Rara masih kecil, usia gadis cilik itu baharu mencecah 6 tahun. Wajahnya mungkin pucat, terperanjat dan keliru ketika halaman rumah keluarganya bergegar pada jam 5.16 petang, 30 September lalu. Barangkali dengan langkah kecil dia sedaya upaya cuba melarikan diri tanpa arah mencari ibu dan ayah namun gelinciran tanah ‘memburu’ bukan tandingan kudratnya. Tubuh Rara akhirnya tertimbus lebih 30 meter di bawah tanah merah, malang sama menimpa kedua orang tuanya.
“Lima hari Search And Rescue team Indonesia mencari mayat dia tetapi tidak jumpa, mayat ibu dan ayah Rara ditemui lebih awal, 3 Oktober,” ujar Penerbit Kanan, Said Abdullah Thani.
Said dan wartawan Majalah 3, Nurulfariha Onn berada di Pariaman, Sumatera Barat 3 hari selepas tragedi gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter melanda Padang.
“Pada mulanya pencarian mayat Rara menemui jalan buntu. Malam selepas mayat ibu dan ayahnya dijumpai, bapa saudara Rara bermimpi dia (Rara) merayu mereka meneruskan usaha mencari mayatnya,” sambung Said.
Dengan izin Allah, mayat Rara ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 3 petang dua hari kemudian di bawah pokok berhampiran rumah.
“Dah busuk?,” soal saya.
“Dah tetapi peliknya mayat dia masih lembut sedangkan mayat mangsa lain kita orang tengok semua keras. Bila mayat Rara diiringkan, tangannya masih bergerak, terkulai,” jelas Said lagi.
Said kemudian menunjukkan saya rakaman visual mayat Rara kelihatan mulai mereput. Saya muatkan juga, gambar sedih Fariha menitiskan airmata sewaktu menyaksikan mayat gadis itu di lokasi kejadian.
“Selepas jumpa mayat, mulanya keluarga Rara tidak mahu mengkebumikan mayat. Dia orang kata itu bukan mayat dia sebab nampak besar tetapi mungkin dia orang fikir balik, tertimbus hampir lima hari mestilah kembung,” kata penerbit berasal dari Tanjung Malim, Perak itu.
Jangan lupa menyaksikan kisah Rara bakal disiarkan Majalah 3, jam 9 malam esok di TV3.

assalammualaikum
BalasPadaminnalillahi wa innailaihi ro jiun
sedihnya....
terharu..
BalasPadamdi jadikan sesuatu bencana agar kita yang masih hidup ini berfikir dan mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya
BalasPadamSalam kat semua
BalasPadamKasihan keluarga itu..semoga roh mereka dirahmati Allah..
Syukur padaNya kerana bumi Malaysia tidak semalang sana..
Rasa sebak di dada (T_T)
BalasPadamSalam Bro Madz,
BalasPadamInnalillah... Alfatihah buat mereka..
Sedih n tragis tu Bro, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. hopely semurga kita sume dpt iktibar dari peristiwa tu.... (hidup dan mati, adalah ketentuanNya)
tak dpt nak bayangkan kalau itu anak kita sendiri.. :(
BalasPadamape yg kita miliki didunia ini hanya pinjaman sementara.
Touching betul artikel ni. Tiba2 rasa mcm ada air bergenang kat mata. Moga roh Rara dan semua umat Islam yang terlibat dalam gempa bumi di Padang dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
BalasPadamSungguh menyayat hati bila tengok mayat si kecil itu.. Innalillahiwainnailaihirojiun.
BalasPadamSesungguhnya budak kecil & kanak-kanak belum berdosa. Berkemungkinan Mayatnya dilindungi oleh para malaikat. sebab itu masih lembut biarpun telah beberapa hari terbenam dalam tanah.
BalasPadamdalam bentuk Zuriat...Allah MAHA adil memelihara zuriat Insan dan makhluknya dari hilang.. tidak kira pokok kayu atau haiwan..
BalasPadam.. kerja DIA..
bila berlaku kemalangan..
terdengar cerita masih bernyawa tinggalkan BAKA..untuk meneruskan kehidupan anak itu serta berdoa mewakili keluarganya.
Allahuakbar.....segalanya kerja Allah s.w.t...
BalasPadamSemoga seluruh umat Islam di Padang ...di mana juga yang menghadapi kejadian malang tabah dan berserah kepada Allah.
allahuakbar... sesungguhnya dari dia kita datang dan kepadaNya kita kembali... innalillah dan alfatihah pada yg terkorban,..
BalasPadamsaya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa....
BalasPadamparliewalla360.blogspot.com
tgk malam td. turut sama menangis.. Al-Fatihah untuk rara.. dan semua ;)
BalasPadam...ajal maut, jodoh pertemuan, bukannya ketentuan kita.. mereka yang pergi kita sekadar dapat mengiringi doa agar roh mereka di sisi golongan yang beriman.. kanak-kanak telah tentu tempatnya di syurga...
BalasPadam...kita yang masih hidup ini yang kena menghadapi dunia hakiki seharusnya berusaha menjadi manusia berguna & sentiasa dekat dengan Ilahi... jangan sampai antara kita saling berkasta & saling menuding jari terutama dalam menegakkan syiar agama kita Islam nan murni.
sedih tau tgk haritu..
BalasPadamBro Maz
BalasPadamSedih tengok
tak larat nak komen apa apa
Al-Fatihah untuk mereka semua yang mendahului kita
sedih baca , semoga roh mereka sentiasa diberkati Tuhan .
BalasPadam