Rabu, Oktober 28, 2009

Tolonglah YB!

Saya dilahirkan di negeri Perak.

Semalam, jam 11.15 pagi sewaktu dalam perjalanan pulang dari Kampar, kami berselisih dengan kenderaan pasukan Unit Simpanan Persekutuan, FRU, menuju kearah utara.

“Ada rusuhan ke?,” tanya jurukamera memandu.

Saya tiada jawaban, otak lembab, penat selepas membuat liputan tragedi jambatan gantung runtuh berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bermula jam 6 pagi.

Hari ini saya difahamkan, pasukan FRU berkawal di sekitar Dewan Undangan Negeri, DUN, Perak di Ipoh memastikan keadaan selamat. Maklumlah, pemimpin politik di Perak kini masih terus bercakaran berebut kerusi DUN biarpun di dalam dewan dianggap mulia.

Sebagai anak Perak, saya berhak bersuara. Saranan saya, Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional harus memberhentikan ‘drama’ tidak berkesudahan terbabit pada kadar segera. Jika pemimpin bercakaran, rakyat Perak dengan pegangan politik berbeza juga akan lebih tidak sebulu.

Selama hampir 15 tahun bergelumang dalam bidang kewartawanan, saya berpeluang menyelami kedaifan hidup masyarakat.

Saya pernah melihat ibu, ‘Hasnah’, 43 tahun, memasak air bercampur sos tomato di kuali menggunakan dapur kayu.

“Ibu, lauk dah masak ke? Kami lapar,” tanya anak bongsunya berusia 4 tahun.

Adik beradik lain berusia di antara 8 dan 14 tahun menunggu sabar, hanya pinggan berisi nasi kosong di tangan.

Lauk? Saya berasa hairan. Air bercampur sos itu lauk?

“Kejap lagi nak,” balas ibu sambil tersenyum.

Ibu kepada 5 anak itu kematian suami dan berkerja menoreh getah. Jika hujan, pokok getah basah, ertinya tiada rezeki pada hari itu. Namun ibu itu gigih, dia kemudian mencari pucuk paku di belukar berhampiran rumah untuk dijual. Hasil jualan biarpun tidak seberapa digunakan membeli barangan keperluan harian dapur. Pendapatannya kurang RM250 sebulan, kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang.

Maksudnya, keluarga itu dikategorikan miskin tegar.

Kertas kerja dibentangkan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bertajuk ‘Program Pembasmian Kemiskinan RMK 9’ mendedahkan bilangan isi rumah miskin tegar di Perak, 5,730 berpendapatan kurang RM264.50 sebulan.

Kepada pemerintah politik di Perak, berhentilah bercakaran. Yang Berhormat, YB, semua mempunyai tanggungjawab perlu dilangsaikan. Tinjau dan bantulah golongan miskin tegar seperti Hasnah dan 5,729 lagi.

Saya akur, niat YB semua baik, ingin mentadbir dan memajukan negeri saya tetapi objektif itu sukar dicapai jika YB semua berterusan bercanggah pendapat dan berebut kerusi, saya bimbang nasib rakyat tidak terbela.

Tolonglah YB! Hentikan.

25 ulasan:

  1. selagi hasrat murni di bayangi nafsu rakus....hasrat tetap tinggal hasrat perlaksanaan..bila kan terbuah

    BalasPadam
  2. semalam dlm buletin utama mantan isteri YB tuntut hantaran sebuah banglo dan sebuah kereta merc..aduhaiii byk tu..

    YB sibuk dgn 'bini-bini',sibuk berebut negeri sampai tak sempat nak jeling rakyat kot..

    .........

    en mazidul..
    kundasang salah satu destinasi pelancongan dlm peta dunia.tp sayang pekan kundasang sgt daif dgn jalan berlopak sehingga terkeluar besi pun majlis tak nmpk.pelik sungguh!

    kalau terbenam tayar kereta atau tayar tersusuk besi sape nak jawab.takan ler org majlis sorang pun tak nmpk kot :p

    butakah mereka atau aku yg celik.. :)

    BalasPadam
  3. YOPSAPU- bubar aje DUN. yop, sampai bila kita nak tengok Perak kita mcm ni?

    BalasPadam
  4. sangat setuju. sudah sangat jelik.

    eeeeeeeeee......

    BalasPadam
  5. Bro, masa saya tengok Buletin 1.30 hari ni, saya terpikir, apa kejadahnya diaorang ni semua? Yang dah tak jadik speaker, begitu dramatik siap pakai jubah speaker. Takkan tak reti bahasa?

    Adakah mereka lebih mementingkan itu semua daripada berjuang untuk rakyat? Kenapa mereka tidak berdebat tentang penduduk miskin tegar? Kenapa mereka tidak beramai ramai mesyuarat bawah pokok bercerita tentang rakyat miskin tegar?

    Sebab itu saya muak tengok orang politik. Lebih dahsyat dari drama sinetron Indon.

    And I agree with you, stop all this nonsense. You are being elected to represent the rakyat, not yourself. Sibuk berjuang demi title.

    Kalau betullah ahli politik ni semua matang, sepatutnya mengalah dan menangi hati rakyat dengan cara lebih baik. Bukannya besok kiamat. Kalaupun kiamat, nanti bila disoal esok, boleh ker jawab - amanah yang sudah diberikan - ada tak buat?

    BalasPadam
  6. Echah, majlis membutakan mata.

    Khairul, itulah, orang kampung saya masih menoreh getah. Talian telefon, fixed line, tidak ada. Hilang dicuri dek penagih dadah sejak berkurun lama. Manakala signal telefon mudah alih tidak bagus. Bila berlaku kecemasan, susah menghubungi hospital.

    YB bukan tahu atau enggan ambil tahu. Mungkin bagi mereka, itu soal kecil, sebab YB tinggal di bandar. Signal Celcom, Digi semua full bar.

    Siti, maksud awak 'jelek'?

    Hazrey, kalau saya bertanding di Tg. Malim mewakili parti bebas, boleh menang?

    Berikut, analisanya.

    Semasa PRU-12, BN letak calon berbangsa India, bekas guru kimia saya di sekolah menengah di Slim River, Perak. Of course BN, kalah kerana majoriti penduduk, Melayu. Pada ketika itu PKR lebih bijak, letak calon Melayu, bekas posmen, dia menang.

    Sekarang PKR kelam-kabut, penduduk kampung sedar dan mula meluat menonton wayang tinggi.

    PRU-13, jika BN buat kesilapan sama, penduduk mesti tidak pilih calon bukan Melayu. Calon PKR is out of question sebab the previous one selepas dipilih, dia keluar parti.

    Justeru, pengundi perlu pilih siapa?

    He he ...

    Faham maksud saya? :)

    BalasPadam
  7. YOPSAPU- yop mazidul,kampung awak kat kuala slim pun sama. tingge tiang telefon aje, kabel dah kena kebeh dek penyamun. sg bil dah dapat signal tv3? dulu tak dapat.

    BalasPadam
  8. Ada sesetengah tempat, karektor dan bangsa calon penting dan ia dipergunakan PKR pada PRU12.

    And 2012, pasti ada calon bebas yang akan bertanding bagi mengisi 'kekosongan' sebab wakil rakyat lebih pentingkan kredibiliti peribadi dan imej peribadi dari berjuang untuk rakyat. Apatah lagi, kalau dewan negeri dah jadik macam pasar. Apa yang cuba dibuktikan mereka? Dan itukah objektif utama mereka ketika dipilih?

    So, being a candidate for Tanjung Malim, pls make sure you dun make the same mistake sebab I know you gonna appoint me as your media advisor. My rate is by hour. Interested?

    BalasPadam
  9. tolong yerr tolong..berdamai,tolong rakyat.

    lepas ni kalau tiada liputan boleh tak, hidden perbalahan.

    BalasPadam
  10. Sedih pun dah tak guna kalu mata dah dirabunkan dek kuasa... nak cakap pun rasa menyampahhh..

    ohh Perak oh Perak.. negeri ku juaaa..

    BalasPadam
  11. sokong bubarkan dun, mungkin jika rakyat diberikan kuasa sekali lagi rakyat akan memilih yang lebih baik dan percakaran yang tidak sihat ini dapat dihindari

    en mazidul...cubalah brtanding, mana tahu betul boleh jd YB, kami yang follower ni snang skit nak bagi pndapat untuk memajukan negara..hehehe

    BalasPadam
  12. SALAM. BEGINILAH KALAU MAHU MENJADI PEMIMPIN TETAPI NIAT KERANA MAHU NAMA DAN HARTA.....PEDULIKAN MASALAH RAKYAT...YANG PENTING KAMI BERKUASA MEMBOLOT HARTA

    BIARLAH KAMI BERCAKARAN...BIARPUN SEPERTI BUDAK BUDAK TADIKA...

    NASIB RAKYAT DIKETEPIKAN.....MEREKA APA PEDULI.....

    PADAHNYA....KITA JUGA YG MENGUNDI MEMILIH MEREKA!!!!

    KALAU MEREKA ANAK JANTAN....LETAK JAWATAN DAN BIAR RAKYAT TENTUKAN SEMULA

    BalasPadam
  13. Sebagai rakyat Perak.. Bro boleh menyuarakan pendapat dan pandangan.. Bro anak jati Perak tu....

    BalasPadam
  14. Bro, apapun semua yang bercakap menganggap dirinya betul.. Kita ni mungkin jadi penonton je la..

    BalasPadam
  15. Walaupun saya bukan orang Perak, tapi saya agak malu dengan situasi politik yang berlaku antara orang-orang politik di sana...pergolakan yang berlaku sekarang pun menjadi bahan ketawa orang luar...

    p/s: tengok 360 tadi tergamam sekejap bila bro Maz tersilap sebut tarikh hari ni kepada 28 Nov...hehe
    apapun manusia memang tak terlepas dari kesilapan...tahniah atas pendedahan mengenai skim cepat kaya tadi (^_^)

    BalasPadam
  16. YB-Sepatutnya membawa maksud Yang Berfikiran (WARAS!), Yang Bertanggungjawab, Yang Berusaha, Yang Berbakti, Yang Berkerja & Yang BETUL2 ikhlas mentadbir kawasan & membela nasib rakyat. Yang ada sekarang : Yang BERCAKARAN!-cukuplah satu ini shj saya nyatakan di sini kerana sekiranya tidak mencapai persepakatan di dalam dewan, bagaimana persepakatan 1 Malaysia nak dijalin? Kalau CAKAP nak membuat Karipap Sardin maka usahalah membeli sardin. Kalau CAKAP shj tetapi tdk dilaksanakan adakah ianya akan menghasilkan seperti apa yg kita CAKAPkan?. Tolonglah jadi YB Yang BERFIKIRAN POSITIF. Tolonglah ambil kisah/tahu kehendak rakyat- saya x mahu mendengar dialog SAMPAH spt berikut :-
    Si kulit hitam manis : "Sini sampah, sana sampah, ini hari saya kasi buang-nanti petang lagi ada sampah mari..., Ayoyo..."
    Si kulit Putih kuning : "Sudah cakap sama itu ORANG jgn buang sampah luar tong lorr, itu dalam tong sampah kosong maaa..., Haiyaaa..."
    Si kulit sawo matang : "Ada aku kisah???" Tukang angkut sampah kan ada?? X kan mkn gaji buta kot...

    BalasPadam
  17. ..Bukan sahaja diPerak..dinegeri lain pun sama juga cuma diPerak yg havoc sikit yg tak selesai2nya.Kadang2 kita ni nak tersenyum ada,nak tergelak pun ada perangai orang dewasa dah serupa budak2 aje berbalah sesama sendiri(teringat ada satu rancangan RTM dulu persidangan khas dewan rakyat tapi pengerusi,adun2nya wakil2 rakyatnya terdiri kanak2 juru acaranya Pakcik Jamal Kerdil)..tapi tu kanak2 ni adalah orang dewasa pun malu sungguh.
    ...Tapi apa boleh kita buat hanya mampu menonton sahaja..mereka2 ni yg mempunya kuasa atau gila kuasa...selagi politik mempunyai agendanya tersendiri itu agaknya yg terjadi tak akan selesai....
    ....sudah2lah tu hentikanlah..yg tersepit adalah rakyat...yg tertinggal yg mundur yg miskin dan apa2lah lagi adalah rakyat juga dan majoritinya adalah orang kita..ORANG MELAYU..sedih dan pilu.

    BalasPadam
  18. salam bro mazidul..
    rasanya semua org mahukan perkara ini selesai..mahu semua pihak beralah..tapi siapa yang mahu mulakan?
    rasanya..tak de YB2 tu semua nk beralah..
    rakyat kena mohon pada yg lebih berkuasa dr YB untuk selesaikan..tapi..ada kan sesiapa yg nk mulakan? 'YB' mazidul barangkali..!

    BalasPadam
  19. Bro

    Yang pelik dan hairannya

    mereka semua adalah golongan bijak pandai

    Tapi kebanyakkan tindakan macam budak budak

    BalasPadam
  20. Kampung kita la tu Bro...
    Hehehe... bapak mertua saya ketua kampung Batu 8. Orang Behrang Ulu... Kesian org tua tu. Dulu Masa BN tukar ke PKR, dowang gulingkan ketua kampung lama kononnya sbb banyak "makan duit", wallahualam. Lepastu Pak Mertua saya dipaksa pula jadi Ketua Kampung. Mula2 dia enggan, sebab katanya dia pun orang BN, lgpun dia dah tua, sibuk plak dengan tanggungjawab sbg imam masjid. Tapi org kampung mahu dia jugak jadi Ketua Kampung, kononnya ini pilihan org kg, bukan kerana parti. Tp bila BN ambik alih semula Perak, Ketua Kampung lama plak jadi "gila talak" nakkan balik jawatannya. Kononnya mertua saya tu Ketua Kampung PKR... Skang ni dah jadi hak milik BN. Aduhai... bukan takat YB, YB je bertelegah, yang jawatan kampung kecik2 ni pun kelam kabut jadinya.

    p/s: Agaknya Bro Mazidul kenal pak mertua saya. Dia kata dulu masa jadi pemandu bas Mogah bro suka duduk belakang driver tanya itu ini... hehehhe....

    BalasPadam
  21. ....Sedih dengar kisah "Ibu Hasnah"..org melayu juga tu.Logik akal siapa yg paling hampir dan mempunyai kuasa untuk membantu.sudah tentu Tok Penghulu.Kalau tok penghulu ni jalankan t/jawab report sana.. report sini sudah tentu ibu malang akan dibantu..kalau dia orang buat bodoh aje entahlah sampai bila ibu malang jadi macam tu.Kalau mereka ni buat kerja juga sudah tentu YB pun tahu masalah ni sbb ada report dari Tok penghulu..So YB kena usul pada peringkat yg lebih tinggi sehingga kes sampai ke pengetahuan pihak yg bertanggungjawab dan bantuan dapat disalurkan.
    ...Tapi kalau YB tidak ambil pusing aje atau buat tak kisah aje asyik nak berperang sesama sendiri..inilah jadi sampai bila2 pun kita akan dengar ada orang makan nasi berlaukkan garam,ada orang tinggal dlm pondok buruk,van buruk,khemah buruk hidup daif kais pagi makan pagi kais petang makan petang atau kais2 masih tak dapat makan nasib tak ada yg mati kebulur lagi dlm negara ni.Tak akan semua nak hebah dalam TV bagi satu malaysia tahu. Dahlah tu bila masuk TV baru terhegeh2 tayang muka..mcmlah mereka buat kerja

    ...ini terjadi kerana masing2 ada agenda tersendiri kerja no.2..kalau mcm tu apa guna diumumkan peruntukkan yg besar dan kutipan zakat yg banyak tapi masih ada orang daif seperti ni..
    terima kasih...

    BalasPadam
  22. Saya pun macam Sdr Mazidul, Anak Jati Perak; samalah kampung saya tak ada lagi kabel telefon. Tinggal tiang terpacak. Penagih Dadah buat operasi di bawah rumah pusaka kami pula tu!. Berselerak getah pembalut wayar tak tahu lah berapa sekilo harganya. Mahal sangat kut!.

    Sila rujuk masalah tanah di Perak terutama Mukim Teja. Dalam Blog saya banyak juga saya dedahkan soal tanah ini. Datuk mana yang sampai dapat puluhan ekar tanah Rizab Melayu yang dulunya di lombong ini?. Orang kampung semua tahu!.

    Isu Kilang Simen dipalsukan. Sila semak siapa empunya pemodal & pemegang besar kilang ini. Saya memang kabur.

    Saya tenguk & baca memorandum orang kampung yang majoriti TIDAK setuju didirikan kilang ini tapi diwartakan pula setuju. Siasatlah kerja siapa.

    Saya juga sempat selamatkan sebahagian tanah pusaka Arwah Mat Sesh (arwah Apak) yang tertunggak cukainya. Peliknya nombor geran baru bila saya tembak-tembak di laman sesawang Pejabat Tanah Kampar ada yang bertindih. Berselang seli dengan namanya Rizab Melayu & kaum asing bertaraf Geran. Cubalah klik!.

    Mukim Teja sempena nama Tun Teja, ada kubur Tun Teja di Kota Bharu Perak.. pelik kan?. Pakar sejarah kena kaji benda ini. Bagaimana tanah Tun Teja ini tergadai ke bangsa asing; taklah saya tahu!.

    Bagaimana masalah Tanah Rizab Melayu yang dilombong di daerah lain?. Apa statusnya kini?.

    Ada yang kata Tun Teja merajuk diri sampai ke Kota Bharu Perak.

    Memanglah Tun Teja bukan peneroka tanah. Ada yang kata kubur itu dahulunya adalah Makam di Raja. Tak tahulah kita.

    Tapi takkan Tun Teja merajuk lari ke tanah orang cina & india. Lagi pun takkan orang cina nak taruh nama mukim itu Mukim Teja. Kaum cina cuma pekerja lombong di sini. Kaum India ramai berkerja di estet tahun 60an & 70an saya & arwah Apak sering ngutip, hasil estet sekitar Kampar & Gopeng ini. Bagaimana mereka menjadi pemilik tanah bertaraf Geran Tetap bukan Pajakan Negeri di daerah kaum Melayu ini?.

    Saya adalah salah seorang pejuang tanah Tun Teja ini tapi orang tak berduit dapatlah sekelumit. Jadilah.

    Ini hanya sedikit pergolakan di Perak. Tak sangka pula masalah kepimpinan & politik di Perak menjadi kalut kini.

    BalasPadam
  23. Masalah miskin tegar di Perak ini rasanya kurang lebih bagai di negeri-negeri Pantai Timur juga.

    Maka itu ramai kalangan anak Perak yang di Parit, Lumut, Mambang Di Awan, Pusing, Redang Sawa, Changkat Belengkor & banyak lagi nama pelik-pelik ini lari merajuk diri macam Tun Teja, merantau ke negeri orang.

    Ipoh kalau kita pergi 20 tahun dulu berbanding kini..pasti tak sesat punya; tak berubah mana pembangunannya, bedanya jalan telah banyak ditukar sehala. Itu sahaja.

    Pembangunan yang lembab di Perak pastinya ada hubung kait dengan pucuk pimpinan. Takkan kita mahu menolak satu realiti.

    BalasPadam
  24. Kawan orang Johor. Apa pun tak kisahlah, asalkan orang Malaysia :)

    Walau apa pun penjelasan diberi oleh pihak kerjaan (BN) sampai kiamat pun rasanya mereka tak akan terima.

    Sebenarnya mereka bukan ikhlas untuk membantu rakyat. Sebenarnya mereka tidak boleh terima kada dan kadar walaupun mereka kata memperjuangkan islam.

    Oklah, anggap sahaja BN salah guna kuasa, mengambil alih kerjaan secara tak betul (walaupun kenyataannya BN mengambil alih kerajaan mengikut seperti yang digariskan oleh perlembagaan)

    Rasanya jika mereka boleh lebih bersabar (seperti yang dituntut oleh Islam) dan bersikap gentleman dan jika memang betul perjuangan mereka diredhai, tunggu sahaja PRU13. Bukan lama sangatpun lagi.

    Kalau memang rakyat masih memilih mereka, kuasa tak akan kemana. Gunung tak akan lari dikejar.
    Kenapa mereka lebih suka berkonfrantasi dari bertindak matang sebagai pemimpin?

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  25. Tgu dan lihat masa PRU13 nanti. Masa itu kita gunakan kuasa kita, tangan kita sebagai rakyat. Pilih calon yg sesuai dan betul2 ikhlas. Tetapkan enam bulan pertama sbg penanda aras bg semua YB. Jika hampir keseluruhan penduduk tidak puas hati dgn komitmen YB tersebut, maka undian sekali lg boleh dijalankan. Barulah namanya DEMOKRASI!!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.