngn pntai.tanahnye hnya sesuai dtanam ngan tmbakau.yg sesuai slepas tmbakau mgkin hnya kenaf..tp yg sya dgr ada 1 je tmt pengumpulnnya..so, kenaf ni ..x dipopularkn lg.tanah di area umh kluarga sya hnya trbiar..yg brduit depa dirikn bngsal utk buat keropok..sptutnya bila kerajaan menghapuskn tanaman tmbakau...kerajaan gak mesti memperkenalkan satu tanaman yg blh mmberi pndptn pd mereka...
BalasPadamtry tanam benda lain laa.. tanaman lain kan banyak lagi.. kenapa nak pilih benda yang sah2 mendatangkan ke'makhruh'an nye
BalasPadamkalau masih membela nasib, maka usaha membenteras gejala merokok memang tak kan berhasil..
bubuh pi laa poster mcm2 pun pada kotak rokok,naikkan harga jualan, tapi kalau sumber tembakau masih lagi dijaga..cemana nak berhasil ye tak?
Berhijrah itu bagus kalau kena pada masa dan tempatnya. Berhijrah boleh memberi kehidupan yang lebih baik jika penghijrah melakukannya dengan sungguh-sungguh dan penuh kerelaan.
BalasPadamTapi, perlu juga sokongan pihak-pihak yang berkaitan. Tak boleh la berhijrah, tapi lepas tu ditinggalkan terkonteng-kontang.
Jadi penanam tembakau perlulah berhijrah.... dan perlu post-mortem apa sebab projek alternatif itu tidak menjadi.. kurang komersial? cara pelaksanaan salah? kurang peruntukan?
andaian ..Tembakau lebih kepada bisnes golongan tertentu...LTN dibawah Persekutuan..semua cukai..baja, racun.dan lain lain.belum kira mesin..
BalasPadamnegeri hanya untung dari segi cukai tanah dan peluang pekerjaan..
mempolitikan industri..itu saja..
agensi yang terlibat membantu kerana ada sokongan bisnes..
yang penting masyukk..
rasanya persekutuan lebih berkuasa menentukan..
..
360 mlm ini isu merokok. ada juga di kupas tentang cara untuk berhenti merokok yang menggunakan bahan gantian. Saya merupakan salah seorang perokok tegar suatu ketika dahulu. hampir 23 tahun merokok. Bermula (secara suka²) pada umur 8 tahun (tahun 1985) sudah mula menghisap rokok setiap kali pulang dari sekolah sebelum sampai kerumah. Apabila membeli di kedai, selalunya alasan yang di beri adalah, pekerja kontrak yang suruh tolong belikan utk dia (alasan yang diberi kepada tokey kedai yang juga kawan kepada emak saya)
BalasPadamSemasa berumur 10 tahun sudah berkongsi dengan kawan² untuk membeli secara kotak dan bukan lagi "batang". Sekolah menengah bertambah la lagi apatah lagi selepas SPM, keluarga pn sudah mengetahui dan sudah puas melarang.
Genap 23 tahun iaitu pada 17/03/2008 merupakan hari pertama tidak merokok setelah merokok secara "tegar" yang bermula di waktu sekolah menengah. Alhamdulillah bermula detik itu hinggalah ke saat sekarang rokok bukan lagi peneman setia. Tanpa menggunakan sebarang bahan gantian cuma nekad di hati sahaja. Nak terus atau berhenti. Sememangnya semangat perlu kental kerana rokok ada di jual di mana2 sahaja dan merokok tidak ditangkap. Persekitaran juga ramai yg merokok. Berhenti merokok merupakan sesuatu perkara yang paling sukar pernah saya alami.
Iyer! persekutuan sering menjadi pemangkin dalam apa juga projek; apa jua pembangunan sekadar janji & harapan tanpa ongkos & bantuan sememangnya akan gagal.
BalasPadamMungkin itu yang berlaku terhadap Kenaf & tanaman lain. Sekadar ditanam tanpa penyelidikan susulan apa akan jadi dengan pekebun nanti. Bahu dipasarkan ke mana hasilnya. Ini berlaku kepada gaharu, jarak & herba yang masih dalam peringkat penyelidikan awalan. Tanaman ini amat mahal nilainya jika kita dapat menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Itulah kerja pakar penyelidikan kita yang rata-rata digajikan & bantu oleh kerajaan.
Kes di Kelantan seharusnya kita buat bandingan pergolakan di Acheh. Kelantan sebenarnya sebuah negeri yang kaya hasil buminya & kaya juga budayanya. Kemiskinan yang Kelantan alami adalah lantaran mainan politik dalaman yang tidak matang antara kedua pihak, baik PR & BN. Antara kedua parti politik saling menuding sesama sendiri, hingga ramai kita rakyat marhaen keliru.
Politik sesebuah negara janganlah diukur dengan kemajuan semata; tidak semestinya sesebuah negara maju itu politik dalaman mereka aman; moral & jatidiri rakyatnya jua diambil kira. Semua politik sentiasa bergolak.
Kita ambil contoh Selangor sebuah negeri yang terawal maju pun boleh jatuh ke PR. Kejatuhan Selangor ramai yang mengatakan masyarakat bandar semakin tertekan dengan budaya hidup di negeri yang maju ini & rata-rata mereka celik ICT; pembangunan telah mereka kecapi tetapi kenapa kenapa terjemahan mereka di peti undi berlainan. Masih ada kekosongan di jiwa mereka yang menolak kepimpinan yang ada. Ini namanya demokrasi yang sihat.
Yang penting dalam berpolitik biarlah ada ketelusan & saling bantu membantu. Terutama agihan hasil negara seharusnya adil & saksama, korupsi adalah satu barah yang harus dihapuskan... barulah nasib rakyat marhaen akan terbela.
Saya berharap pemblog lebih terbuka dengan pandangan yang lebih rasional & tidak mengaibkan mana-mana parti. Tiada satu pun parti politik di Malaysia ini haram kedudukannya selagi ianya layak bertanding di pilihan raya yang SPR laksanakan.