Khamis, Oktober 15, 2009

Ini Nepal Punya!

Jika meminjam barang milik orang lain, kembalikan semula selepas digunakan. Mungkin itu mesej boleh dipelajari daripada entry ringkas ini.

Berikut kisahnya.

Jam 7 malam, warga Indonesia, Wan, berusia lingkungan 30 an dibelasah sehingga mati dua rakyat Nepal. Motif? Wan gagal memulangkan cakera padat, CD dipinjam daripada suspek. Kejadian berlaku di Kampung Batu Chondong, Juasseh Tengah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Jaafar Baba, mereka bertiga, pekerja kolam ikan dan tinggal sebumbung di rumah disediakan majikan.

"Kamu jangan 'klaim' ini CD kamu punya! Ini Nepal punya!"

Mungkin begitu jeritan warga Nepal terbabit sebelum menyerang Wan. Maklumlah, Indonesia kebelakangan ini sering 'mengklaim' pelbagai entiti milik mutlak mereka.


Eh! Berapa harga CD asli? RM40? Berapa pula harga CD cetak rompak? RM10? Logik akal, berkemungkinan besar mereka tidak membeli CD asli kerana harga lebih mahal. Jadi, maksudnya harga nyawa warga Indonesia itu tidak lebih RM10 sahaja.

Bagaimanapun saya percaya, kerajaan Indonesia tidak akan 'bikin ribut' berhubung kes ini kerana mangsa bukan dibunuh warga Malaysia.

Syukurlah.

Paling pening, taukeh kolam ikan. Bukan sahaja terpaksa mencari 3 pekerja pengganti malah jika pekerja terbabit dalam kes jenayah itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah, dia boleh dituduh melindungi pendatang tanpa izin. Siang nanti saya akan menghubungi Superintendan Jaafar, ingin bertanyakan status dokumen mereka. Nanti saya kongsikan bersama pembaca.

Update Jam 12.38 tadi Superintendan Jaafar menghantar SMS berbunyi 'Suspek dan mangsa, kosong, tiada dokumen perjalanan'

24 ulasan:

  1. Senang-senang saja nak bunuh orang..
    Gaduh sikit, bunuh...

    Cetek sungguh pertimbangan moral..

    http://manis18.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Bro Mazidul, dah ramai sangat pendatang, macam-macam perangai dibawak dari tanah airnya.

    Nepal ni jarang saya dengar ganas. Tapi Vietnam, sungguh. lebih ganas lagi.

    Bangla ok kot? Cuma dia 'ganas dalam senyap'..

    BalasPadam
  3. kekadang teknik yang digunakan oleh pihak berkuasa memang betul, menangkap PATI yang sudah ada penjamin, yang sudah ada majikan, jika menangkap di dalam pasar atau tepi kota raya serta semasa berkeliaran di bas stand, tiada siapa yang akan membayar denda.

    Berbondong-bondong PATI melepasi
    sempadan dengan kenderan awam. kereta api dari Siam/thailand, turun di Seremban atau Serdang sebelum sampai ke lokasi majikan.

    soalnya keselamatan orang awam sebelum tiba bilik sewa majikan, berapa orang awam kena ragut??kena rogol atau diramas??

    Hukuman melindungi PATI belum cukup memberi rasa SERIK. Denda buat lagi.

    BalasPadam
  4. selalu berbunuh sbb cemburu..tapi kalau sbb CD mcm tak berbaloi jer hehe.. :D

    BalasPadam
  5. Ingatkan Melayu aje yang bengang ngan Indon. Rupanya orang Nepal pun bengang ngan Indon. Barangkali, Bangla, Vietnam, Kemboja dan semua rakyat asing pun menyampah dengan Indon.

    Di kilang lama saya, kami merecruit rakyat asing dari negara-negara sumber, Bangla, Vietnam, Nepal, Indonesia dan Myanmar. Semua pekerja ni ada mcm2 ragam. Tapi meraka ni boleh bercampur dengan bangsa2 lain kecuali pekerja Indon, mereka kurang bercampur dengan rakyat asing lain. Tatau la plak kenapa.

    BalasPadam
  6. Nepal dengan Indon punya nangka,
    Jangan Malaysia yang kena getah..

    BalasPadam
  7. setuju dengan kak cik..

    nilai nyawa sekarang semurah rm10..?
    manusia sekarang makin bersifat 'haiwan' dari haiwan..

    BalasPadam
  8. isk2...kerana CD yang dipinjam, 1 nyawa melayang....

    BalasPadam
  9. Mungkin ada cerita yang lebih lagi ni yang menyebabkan warga Nepal itu bertindak sedemikian. Tak kira dari mana pun mereka, mereka manusia juga. Tambahan pula mereka bekerja keras membanting tulang setiap hari, gaji pula 75% - 90% dihantar ke kampung untuk membantu keluarga.

    Saya rasa CD itu amat berharga kepada warga Nepal itu kerana pada kita mungkin RM10 murah, pada mereka RM10 itu tinggi nilainya.

    BalasPadam
  10. aku suka nada perli itu..
    skrg ni asyik nak claim hakcipta ajer..
    bila melibatkan nyawa..haa..ape lg??claim laa..lalala..~

    BalasPadam
  11. Dulu penah ader citer kat kawasan ulu kelang..Pergaduhan antara Org INDON dgn org tempatan(org malaysia di tanah Malaysia)..Di sebabkan oleh Org Indon curi KASUT di dalam kawasan rumah org malaysia(dlm kawasan rumah tu.mcm dlm kawasan tanah tumpah darah malaysia)...Sedangkan kasut tu bukan milik Org Indon...

    p/s : Barang aku, aku punya.BARANG NGKO,AKU YANG PUNYA....KASUT PUN MAU CURIK KA??????SENGKEK BETUL.
    1.Masuk Malysia secara CURIK
    2.BARANG ORG PUN NAK CURIK...

    BalasPadam
  12. Azrul...
    CD pun pasal pun nak membunuh.Yg untung CINA JUAL DVD/VDC/CD cetak rompak.


    p/s: Mau DVD baik???belakang bonet kereta byk stok.

    BalasPadam
  13. DVD apa en.ulukelang? Kalau DVD ceramah agama nak la jugak...hehe :D

    BalasPadam
  14. Salam,

    1. Itulah dasar manusia yang tidak pandai menjunjung langit dimana tanah dipijak. Sikap ego dan bongkak pendatang-pendatang halal dan haram ini adalah segala punca kegawatan sosial di Malaysia.

    2. Harapan saya agar Sdr Mazidul terus membongkar segala aktiviti-aktiviti pendatang yang tidak bermortal ini agar semua rakyat Malaysia sedar bahawa mereka-mereka ini terus menghakis keamanan yang kita kecapi selama ini.

    BalasPadam
  15. kesiannya nasib orang Indonesia itu..hanya kerana cd dibunuh...
    mungkin mereka tidak menerima pendidikan yang baik di sana seperti yang kita dapat di malaysia.. pensyarah sy tunjuk gambar perpusatakaan di universiti di Bali sangatlah rendah jauh berbeza berbanding Malaysia.. Err, apa kaitan eh? huhu...maaf..salam

    BalasPadam
  16. Yang nyata, pertelingkahan tersebut tidak akan berakhir disitu.

    Selepas ini mesti ada epoisod balas dendam. Nyawa biasanya akan dituntut dengan nyawa oleh kebanyakan orang Indonesia.

    Sama-samalah kita tunggu episod seterusnya.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  17. Aiiiiihh...!!
    morahnye rega nyawa tu Bro..!
    kkadang sedih berbaur lucu gak bila baca kisah ceta tu, mana taknye,
    "tak kan le pasal sambal belacan pon nak pancong org..!" sekerat skrip dialog dalam ceta lucu bujang lapok.
    (kalo silap, tolong betol2kan lah dialog tu). Tak pasai2, 'CD' plak jadi puncanye. Aqai ada kaaa..! Macam2 le ragam dan ceta2 pelik dier org(outsiders2)buat kat sini ye, tak habis2.. seram sejuk jugak bila dengar dan tengok perangai depa ni..
    Membunuh dan dibunuh gara2 sekeping 'CD' bernilai RM10.. berbaloi ke..?
    Ceta pa gaknye 'CD' tu Bro??

    BalasPadam
  18. Bro Maz

    Penduduk Republic Indonesia lebih kurang 250juta orang

    - yang pandai membaca dan mengira serta berfikir 25 juta orang

    - yang pandai pemnyanyi 10 juta orang

    - yang bekerja di Malaysia 5 juta orang

    - yang bekerja di negara lain 15 juta orang

    - yang lain lain tidak ke sekolah atas sebab faktor kemiskinan, kemiskinan, kemiskinan, dan kemiskinan akibat pemerintah sendiri yang menyerahkan bulat bulat kuasa ekonomi kepada kaum Cina.

    Malaysia beri bantuan terbesar kepada Mangsa Gempa Bumi di Padang pun tak pernah tahu dan ambil tahu, kerana tidak mampu membeli koran dan telivisi.

    So, logik la perangai mereka macam tu, harta lain tak ada, jadi 'perkataan' la, resepi la, satay la, tarian la itu je yang depa ada... kalau dah mearuk sangat tak de harta dunia tu, mulalah mencuri, merompak, menyamun dan menjual 'sedap'.

    Kesian depa, satu negara rakyatnya BODOH.

    Nota: Tu yang sibuk sangat nak perang dengan Malaysia tu, dah sampai ke belum? dapat ke Visa ke tak? mampu ke sewa kapal laut/kapal terbang? Bosan juga menunggu ni. Setakat buluh runcing, kat tempat kita banyak, kita bagi free je kat depa tu. Itupun kalau sampai lah. He he he he

    BalasPadam
  19. CD itu hanya punca sampingan sahaja, mesti ada sebab lain yang membuatkan si Nepal ini tetiba hilang pertimbangan. Jika sebelumnya mereka ini amat intim mesti terfikir berapa sangatlah nilai CD tersebut; Mungkin boleh dikasi sebagai hadiah buat rakan sebumbung.

    (Itu andaian saya)

    Maka itu bidalan ini kena kita amati, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Asyik kita sahaja beralah sampai orang pijak kepala... memang bengang rasa hati. Apatah lagi bilamana punyai rakan asyik mengulangi kesalahan yang sama, tamak yang sama, rakus yang sama apakah kita masih mahu berbudi lagi!?.

    Tapi taklah sampai berbunuhan!. Hijrah itu yang terbaik.

    BalasPadam
  20. *Update: Jam 12.38 tadi Superintendan Jaafar menghantar SMS berbunyi 'Suspek dan mangsa, kosong, tiada dokumen perjalanan'
    Ihh...3!, terkezut gak bila terbaca latest update dari Bro ni, tang status depa ni.., sumenye tak de chop logo 'HALAL'!
    Naya dan sia2 betoi..
    Terror betoi depa ni ye, masuk ikut lubang cacing atau lubang tikos kot?
    Tu baru 3.., Entah2 berdozen2 lagi 'tikos2' lainnye yang masih berkeliaran mencari habuannye.
    Fikir2kan lah......

    BalasPadam
  21. assalammualaikum

    demam lah tauke kolam ikan tu....

    BalasPadam
  22. menempa bala dorang ni... dah laa masuk Malaysia bolen je tak dak dokumen.. berani pulak tu buat jenayah.. iskk..

    paling sedih tuan kolam tu laa.. tak pasai2 je..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.