Isnin, Oktober 26, 2009

'Dia' Berkhalwat

'Dia' pengusaha pusat kecantikan berusia 37 tahun. 'Dia', ibu 5 anak dan isteri jurutera dan usahawan pertanian, 46 tahun.

'Dia' ditangkap penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor, berkhalwat di rumah sewanya di Pangsapuri Seri Camelia, Sungai Chua, Kajang dengan suami orang, 31 tahun, pekerja syarikat francais tengah malam semalam.

Wajah 'Dia' pernah terpapar di Majalah.

Itu antara berita dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Dahulu, perbuatan ‘curang’ kerap dikaitkan dengan lelaki.

Kini, perempuan sama.

Bravo! Bravo! Bravo!

Nota Syarikat francais? Mc Donald? KFC? Pizza Hut? Burger King? Hummm ...

64 ulasan:

  1. Bro, wanita hari ini tak sama macam dulu. Kesetiaan satu perkara penting, tapi kepuasan perkara berbeza.

    Mungkin tak puas dengan layanan suami, atau mungkin tak puas dengan apa yang ada.

    Mungkin tak puas dengan dosa yang dipikul..

    Orang begini, tau pasal dosa ke?

    BalasPadam
  2. ada lah tu sebab musabab dia jadi camtu...Kalau nakhoda pandai mengemudi, tak kan kapal karam tengah lautan..isteri adalah amanah bagi suami..pandai pandai lah jaga isteri jangan sampai isteri jadi cam tu..betul, curang atau makan luar ni tak semestinya lelaki saja..pokoknya iman dan kesabaran lah yang mengelakkan segala nya.

    BalasPadam
  3. Salah satu jalan penyelesaian kepada lelaki yang sudah berkahwin, yang berkhalwat adalah dengan kahwin lagi satu. Malangnya masyarakat di negara kita memandang perbuatan kahwin dua sebagai perkara yang serong. Berlainan dengan negara timur tengah seperti Arab Saudi, Iran, Yamen, Lubnan, Mesir dan lain-lain, menganggap poligami sebagai perkara biasa.

    Kalau jumpa kawan lama, soalan pertama adalah, "isteri berapa orang sekarang ?" bukan tanya anak berapa orang. Masyarakat negara kita perlu mengubah persepsi kahwin dua sebagai perbuatan yang tidak normal, sebaliknya khalwat lebih teruk dari itu.

    Ramai anak dara yang sudah lanjut usia gagal mendapat jodoh yang sesuai dan setaraf, akhirnya jadi 'andartu'. Kalau poligami diamalkan, maka kes seperti ini boleh dikurangkan.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Ustaz Khalil, berkahwin dua kerap dijadikan bahan gurauan di negara kita dan perlaksanaannya selalu mendapat tentangan kaum Hawa.

    Kes isteri curang kini semakin bertambah. Imbau kembali kejadian isteri ditangkap berkhalwat dengan pasangan lelaki Cina di Perlis tempoh hari. Bagaimanapun, kita sebagai pembaca bahan bercetak tidak mengetahui keseluruhan fakta kes.

    Cuma sukar saya membayangakan perasaan suami apabil isteri ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain di dalam bilik hotel atau di premis lain.

    Diberitakan, dalam kes ini, wanita terbabit mengambil masa lebih 30 minit untuk membuka pintu selepas diketuk penguatkuasa Jabatan Agama. Manakala lelaki ditahan tidak berada di rumah sewa sama kerana dipercayai berjaya melompat kerumah kosong di sebelah.

    Saya tidak pasti samada kes sebegini boleh didakwa di Mahkamah Syariah.

    BalasPadam
  5. wanita memang boleh membuat dunia bergoncang

    BalasPadam
  6. Pok Li, yalah, bukankah tangan mereka mengoncang buaian.

    BalasPadam
  7. Semakin ramai yang berbuat kebaikan, sama juga la yang berbuat keburukan..

    Tepuk dada tanya iman...

    BalasPadam
  8. Azie, atau perempuan sudah semakin 'berani'?

    BalasPadam
  9. kisah yang tak pernah patut menjadi kisah. Nampaknya wanita sekarang terlalu berani dan tidak pandai menjaga maruah. Hukum hudud patut dilaksanakan, insya Allah manusia lebih takkut untuk melakukan kejahatan

    BalasPadam
  10. Manalah mereka tak berani En. Mazidul..., Hukum sebat yg sudah terang lagi bersuluh tu pun ada orang 'ISLAM keturunan' (Islam sebab Mak & Bapa dilahirkan beragama Ialam) pertikaikan. Kalau tertangkap, msuk mediapun malunya sekejap shj-lagipun org MALAYSIA ni pemaaf... Apabila Hukum Allah dilengah-lengahkan perlaksanaannya-malah byk hukum ISLAM yg tdk termaktub di dlm 'buku' perundangan negara ini yg diisytihar negara ISLAM-MALAYSIA yg kita cintai ini... Bertambah malang-Insan2 yg berkuasa (kuasa kejap ada kejap x ada) yg patut menegakkannya pun menikus... Maka jgnlah kita merasa hairan akan kemungkaran demi kemungkaran yg semakin berleluasa.

    BalasPadam
  11. ...adalah sebab musabab; nahkoda tak pandai mengemudi kapalnyalah... reka 20 kekurangan lelaki Melayulah...lagi apa?..

    begitulah jika isteri membuat alasan ingin berlaku curang... sama bidalan lama tak pandai menari kata papan jongkang-jongkit; pulang paku buah keraslah!... lagi apa?

    ...jangan kerana kekurangan suami mahu dijadikan alasan buat dosa secara halal; fatwa mana yang digunapakai... hidup amat kejap, jika suami itu memang terbukti gerladangan sudah meluat nak lihat wajah suami kenapa mesti mahu memerangkap diri dengan dosa...?

    ... jangan tunduk pada 1:9 nafsu & 1:9 pertimbangan: buat perempuan; diri sendiri yang rugi nanti!.

    BalasPadam
  12. En Khalil oii....
    Kalau bab poligami.. berdebush debush lelaki bercakap. Ikut sunnah nabi la... halal la... syariat Islam la.... tapi kalau bab sembahyang, nafkah, berlaku adil.... tak plak cakap berapi2.

    Minta maaf cakap la... Orang negara arab tu boleh kahwin 4 pun sebab mereka kaya raya. Setiap bini mereka boleh berlaku adil. Bawa bercuti ke luar negara, beli kereta dan rumah sebiji seorang. Tanggungjawab sebagai bapa dan ayah tak pernah terabai, jadinya rasa hormat dan patuh isteri tu datang secara semulajadi. Apa jua keputusan suami, perit ke, gembira ke, sedih ke... isteri tetap redha kerana terlalu hormat dengan suami.

    Tapi di Malaysia.... (maaf ye lelaki melayu yang terasa), isteri jadi kurang hormat pada suami sebab, nafkah zahir memanjang miss, takat batin je mampu... almaklumlah mereka anggap isteri bekerja, ada duit sendiri. Susu anak, belanja sekolah anak, duit dapur, bil2 air api pun kadang2 isteri kena keluar duit sendiri. Sembahyang lagi la... bila rajin baru buat. Camna nak jadi pemimpin rumahtangga? Jd bila sebut pasal poligami, mcm mana isteri tak melenting kalau suami nak kahwin lagi? Hujung bulan pun kadang2 pinjam duit bini ada hati nak berbini lain. Tak malu betul~!!!!!

    Lelaki kalau bab kahwin lebih memang hafal hadis, tapi tak baca habis atau buat2 tak nampak ayat terakhir. "TAPI SEKIRANYA TIDAK MAMPU BERLAKU ADIL, CUKUPLAH SEKADAR SATU".....

    BalasPadam
  13. Idan dan VIC, I like reading your comments.

    Mungkin Ustaz Khalil boleh tolong huraikan.

    BalasPadam
  14. setuju dgn hani@debumelukut dan V.I.C @ D.I.A.N.A..


    kelemahan suami sebagai pemimpin sgt ketara disini.bagaimana dia memimpin seorg isteri.betul tak??

    combi rasa kalau isteri pun main curang apatah lagi jika ada anak2 remaja.risaunye!

    kembali kpd pakal jln.muhasabah diri sendiri..tanya diri sendiri sebagai pemimpin keluarga apa yg kita dah didik isteri kita.

    pernah tak kita solat berjemaah kerana disana akan terdidik nye seorg isteri utk menghormati seorg suami/imam.

    kalau suami pun tak solat asyik bizi mengejar kebendaan akhirnye semua akan musnah.kekayaan bukan segalanye jika rumah tangga porak peranda.

    *cakap kat diri sendiri jugak :)

    BalasPadam
  15. Saya ingin mengulas kes ini, bukan kes lain.

    Jika diperhatikan, lelaki, jika curang sekalipun, pasangan mereka, anak dara atau janda, jarang isteri orang.

    Dalam kes ini, jika si isteri mendakwa suami dinikahi itu tidak sebaik mana (kerana mereak dalam proses perceraian), adakah berpasangan dengan suami orang itu dianggap tindakan maha bijak?

    Entah, saya amat tidak faham.

    Betul.

    BalasPadam
  16. Lelaki dan Perempuan adalah sama sekarang ini. tidak boleh kata-mengata antara satu sama lain lagi.

    BalasPadam
  17. Bazrul, bukan soal kata mengata.

    Cuma kekadang hairan, mungkin benar kata orang sesungguhnya sebilangan perempuan berhasrat menandingi lelaki dari pelbagai aspek :)

    Angkasawan, ada lelaki, ada perempuan. Begitu juga pemandu teksi, pendaki Gunung Averest dan base jumper.

    BalasPadam
  18. bukan lumrah untuk perempuan apalagi isteri dan ibu untuk curang atau mengkhianati kesetiaan..
    mesti ada sebab untuk 'dia' dan yg lain2 menjadi senekad itu..

    kalau anak tak semenggah, kita akan tanya sapa mak bapak yang mendidiknya..
    kalau isteri plak?
    :)

    kalau pun tak malu kat orang lain, tak malu dgn tuhan..sekurang-kurangnya malulah dgn diri sendiri...

    BalasPadam
  19. ....memang betul perempuan sekarang semakin berani.Dulu kalau keluar berita aje mesti lelaki tapi yg banyaknya dgn anak dara jarang didengar dgn isteri orang kalau ada pun sedikit....
    ....tapi sekarang.....walaupun apa pun kisahnya perempuan ke lelaki ke bila nafsu menguasa diri setan saja yg akan ketawa besar....tepuk dada tanya selera...
    terima kasih..

    BalasPadam
  20. VIC, jangan marah marah, saya pun asal dari Arab, nanti bolehlah cari saya yek. lolz.

    BalasPadam
  21. camne la kalau perempuan boleh poligami jugak....

    mesty payah...
    haahaha~

    BalasPadam
  22. Hellioz, mesti kena jaga badan betul-betul. Kalau tidak, pasti jadi seperti tayar terpakai, habis cepat 'bunganya'.

    Lelaki steady beb.

    BalasPadam
  23. bagi saya, semua tu bermula dari pegangan kita pada agama. kalau kita pandai jaga hubungan dengan Allah, tentu kita akan pandai jaga amalan kita.

    renung-renungkan, adakah kita dah buat amalan kita dengan sebaik mungkin?

    BalasPadam
  24. ini yg terkantoi.. yg tak kantoi? huhu.. kdg2 org curang ni bukan nk senyap2.. siap bercerita kat kawan2.. bukan laki ok.. perempuan! (yg saya kenali lah..) pelik betul.. riak pasal dosa yg dilakukan.. tp pakai tudung.. adeh.. tudung skrg mmg tak melambangkan akal dan iman..

    kembali ke persoalan.. saya setuju.. perempuan skrg makin berani!

    pasal laki tak bg nafkah zahir tu.. bukan kesemua laki kan? sesetgh.. persefahaman antara suami isteri penting.. sepenting ketika mereka sama2 bersetuju utk lalui susah senang selepas berkahwin..

    BalasPadam
  25. ckup tertarik dgn idan...mmg bernas. kadang² perlu jgk utk kita "melihat & dengar APA yg di cakap BUKAN melihat SIAPA yg bercakap"

    BalasPadam
  26. ...perempuan kena sedar walau apa pun status mereka...walau pun keinginan mereka menyaingi lelaki tu supaya taraf mereka sama dengan lelaki...ada pihak yang menunggu masa sahaja untuk mengambil kesempatan..bila alpa sedikit inilah jadinya.Siapa yang akan malu........fikirlah sendiri
    .....Dah jadi tayar terpakai yg bunga tah perapa % pun boleh dijual dan digunakan lagi...ni kan pula tauke saloon....janji boleh layan...
    ....betul lelaki memang steady.. ada duit ke atau tak ada duit ke atau perut boroi ke atau kepala botak ...yang penting ayat mesti power....
    terima kasih..

    BalasPadam
  27. teman rasa macam tahu je sape dia tu... cuba surf internet.... tak berani cakp sini... kalau salah kena saman...

    kfc dan pizza ada di tg malim ni... yg lain2 belum...

    BalasPadam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  29. hmmmmmmm....begitulah dunia yerrrrrrr

    hari ni kelab poligami pula di tubuhkan..

    rasional???

    entah...

    pompuan dah semakin pelik kah atau mmg bgitu dari dulu?

    BalasPadam
  30. buat wanita alang-alang nak tukar selera elok cari umur 25tahun..

    umur yang cukup power..
    sistem jetnya.

    BalasPadam
  31. Sdrku VIC @ D.I.A.N.A,
    Kita orang Melayu tak ramai jadi Saudagar Minyak berbanding Pak Arab; kalau ada pun Jual Minyak (Minyak Angin, Minyak Lintah) atau lagi hebat jadi Orang Minyak. Kasihan dijadikan lelaki Melayu...kan?. Tak apalah sabarlah mungkin setelah kita orang Melayu giat berusaha akan boleh jadi hartawan & boleh kawin dengan ramai Amoi Arab lagi!.

    Emmm! di sini letaknya kelebihan perempuan negara kita. Wanita Melayu terutamanya... Sedangkan menghidangkan segelas air kosong untuk suami pun Islam mengambil kira betapa besar pahalanya; inikan pula membantu suami dalam banyak urusan rumahtangga.

    Lagipun wanita sini ramai lebih pandai dari lelaki, berstatus tinggi lagi. Wanita kita dilayan samarata dalam semua hal. Syurga itu banyak tingkatnya. Seharusnya wanita yang namanya Islam berlumba-lumba membantu suami demi merebut ganjaran & janji Ilahi. Tingkat Syurgawi tertinggi. Syurga Firdaus. Jika isteri sampai sanggup pinangkan suami untuk punyai isteri seterusnya memang pasti lebih dari Payung Emas Allah Azzawajalla akan berikan.

    Amoi Arab itu makan sahaja yang lebih; bab membantu suami sememangnya agak sifar. Zaman dahulu pun harapkan hamba abdi. Malas amat nak buat kerja rumah.

    Berbanggalah menjadi isteri yang saling cinta menyintai, sehati sejiwa pun redha@reda membantu suami. Tak ada ruginya.

    BalasPadam
  32. Orang lama-lama kata, tangan yang mengoncang buaian itu, boleh mengoncang dunia. Di zaman jahiliah wanita pernah dijadikan hamba, tetapi sekarang wanita telah meminta kesamarataan setanding dengan lelaki. Mungkin mereka ingat,

    "lelaki boleh buat, kenapa aku tak boleh"

    Sebab itu, dalam keadaan apa sekalipun, pendidikan agama sangat penting. Ajaran agama itu umpama tali yang mengikat kita.

    Apa juga godaan, apa juga cobaan, kalau kuat pegangan, nescahya dia(wanita) akan berfikir berpuluh kali sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  33. Saudara iDAN,

    Betul macam saya cakap tadi, kalau bab poligami, bersinar2 mata lelaki. Bukan sahaja mata, kebijaksanaan berfikir pun bersinar sampai ter"blink2" mata sesetengah isteri dijanjikan payung emas oleh kata-kata indah si suami.

    Apalah nak dikata, kalau lelaki Arab mungkin mereka belikan payung emas betul2 sebelum berkahwin lagi tapi lelaki Malaysia sekadar janjikan payung emas di syurga, (yang dia sendiri tak keluar modal) itupun bersyarat "sampai mati kena redha." Jangan mula2 je redha, lepas tu bila suami dah kahwin pucuk muda terlupa balik rumah, melayang pinggan mangkuk kat rumah. Alamat payung emas di syurga pun melepas~!!

    Aduhai suami2 Malaysia... katanya syukur benar kami membantu meringankan beban sara hidup, kenapa la beratkan kami untuk ke syurga? Kesiankanlah kami...

    Terima kasih, memang ada antara kami yg bijak pandai sehingga mampu meraih pendapatan lebih tinggi dari suami. Kami langsung tak kisah sebenarnya. Kelulusan atas kertas itu kami tak jadikan kayu pengukur untuk melantik ketua rumahtangga. Suamilah ketua kami walau bijak manapun kami. Punyalah baiknya kami ni.

    Kata pepatah melayu, orang berbudi kita berbahasa. Madu yang kami beri... jangan madu juga yang suami bagi... kesiankanlah kami.... Memang kita di Malaysia kini dilayan sama rata tapi di sisi Islam kami masih mempunyai had limitnya... sebab bukan saja kahwin 4, kahwin 2 pun HARAM... kalaulah halal... sanggup ke lelaki dimadu? Tak sanggup? Sebenarnya perasaan kita sama je.. betul, tak tipu... kami pun tak sanggup juga... :(

    BalasPadam
  34. salam..
    saya setuju!!!

    laki2 yang jenis suke berpoligami tapi tak bertanggungjawab memang pandai cari alasan..

    "guna agama untuk kepentingan sendiri"

    renungkan yek!

    wassalam...

    BalasPadam
  35. Semua, entry ini mengkisahkan kes isteri curang. Bukan kisah lelaki berpoligami.

    Ramai tersasar nampaknya.

    BalasPadam
  36. Dalam institusi rumahtangga, adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memimpin isteri menjadi solehah dan bertambah baik. Dalam membimbing isteri, suami perlu sentiasa perbaiki diri dan menjadi lelaki yang soleh juga. Kalau isteri curang, maknanya, suami gagal mendidik isterinya. Seperti isu poligami, kalau suami dapat membimbing isteri memahami konsep sebenar poligami dan meyakinkan kaum isteri untuk berlaku adil dan sentiasa memperbaiki diri, rasanya kaum isteri taka ada masalah untuk menerimanya.

    BalasPadam
  37. Bukankah 'Dia' yang bro maksudkan dalam posting itu adalah si isteri curang, yang telah ditangkap kerana berkhalwat? :)


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  38. wowowooww.. Isu Panas . nampaknya Blog bro mazidul dah macam Forum Kes berpoligami pula. Banyak juga yg positif dairpada V.I.C @ D.I.A.N.A . 4bintang Mr J bagi.

    BalasPadam
  39. Tadi ada satu kes, berkaitan pelajar wanita telah melahirkan anak luar nikah. Cerita ini menggemparkan guru dan sekolah berkenaan. Guru yang membuat laporan ini diminta terus membuat aduan ke Bahagian Penguatkuasa Kluang untuk tindakan lanjut. Semua pihak yang terlibat diminta bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri. Saya tahu, penguatkuasa akan mengendalikan kes ini dengan profesional dan mengikut lunas undang-undang.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  40. Go... go.. girl! Ini namanya kepimpinan melalui teladan.

    Eheh~

    Wanita belum berkahwin, tanggungjawab dipikul bapa, wanita sesudah berkahwin tanggungjawab di pikul suami. Kalau sang Suami curang, dosanya dimilik sendiri. Kalau wanita curang, dosanya dikongsi bersama lelaki...

    Maka, sama-samalah menjaga dan menghargai sebaiknya wanita di sekeliling anda. (^-^)/

    Lol~

    BalasPadam
  41. Dilapurkan oleh Saalim berkata ayahnya bahawa Nabi (SAW) bersabda “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (riwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani).

    Dilapurkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah (SAW) “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (riwayat Tirmizi dan Abu Daud).

    Ayat 12. “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12

    BalasPadam
  42. Azwan, awak ada terbaca nama sesiapa ke dalam entry ini?

    Kalau tidak ada, maksudnya pelajarilah mesej tersirat bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak.

    Apapun, terima kasih kerana berkongsi catatan :)

    BalasPadam
  43. yes..i like marissa :)

    give me ten !

    ........

    goyang tgn tok kadi mudah.sanggup sampai 4 kali atau lebih.tp ingat ye.. dosa seorg isteri pun tak tertanggung inikan pula 4 org isteri..

    takut2 dipadang masyar nanti semua suami berjalan bahu bukan jer sengit sebelah tapi kepala pun terpusing belakang.ermmm lu pikir ler sendiri :)

    BalasPadam
  44. Betul tu Akmal...kalau sebut keburukan seseorang tanpa nama...bukan dedah aib seseorang...malah dalam enam keadaan yang disebutkan ulama...boleh mencela...pelajarilah

    BalasPadam
  45. assalammualaikum

    perkara iniadalah antara perkara yang sukar difaham, kenapa isteri curang dengan suami orang...tidak ada formula bagi kita untuk faham, kerana ia adalah gabungan emosi, nafsu dan permainan syatan...

    yang jelas pada ketika berlaku, logik akal tiada pada sang isteri atau suami... tetapi bila dah tertangkap, mulalah menyesal tak sudah, kerana pada masa itu syaitan berlari pergi gembira, meninggalkan emosi kita terkontang-kanting...

    manusia tak sempurna, bukan seperti drama atau filem yang menggambarkan suami atau isteri mesti romantik dsb... jadi jika suami kita teramat kurang di mata dan hati kita, cari jalan untuk menerima dan lebih mengasihinya...insyaAllah kesabaran kita, di hujungnya pasti ada kemanisan

    BalasPadam
  46. Ustaz Kama, terima kasih. Kekadang kita harus belajar daripada kejadian tanpa perlu mengambil peduli siapa pelaku terbabit.

    BalasPadam
  47. Echah

    yer leer Echah belum tergoda lelaki muda..

    BalasPadam
  48. zz >> 23 tahun dulu my huby pun muda gak mcm u.. (^_^)

    23 tahun akan dtg u pun tua mcm my huby gak..lalalla :)

    BalasPadam
  49. Azwandengkil,

    Jika mengumpat itu berdosa, maka mendengarnya juga berdosa. Jika anda rasa blog adalah tempat orang mengumpat, maka dengan memasuki blog juga adalah berdosa.

    Kena faham antar erti mengumpat dan membuka aib orang dengan berkongsi cerita (tanpa menyebut nama individu tertentu) agar ianya boleh dijadikan teladan (jika baik) dan dijadikan sepadan jika buruk.

    Kalau nak baca blog mengumpat, masuklah blog politik, dan berilah nasihat kepada rakan-rakan kita yang siang malam mengumpat, memfitnah dan mengeji orang yang tidak sehaluan dengan mereka.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  50. nak buat mcm mana bila NAFSU sudah menguasai diri...baru berkhalwat...bukan berzina..kena bersangka Baik....

    franchais....

    emas pun dah ada franchais skrg

    admin
    www.pokli.com

    BalasPadam
  51. Salam Mazidul,

    Saya setuju dangan Anakmerdeka,

    Kita berdiskusi tentang masalah dengan cara matang, professional dan berhemah..


    1. Jaga tatacara dan perlakuan semasa perbincangan tersebut..

    2. Elakkan sebarang pergaduhan atau merendah-rendahkan sesiapa


    Kita menggunakan blog ni untuk memberi informasi-informasi yang ada supaya ilmu itu dapat dikongsi bersama. Berdiskusi tentang masalah dengan cara matang, professional dan berhemah Jangan menyalahgunakan teknologi ini untuk memalukan orang dan memfitnah sesama manusia.

    Memang berdiam itu lebih baik dari bercakap. Sebab bila kita bercakap, kite tak sedar yang kita sedang mengumpat or memfitnah sesama manusia.

    Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar artikal keblog. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk?

    Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

    Seorang yang berlaku kasar dan marah-marah, akalnya menjadi dangkal dan pemahamannya rendah


    Renung-renungkan lah...dan selamat beramal.

    BalasPadam
  52. yang putihnya kita dapat info bahawa curang a terkena semua jantina bukan lelaki sahaja.
    bagi saya entry ini banyak positif dan ambil yang positif..

    memilih dan melihat kepada sebab-sebab yang positif

    komen berpijak di alam nyata (fizikal depan mata)bukan secara fakta yang tak nampak..komen tak nampak biasanya digunakan oleh penganilis politik..

    echah..psst saya baru 52 bukan 25 tahun..huhu...

    BalasPadam
  53. isteri curang pada masa kini mungkin pelik walau pun hakikatnya skrg ni mcm-mcm boleh berlaku, byk lagi sbnrnya kes2 mcm ni byk cuma kita x nampak dan jarang di dedahkan di media. isteri curang zaman skrg ni mungkin terdorong byk faktor, cuma kita yg x tahu knp dia setekad itu utk melakukan hbgn terlarang. mungkin perkara ini perlu didedah kan lg oleh pihak media supaya mejadi pengajaran kpd yg lain.

    BalasPadam
  54. banyaknya komen dan ulasan utk isu ini..hingga ada yg tersasar kepada poligami plak..
    bagi saya plak isu curang ini berlaku kerana manusia tidak pernah rasa puas dan tidak tahu nak bersyukur dengan apa yang mereka ada...
    hidup berkeluarga perlu saling melengkapi..andai kata suaminya tidak dapat menjadi pemimpin yang baik dan tidak memuaskan hatinya.. carilah jalan yang lebih baik utk memperbaiki keadaan..jika tidak, cerailah..pastu bleh kwin ngan laki muda tu..tu pun kalau laki tu nak...(nak ke dia?)

    BalasPadam
  55. Salam Bro Mazidul dan yang lainnya.. :)

    uh.. agak berbahang eh?.. nampaknya saya tertinggal LRT untuk kesekian kalinya.. :)

    nampaknya.. kita lebih gemar menunding jari antara satu sama lain kalau terjadi apa2 hal yang 'agak panas' sebegini.. apa yang kita lupa biasanya mencari PUNCA dari mana datangnya masalah tersebut..

    tidak terkecuali dengan masalah curang ini.. rata2 masih tidak mampu untuk tengok di mana punca itu bermula.. TIDAK ada seorang pun insan didunia ini berkahwin AKAN bermaksud untuk mencurangi pasangannya.. samada lelaki atau wanita!!.. jadi, kenapa curang itu terjadi??

    KALAUPUN dalam satu2 kes curang yang kantoi, bila kita perhalusi antara kedua2 keterangan kenapa benda itu terjadi, mesti terpalit nampak lompang kesalahan sana sini pada KEDUA2 PIHAK!..

    kenapa eh??

    orang kata, kalau kita nak selesaikan satu2 masalah, kita kena carik PUNCA masalah itu dahulu.. segala sesuatu itu berangkaian.. berentetan.. saling perlu memerlukan!!.. yea.. kita berinternet ini contohnya, perlukan PC atau lappy atau PDA canggih atau apa2lah.. BERSERTA dengan talian internet nya sekali kan?..

    dalam idup kita, sudah semulajadinya kita memerlukan NAFKAH ZAHIR DAN BATIN!! in fact, Allah MEWAJIBKAN nafkah ZAHIR DAN BATIN keatas seorang suami kepada isterinya!.. dalam poligami sekali pun, berdegar2 kita cakap bahwasannya suami itu WAJIB MAMPU DAN ADIL memberikan nafkah ZAHIR DAN BATIN.. masa raya pun, kita minta maaf dan ampun ZAHIR DAN BATIN!!

    tetapi,

    berapa ramai antara kita yang faham maksud ZAHIR DAN BATIN??.. yea yea, zahir itu mungkin ramai yang tahu.. sebab sesuatu yang nampak.. seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, keperluan lain2.. semuanya nampak!!.. ada juga ayat2 yang kita gunakan untuk menjelaskan sesuatu keadaan yang kita sebut sebagai "seperti zahirnya bla bla bla" gituh!!

    tapi maksud BATIN?? maaf cakap yea, suami2 atau orang lelaki pulak melihat nafkah batin ini tertumpu kepada hubungan badan atau lebih tepat lagi hubungan seks sahaja!!!.. in fact, orang perempuan juga melihat dari sudut yang sama!!.. sehingga dalam beberapa ulasan dalam topik ini pun ada yang kata lebih kurang bermaksud "lelaki mampu kasi nafkah batin saja, tetapi nafkah zahir entah ke mana".. kan??

    sedangkan, kalau kita perhalusi, NAFKAH BATIN itu terlalu luas maknanya.. layanan baik terhadap pasangan itu juga nafkah batin, berkata baik itu juga nafkah batin.. apa2 yang bersangkut dengan perasaan/hati itu semua adalah melibatkan BATIN!! jadi, kalau pasangan bergembira dengan kita, maknanya, pasangannya telah memenuhi KEPERLUAN batin dia!!..


    .. bersambung..

    BalasPadam
  56. ..sambungan..

    jarang orang melihat, keperluan batin itu SAMA TARAF dengan keperluan zahir!!..

    bayangkan kalau kita lapar.. apa berlaku??.. gastrik??.. lemah??.. tidak bermaya?? anda2 semua pernah rasa KEBULUR?? pernah tengok orang kebulur disuakan makanan??.. macam mana mereka makan?? beradab?? tertib?? gelojoh?? tak pandang kiri kanan?? orang sanggup bunuh orang apabila mereka lapar! itu kenyataan!!

    yea.. makan tetap makan!!.. makan nasi ka, makan mee ka, makan roti ka, semuanya boleh kenyang!!.. pernah rasa kenyang + happy?? orang istilahkan PUAS!! kenapa ada orang PUAS makan pizza?? kenapa ada orang PUAS makan nasi kerabu??.. ada yang teruja cuba menu ini dan itu?? sesekali keluar juga perkataan 'mengidam' walaupun tidak mengandung!!

    jadi, boleh bayangkan orang yang ketandusan nafkah batin?? maaf cakap yea.. rasa2nya orang lelaki mungkin lebih faham keadaan itu kan?? para suami punya istilah, 'air naik kepala'.. macam2 orang lelaki buat untuk membasahi ketandusan tersebut.. (mungkin perempuan pun sama!) lelaki yang berduit, akan menikahi perempuan lain.. perempuan yang berduit pulak, hanya mampu pelihara anak ikan!!

    boleh nampak tak batin pun kadang2 'mengidam' juga??

    jadi, para lelaki yang galak nak berpoligami, sedar2 lah sikit yea.. NAFKAH BATIN itu tidak semudah yang kita sangka!!.. bukan sekadar mengilir atas katil itu lah konon2nya nafkah batin sudah anda beri!!.. amat jarang suami2 melayu ini pernah bertanya samada si isteri puas sama!!.. so, macam mana isteri2 nak happy??.. macam mana para madu tidak bercakaran?? macam mana kita tidak mengangap poligami itu sesuatu yang kejam??

    kita nampak tak senario ini??.. kalau dulu2 hanya lelaki yang curang, tapi sekarang perempuan sama naik tak kurang??.. sebab dulu2 perempuan jarang yang bekerja.. KEBERGANTUNGAN ZAHIR DAN BATIN hanya kepada suami samada baik kah dia, buruk kah dia!! tapi sekarang?? bukan sikit pasangan yang gaji isteri melebihi gaji suami!! jadi, kalau isteri KURANG mendapat nafkah batin dari suami, isteri sudah pandai panjang langkah untuk mencari keperluan batin sendiri!..

    sedikit masa lalu, kita pun ala2 blur bertanya.. 'kenapa perempuan melayu mudah terpikat dengan bangsa asing??' bukan sedikit yang kasi respon lelaki bangsa asing ini romantik!.. ada kita fikir saja2 kah perempuan melayu ini gedik nak yang romantika de amore saja?? kebommmmm pernah juga satu masa dulu, ramai lelaki2 melayu terpikat dengan wanita filipina / indon misalnya.. bila dikaji, apa respon mereka??.. perempuan filipina / indon ini pandai melayan!.. mereka ini bersuara manja!! sengaja kah semua ini??

    ok.. ok.. to make it short, setiap seseorang yang terjebak dengan curang itu, tidak kira suami atau isteri, alasan yang paling kerap kita dengar, orang ke 3 itu konon2 lebih memahami, lebih mengerti, kita selesa bercakap dengan mereka, mereka lebih romantik dan berbagai2 alasan lagi!! KEBANYAKKANYA menjurus kepada sentuhan batin!!

    jadi, siapa yang perlu disalahkan?? lelaki atau perempuan??



    .. bersambung..

    BalasPadam
  57. .. sambungan..

    bagi saya, kedua2 ini bersalah!!.. orang kawen, kita nak kawen! orang kawen lagi, kita pun nak kawen lagi gituh!! tapi satu habuk pun tak fikir kawen bukan sekadar kawen!.. kawen itu perkongsian idup!.. untuk terus hidup perlukan nafkah!!.. untuk idup sekadar idup, boleh saja penuhkan zahir.. tapi untuk hidup bahagia?? berapa ramai antara kita yang pernah fikir kebajikkan zahir dan batin teman hidup kita neh??

    masing2 dengan 'kepala' masing2.. si suami fikir, nak berhubungan seks itu, cukup dengan kemasukan alat kemaluan saja! yang isteri pulak, cukup dengan kangkang saja!! terus gebang kata aku sudah jalankan kewajiapan aku!! cehhh!!

    satu lagi yang kita lupa ini adalah elemen KOMUNIKASI!!.. antara suami isteri itu sudah terbuka hijab (tirai) malu.. nah!!.. bincang lah apa saja ya!!.. dari sekecil2 masalah ke sebesar2 masalah!!.. zaman sekarang semuanya cepat!!.. jadi, tindakan kena pantas dan yang penting TEPAT!!.. jangan dok main beranggapan saja!!.. tak ada masa nak berteka teki.. salah teka, itu yang mendatangkan sengketa!!.. jangan harap suami/ isteri faham apa yang kita mahu dan hanya menunggu dan terus menunggu pasangan bertindak dulu.. konon2 nak cakap "tak kan ko tak faham aku??"

    adeh.. sedangkan adik beradik pun cita rasa berbeza2.. minat berbeza2.. sorang penyokong kerajaan, sorang pendokong pembangkan pun ramai!!.. jadi apa yang kita assume pasangan yang membesar dari keluarga dan kebudayaan yang berbeza itu faham kita sepenuhnya?? so, lain kali, CAKAPPPPPP jah apa yang kita nak dan apa yang kita perlu.. dapat atau tidak, itu lain cerita!! yang peting, kasik tau!! so, satu masa bila ada pertikaian, tidak ada lagi alsan..'mana saya tau!!'

    wllaaaaaaaa. panjang polak bebelan ku kali ini.. kikiki..

    ** suka ngan lagu 'jeritan batinku' :) **

    wassalam!!

    BalasPadam
  58. wow AnnDee...mantopp !

    tabik springgggg !!!

    sila-sila baca ye tuan-tuan dan puan puan :)

    *suke komen yg ni >> bagi saya, kedua2 ini bersalah!!.. orang kawen, kita nak kawen! orang kawen lagi, kita pun nak kawen lagi gituh!! tapi satu habuk pun tak fikir kawen bukan sekadar kawen!.. kawen itu perkongsian idup!.. untuk terus hidup perlukan nafkah!!.. untuk idup sekadar idup, boleh saja penuhkan zahir.. tapi untuk hidup bahagia?? berapa ramai antara kita yang pernah fikir kebajikkan zahir dan batin teman hidup kita neh??

    masing2 dengan 'kepala' masing2.. si suami fikir, nak berhubungan seks itu, cukup dengan kemasukan alat kemaluan saja! yang isteri pulak, cukup dengan kangkang saja!! terus gebang kata aku sudah jalankan kewajiapan aku!! cehhh!!

    huhh..

    BalasPadam
  59. terima kasih ecah.. :)

    bak kata Tun Mahathir.. melayu mudah lupa.. kalau kita panjangkan.. manusia memang mudah lupa.. sebab tuh Allah selalu berfirman mengenai kita2 orang2 yang lalai dan leka..

    kita lupa, apa yang kita kerjakan itu lah hasilnya.. Tuhan sudah perjelaskan, isteri itu ibarat ladang bagi suami.. nah!!.. bercucuk tanam lah disitu ikut apa yang kita mau!!.. sesetengah suami hanya melihat istilah bercucuk tanam itu sahaja.. sedangkan, untuk menghasilkan hasil yang baik.. benih yang baik haruslah dihasilkan.. untuk mendapat tuaian yang makmur, banyak yang perlu diusahakan / dijaga ladang2 itu..

    kita juga sering lupa.. Allah selalu memperingatkan kita, bahawa janganlah kita ini melampaui batas!!..

    wallahuallam..

    wassalam..

    BalasPadam
  60. Saya mungkin terlewat memberi komen di sini, tapi sebenarnya, Mazidul, banyak kes isteri curang dengan lelaki lain (samada bujang/duda atau suami orang) dan juga suami curang dengan wanita lain - sama ada bujang/janda atau isteri orang.

    Ada antara kes-kes tersebut terjadi kepada orang-orang yang saya kenal (samada kenal baik atau kenal secara jauh). Semuanya bermula dari "cara mengurat". Ayat-ayat yang power, buat masing-masing cair, yang perempuan menjadi manja, dsb.

    Faktor utama adalah perhatian dari pasangan masing-masing. Apabila faktor ini terabai, maka jarum curang akan mula mencucuk......

    Kalau Mazidul nak tau lebih lanjut, saya boleh cerita..... ;)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.