Khamis, Oktober 29, 2009

Manusia Bukan Ikan

Saya tidak akan menegakkan benang basah dalam tempelan (entry) ini.

20 Oktober lalu, amah berasal dari Jember, Jawa Timur, Indonesia, Mantik Hani, 36 tahun ditemui tukang sapu terkurung di dalam tandas rumah di Taman Sentosa, Klang, Selangor dalam keadaan separuh sedar. Berikutan laporan dibuat, jam 7 petang, polis menghantar Mantik ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapatkan rawatan.

Dia dipercayai didera majikan, luka parah di bahagian kaki dan lebam di seluruh badan. Lebih malang mangsa dilapor tidak diberikan makanan selama 2 hari. Mangsa meninggal dunia pada jam 10 pagi, 26 Oktober di Unit Rawatan Rapi hospital sama.

Media Indonesia, Suara Merdeka Cybernews mendakwa kaki dan tangan mangsa diikat manakala tulang kaki terkeluar akibat dipukul menggunakan besi.

Majikannya, pekerja pasar, 37 tahun dan isteri menyerah diri kepada polis pada 21 Oktober lalu. Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata keduanya akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh, sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati mandatorit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata siasatan akan dijalankan secara profesional sebelum kes diserahkan kepada Peguam Negara.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerajaan negeri menanggung kos penghantaran mayat Mantik ke Indonesia. Malaysia melalui Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Suspek, boleh saya jangka bangsanya, barangkali berfikiran manusia boleh diperlaku seperti ikan dijual di pasar, disiang dan dipotong mengikut sesuka hatinya.

Update A.Murugan, suspek kes bunuh.

Update Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh mengesahkan mayat ke 2 mangsa tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar, Perak ditemui jam 11.30 malam tadi kira-kira 15 kilometer dari lokasi kejadian.

Update Semua mayat ditemui, terakhir pagi tadi.

20 ulasan:

  1. Salam Bro.

    Cha ya nun alif yang biasa buat kejam begini, bangsa kita biasanya kena 'buli' dengan pembantu rumah Indon.

    Kalau betul mangsa itu parah seperti yang dilapor Media Suara Merdeka Cybernews, memang tak patut dan di luar kemanusiaan.

    Peh ni, makin 'melatah'lah rakyat Indonesia terutama pro-BENDERA.

    Yang buat 'taik' segelintir rakyat Malaysia, samalah macam rakyat Indonesia yang ke sini. BUkan semuanya tak elok...

    BalasPadam
  2. Saya tak paham la bro Mazidul.

    Kerajaan seolah2 tak pernah ambil iktibar ke atas kejadian yang menimpa Nirmala Bonat dan Siti Hajar (yang dipaksa makan babi dan tidak dibayar gaji). Dengan kes terbaru ni 'mereka' masih menggunakan ayat klise "Akan memantau kes", "Pastikan Tidak Berulang". Mcm mana ni?

    Kita dalam usaha untuk memulihkan kembali hubungan dengan Indonesia. Kalau asyik2 dilambakkan dengan cerita mcm ni..... sy kalau jadi Indonesia pun boleh jadi "bengkek!"

    Tolonglah.... jangan cakap aje. Kalau dh majoritinya semua didera oleh majikan dari bangsa yang sama, perketatkan undang2 untuk bangsa tersebut mengambil pembantu rumah warga asing. Tubuhkan satu jawatankuasa untuk memantau perkembangan pembantu rumah. Contohnya sebulan sekali amah ni perlu melapor diri ke satu2 biro kas yg ditubuhkan. Dari situ kita dapat tahu samaada amah ni diberi gaji, didera atau sbgnya. Yang tak lapor diri, cari mereka! Pergi rumah majikan mereka. Mana tau dia dilarang berhubung dengan org luar.

    Dulu jiran saya ada seorang amah Indonesia. Badannya kecil molek, bertudung litup. Setiap kali saya bertanya, dia jarang menjawab. Kalau dia menjawab pun, dia akan memerhatikan sekeliling sblm menjawab. Setelah saya selidik, amah tersebut rupanya tidak pernah dibayar gaji sejak 2 tahun berkhidmat. Dia juga dilarang sama sekali keluar dari rumah atau bersembang dengan jiran2. Bila kita bertanya pada tuannya, dia maki plak kita. Suruh jaga hal sendiri. Skarang tatau la dah pindah ke mana selepas semua jiran2 dah tau rahsianya.

    BalasPadam
  3. tekanan ditempat keja kemudian balik rumah tenguk amah lembap semacam..apa lagi mesti hilang sabo agaknye.

    atau majikan ada mental problem..

    perlakuan majikan ini sgt keji dan memberi efek negatif kpd anak2.

    ...........

    en mazidul..

    pernah beberapa org wanita menalipon host WHI mengadu mereka didera suami hampir setiap hari kerana suami balik rumah dlm keadaan mabuk lewat pagi.

    mereka ini adalah wanita islam.heran combi bagaimana mereka masih bertahan tinggal bersama suami yg sepatutnye menjadi pelindung tapi sebaliknye mereka menjadi alat melepaskan geram.

    ada yg hampir 11 tahun didera.masyaALLAH dimana harga diri mereka ye.

    kpd suami yg mempunyai naluri kebinatangan begini insaflah kerana hukum karma itu pasti.

    *ehhh isteri yg mendera MENTAL suami pun ramai cuma lukanye tak nmpk diluar.. :)

    BalasPadam
  4. Terlalu sedih melihat visual keadaan Mantik Hani-Speechless saya sekeluarga...
    Apabila nilai kemanusiaan semakin terhakis, perbuatan yg sadis begini pasti akan berulang-lagi & lagi... Adakah tindakan drastik pihak berwajib utk menangani permasalahan ini?
    Saya asyik tertanya2 : teruk sangat ke hasil kerja dia? Tak dengar cakap ke dia? Pemalas? Pengotor? Melawan? Asyik terpecahkan cawan/pinggan? Sudah puas diajar ditunjal masih bebal? Walau apapun alasan yg kukuh utk menyalahkan dia-Si majikan yg berotak bisnes tu (biasanya panjang akal/sentiasa ada solution) sepatutnya menggunakan otak kanan & kiri berserta IHSAN. "Ya Allah, jauhilah sifat kejam di hati setiap makhlukmu, Siramilah dgn nur rahmatmu agar sifat IHSAN mendahului perbuatan kami"

    BalasPadam
  5. Salam...
    Bro Maz,mmg xpatut langsung diperlakukan amah tu sedemikian rupe.amah tersebut dijadikan tmpat melpaskan tekanan.walaupun tokeh tu yg bayar gaji tp xbolehla wat cmtu.mmg padan muke dorang la kne gantung smpai mati.rasekan...

    BalasPadam
  6. semakin manusia maju, semakin itulah manusia kehilangan tamadunnya..

    BalasPadam
  7. Ada sebab tu..tp diluar kawalan dia..
    yang ni fikir kau salah, aku pukul.
    yang tu fikir aku betul, kau pukul..

    BalasPadam
  8. ...kalau nak salahkan pihak yg bertanggungjawab adalah tak patut tak terpantau oleh mereka...majikan kena ada berperikemanusian juga..
    ...yang sedih dan malunya adalh kerana bangsa///??? yg buat hal orang melayu yg menanggungnya..sebab apa saya berkata begitu adalah kerana dari perdana menteri hinggalah kepada orang bawah yg buat kerja adalh kebanyakkannya orang kita.Orang kita yg kena jawab..menyembah dan memohon maaf kepada diorang..sedih betul...
    terima kasih...

    BalasPadam
  9. kes penderaan amah Indonesia dah banyak kali berlaku tapi saya rasa yang melibatkan kematian pertama kali berlaku dalam negara ni...

    tak patut la amah tersebut diperlakukan sebegitu rupa...dia juga manusia...tapi yang hairannya jarang kita mendengar amah didera oleh bangsa Melayu tetapi didera oleh bangsa-bangsa lain...tapi yang kena tipu dek amah Indon pulak ramai Melayu jadi mangsa...

    bila dah melibatkan kematian, hukuman gantung mandatori mengikut seksyen 302 kanun keseksaan jawapan yang terbaik bagi pendera yang tak berperikemanusiaan itu.

    Takziah kepada keluarga si mati

    p/s: tak hairan la berita yg saya baca mengenai kedutaan besar Malaysia di Indonesia dibaling tomato oleh demonstrator indon gara-gara kes Mantik...bila segelintir rakyat Malaysia buat taik, habis terpalit semuanya kepada seluruh rakyat Malaysia..

    BalasPadam
  10. harap pihak berkuasa dapat menjalankan penyiasatan terperinci. biarlah hukuman yg di jatuhkan setimpal agar kejadian yg tak di ingini tidak berlaku lagi. Yang bersalah ttp bersalah....

    BalasPadam
  11. salah tetap salah, seakan berlaku bila berbeza agama dan bangsa??

    BalasPadam
  12. MANUSIA SEKARANG MAKIN KEJAM...
    KENAPA MEREKA DI LAHIRKAN SEBAGAI MANUSIA, ALANGKAH BAIK KALAU DI TAKDIRKAN MENJADI BINATANG...
    (kata-kata kassim selamat - ibu mertuakau ada jua benarnya kadang-kadang)

    BalasPadam
  13. Bro Maz

    Saya simpati dengan mangsa, tapi isu 'Saya tau bangsa apa..' memang menarik perhatian saya kerana semangat patriotik yang bekobar kobar dan cintakan negara yang jitu dan anggun.

    Bangsa yang paling tak guna dan berketurunan anai anai - Makan kayu sampai hancur, bila dah reput dia tinggalkan cari tempat lain.

    Kerana mereka lah nama Malaysia jadi busuk.

    Cuba tengok, mana ada mereka memberikan derma kepada mangsa Gempa bumi di Padang.

    Berhati hati wahai orang Melayu sekelian, jangan sampai jatuh tersungkur kemudian kepala dipijak.

    Wallah hu aklam

    BalasPadam
  14. hati manusia lain-lain..
    kalau dapat majikan baik, pembantu rumah wat hal..
    kalau pembantu baik lak, majikan pulak yang bermasalah..

    bangsa tut?? kalau hari2 teguk todi, yang betul pun jadi salah...
    kepala dah masuk air pun orang boleh jadi iblis...

    BalasPadam
  15. Mazidul.... Saya cerita dalam blog saya kisah isteri lari dari rumah, nak kerja GRO Kelab malam.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  16. bila berlaku kematian, menutup beratus kes bibik yang lari dari rumah majikan.perseimbangan pihak mana yang banyak buat salah.

    BalasPadam
  17. Siasat dengan teliti. Biarpun kita masih geram dengan Indon ni, tetapi dalam hal ini kita tidak boleh memenangkan pihak yang bersalah.

    BalasPadam
  18. Mantik mati dalam keadaan tragis!.
    Apakah Mantik Hani ini beragama Islam?. Di TV nampak majikannya macam bukan kaum cina!.. tapi memang bukan orang kita Melayu.

    Kerajaan seharusnya memikirkan akta baru yang digubal agar Pembantu Rumah yang beragama Islam tidak dibenarkan berkerja dengan orang kafir. Samalah juga jika pembantu kedai yang terpaksa membasuh barangan yang namanya haram bagi kita.

    Takkan hari-hari mahu bersamak bila mahu beribadat. Dan banyak faktor lain yang tentunya bercanggahan dengan agama jika tinggal di bumbung yang sama.

    Memang ada majikan kaum kafir ini yang memahami masalah halal haram, beribadat, aurat semua itu. Malahan seharian rela membeli makanan halal di kedai. Namun secara wajarnya Pembantu Rumah bukanlah hanya mengemas rumah atau menjaga anak-anak semata. Takkan nak biarkan sinki pinggan mangkuk dari pagi ke petang berbau & dihurung lalat. Apa guna ada orang gaji.

    Saya tak nafikan melayan kerenah Pembantu Rumah ini memang menguji kesabaran. Sememangnya terkadang tindakan mereka ini melangkau batas adat resam & budaya hidup kita. Dari lima orang Pembantu Rumah saya hanya seorang yang tak bermasalah tapi lari rumah juga lantaran pujukan Mas Joko.

    Mereka ini memang kena bimbingan kita. Yang pasti tak semua mereka tahu buat kerja rumah & ikhlas ingin membantu kita. Malahan sering majikan dijadikan batu loncatan untuk mencari peluang kerja lebih bebas & lumayan.

    Kita bercakaran sesama Islam sememangnya akan ditimbang tara di hari kemudian. Bagaimana kalau orang kafir mendera Pembantu Rumah yang beragama Islam ini. Apa kata saudara mara mereka yang seagama dengan kita di seberang sana. Tidakkah ini boleh menjadikan jalinan antara dua negara menjadi tambah rumit & konflik.

    BalasPadam
  19. hish.mintak lah orang indonesia faham tak semua orang malaysia jahat macam tu

    BalasPadam
  20. makin kejam manusia skrg, pembantu rumah/amah dijadikan mcm kuli dan hamba, sedangkan mereka tu ttp manusia. mungkin bangsa yg terlibat ni memikirkan bahawasanya kalau dah kerja pembantu rumah ni depa leh wat apa saja paa pembantu rumah tersebut, yeala mereka yg bayar gaji kan, so nak x nak amah tersebut kene terima. sedih melihat seorang manusia di lakukan sebegitu sekali, mcm dah x ada sifat kemanusiaan langsung. tp betul kata sesetengah yg memberi komen, amah yg baik di berikan pada tuan yg "jahat" tapi amah yg "jahat" pula diberi kpd tuan yg baik. apa nak jadi la ngan dunia skrg, semakin maju semakin hilang kewarasan diri.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.