Sabtu, Oktober 24, 2009

Bagi Dia Saya 'Tuan'

Ya, betul. Balang air ini tiada istimewanya sehingga anda membaca entry ini ke ayat terakhir.

Sejak 2 tahun lalu dia keluar masuk rumah saya menghantar balang berisi air dan membawa pulang balang kosong. Mesin air Vertex berharga RM600 ini memudahkan saya dan keluarga membancuh minuman sejuk atau panas dalam kadar segera.

“Tuan, awak punya harga RM5, special, polis punya harga, lain customer RM7 satu balang,” katanya kali pertama dia berkunjung kerumah.

“Terima kasih Uncle Tan,” balas saya.

Biarpun berulangkali saya memberitahu Uncle Tan, saya bukan pegawai polis, dia tetap memanggil saya ‘Tuan’.

“Tuan punya rumah, polis recommend punya,” tegasnya.

Jika dia datang sewaktu saya tidur, isteri akan mengejutkan saya.

“Talak apa, talak apa, Tuan letih,” katanya.

Uncle Tan tidak pernah lekang dari senyuman, hormat kepada pelanggan biarpun dia taukeh kepada perniagaannya sendiri.

Pernah sekali, dia duduk bersama saya, sambil minum petang menonton rakaman ‘360’ di laman web TV3, pelbagai soalan diajukannya.

“Ini baju tuan pakai punya, olang kasi flee ka?”

“Bukan free, orang sponsor,” jawab saya.

“Waaah! Tuan manyak handsome ah?,” pujinya.

“Uncle lagi handsome, saya gemuk maaa,” balas saya.

Dia tersenyum gembira sebelum meminta izin untuk pulang.

Setiap kali sebelum pulang menghantar air, jika saya tiada di rumah, dia tidak lekang berpesan kepada isteri.

“Ini pintu, kasi kunci, sikalang lamai olang jahat”

Uncle Tan, pekerja komited. Jika dia kata datang, dia pasti akan datang kerana dia faham bekalan air diperlukan pelanggan.

Oh! Saya masih belum menjawab mengapa gambar balang air dimuatkan di entry ini istimewa?

Balang ini, balang berisi air terakhir dihantar Uncle Tan. Dia ditimpa kemalangan jalanraya di Puchong, Selangor pada jam 11 pagi 1 Syawal lalu. Berita sedih itu disampaikan adik iparnya, Vivian sewaktu dihubungi 3 hari lalu.

“Van dia bawa punya, kereta Volvo langgar dari belakang. Itu van terbalik, his head was badly injured, pecah, dia mati sana juga,” kata Vivian.

Selepas kematiannya baharulah saya tahu nama sebenarnya Tan Boon Lock, berusia 53 tahun dan berasal dari Melaka. Manakala sehingga keakhir hayatnya saya yakin dia juga tidak mengetahui nama penuh saya. Bagi Uncle Tan, saya ‘Tuan’.

Update Jam 12.30 tadi pekerja adik mendiang, Alex (gambar), menghantar air kerumah. Katanya, Uncle Tan pernah cuba dijodohkan dengan perempuan Melayu tetapi hasrat itu terpaksa dibatalkan kerana mendiang berkata, "Aiyo! Takut 'potong' (sunat) oooooo !"

26 ulasan:

  1. maaf bro...
    saya terdeku seketika....

    saya suka peniaga begini...knpe xramai org kita sebegini...bila dh jd bos...mula xnk wat kerje bawah2...

    pe2 pun die mati pun masa menjalankan kerja.... betul2 seorg yg komited pada kerjaya

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  2. Takziah. Sedih khabar yg 'Tuan' bawa. betul ke? org yg baik2 cepat pergi dulu.. hmmm

    BalasPadam
  3. Orang seperti Uncle Tan mungkin ramai diantara kita. Malangnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    Ops..AM bukan penjual susu...

    Aoaoyb jita kena terima hakikat, peniaga Cina dan India kadang-kala lebih manis mulutnya berbanding dengan peniaga melayu yang kadang-kala sombong walaupun dia tahu kita nak bagi duit kepadanya.

    Dari segi layanan, peniaga melayu biasanya akan melabat-lambatkan 'service' kepada costumer tetap, sedangkan peniaga yang pertama kali datang akan dilayan cepat.

    Peniaga melayu tidak boleh ditegur oleh pelanggan. Silap-silap pelanggan akan kena maki semula. Sebaliknya peniaga cina dan india akan sentiasa tersenyum walaupun kena maki dengan customer melayu.

    Bila perniagaan tak laku, peniaga melayu akan cepat-cepat percaya bomoh. Percaya ada orang 'tutup' perniagaan mereka, sedangkan mereka lupa sikap mereka membuatkan customer meluat nak singgah.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Membaca entri En. Mazidul terus mengingatkan saya kpd Uncle & Auntie di sebelah rmh sewaktu kami menyewa di Sec. 25, S. Alam. Sesungguhnya kasih & sayang tdk mengenal bangsa. Sepanjang hampir 2 thn berjiran dgn mereka kami sekeluarga tdk pernah terkecil hati-mereka terlalu baik, caring, ringan tulang - nampak shj simen car porch pecah Uncle trus kata nak balik ambik simen, x sampai 1/2jam siap! Kertas lapik sangkar burung milik Suami yg pd ketika itu berjumlah 15 sangkar Uncle yg tlg guntingkan-tlg isi air & mknan. Daun kering depan rmh,longkang bersampah-Uncle yg bereskan... Sewaktu rmh dimasuki air banjir saya betul2 terkejut dia dtg menolong wlaupun keringatnya membersihkan air banjir di rmhnya blm lg kering. Tidak pernah dia meminta budinya dibalas. Air oren & Kopi O (kami beli Kopi semata2 kerana tau itu kgemarannya) pasti habis diminumnya dgn ucapan terima kasih & "Banyak sidap (sedap)" yg tdk lekang dr bibirnya. Duit upah seraya atas keringatnya membereskan benda2 yg saya cerita di atas tadi hanya diambil selepas 3-4 kali menolak dan sesudah saya kata "nanti belanja minum kopi sama Auntie" Yg paling terharu buat saya menitiskan air mata sewaktu kami berpindah di Bdr NusaRhu pd 24/4/2008 - Uncle & Auntie menolong kami mengangkat semua brg ke ats lori 3 Ton & sama2menurunkannya-2 trip semuanya-siap letak brg ke tempat yg ditetapkan yg ditulis pd kotak2 & menyusun. Hingga jam 12.30 mlm barulah mereka betul2 mahu dihantar pulang! Lebih terharu-sedang dia mengelap kerusi mkn, katanye "Uncle mau duduk sebelah, tp x ada wang mau beli ini rmh" Dlm hatiku berkata2 kalaulah aku byk duit, sanggup kubelikan rmh sebelah. Kini hampir 11/2thn berpindah sudah 4X mereka ke sini 1x open house raya, 1X cat pagar car porch & 2X dtg terus minta tangga-bersihkan 6 buah kipas syiling! Ada kami minta tolong? TIDAK!!! Ralatnya, open hse 3 oct lalu mereka tdk dpt dtg krna Auntie berkerja. Blhlah diringkaskan cerita bahawa kami sekeluarga sayang kepadanya & merekapun sayang kpd kami. Sehingga kini Uncle & Auntie menduduki Top Ranking Jiran Prihatin & Penyayang yg terpahat di dlm list hati kami! Kalu x silap Uncle Chan namanya... Nama penuhnya & Auntie akan ku tanya nanti...

    BalasPadam
  5. Peniaga yang komited pada kerjayanya. Kerana pelanggan sentiasa jadi 'tuan'.

    BalasPadam
  6. Kebetulan pula bro, jiran betul2 di sebelah saya juga meninggal dunia 3 hari lepas. Baru tengahari tadi dikebumikan. Walaupun berbangsa cina, pada saya dia seorang jiran yang sangat baik, tak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jiran sekeliling. Sebenarnya dia bekerja kontraktor di Sarawak. Tapi sejak sebulan dia berehat di rumah. Kali terakhir kami bersembang, saya bertanya kenapa lama nampak dia di rumah, tak bekerja? Dia jawab... "Sudah lama saya di Sarawak, manyak rindu sama anak mini (bini), mau spend time lama sket sama dowang.".... dan 2 hari kemudian dia meninggal disebabkan serangan jantung yang mengejut ketika usianya baru 49 tahun. Tiada seorang ahli keluarga pun yang mengetahui dia mempunyai sakit jantung.

    Tadi ketika majlis penghormatan terakhir, saya turut berada di luar rumah sebagai tanda menghormatinya memandangkan balai dipasang sehingga di hadapan rumah saya. Ketika ibu mertuanya datang dan memegang tangan saya sambil berkata "adik, u kasi tgk sama saya punya anak pmpn. Dia solang2 dalam rumah, ada 2 anak kecik lagi, saya banyak susah hati malam2 takde orang tau kalau dia susah." Saya angguk sambil menepuk tangan ibu mertua jiran. Tanpa sedar airmata pun mengalir....

    BalasPadam
  7. I'm really appreciated and touch by you and those comments your blog.....you all r open minded ..
    some of the race prejudice with the race different from them .... but we're same ..human being....

    1 Malaysia

    BalasPadam
  8. Bayangkan mereka terus memberikan khidmat terbaik biarpun kalangan keluarganya tiada lagi.

    Selalunya bilamana perniagaan mereka berkembang dari generasi ke generasi pasti banyak permasalahan perniagaan dapat diatasi dengan mudah.

    Kalau kita perhatikan sebahagian kedai runcit kaum cina tak ramai mana pelanggan yang datang tetapi hairan bagaimana mereka boleh berniagaan puluhan tahun lamanya.

    Arwah Apak saya rapat dengan ramai tauke cina lantaran berkedai runcit tanpa tauke cina ini rasanya amat payah mahu mengembangkan perniagaan. Kita kena belajar berniaga dengan tauke cina ini.

    BalasPadam
  9. hanya ungkapan 1 malaysia yang terucap di bibir anak muda....

    alangkah seronoknya kalau macm ni...

    BalasPadam
  10. pasti cik Mazidul tak lupa Uncle Tan sampai bila2..

    takziah pada keluarga beliau..

    BalasPadam
  11. Salam kat semua
    Sedih entry abang Mazidul kali ini..Takziah keluarga uncle Tan.
    Saya tidak ada cerita menarik nak dikongsi tentang jiran bangsa bukan melayu sebab dengan jiran melayu sebelah rumah pun tak berapa bertegur sapa..tapi mak saya best..dia dulu tinggal di kongsi di SMTD batu Gajah, Perak. Kat situ dia berkawan dengan dengan orang Cina dan India..rapat..akrab..kata dia..1Malaysia tu dah lama dah diorang praktikkan... kita je baru 'terhegeh-hegeh' nak amal..huhuhuhu..(yang terhegeh-hegeh tu termasuklah saya sendiri...hehehehe)

    BalasPadam
  12. Bro Mazidul,

    Rasa kemanusiaan tidak menghalang kita untuk berkongsi kesedihan kehilangan orang seperti 'Uncle Tan'.

    Prinsip dan mentaliti bangsa Cina dalam berniaga sangat kukuh. Pelanggan adalah 'sumber rezeki' mereka.

    Pembekal buku ke sekolah tempat saya bertugas, kebanyakannya bangsa Tionghua, setiap kali datang membawa buku contoh dan diserahkan kepada kami tanpa banyak soal..

    Bangsa kita pun boleh juga, tetapi kadangkala, pelanggan Melayu buat perangai- suka berhutang, lewat bayar dan kerap minta itu dan ini.

    Sudahnya, mereka patah semangat..

    BalasPadam
  13. sedih laa pulok......abg mazidul nie sesekali buat cerita mesti tersentap...1 Malaysia!!!

    BalasPadam
  14. Bila membaca entry Bro 'bagi dia saya tuan' ini terasa kelakar + seronok+ sedih. semua ada. hmm.. menarik- menarik..

    BalasPadam
  15. Begitulah, apabila orang memandang kita dengan hormat, kita gembira berkawan dan turut menghormatinya. Buat baik di balas baik..

    BalasPadam
  16. jiran dpn rumah combi pun cina.mmg baik sbb bila combi balik kg dia tolong tengokkan rumah :)

    kalau 2,3 hari dia tak nmpk combi kat luar rumah kecoh dia tanya hehe..

    BalasPadam
  17. Takziah..
    kesian Uncle Tan,salah terima info..

    sakit itu info 30tahun dulu..
    lagi pun dia menerima info dari kawan sokong membawa rebah, cuba jika berjumpa kawan yang jujur, mesti kawan itu akan kata..

    "BESTTTTTTTTTTTT..tak terkata..sehingga menjlita jari".

    moralnya
    carilah kawan yang berinfo jujur bukan menakutkan dan selalu juga update info supaya tidak BASI.

    BalasPadam
  18. salam...

    kami sekeluarga pun memang melanggan dengan Uncle Tan, memang dia seorang yang baik, dan tak pernah cakap tak, walau pun dah malam untuk hantar air..
    kami pun terkejut masa tau dia dah tak ada, patutlah puas kami telefon untuk dapatkan bekalan air susah nak dapat..tak ingat hari ke berapa, rupanya hp mendiang ada di balai.. mendiang telah tiada..

    ya, adik (alex) mendiang yang hantar air kini di rumah kami..

    BalasPadam
  19. I am deeply touched & sorry by the whole story.
    My deep condolence to the whole family of the late 'Uncle Tan'.

    BalasPadam
  20. yer betul.. saya kebetulan lalu di kawasan kejadian (Puchong Utama) sewaktu pulang dari solat aidilfitri di masjid putrajaya.. Jam teruk di hari raya pertama... dan nampak botol air nie terbalik di tengah jalan....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.