Jumaat, Oktober 09, 2009

Keadilan Dunia

Saya menerima pesanan ringkas rakan mendakwa lelaki Bangladesh kerap dilihat berdiri berhampiran taman permainan kanak-kanak berhampiran rumah sambil memerhati dan merakam gambar anak kecil lelaki dan perempuan bermain. Tujuan sebenar tindakan itu tidak dapat dipastikan setakat ini. Mungkin warga asing itu terkenangkan anak jauh di kampung halaman lalu berasa gembira merakam telatah anak kecil untuk mengubat kerinduan di sudut hati. Mungkin juga dia sekadar mencuba kamera 8 mega pixel telefon bimbit baharu dibeli hasil titik peluh membanting tulang empat kerat.

Apapun, menurut undang-undang diguna pakai di negara bertamadun, ‘someone is innocent until proven guilty’, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah. Tanggapan buruk dilemparkan terhadap individu tidak menjadikan dia bersalah.

Maksudnya, dia hanya boleh ditangkap jika terbabit mencabul, meliwat, menculik atau merogol anak kecil terbabit. Hakikatnya, ketika itu kejadian jenayah sudah berlaku. Jika itu terjadi, dia kemudian dilabel suspek dan akan dituduh di mahkamah. Berstatus suspek tidak bermaksud dia bersalah. Hanya setelah selesai perbicaraan di mahkamah, jika sabit kesalahan, hukuman dijatuhkan. Ketika itu dia dilabel ‘pesalah’, proven guilty.

Maknanya, tindakan terhadap penjenayah hanya boleh dilaksanakan selepas kejadian jenayah berlaku, sesudah ada manusia bergelar ‘mangsa’.

Namun, proses itulah dianggap adil di dunia ini.

12 ulasan:

  1. Bro Mazidul, sebab itu orang dulu-dulu dah sediakan bidalan untuk kita renung-renungkan.

    "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna".

    Hakikatnya mana pernah berlaku, orang menyesali perbuatan yang belum lagi dilakukan. Betul tak. Menyesal biasanya hanya dikaitkan terhadap perkara yang telah berlaku.

    Tetapi AM bersetuju dengan bidalan,

    "sediakan payung sebelum hujan"

    Kalau dah hujan baru cari payung sudah tidak berguna. Sudah basah luar dan dalam. :)


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Setuju dgn kenyataan tu. Jenayah dah jadi baru nak buat sesuatu...

    BalasPadam
  3. salam bro.
    seseorang itu belum dapat dibuktikan bersalah selagi mahkamah belum menjatuhkan hukuman tapi sekarang wang punya pasal yang salah pun tak bersalah...undang-undang hanya berpihak pada yang berkuasa dan berharta tapi bagi petani dan kelas bawahan bile saje sebut naik mahkamah dah nak terkencing...ada yang bergadai tanah ..

    BalasPadam
  4. Cuba bayangkan jika apa yang berlaku dalam filem Minority Report benar-benar berlaku di dunia ni.. mesti haru-biru kan!!!

    BalasPadam
  5. Salam kat semua
    Harap anak-anak yang bermain di padang itu akan terus gembira berada di sana tanpa gangguan lelaki itu..

    BalasPadam
  6. Salam...
    Memanglah kita xleh nk judge org tanpa bukti.tp,kite kena beringat sebelum terjadi ape2.nanti kta juga yg menangis kemudian hari..
    jadi,berwaspadalah sntiasa.perhatikan anak2 sewaktu bermain..jgan dibiarkan mereka..

    BalasPadam
  7. Salam Bro Madz,
    kalo setakat suka2 nak tangkap foto, no pblm.. last2, mkin tangkap budak tu plak, who knows... 'macam harimau menghendap mangsa dalam semak, tunggu timming ngam baru nak attack'. Na'uzubillah..
    to parent@penjaga n sume, kena sentiasa mengawasi n alert ngan budak2 @ anak2 kita. Jgn terhantuk baru terngadah..

    BalasPadam
  8. AM bersetuju dengan ayat Sharudin Othman,

    "seseorang itu belum dapat dibuktikan bersalah selagi mahkamah belum menjatuhkan hukuman"
    - sebenarnya, seseorang belum dikatakan bersalah, selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah.

    tetapi tidak bersetuju dengan ayat,

    "undang-undang hanya berpihak pada yang berkuasa dan berharta "

    talah banyak kes dimana orang miskin berjaya dalam tuntutan mereka terhadap orang kaya.

    Dan banyak juga kes, orang berkuasa juga dijatuhkan hukuman setelah dibuktikan bersalah. Parti terbesar dan berkuasa di Malaysia, UMNO pernah diistihar haram oleh mahkamah.

    Seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana salah guna kuasa.

    Cuma samada orang yang berkuasa itu boleh menerima hakikat bahawa dia bersalah atau sebliknya, itu adalah perkara lain.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Oleh itu buruk sangka banyak2,alasan sebab berpandukan kes yag lepas2..bersedia dengan buruk sangka dalam hati..

    serampang 4 mata, tak dapat anak, mama dia atau bibik dia punjadi lah.
    ...qih qih qa qah..

    BalasPadam
  10. Undang-undang sekarang :
    -seseorang itu dianggap bersalah sekiranya dapat dibuktikan kesalahannya.

    Undang-undang babarian:
    -seseorang itu sentiasa dianggap bersalah sehingga dia berjaya membuktikan bahawa dia tidak bersalah..
    fikir-fikirkan..

    BalasPadam
  11. Mungkin dia terkenangkan anak-anaknya yang jauh di mata.. Tetapi ibu dan bapa perlu menjaga dan memerhati anak-anak kecil sentiasa. Bukan apa, takut perkara yang tidak di ingini berlaku.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.