Jumaat, Oktober 16, 2009

Jangan Tidur Lagi

Saya gemar berada di panggung wayang tetapi tidak bermaksud suka menonton filem ditayangkan. Semalam saya menonton filem ‘Surrogates’, lakonan Bruce Willis. Kurang 10 minit, suasana menjadi gelap, tiada visual, tiada suara dan tiada warna di skrin mata saya.

“Abang! Bangun! Movie sudah habis,” kata pekerja Bangladesh menyentuh bahu, mengejutkan saya.

Itu bukan kali pertama. Jika tidak dikejutkan tukang cuci lantai panggung warga Bangladesh, pasti pekerja Indonesia melaksanakan ‘tugas’ itu. Kerap benar saya tertidur di panggung wayang samada menonton bersama rakan taulan atau ahli keluarga. Mujur tidak berdengkur.

Hanya filem tertentu mampu menyelak kelopak mata saya dari awal hingga akhir. Saya gemar menonton filem aksi, aksi berterusan. Bukan filem sekejap ada aksi kemudian diselang seli scene romantik. Dalam tempoh dua tiga minit itu saya boleh terlena. Entahlah mungkin kerana usia beransur tua.

Hakikatnya, saya terlalu senang tidur, asalkan terletak kepala saya terlena. Mungkin sebab itu tidak ditakdirkan menjadi Perdana Menteri, bimbang saya tertidur di Parlimen. Apa pula kata Menteri Kabinet pimpinan saya nanti. Macam saya tidak memperdulikan pembentangan hujah mereka mewakili suara rakyat di negara ini. Di Parlimen, lampu terang, suasana cerah, semua orang nampak andai kita tidur tersenguk senguk. Segan apabila gambar dirakam dek jurugambar dan kemudian dijadikan bahan arkib.

Tidur di panggung wayang, saya tidak menyusahkan sesiapa kecuali pekerja Bangladesh dan Indonesia terbabit. Lagipun saya membeli tiket RM9 untuk tidur selama 90 minit, tidur berharga 10 sen bagi setiap minit.

Semoga Perdana Menteri terkini tidak tertidur sewaktu mendengar suara rakyat biarpun di mana beliau berada. Begitu juga wakil rakyat dilantik, Yang Behormat, YB, jika mereka terlena dibuai kemewahan, pasti rakyat melupakan mereka. Justeru 'YB' perlu menjadi golongan ‘Yang Berjaga’ bukan 'Yang Beradu'.

31 ulasan:

  1. itulah nampak tak profesional tidur di acara formal..xmenghormati ahli majlis lain.tapi xtau lah kot dah memang mengantok sesangat
    ...yesss saya pengomen 1st hehehe

    BalasPadam
  2. YB dan bekas YB di Kelantan, pembangkang atau penyokong, tak boleh tidur, sebab nak jaga hati rakyat, terutamanya YB pusat, kerana projek pusat mengalir melalui mereka, samada projek sekolah taliair ,Tanah, perumahan awam ,rebut pelbagai lesen padi beras atau baja dan sebagainya.
    Kemudian pacak papan tanda

    " ini projek Persekutuan"
    (lupa nak tulis ini cukai rakyat kepada rakyat)

    selamat berbakti..kepada semua YB
    supaya rakyat boleh bezakan antara projek negeri atau pusat, ditujukan kepada rakyat yang pandai membaca.

    BalasPadam
  3. Eyda, Tahniah! Saya juga menunggu komen pertama. Maklumlah, jarang benar menulis berhubung entry politik. Apapun, sesekali, tidak mengapa, kan?

    Zeq, mungkin terlambat sedikit. Terima kasih juga daripada saya. Tempat ke-2 masih OK :)

    BalasPadam
  4. 1st time nak bg komen, cam huru hara je nih..hehe..
    tersenyum saya ngn tulisan en mazidul..senyum bermak-makna..
    saya pon kuat gak tido..hehe..

    saya ade plan nak ke homestay en mazidul, nampak cam best jer..

    BalasPadam
  5. Anor, besar tapak tangan, sungai saya tadahkan.

    Lepas makan di tepi sungai, silakan tidur, tikar, bantal, saya sediakan.

    BalasPadam
  6. hahaha..mekasih2 en mazidul..
    terkene saya..

    BalasPadam
  7. tido itu lumrah manusia....jika pandai mengurusnya sudah tentu insan tersebut tidak lagi alpa dan akan berjaya dunia dan akhirat...
    tapi apa kn daya
    KAWE pon suko tidor jgk.....adoi....

    BalasPadam
  8. Tuan Tanah, tidur itu lumrah manusia. Tetapi jangan tidur terlalu lena sehingga hujan turun, guruh berdentum, kita tidak sedar. Nanti basah kain di jemuran, terbakar plug TV, komputer, akibat disambar dek petir.

    BalasPadam
  9. hahaha~ betol tu bro mazidul..
    guruh dah bebrbunyi di luar..haruskah menutup laptop nih....
    (sambil memerhati awan gelap yang kian membesar bergabung dan tidak berpecah seperti manusia di bumi)
    *suasana di KT nk hujan....

    BalasPadam
  10. abg,bantulah industri filem Malaysia..tidur masa tgk filem luar negara xpe,tp klau abg tido masa tgk filem Malaysia,saya tarik rambut abg tau...eh,xingat,mana ada rambut kan..hehe..just kidding...

    Salam Seni...

    BalasPadam
  11. Cinephoto album dah submit..hilang satu seksaan dipenghujung sem ni..bamun begitu,perlu berhadapan dgn asgmnt lain lg...huwaaa.....xde masa nak tgk wayang ataupun tido dlm panggung,ni la hidup student filem,semata2 untuk mlahirkan pembikin filem yg xkan buat org tido masa tgk wayang lg...huhu


    salam seni...

    BalasPadam
  12. Tidur tu sama nikmatnya macam makan. Letih, ngantuk, tekanan, pening... ubatnya tidur, Tapi terfikir mcm mana la orang yang tak dapat tidur tu ye? (Pernah baca dalam surat khabar ttg seseorang yg tak pernah tidur sejak beberapa tahun) Betul ke???

    BalasPadam
  13. Dalam islam, tidur boleh membuatkan batal air sembahyang. Kena ambil air sembahyang semula jika hendak menunaikan solat. Tetapi pejam mata, tidak semestinya tidur.

    Ada orang matanya pejam, tetapi telinganya mendengar dan otaknya berfikir. Bila kita buntu mencari penyelesaian terhadap sesuatu kemuskilan, biasanya kita pejam mata sekejap. Itu bukan bermaksud kita tidur.

    Apapun yang 'terlena' biarkan dia lena. Itu lebih baik dari orang yang 'besar matanya' dan 'terang' tetapi tidak nampak gajah yang berada disebelahnya. Siang malam asyik bermimpi naik 'roket' tanpa perlu jadi angkasawan.

    AM pasti rakyat mengharapkan sesuatu yang luar biasa dapat dilakukan oleh Najib. Rakyat tidak mahu tahu samada Najib dapat tidur malam, apatah lagi menonton wayang gambar.

    Semoga atas doa dari kita, Najib dapat menjalankan amanah untuk terus memacu rakyat Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Bro, AM noticed ada ulasan AM yang kena 'block'. Sensitif sangat ke.:)

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  14. Salam Sdr. Mazidul,

    Kot mana pun, pemimpin tidak boleh tidur waktu-watu penting: mesyuarat ker, perhimpunan ker...

    Pengalaman saya, tahun 2002 jumpa seorang menteri.... untuk bentangkan proposal bagi satu projek kami sebagai kumpulan pelajar di IPTA.

    Menteri itu asyik menguap dan tenyeh mata ketika kami buat presentation di hadapannya dan seorang pegawainya. Kata-katanya pun masih saya ingat sampai sekarang: "Jumpa pegawai sana ini, bincang dengan dia, saya ada meting lain sekejap." Lalu menteri itu keluar.

    Proposal itu sepi begitu saja, hingga kini.

    Oh ya, menteri itu (sekarang bukan lagi) telah berkahwin dengan bekas personaliti TV3.

    BalasPadam
  15. Salam kat semua
    Abang Mazidul..dah buat medical check up? Maybe your cholestrol level tinggi..maybe je..tapi kalau parasnya normal, maka dah memang abang dianugerahkan nikmat tidur yang diimpikan oleh pesakit imsonia..:)

    BalasPadam
  16. huby combi pun cepat terlelap.asal letak kepala jer terus terlelap.

    combi rasa org yg kuat bekerja ni cepat terlelap sbb penat.bekerja menggunakan otak tak sama dgn bekerja mengguna tenaga fizikal.betul tak??

    kesian public figure mcm YB kita ye.nak terlelap sekejap pun jadi bahan gossip.sedangkan pekerja opis siap berbantal lagi tapi tak siapa pun peduli sbb takde kepentingan peribadi.

    BalasPadam
  17. Kalau badan dah letih, kepala dah sarat, mata pun mulalah mengantok. Bila dah mengantok tahap 'gila'..memang susah nak control..tanpa disedari, terlelap jua...

    http://manis18.blogspot.com

    BalasPadam
  18. salam,en mazidul..salam perkenalan..
    kali pertama sy melawat blog en mazidul..terkenal dalam 999..

    mengenai tidur di parlimen? bile saya baca entry ni, teringat kat seorang ketua pimpinan yg tertido dalam parlimen..adkh en mazidul menuju ke arah itu? mksd saya bekas ketua pimpinan itu..

    BalasPadam
  19. Sure ke tak berdengkur? Tido mane sedar...
    Hehe..kidding!

    BalasPadam
  20. Skrg ini Parlimen x macam dulu.. Kalau masih juga tidur tak tau apa jenis 'YB' itu...

    Msg: Jangan sampai orang lain 'kejutakan' kita.. Lebih baik bangun sendiri..

    BalasPadam
  21. teringat cerita seorang Bekas mufti yang takut terhutang wang gaji (Rakyat)

    ..QADHA bekerja selama sebulan tanpa gaji lepas pencen..

    BalasPadam
  22. dan bila tiba suatu masa, YB dari Dewan Rakyat tidak disukai oleh pengundi di kawasannya, mendesak supaya mengosongkan jawatan, tetapi YB,tidak mahu meletak jawatan seolah-olah kuasa pengundi tiada.

    contoh tidak disukai ialah dengan para pengundi mengadakan protes dan bantahan, supaya letak jawatan..
    masih tidak dihirau..
    kes yang terpencil yang pelek...
    (nampaknya saya kena belajar bahasa 'politik')

    BalasPadam
  23. setuju 100%.. kalau cerita yg penuh dengan aksi.. mesti tak ngantuk punya.. tapi, setakat ini, belum pernah tertidur dalam panggung wayang lago. :)

    BalasPadam
  24. Tido boleh bro, tapi biarlah kena pd tempat dan waktunya.....

    BalasPadam
  25. Pemimpin yg tidur semasa majlis-majlis penting amat memalukan...dan perkara tu menjadi bahan ketawa oleh masyarakat di luar...

    BalasPadam
  26. Saya jarang tertidur di panggung sebabnya biar pun seketika saya tertidur pasti berdengkur. Anak-anak selalunya akan mengejutkan saya!.

    Jika pemimpin tertidur memang rakyat marhaen tercicirlah. Biasanya tidur pemimpin sekadar tidur-tidur ayam!. Harapnya bergitulah!.

    BalasPadam
  27. teman pun pernah tertidur di pawagam cerita the rock berlakun.. citer ape tah.. yg ada mummy tu..

    manusia perlu tidur 8 jam... kalau terkurang atau terlebih memang akan mengantukla...

    tidur tak semestinya negatif... ada tidur sunat... malah ada tidur wajib!!!

    kalau pemimpin tertidur rakyat perlula gerakkan dia... sbb pemimpin bekerja untuk rakyat... tp mcmana kalau rakyat semua tertidur... lebih rosakla negara dipermainkan pemimpin korup...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.