Ahad, Oktober 25, 2009

Diskriminasi Di Kolam Mandi

Hari ini saya menghubungi kenalan berkerja di hotel lima bintang.

“Hotel lima bintang requires in-house guests, kalau perempuan pakai swimming suit atau tight, lelaki swimming trunk atau Bermuda short”

“Kalau perempuan Melayu umur 50 tahun, tidak selesa memakai swimming suit or tight, lelaki Melayu umur 55 tahun tidak comfortable pakai swimming trunk atau Bermuda short?,” soal saya.

“Bukan apa, swimming pool pakai suction system, takut nanti pakaian guests kena sedut, bahaya”

Saya cuma terfikir, jika pelanggan hotel berbangsa Melayu tidak selesa berpakaian seperti ditetapkan hotel, adakah sekaligus hotel menidakkan hak mereka menggunakan kolam renang? Adakah kemudahan kolam renang disediakan untuk pelanggan bukan Islam samada dari Malaysia atau luar negara sahaja?

Jika faktor keselamatan menjadi alasan, pihak pengurusan hotel wajib memastikan sistem kolam renang lebih selamat tanpa bergantung kepada jenis pakaian digunakan pelanggan.

Ada rakan bertanya kepada ulama terkenal dari Mesir.

“Adakah Malaysia negara Islam?”

Jawaban beliau.

“Malaysia negara dihuni majoriti orang Islam”

Justeru, penganut Islam di negara ini berhak menyuarakan pandangan mereka berhubung isu pakaian di kolam mandi. Setakat ini kebanyakkan pengusaha hotel kelihatan lebih selesa memenuhi tuntutan pelanggan bukan Islam berbanding penduduk majoriti negara ini.

Jika isu ini tidak dibangkitkan, diskriminasi akan terus berlaku kepada pelanggan Islam walaupun mereka membayar ratusan ringgit untuk menginap di hotel lima bintang.

34 ulasan:

  1. orang yang lihat pun boleh jadi malu...

    (saya memang tak suke pakai swimming suit)..

    BalasPadam
  2. Betul tu, setuju sangat-sangat. Banyak kes dah org Islam Malaysia beralah. Err, tapi saya tak pandai berenang pun kalau nak pergi berenang kat hotel 5 bintag, encik mazidul ada kawan ke/ tahu tempat mana perempuan boleh belajar berenang? (err,out of topic ke?). terima kasih.salam

    BalasPadam
  3. Salam Bro Mazidul,

    Saya pun selalu rasa didiskriminasi di hotel2 negara ini especially part nak berendam di kolam renang.Belum ke negara barat lagi. Lagi2 bila bertudung, takkan nak pakai swimming suit yang ketat dan sendat, memang tak kena.. Bila agaknya kerajaan nak merealisasikan hala tuju negara ini yang Artikel 3 Perlembagaan Persekutuannya menyebut, Islam adalah agama bagi persekutuan.. Sepatutnya polisi2 kerajaan perlulah berteraskan Islam dan Hukum Syarak. PBT dan pihak yang memberi lesen kepada hotel2 ini perlu mensyaratkan terma-terma seperti "boleh mandi di kolam mandi, walaupun menggunakan pakaian menutup aurat".

    BalasPadam
  4. masa anak2 combi masih kecil kami selalu tido dihotel yg ade swimming pool sbb dorang nak berendam.. :)

    tapi skrg kalau tido kat hotel pun dah tak jenguk swimming pool sbb lepak kat sauna atau dok hotel murah yg teda swimming pool hehe..

    betul tu en mazidul..kalau lelaki masih boleh berseluar pendek paras lutut sbb ade gak lelaki yg malu nak tunjuk paha.bagus ye :)

    tapi pompuan lansung tak dibenarkan walau pun seluar pendek dan t shirt ketat.alasan penjaga kolam tu bimbang baju atau seluar yg dipakai luntur warna.

    .........

    sekarang dah ade baju mandi muslimah so beli je laa.lagipun nmpk lebih sopan dan kemas :)

    BalasPadam
  5. betul tue bro..sokong sangat..lagi pun skang kan dah ada swimming suit utk org muslimah..siap tudung lagi..tapi hakikatnya yg pompuan tue kalo boleh nk pakai bikini jer..tak caya pergi mana2 apartment..comfirm ada punya..yg lelaki plak buat niat betul nk mandi swimming pool..cuma nk cuci mata free..org kata menyelam sambil minum air..opss..

    BalasPadam
  6. Mazidul... tajuk artikal dalam blog saya malam ni pasal 'kahwin dua'

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Saya memang terasa didikriminasi bab pakaian mandi ni En. Mazidul. Di kesempatan ini, saya PROTES! Pihak Pengurusan Hotel "kalau hendak seribu daya" jika benar-benar mahu memenuhi keperluan pengguna. Bkn. tak tahu org Islam x boleh berbiki-membuka aurat, menyerlahkan urat-urat! Siapa yg paling berkuasa bersuara & melaksana? Dengan rendah hati saya katakan, sekiranya kuasa Perdana Menteri Malaysia di tangan saya, isu perhotelan akan tersenarai dlm 'to do'yg akan dilaksanakan. Kelulusan pembinaan sesebuah Hotel x kira berapa bintang sekalipun hanya diluluskan setelah syarat WAJIB berikut dipatuhi :-
    (1) Thoharah(kebersihan)-Setiap tandas/bilik air dilengkapi paip air & getah paip.
    (2) Makananan & Minuman disahkan Halal & dipantau dgn serius secara berkala.
    (3) Kolam renang berasingan lelaki & kawasan tertutup buat wanita - ini ketetapan Al-Quran -Allah menggalakkan sukan berkuda, memanah & renang - tidak salah nak beriadah tapi tahu batasannya. Malaysia ramai bijak bestari-pasti ada cara menjadikan kolam renang 'mesra pakaian'.
    Ini sbahagian yg dapat saya nyatakan di sini- Tidak susah utk direalisasikan - MALAYSIA negara ISLAM maka jalankan kewajipan yg termaktub. Jika amal makruf nahi mungkar dijadikan agenda pertama oleh kerajaan, rakyat akan ikut. Percayalah, InsyaAllah.

    BalasPadam
  8. Saya amat bersetuju dgn pandangan abg Mazidul.
    Senario ini juga pernah terjadi kepada saya dan keluarga sewaktu kami bercuti di salah sebuah hotel bertaraf lima bintang dimana ketika itu adik-adik saya pada waktu itu berumur sekitar 10 - 12 tahun tidak dibenarkan mandi di kolam renang hanya kerana memakai pakaian yang sopan sesuai dengan syariat agama.
    Tidak dinafikan hotel2 mewah yg berada di Malaysia seakan2 lupa bahawa negara kita adalah negara Islam dan sepatutnya setiap hotel di negara ini disarankan menyediakan kolam renang tertutup dan berasingan bg lelaki dan wanita atau setidak2nya memberi sedikit kelonggaran pada tata berpakaian di kolam renang yang terbuka.

    BalasPadam
  9. Bro Mazidul,

    Saya akui memang kebanyakan hotel bertaraf lima bintang mensyaratkan pengguna wajib memakai pakaian renang sekiranya ingin menggunakan kolam renang.

    Pada saya ia bukan sahaja bagi tujuan keselamatan tetapi juga atas tujuan kebersihan. Material kain untuk pakaian renang adalah dari jenis 'lycra' yang mana ia tidak menyerap habuk atau kotoran seperti kain kapas. Malah ia memang mempunyai kelebihan melekap di badan yang membuatkan seseorang tu selesa melakukan aktiviti renang.

    Untuk pengetahuan bro Mazidul pakaian renang bercirikan Islam telah dijual secara meluas di pasaran. Ibu saya yang berumur 60 tahun pun saya belikan pakaian renang berciri Islam ni kerana kami kerap menggunakan fasiliti kolam renang tiap kali bercuti. Hakikatnya pada mata saya, mahupun ayah saya sendiri, kami tak pernah rasa pakaian seperti itu kurang sopan. Kerana berlengan panjang, berseluar panjang (dilapisi skirt), siap dengan penutup kepala.

    Kalau kita ni seorang yang terlalu 'particular sangat' sehingga kain lycra yang melekat ditubuh pun kita rasa "tak boleh", ada baiknya jangan gunakan langsung fasiliti kolam renang sebab setahu saya kolam renang di Malaysia ni bercampur lelaki perempuan, lagi tak elok kan? Eloknya mandi dalam bath tub kat dalam bilik air hotel je.

    BalasPadam
  10. negara islam atau negara yang ramai orang islam ? persoalan itu yang lebih menarik perhatian saya..bro pulak macammana?

    BalasPadam
  11. saya pernah di suruh kuar dari swimming pool kerana saya memakai pakaian mandi berkonsep islam yang byk di gunakan di indon. 'unrecognized' rupanya di negara sendiri..

    BalasPadam
  12. Hani, really?

    Saya tahu mengenai pakaian mandi berkonsep Islam. Dahulu harga sepasang mencecah lebih RM200, kini barangkali lebih murah. Di Indonesia, dijual dengan harga Rp200,000.

    Melalui pengamatan saya, hotel 3 bintang kebawah tidak begitu particular berhubung isu pakaian mandi, contohnya Hotel Seri Malaysia.

    BalasPadam
  13. Sekarang banyak butik muslimah manjual baju renang khas untuk orang islam...

    BalasPadam
  14. salam, pada hemat saya, walaupun baju renang muslimah adalah alternatif terbaik tetapi bila dah terkena air, baju tu tetap melekat dibadan dan tetap menampakkan susuk badan. Sebenarnya, kalu muslimah nak berenang, sewajarnya mencari tempat yang tertutup dan terasing daripada lelaki, kalu tak ada jugak, biarkan kita jadi pemerhati untuk anak2 sudahlah

    p/s sy tak reti berenang

    BalasPadam
  15. miss BazLa' Kolej Komuniti selalunya ada belajar berenang; bayarannya teramat murah memang terbuka untuk orang Awam. Perempuan sahaja.

    Pn. Liza

    4. Nahi Mungkar (itu penting ramai kata hotel 5 bintang sering terlepas dari rondaan terutama jika ada VVIP menginap, kita ikan bilis ni mana-mana pun kena ngap!)

    Sdr echah

    Saya pun macam itu, kalau ada Sauna suka ke situ sahaja, masalah kolam renang nak pakai cawat... isk! memang rasa malu, apatah lagi dah tua & boroi lagi.

    Gian sangat nak berenang saya terjun ke lombong atau mandi laut sahaja. Tak ada protokol! Sian kita kan?..

    BalasPadam
  16. Sekarang ni ada pakaian renang untuk muslim dan muslimah. Banyak dijual di mana-mana departmental store atau kedai yang menjual peralatan sukan renang/diving.

    Ramai rakan-rakan saya yang bertudung memakai pakaian renang ini apabila mahu berenang di mana-mana kolam mandi. Ada antara rakan saya tu dah berusia 40-an, dan bersaiz besar (mereka tinggi, atau berbadan gempal). Takde masalah pun memakai pakaian renang ini untuk berenang-renang bersama keluarga...

    BalasPadam
  17. ingat lagi sue kempunan nak mandi swimming pool kat port dickson...
    dah pakai t-shirt hitam ngan suar pendek pun tak dapat nak mandi sebab security guard jaga dan tak benarkan sue mandi... terkilan juga sebab bukan selalu mandi kat swimming pool...
    sue rase bukan baju yang jadi masalahnye mungkin guard yang jaga pool tu saje nak cuci mata kot..hehehe

    BalasPadam
  18. ...Bukan ke sejak dulu lagi hak kita sebagai pengguna selalu diperlekehkan.Tiada siapa pun yg sudi mempersoalkannya.Kalu jadi isu sekejap aje panasnya lepas diam..
    ...Mereka ni bertaraf 5 bintang internasioal..so mereka akan berfikir..kalau nak ikut kalau tak cari tempat lain aje..
    terima kasih.

    BalasPadam
  19. ..(salah satu cara)hanya pihak kerajaan yang boleh menekan pihak Hotel.

    Kursus, seminar dan meeting tidak diadakan di hotel tersebut, biarkan pelawat runcit yang menghuninya.Keluarkan dari destinsi selamat untuk pelancongan warga Islam.|Letak tag WAS-was dalam promosi hotel.

    BalasPadam
  20. betul tu..sokong sgt2...
    kami kaum peremouan terpksu menguburkn hasrat utk berenang demi krn tmpt yg open n diskriminasi terhadap org islma yg mau berenang dgn berpakaian menutup aurat...sdgkn renang adalah 1 sukan yg sihat...
    nk buat swimming pool kt umah.alamatnye smpi tua la baru leh berenang2 bersama keluarga..

    BalasPadam
  21. Minta maaf semua,

    pada pandagan AM yang tersangatlah jahil ini, (seperti juga kata rosnani) bagi orang islam tidak perlulah berenang itu menjadi salah satu faktor penting bila kita menginap di hotel, terutamanya wanita.

    Rasanya kalau adapun pakaian renang muslim (tak pernah nampakpun) mungkin hanya menutup aurat tetapi masih menampakkan bentuk badan sipemakai, tidak kiralah jika mereka berumur belasan tahun ataupun limapuluhan.

    AM tak pernah pergi ke Asia Timur, tetapi dikhabarkan mereka ada menyediakan kolam renang khas untuk wanita. Maksudnya tidak bercampur dengan lelaki.

    Jika kita ingin mendesak pengusaha hotel, sepatutnya kita desak mereka agar dapat menyediakan kolam renang yang berasingan antara wanita dengan lelaki dan bukannya soal pakaian yang dibenarkan untuk masuk kolam renang.

    Agaknya jika mereka benarkan lelaki pakai jubah dan perempuan pakai purdah untuk masuk kolam renang, selesakah kita?


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  22. bayangkan mandi bercampur-campur, lelaki dan perempuan dalam satu kolam......sunggggguuuuuuh tak manis

    BalasPadam
  23. |Echah
    rosnani saya pun malu juga ..
    seluar melekat dekat peha, nampak..
    seluar putih lagi la.

    last saya pakai jean dengan baju T.

    BalasPadam
  24. Rosnanie

    sang lelaki boleh menonton tayangan percuma..melekat, memutih, urat - urat, petak petak..
    sambil tengok anak-anak.

    BalasPadam
  25. Kita kena realistik dalam membincangkan isu ini. Jangan jadi seperti anjing menyalak bukit. Setakat ini terima hakikat, hotel di negara ini, belum berhasrat memisahkan kolam mandi mengikut jantina. Jika cadangan wujud, sudah pasti media memaparkannya.

    Rosnanie, kalau makan di kedai juga berlaku percampuran jantina, begitu juga ketika menaiki kenderaan awam, LRT, bas.

    Jika pelanggan hotel dibenarkan memakai pakaian selesa tidak mendedahkan aurat, salah ke untuk mereka menggunakan kemudahan kolam renang?

    Tidak timbul persoalan, 'tidak perlu' untuk mandi. Memilih itu hak pelanggan hotel.

    Hemat saya, pakaian digunakan hendaklah tidak terlalu ekstrim sampai berjubah atau berpurdah. T-shirt dan seluar blouse, contohnya. Di mana tidak kenanya dengan pakaian sebegitu? Jika alasan material tidak sesuai mengakibatkan kekotoran, bagaimana pula mereka gemar kencing di kolam renang. Ada pihak memastikan kejadian itu tidak berlaku?

    He! He! He!

    BalasPadam
  26. Bro Mazidul, sesiapa pun tak boleh emosi. Seperti tujuan bro bina blog ini dan buat posting tertentu, untuk kita kongsi pendapat dengan hujah yang berfakta.

    Mungkin AM antara pengulas yang agak 'semborono', jari tak ada insurance, tetapi bukanlah bermaksud untuk menyalak.

    Itu hanyalah pendapat peribadi insan lain, yang mungkin kita tak boleh terima. Rasanya tak mengapa jika kita beralainan pendapat sedikit. Bukan membela rosnanie, tapi kalau nak samakan kedai makan dan lrt dengan kolam mandi rasanya jauh sangat tersasar.

    Apa yang AM cuba untuk kongsikan ialah, kadang-kala kita memang cepat menghukum. Apa yang AM maksudkan, jikapun pihak hotel membenarkan kita pakai jubah dan purdah, adakah mandi kolam itu sebenarnya menjadi yang paling penting jika kita menginap di hotel?

    Tambahan pula, rasanya bukan semua hotel yang ada diskriminasi seperti itu. AM pernah juga ke hotel yang ada nenek-nenek atau atuk yang mandi pakai tshirt dan seluar pendek. Ada satu chalet di PD (rasanya for members only) AM nampak ada perempuan berkemban (tapi ada track suit di dalam) pun mandi kolam.

    Mungkin memang ada hotel seperti bro katakan itu, tapi bukan semua hotel kat Malaysia macam itu. Rasanya lah kut...

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  27. AM, cuba baca entry ini di bahagian awal.

    Fokus saya, hotel 5 bintang. Sebelum menulis entry ini saya sebenarnya telah terlebih dahulu merujuk kepada beberapa hoteliers saya kenali.

    Saya faham, hotel selain 5 bertaraf 5 bintang tidak begitu rigid dengan peraturan di kolam renang.

    Bro tanya, 'adakah mandi kolam itu sebenarnya menjadi yang paling penting jika kita menginap di hotel?'

    Jika guest membayar RM500 semalam untuk menginap di hotel 5 bintang, penting atau tidak mandi di kolam adalah hak individu. Saya masih berpaksikan hujah sama, jika guest merasakan mandi di kolam itu penting (bagi dia), adakah wajar dinafikan hanya kerana isu pakaian?

    Sedangkan, semua tetamu harus dilayan sama, bukan?

    BalasPadam
  28. Thanks bro, kerana terus memberi respond kepada tulisan AM.

    AM faham bahawa yang bro katakan itu adalah hotel bertaraf 5 bintang. Yang AM sebut chalet tu hanyalah contoh. Ertinya chalet dan hotel bertaraf 4 bintang, masih juga hebat dari segi layanan, makanan dan keadaan bilik.

    AM faham, bro berpaksikan kepada hak setiap individu yang sepatutnya diberi layanan sama rata.

    Hotel 5 bintang biasanya mempunyai ISO, dimana setiap garispanduan diwajibkan dipatuhi oleh semua kakitangan dan pelanggan. Dari sukatan perasa dalam makanan, sehinggalah kepada suhu penghawa dingin yang disalurkan kedalam setiap bilik, yang biasanya tidak diambil endah oleh pengusaha hotel yang tidak banyak bintang.

    Kes seperti apa yang berlaku di Sapari Pandan Perdana beberapa tahun lalu, dimana pekerja yang berenang memakai seluar panjang (untuk mengambil rantai pelanggan yang tercicir) kemudian telah tersedut ke dalam vakum di dasar kolam, sehingga menyebabkan kematian, mungkin boleh dijadikan contoh.

    AM tak ada sebab langsung untuk membela hotel 5 bintang, tetapi bayangkan apa akan berlaku jika ada orang mati di hotel Shangri La atau di Golden Horses hanya disebabkan oleh kelalaian pihak pengurusan memastikan pelanggan mematuhi arahan yang telah mereka tetapkan sendiri?

    Sudah pasti duit yang dibayar oleh setiap pengunjung hotel mereka, mempunyai nilai yang sama, tetapi bagi yang mementingkan keselamatan nyawa pengunjung lebih dari segala-galanya, mungkin akan berkata sebaliknya.

    AM tak rasa mereka menghalang pelanggan memakai pakaian kesukaan mereka sendiri untuk berenang kerana takut hotel mereka akan kelihatan macam hotel 'chikai' oleh pelancong asing.

    Apapun itu hanya pendapat peribadi AM. I rest my case..

    BalasPadam
  29. Kejadian pengguna kolam renang mati akibat disedut mekanisma diguna, kes terpencil. Hemat saya lebih ramai orang mati akibat terjun dari bilik hotel bertujuan membunuh diri berbanding statistik mereka terkorban di kolam renang akibat suction system. Kes lemas, lain.

    Tetamu hotel, pada hemat saya berhak menggunakan pakaian sesuai dan selesa (bagi bukan Islam)dan pakaian menutup aurat bagi tetamu Islam.

    Jika sistem di kolam renang dikatakan berbahaya kepada tetamu tanpa menggunakan swimming suit atau swimming trunk, change or modify the system to make swimming pools safer for everybody.

    Semua tetamu hotel 5 bintang wajib s dilayan sama rata samada di coffee house, di gimnasium atau di kolam renang.

    Jika hanya kerana isu pakaian, hotel menidakkan hak mereka, itu digelar diskriminasi.

    BalasPadam
  30. salam en mazidul.... apa pun terpulang pada individu, kalau ingin menuntut hak sebagai pengguna silakan, cuma yang saya ketengahkan, percampuran lelaki dan wanita di dalam satu kolam bukan lah sesuatu yang baik, sungguh kurang manis dipandang, sungguh tidak sesuai sebagai seorang Islam. Walau pun memakai pakaian lengkap, bila terkena air, tetap menampakkan susuk tubuh. Jika lelaki normal yang tgk pn bole dot dot dot, apatah lg jika yg gila s***. Saya tak kata orang perempuan patut lupakan hasrat untuk berenang, cuma ikutlah situasi.

    lg satu en mazidul, menyamakan antara mandi kolam dengan makan kat kedai atau naik lrt, ermmm...

    BalasPadam
  31. lagi satu, sorry yek nak cakap, orang melayu ni sensitif skit bab2 anjing ni, so penggunaan "macam anjing melalak bukit" tu rasa bole ditukar dgn peribahasa lain, baik en mazidul tanya ngn en karam singh ... sori, merapu skit

    BalasPadam
  32. skarang kan ade muslim/muslimah swimming suit..

    so don't have to worry :)

    wink*

    BalasPadam
  33. Patut asingkan pools untuk lelaki dan wanita. Dan make sure ianya tertutup (means ada privacy). Then, bagi setiap pool, at least ada seorang guard (man for man, woman for woman).
    Aman sikit bila nk berenang.

    BalasPadam
  34. Bergantung pada kita sebenarnya, kekadang apa yang saya tengok ibu bapa yang gagal merancang, dah tahu nak ke hotel ataupun kolam renang tapi gagal untuk merancang pakaian anak, itu yang selalu terjadi .. sebab aku penjaga kolam.. pakaian kat kolam mestilah tidak berpoket, berzip dan tidak ada sebarang logam atau sesuatu yang boleh melukakan.. cotton tidak dibenarkan, kalau nak ikut islam sangat.. mandi kat umah laaa.. kita ikut peraturan ada sebabnya dan kita ada pilihan.. paling tak pun minta keampunan dari Allah.. Islam sesuai dengan segala zaman cuma pemikiran kita aja..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.