Rabu, Oktober 21, 2009

Bercengkerama Di ...

Jam 4 petang, 18 Oktober lalu saya ke taman di Kuching, Sarawak. Sewaktu berjalan memasuki kawasan riadah dikunjungi ramai terbabit, mata saya terpaku melihat pasangan remaja bercengkeraman di bangku simen ini. Barangkali kerana nafsu memuncak, mereka saya anggarkan berusia kurang 18 tahun itu ghairah berpelukan dan berkucupan berulangkali di kawasan awam.

Saya terpaksa melintasi jalan di tepi mereka untuk berkunjung ke akuarium berhampiran. Sempat juga menjeling perlakuan mereka dari jarak dekat.

“Ehem!,” saya berpura-pura batuk.

Gadis sedang berbaring itu bingkas bangun, mungkin terkejut melihat kelibat saya. Bukan saya sebagai Mazidul Akmal Sidik, saya sebagai pengunjung taman. Yalah, mungkin mereka kenal, mungkin tidak. Sewaktu keluar dari akuarium 15 minit kemudian saya terserempak pasangan sama berjalan bertentangan arah. Mereka berdua senyum, saya membalas senyuman mereka.

Di Lembah Klang, kejadian pasangan bercengkerama di tempat awam bukan perlakuan asing. Namun, kejadian di taman itu amat berbeza dan terlalu ‘unik’.

Mengapa? Maaak! Ooooi!

Apa tidaknya, sewaktu melintasi tempat mereka bercengkerama sebelum itu, saya terperasan bangku simen itu terletak kurang semeter dari kubur Kristian. Perhatikan gambar saya rakamkan.

Benarlah kata pujangga, lain padang lain belalang.

Nota Kawasan sama dipenuhi ratusan kubur di lokasi berselerak.

42 ulasan:

  1. first!! hehe.. (ye ke?)

    bro.. tuh kubur eh?.. macam penanda kawasan tanah jah!!.. atau itu memang kawasan perkuburan?.. atau kat taman itu ada sebuah kubur terasing??

    BalasPadam
  2. aisey.. tak berapa perasan ada Nota yang menjawap soalan terdahulu pulak.. hehe.. sorry!!

    BalasPadam
  3. inikah akhir zaman?
    di kala bermacam2 kejadian aneh berlaku; sejadah membentuk org sdg solat,tubuh bayi tertulis ayat2 suci al-Quran,dan bermacam2 lagi..
    tp manusia semakin berani..

    BalasPadam
  4. Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan pihak berkuasa seperti penguatkuasa jabatan agama Islam semata-mata. Sebenarnya penguatkuasa telah berusaha membenteras perkara ini walaupun bilangan penguatkuasa yang sangat kecil jumlahnya.

    Selain penguatkuasa, pihak lain juga perlu membantu dalam memberi nasihat dan tegur menegur supaya masyarakat menjadi segan untuk melakukan perbuatan sebegini.

    Kesedaran diri setiap individu adalah penting supaya mereka segan dan tidak melakukan perkara yang tidak elok ini. Kebanyakan yang terlibat dalam perkara ini, iaitu berasmara di tempat terbuka ini adalah orang bujang yang ada penyelesaiannya iaitu berkahwin.

    Berkahwin akan dapat mengelakkan dari perkara yang lebih buruk seperti perzinaan, mengandung luar nikan dan pembuangan anak. Ibubapa juga berperanan untuk menggalakkan anak-anak muda kahwin cepat sekiranya pasangan ini mampu. Ibubapa janganlah membebankan pasangan dengan hantaran yang beribu-ribu dan belanja perkahwinan yang tinggi, walaupun pasangan kurang kemampuan.

    Sila lawati blog saya www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  5. cik Mazidul,

    bercengkarama di kawasan tu senang nak menyorok kot.. :)

    BalasPadam
  6. haha...
    Cinta bukan sahaja tak kenal usia..tapi tak kenal tempat gak...

    Kalau saya terserempak, suruh saja mereka baring kat kubur tu... heee

    BalasPadam
  7. heee member pernah citer kat area taman polo,ipoh (kalau tak silap) pun sama... depa buat ehem..ehem... kat kubur cina... eiiiii serammmm...ye la kan takut nanti yang muncul nye benda lompat2 tu.. kelakar la.....

    BalasPadam
  8. Ya Rabbi,

    Apa nak jadi negara kita ni?


    Memadaikah setakat bimbang dan risau jer?

    Kekadang saya rasa nak tembak je kepala bebudak yang suka berzina dan beromen ni.. :-(

    BalasPadam
  9. nafsu meronta2 tanpa mengenal kawasan kubur atau tidak.. tanpa mengenal haram dan halal... jika tiada iman di hati nescaya musnah lah hidup..

    BalasPadam
  10. Ingat ya, mereka itu tidak semestinya beragama Islam. Sarawak ada pelbagai kaum etnik.

    BalasPadam
  11. tak malu ke "org dlm" tu do tengok dorang buat drama..hiks :p

    BalasPadam
  12. semua agama tak membenarkan pelakuan jijik mcm gitu kan..lebih lagi tempat awam :)

    BalasPadam
  13. Echah, hemat saya hanya Jabatan Agama Islam negeri sahaja menjalankan operasi mengekang kegiatan maksiat.

    BalasPadam
  14. en mazidul..kat taman awam likas pun tiap-tiap malam ade kereta rosak.lebih-lebih lagi malam minggu dan cuti awam.

    kalau jabatan agama ronda combi rasa ramai yg kena cekup :)

    tapi kalau ade sedikit rasa malu combi rasa takyah susahkan org jabatan buat keje malam-malam buta..betul tak?

    BalasPadam
  15. Yang kurang kena adalah; ada RELA ada senapang tapi diguna menembak burung sembelih makan.

    kan elok deduakali pergi ke taman itu tembak gagak, lepas itu boleh jual/sedekah kepada Zoo. Jimatkan wang negara.

    BalasPadam
  16. combi

    Betul-betul tepi Stadium Likas no 1,sebelah mini market.

    salah sebuah darinya adalah kereta saya..

    BalasPadam
  17. Salam kat semua
    Heheheh..nak buat port tak kira mana la..
    Zeqzeq..hahha..ya ka..nak usha leh???

    BalasPadam
  18. Fenomena sekarang :
    Orang bercengkerama-suka kat kubur
    Orang lepas gian dadah-suka kat kubur
    Orang simpan senjata api-suka kat kubur
    Agak-agaknya :
    Dekat kubur suasananya bebas
    Dekat kubur tidak perlu bayar
    Dekat kubur cepat rasa nak taubat..
    Kubur oh kubur..

    BalasPadam
  19. Ecah.
    kirana..
    ..
    tepi air jalan TUN F S itu pun boleh landing,sejuk memalam angin laut, sambil tengok orang memancing, ada pokok kelapa renek.

    ada sesiapa yang nak usha??

    BalasPadam
  20. isk2...kawasan kubur pun leh jadi port...rosak2...

    setuju dengan ustaz khalil...majoriti ibubapa sekarang membebankan pasangan yg nak berkahwin dengan hantaran yg tinggi dan melebihi kemampuan diri...tak hairan la kes-kes penzinaan yg dilakukan oleh para remaja sekarang meningkat...

    BalasPadam
  21. salam bro..

    di taman polo ipoh pun kejadian sama selalu berlaku..tp kubur cina..
    kalo manusia nampak hantu tentu ada yg takut..tp kalo manusia pulak berkelakuan mcm hantu..hantu takut tak ek?hehehehe

    BalasPadam
  22. hehe..ikut sempat je diorang..kat kubur pun boleh buat port eh..hehe

    BalasPadam
  23. mak oi...
    nafsu dah memuncak pedulik apa dengan kubur...janji puas!!!!
    huh..!!!

    BalasPadam
  24. Salam Mazidul...


    Yang penting ibu bapa pandai mendidik, menasihat dan mengambil tahu tentang anak2.. tak kira dia dah besar. Lebih-lebih lagi anak perempuan.

    Mereka perlu dididik untuk menjaga diri dengan baik. Lemah tak bermakna kalah. Lemah bermakna, kalau macam mana kuat dan bagus dari segi fizikal dan mental sekalipun, si lelaki lebih 'pandai' membuat helah mematahkan kehebatan perempuan itu sama ada melibatkan penggunaan mental atau fizikal.

    Sama-sama la berdoa agar kita tidak menjadi kemungkaran ALLAH swt.

    BalasPadam
  25. zz >> rasa-rasanye semua lokasi tu salah.. :)

    BalasPadam
  26. Bukankah di semenanjung surau dan masjid juga digunakan untuk memuaskan nafsu?

    Nafsu jangan dipandang pada 'sex' sahaja. Banyak lagi nafsu yang tidak terkawal sekarang ini, malah berlaku di atas mimbar masjid.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  27. Bro,

    I went to Taman Negara Endau Rompin couple of years ago untuk Majalah 3. Dari 20 yang diIslamkan, hanya tinggal 2 orang jek yang masih mengamalkan ajaran Islam.

    Saya ajukan soalan pada Mufti Johor (kini bekas), Datuk Md Noh Gadut, dia terkejut sebab dialah yang bertanggungjawab mengIslamkan orang asli di sana.

    Jawapan beliau: Inilah masalahnya kalau pendakwah sibuk berpolitik. Which is true.

    Saya bukan orang politik tetapi lihat pada PAS hari ini. Jika tiada kepentingan pada parti dan bersifat keperibadian, tentu mereka nak bersuara atau bersusah payah.

    Penguatkuasaan agama penting. Tetapi pendidikan lebih penting. Kalau tiada kekuatan pada usaha untuk mendidik, buatlah penguatkuasaan sejuta kali pun, tetap sama jugak.

    Maka, jika kita lihat pada mereka yang bercengkerama di bawah bulan purnama dan jugak mentari, mereka bagai tak kisah, kerana apa? Kerana kurang pendidikan agama.

    Sekarang pejabat agama perlu lebih menguatkuasakan pendidikan kepada masyarakat.

    Kempen? Road show? Pejabat agama tak boleh lagi menggunakan strategi lapuk mereka untuk mendekati masyarakat. Kena lebih inovatif. Perlu lebih kreatif.

    Pernah mereka terfikir bagaimana hendak mendekati hard core hard core tu semua? Kalau setakat serbu sahaja masalah seperti tak akan hilang.

    Banyak cara yang boleh digunakan. Kalau perlu lantik PR consultant, lantik. Tapi pastikan ia tidak lari dari landasan utama - syiar Islam.

    BalasPadam
  28. Cuba buat pendedahan tentang kandungan E471 pula bro Mazidul - saya sertakan link ini http://ibanmuslim.blogspot.com/2009/10/green-bean-soy-drink-keluaran-yeos-dan.html

    Terima kasih. Sama-sama selamatkan umat islam yang teraniaya kat bumi sendiri...

    BalasPadam
  29. Anak Merdeka, saya bercerita subjek nampak jelas secara fizikal.

    Sarcastic sungguh komen itu tetapi saya terima,pandangan saudara. Orang politik dengan saya berbeza kaedah pemerhatian, mungkin.

    BalasPadam
  30. Salam Mazidul,

    Saya pun bukan pandai politik tapi saya respect politician yang ‘berhalus’ dalam kata-katanya.

    Sebagai masyarakat berideologi kita berbincang. Janganlah buta hati hanya nampak yang negatif sahaja.

    BalasPadam
  31. perbuatan macam ni boleh di jumpai di merata-rata tempat bro.. macam-macam gaya pun ada. Nauzubillah..

    BalasPadam
  32. Kubur ke, bawah jambatan ke, dalam semak ke, dekat air terjun ke, semua mereka bedal je Bro..

    BalasPadam
  33. sdr Izad..

    setuju dengan sadr..Izad 'berhalus'

    bersederhana bukan 'gelojoh'

    macam..

    ..
    macam saya.(buat diri sesekali)

    BalasPadam
  34. Bro Mazidul, sebenarnya AM tahu AM dah lari sedikit dari topik, tetapi memang sengaja hendak sengol-sengolan dengan orang sebelah 'sana' hhehe

    Berkenaan dengan 'belangkas' tu, AM sebenarnya mati akal untuk komen. Mereka 'berahi' tak kira tempat dan masa. Di kedai makan, dia atas tangga dan di mana-mana mereka rasa nak. Jika tak ada tempat duduk, mereka boleh beraksi sambil berdiri.

    Dalam kereta persendirin lagilah tak boleh kira. Agaknya kalau rajin check dalam toilet pun, mesti ada orang sedang bercumbu-cumbuan.

    Bak kata A Galak dalam Filem Azura (kalau tak silap),

    "aku dulu pun muda juga, tapi tak setan macam korang" hehehe

    BalasPadam
  35. Salam Mazidul,

    Betul saudara zeqzeq, Jangan gelojoh.

    Elok tumpukan perbincangan kepada apa yang diperkatakan di dalam artikel.

    Akhir kata-kata hilang makna… seperti kebanyakan forum tempat orang memuntahkan perkataan...

    BalasPadam
  36. as-salam Izad..

    lagi pun kurang elok guna ayat berbaur 'ARAH' tuan Blog atau TV3 nak siar.

    nota: ayat saya ini berbaur 'arah' atau berbaur saranan?? rasanya ayat ini berbaur komen peribadi..

    qih qih qah qah...(maaf dah lama tak gelak)

    BalasPadam
  37. Saya ini jenis orang yang percaya hantu, dracula, hantu cina yang lompat-lopat tu!, semua saya rajin ikut perkembangan mereka (makhluk itu). Bagi saya paling banyak hantu adalah di tanah perkuburan.

    Kalau disuruh saya sendirian pergi ke tanah perkuburan, terutamanya Tanah Perkuburan Melayu tengah malam lagi, minta ampunlah! Saya yakin sangat akan jumpa hantu!.

    Memang saya jenis Penakut!.

    Tapi dalam bab asmaradana ini memang betul. Hantu pun takut dengan orang yang tengah sarat bercinta ini kut!. Gelagat mereka sering amat menongkah arus!.

    Apa-apa pun hormatlah mereka yang telah bersemadi itu.

    BalasPadam
  38. .."rumah kata pergi...Kubur kata mari"....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.