Selasa, Oktober 27, 2009

SCK

Jam 2 petang semalam saya menemubual Setiausaha Agong Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zain di pejabat beliau berhubung keseriusan pembabitan kakitangan awam dalam skim cepat kaya, SCK.

Menurut beliau, 20% daripada 1.2 juta kakitangan awam terbabit dalam SCK. Mereka terpedaya kemudian terdorong menumpukan perhatian kepada pekerjaan kedua, antaranya berniaga dan memandu teksi bertujuan menambah pendapatan untuk menampung kerugian. Sekaligus mereka dikata mengabaikan pekerjaan dan tanggungjawab sebagai kakitangan awam.

Saya dimaklumkan, kakitangan awam berpangkat rendah dibenarkan mempunyai pekerjaan kedua.

Berikut antara komen dihantar pembaca blog ini kepada saya melalui emel.

‘Encik Omar Osman hanya pandai meminta kenaikan gaji dan bonus tetapi tidak pernah seingat saya menyentuh bagaimana untuk meningkatkan produktiviti kakitangan kerajaan’

Dia merujuk kepada kenyataan presiden CUEPACS, Omar Osman memohon kerajaan menimbangkan pemberian bonus 2 bulan gaji kepada kakitangan awam seperti dicadangkan sebelum ini bertujuan menghargai usaha mereka membangunkan sektor awam negara.

Peruntukan itu bagaimanapun tidak diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2010 Jumaat lalu.

Jika dicongak lebih 240,000 kakitangan awam terjebak dalam SCK sebelum Jabatan Perkhidmatan Awam mengeluarkan pekeliling melarang mereka menyertai skim terbabit. Mungkin majoriti mereka terjebak kini sibuk berniaga di pasar malam dan memandu teksi. Penat, mana mungkin mereka menghulurkan perkhidmatan terbaik dan meningkatkan produktiviti sewaktu berkerja di pejabat.

Khusus bagi golongan ini, wajarkah mereka menerima bonus dipohon?

News Jambatan runtuh berhampiran sekolah di Kuala Dipang, Kampar, Perak. 22 pelajar sedang berkhemah di kawsan berhampiran dikhuatiri hilang.

21 ulasan:

  1. berhala umatku di akhir zaman bukan pada batu dan patung,tetapi dinar dan emas.........Muhammad s.a.w

    BalasPadam
  2. xcukup makan kalu harapkan mkn gaji jer..

    BalasPadam
  3. maknanya skim gaji kaki tangan awam perlu dibuat kajian semula..manusia tidak akan melakukan sesuatu tindakan sekiranya tidak ada kepentingan..apa-apapun niat tidak menghalalkan cara

    BalasPadam
  4. Wajar diberi kepada penama yg tdk tersenarai di dalam jumlah 240,000 yg terlibat. Wajar diberi kepada mereka yg telah terbukti akan prestasi kerja mereka oleh ketua jabatan/Superior. Wajar diberi kepada yg benar-benar datang berkerja utk bekerja & mengerjakan kerja mereka dgn sebaik-baiknya-Di sinilah pentingnya peranan Ketua/Superior yg telus lg ikhlas - Hanya jauhari yg mengenal maknikam

    BalasPadam
  5. Kenapa Singapura negara yang jauh lebih kecil dari Malaysia selalu menjadi perhatian pelabur2 asing? Malah industri dan produktiviti di Singapura lebih tinggi dari Malaysia. Ini disebabkan adanya kesatuan sekerja yang membuat pelabur takut untuk membuka perniagaan di sini. Di Singapura tak ada union. Hakikatnya selain membela nasib pekerja (kononnya) pada saya Union hanya tahu meminta2. Bukan saja Omar Osman, presiden Union di tempat saya pun pemalas tahap gaban. Kerjanya nak minta bonus, gaji besar, kesamarataan dsb tapi dia di pejabat kerjanya hanya bergayut di telefon, kononnya bersembang dengan Union dan ahli2 kesatuan. Kerjanya sendiri tak pernah siap.

    Bro, adakah MLM pun satu skim Pak Man Telo juga? Sebabnya kami sekeluarga dah beribu2 berhabis duit joined macam2 MLM yang terkenal di Malaysia. Cari 2 orang downline, cari 4 orang downline... mcm piramid. Tp semuanya tak menjadi.

    BalasPadam
  6. wpn bonus yang diberi kpd kakitgn awam hanya menyebabkan harga barangan naik, tp dari segi logiknya wajar diberi. Syarikat swasta selalu beri bonus kepada pekerjanya cuma tidak diumumkan. Cuma sewajarnya dipihak kakitgn untuk meningkatkan perkhidmatan sejajar dengan bonus yang diberi.

    p/s rm500? ok la daripada x dpt lgsg

    BalasPadam
  7. ramai juga sebilangan rakan yang menjawat jawatan kerajaan sering mengeluh kerana kesempitan duit.. adakah gaji mereka sangat-sangat rendah atau terlebih belanja? cara yang terbaik ialah berjimat cermat sahaja... tak perlu bermewah...

    BalasPadam
  8. untung kakitangan kerajaan. Berniaga sambil menggunakan telefon pejabat.

    BalasPadam
  9. Sudah terlalu dan terlampau banyak demands dari CUEPACS, padahal kualiti kerja masih ditapuk yang lama. Pergi saja ke kaunter2 pertanyaan kerajaan, layanan yang diberikan rata-rata macam malas nak taknak aje kasi.

    Jangan haraplah nak demand macam ni kalau mereka kerja di industri swasta.

    Mereka yang bekerja di industri swasta pun meningkatkan pembangunan negara, kenapa mereka (termasuk juga saya) tidak mendapat apa2 faedah dari kerajaan seperti apa yang CUEPACS dapat?

    BalasPadam
  10. Apela Omar Osman...nampak sangat tak Pro!Ada ke sehari sebelum PM umum Bajet dia minta 2 bulan bonus?Manala sempat PM nak semak kertas kerja.ternyata kakitangan awam di perbudak-budakkan!

    BalasPadam
  11. ialah siapa yg tak nak cepat kaya..betul tak cik Mazidul.Labur sedikit untung lebih dlm jangka masa yg terdekat kena pulak dalam keadaan sekarang ni serba serbi duit tak ada yg free walaupun masuk ke toilet yg diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan.
    Saya pernah berborak dgn orang yg terjebak dlm SCK ni walaupun sudah beberapa kali kena dan tak pernah serik.Dia ada kata mungkin orang akan berhenti menyertai SKC jika skim yg dianjurkan dan dikawal oleh kerajaan contohnya Amanah saham,KWSP,Tabung haji ke(sekadar beberapa nama)ataupun dari syarikat kewangan dan perbankkan dapat menawarkan kadar pulangan yg tinggi ataupun bonus yg menarik.
    Saya rasa selalunya kadar yg ditawar tidak tinggi berbanding dgn SKC tu sendiri(motto mereka biar lambat dan sedikit tapi selamat)tapi sekarang mana ada orang yang nak lambat.Pantang ada peluang mesti sambar walaupun risikonya tinggi.Adakah pihak2 ni tidak pernah membuat untung yg berlipat kali ganda..kita pun tahu mereka juga berniaga tapi apalah salah jika pelabur2 ni ditawarkan sesuatu yg menarik.Dengan cara ni duit pun selamat orang juga suka menyimpan dan ramai orang tak akan..mengalami tekanan jiwa.
    (Just pelabur SKC punya 2sen)
    terimak kasih..

    BalasPadam
  12. Itulah penangan wang. Kena sentiasa "ukur baju di badan sendiri" - bukan di badan orang lain.

    Saya faham tentang pendapatan kita sebenarnya tidak mencerminkan actual cost of living. Memang duduk di bandaraya besar macam KL, kos hidup tinggi. Sementelah itu, ibubapa terpaksa mencari pekerjaan kedua untuk menampung hidup, tambahan kalau keluarga besar. Tapi jika kita pandai menguruskan pendapatan kita, insya-Allah, semuanya akan okay. Setiap anak yang dikurniakan kepada kita adalah rezeki. Sebab itu kita kena jaga dengan cara terbaik yang kita mampu.

    Walau apa pun, selagi kita tidak membiarkan wang menguasai, kita masih lagi boleh hidup dengan sebaik-baiknya.

    Kalau dah wang menguasai, gaji RM100000 sebulan pun takkan cukup!

    Dalam soal bonus, sudah sepatutnya bonus yang diterima kakitangan kerajaan perlu berdasarkan produktiviti dan "performance". Bukannya sama rata seperti yang diamalkan.

    Boleh dibilang berapa kali kakitangan kerajaan tidak mendapat bonus sedangkan kakitangan swasta jarang yang mendapat bonus saban tahun (bergantung kepada majikan mereka - kalau syarikat besar, memanglah bonus gemuk!).

    Perlu juga diingat, wang yang senang dapat, senang juga habisnya. Rezeki yang berkat, adalah rezeki yang terhasil dari usaha kita, penat lelah kita, bukan dari hasil goyang kaki! Malahan, agen Amway pun perlu membuat demo, jual barang, buat meeting, semua tu usaha tu demi mendapat pendapatan yang lebih tinggi.

    BalasPadam
  13. Bonus vs produktiviti... mana dulu?

    Di satu pihak. bagi bonus, kami akan tingkatkan produktiviti.

    Di pihak yg lain plak, tingkatkan produktiviti, kami bagi bonus.

    Just like chicken and egg. A never ending story!!!... Later on, sengap till next pembentangan budget.

    Macam tuuuuuu laaaaa....

    BalasPadam
  14. out of the box
    prevention iz better than cure

    so, kena cari jalan ntk prevent manusia2 tamak yang mau cepat kaya neyh x join skim2 tuyh.

    rsenye, gomen la kena buat kerja.
    buat ape2 campaign.
    lgpon gomen ade authority untuk news cover.

    BalasPadam
  15. Hmm...bukan nak kutuk sape2...tapi bila tengok CUEPACS demand lebih2 dengan kerajaan minta itu minta ini, rasa macam memualkan ada jugak...nampak sangat goverment servant seperti terlalu dimanjakan.. walhal perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat kadang2 tak setimpal dengan apa yang diorang terima...

    BalasPadam
  16. yer sazrena..

    ukur baju dengan pendapatan..

    BalasPadam
  17. zeqzeq,

    Pendapatan yang saya katakan tu tak termasuk credit card ye.. credit card tu Along zaman moden!

    BalasPadam
  18. Bro,

    Aku mintak ko ngan team 360 buat terjah kat company skim cepat kaya dekat Sri Muda Shah Alam. Bayangkan masuk RM 2,000.00 dalam masa seminggu boleh dapat RM 3,625.00. Dah la, company Enterprise je...mana ada kelulusa n dari BNM. Pelik yer, ada ramai orng yang masuk gara2 janji manis pihak company.....kononyer, kita invest boleh jadi kaya sampai tahap jutawan segera......

    BalasPadam
  19. Kesian mereka. Nak kaya-raya bukan dengan kerja kerajaan. Kalau nak hidup senang dan bersederhana boleh la...

    Bukannya mereka tak pernah dengar cerita 'tipu-menipu' sebelum ini. Terpedaya dengan janji manis lah tu...

    Fikirlah cara lain untuk tambah pendapatan dan jika gaji kerajaan anda terlalu rendah untuk anda apa kata berhenti kerja dan 'cari' atau 'buat' kerja yang lebih 'masyuk' untuk kesesuaian anda.

    p/s: Jangan kerja menipu dah la....

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum,

    Bonus wajar diberikan based on performance. Lagi elok macam ni sebab bukan semuanya produktif. Lagi elok lebihkan bonus untuk mereka yang produktif. Baru la yang tak produktif berazam menjadi produktif.

    V.I.C@Diana:
    Union patut ada. Kalau tak siapa lagi yang nak bela nasib pekerja bawahan. Kalau tak nanti jadi macam negara China. Penindasan atas golongan pekerja. Pelabur & pemerintah je yang kaut kekayaan. Bukan union tu yang tak elok, tapi orang yang menguruskannya yang menjadikan ia elok atau sebaliknya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.