Jam 11.20 pagi tadi saya singgah di Kedai Kopi Din Tokyo, tidak jauh dari Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.
Saya minum teh ‘O’ ais. Pelanggan duduk di sebelah kiri, minum Horlick panas.
“Boleh ambil gambar dengan orang tersohor?,” tanya anggota polis bermisai tebal.
“Boleh,” jawab saya.
Biarpun saya akur, saya tidak ‘tersohor’, tekenal seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
Dia kemudian kembali ke tempat duduknya di luar kedai. Saya perhatikan dia minum Milo ais. Rakannya, dua lelaki lain, minum air kosong dan teh ais.
Sebelum beredar, saya bersalaman dengan pemilik gerai, Din Tokyo, 40 tahun.
“Sebab apa sign board tulis ‘kedai kopi’? Saya tengok orang ramai minum teh, Horlick dan Milo,” soal saya kepadanya.
Din tiada jawaban.
Berzaman saya perhatikan, majoriti restoran atau gerai milik Melayu, Cina dan Mamak di negara ini menggunakan nama ‘Kedai Kopi …’, sedangkan bukan semua pelanggan minum kopi.
Hairan.

Betul juga.. Kebanyakkan kedai minum di negara kita ni menggunakan nama kedai kopi. Tidak kira kedai melayu, cina mahupun india. Apakah 'reason' yang sebenarnya..
BalasPadamMungkin selepas kupasan dari Bro ni, kedai-kedai minum kat luar sana akan bertukar nama menjadi kedai milo Ah Kau, kedai tea Muthu, kedai coca cola salim.. hahaha..
BalasPadambetol2....
BalasPadamhehe...cucor udang pun ada udang kat dalam tu.
tapi nama cucor badak tak ada badak didalamnya...
betul juga..
BalasPadamnampaknya lepas ni kena buka TEATIAM bersama WIFI free
Ha'ah...baru perasan bila kedai minuman dinamakan begitu... :D
BalasPadammungkin sbb kopi lebih "international" dan dikenali di seluruh dunia berbanding "neslo" iaitu campuran nescafe & milo. pelancong mungkin akan terpingga² jika kedai neslo. hehehe
BalasPadamsky juice :)
BalasPadamMasih ada lagikah gerai menjual nasi lemak siap bungkus yang hanya berharga 40 atau 50 sen sebungkus?
BalasPadamwww.anak2merdeka.blogspot.com
mungkin nama kedai kopi dah sinonim kat Malaysia ni. Kita pun biasa sebut mengopi untuk minum petang @ supper, xde plak memilo atau mehorlicks, hehehe, kelakar plak. Kalau kat kelantan rata-rata akan guna istilah kedai kopi merujuk kepada kedai makan, terutama jika kedai yang biasa menghidangkan sarapan pagi dan minum petang sahaja
BalasPadamDuit kopi tukar.. duit milo... emmm! tak kena bunyi; kita ini memang asyik nak ikut sedap mulut sahaja!.
BalasPadamKedai Jahit Wanita... Saya membayangkan wanita yang terluka dijahit di kedai ini.
setakat pada nama jer abang maz oi! sian kat 'kopi'. macam di dikriminasikan jer!
BalasPadamkedai melayu ker, kedai mamak ker o even kedai cina pun, tetap kita panggil kedai kopi sebab dah terbiasa!
yang dah terbiasa ni lah yang akan mengelirukan dan pastinya satu hari nanti akan mendatangkan masalah!