Ahad, Oktober 11, 2009

Burung Apa? 'Burung' Pak Joko!

Jam 3.30 pagi ketika minum bersama rakan di restoran mamak berhampiran rumah, saya terpandang pasangan remaja Melayu ‘bermesra’. Si lelaki tanpa segan silu memeluk erat sambil membelai rambut teman wanitanya.

“Sebelum ini siap berkucup lagi di sini,” celah rakan.

Mungkin dia sedar saya sedang memerhatikan kelakuan pasangan terbabit. Tanpa berlengah saya berjalan menghampiri mereka.

“Adik, kalau nak bermesra, boleh tak jangan buat show di sini, jealous saya tengok,” tegur saya dengan usikan.

Mujurlah mereka tidak marah, mungkin kerana terkejut berikutan teguran ‘lembut’ itu. Selama ini perbuatan mereka hanya sekadar dilihat pelanggan lain, tiada bersuara. Umur si lelaki, 20, perempuan, 19 tahun, keduanya berkerja di Petaling Jaya, Selangor tetapi mendakwa berasal dari Negeri Sembilan.

Hari ini saya terbaca laporan akhbar Kosmo berhubung ‘pencemaran’ berlaku di Hutan Lipur Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan. Kawasan rekreasi indah bertahun dicemari perbuatan tidak senonoh remaja, berkucup tanpa mengendahkan kehadiran pengunjung lain. Tetapi, berita itu tidak begitu mengejutkan kerana sebelum ini banyak laporan saya terima berhubung pasangan remaja Melayu berbogel sambil melakukan hubungan seks di kawasan rekreasi berbeza. Air dingin sungai, udara segar dan lokasi sedikit tersorok meransang nafsu mereka, barangkali. Tambahan pula, dilaporkan penguatkuasa Jabatan Agama tidak begitu berminat ‘mengintai’ aksi sebegitu, mungkin takut kaki seluar basah. Bukan bertujuan menuding jari, mereka kelihatan lebih cenderung melaksanakan operasi di hotel murah dan di rumah bujang.

Itu di Malaysia, restoran dan hutan rekreasi menjadi ‘mangsa’ pencemaran perbuatan bertentangan moral membabitkan remaja, di Indonesia lain ceritanya.

Dilaporkan akhbar sama, pengarah filem dan penulis skrip, Joko Anwar berbogel di kedai serbaneka 24 jam di Bintaro, Jakarta, Indonesia. Joko terkenal melalui filem arahannya, Janji Joni dan Arisan! dan dilapor melakukan aksi berani sekaligus melanggar norma itu kerana menunaikan janji kepada pengikut Twitternya kini mencecah 3,000 orang. Perlakuan itu pastinya dirancang berikutan gambar dirakam secara jelas dari luar premis sebagai bukti.

Pak Joko, Pak Joko, apa fasal orang dewasa seperti kami dungu banget? Capek dong melihat ‘burung’ ngak bisa terbang kamu!

Gambar Kosmo!

20 ulasan:

  1. uikkk??? tutup mata!!!!!

    adehh...

    p/s: awal2 pagi dah ke alam maya ye abg mazidul,.. slmt pg malaysia,..

    BalasPadam
  2. Ayinn, idea banyak datang pada waktu subuh :)

    BalasPadam
  3. slm Mazidul...mmng remaja skang dh tkde segan silu lagi berpeluk2 dan bercumbu2 di khalayak ramai.....

    plng bnyk tmpt rekreasi yg berdekatan dgn IPTA......kekadang tu penah gak tertegur mereka2 ni.....tp jawapan yg kita dapat mmng org kata kuwang ajaq lah.....tk perlu lah sy bg tau dicni ...

    cume skang hanya berdoa 'ya allah ya tuhanku kau selamatkan lah keluargaku dari perkara2 yg mengaibkan'aaaamin.



    hahaha.......kelakar lah pulak saya tgk gambar pk joko ni.....
    ape lak die berbogel sbb mk mnyahut cabaran lah tu konon nye.....
    pendek betul akal c pk joko ni...

    BalasPadam
  4. Bro,

    That reminds me of Sesame Street. The Big Bird. Well, that will only say something about me, sorry to say. Hahahah..

    Anyway, bro Maz, about the young couple, let me give you some words of wisdom:

    "Mak bapak saya tak marah, kenapa pakcik nak sibuk sibuk?"

    "Kami tadi gaduh so, ni tengah nak settle, you know kiss and make up?"

    Ohh penguatkuasa Jabatan Agama sibuk buat open house ok. Dan biarpun gambar anak VVIP terpampang kat internet cekik beer, yang kena sebat orang lain. Rotan jabatan agama tak kenal anak VVIP.

    ** VVIP - Very very irritating People.

    BalasPadam
  5. Ya Allah bukakan hati kita semua spy byk2 menginsafi, bertaubat.. Takut byk lagi bala menimpa..

    BalasPadam
  6. Hazrey, let's do a story on this case. Start finding out places where young couple kiss and meke up.

    Nanti kita 'jemput' penguatkuasa Jabatan Agama Johor untuk intai sekaligus ambil tindakan.

    Dulu di Sungai Petani, Kedah, saya masih ingat, pasangan pegang tangan di khalayak ramai boleh ditahan dan dituduh.

    Kalau couple cup! cup! ingin benar tengok apa tindakan boleh diambil :)

    BalasPadam
  7. baru-baru ni combi kawankan huby gi hospital.sakit mata & panas mata bila nmpk couple yg sama-sama tunggu nak jupe doktor dok berpeluk sambil kuis-kuis rambut.alahai kalau baru kawin pun jgn ler bermanja-manja depan 'pakcik & makcik'.loya tekak tau :(

    dah ler pakai suar pendek smpi nmpk peha.pakai baju nmpk ketiak lagi.tolong ler kaki tak cantek nmpk urat bagai jgn pakai suar pendek.kesian 'pakcik & makcik'( combi & huby ler tu)terpaksa kurang pahala puasa hari tu.

    combi marah ni en mazidul !

    ......

    anak tumpang combi panggil 'bird' bukan BIG BIRD ye en hazrey :p

    BalasPadam
  8. Pak jko menunjukkan 'burungnya' yang sudah tua kot. Kepada yang 'tertengok' mesti termuntah. :)

    BalasPadam
  9. Kerbau di pegang pada talinya, manusia di pegang pada janji. Mungkin sebab itulah Pak joko menunjukkan 'burungnya' kepada orang ramai. hati-hati dong, jangan kamu bermain dengan janji.

    BalasPadam
  10. Tak dinafikan ramai remaja Malaysia sekarang seringkali mebuat aksi-aksi 'panas' secara terbuka yang menjauhi norma masyarakat di Timur...

    Alasan yang diberikan adalah sekadar menunjukkan kasih sayang...tapi bila ditegur, ada yang melenting...kata kita busy body atau suka menjaga tepi kain orang...akhir sekali, masyarakat tidak ambil endah dan membiarkan kemungkaran berlaku di depan muka...

    Alahai pak Joko...kenapa la buat aksi bodoh tu?? Anda menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia atas perbuatan anda...hehe..

    Nampak sangat orang Indon pun ada 'third world mentality'.

    BalasPadam
  11. jika Penguatkuasa pergi..dia jawab
    " Encik nak join sekali ker??

    mehlaa FREEE jerr.asalkan kami tidak malu"

    BalasPadam
  12. bagus idea Pak Joko.. sesekali sinar cahaya..menyuluh...selama ini asyik terkurung ..

    BalasPadam
  13. Gelilah..

    Bro, makaseh tolong senaraikan blog saya di kanan ni, tapi yang itu posting lama.
    Makaseh sekali lagi..

    BalasPadam
  14. Jika kita tak cukup orang yang berkuasa menangkap pasangan sebegini, sebaiknya kita menjadi penegur.

    Semua kita adalah khalifah Allah SWT yang diwajibkan beramal maaruf pun nahi mungkar. Itu jelas.

    Jika kita sekadar mampu menegur dengan hati, lemah amatlah iman kita kini.

    Yang paling penting teguran dari rumah. Ibu & ayah haruslah saling seiring menegur kelakuan anak remaja mereka. Ingat-ingatkanlah.

    BalasPadam
  15. issshh..3!!, kemaruk betoi budak2 tu.. tak de keMALUan langsung.. hina sungguh tu.....

    haaaha..!! lawak pak joko.. nasib baik le dier tak lari kat luar kedai tu.. kalo kat sini, confirm sumbat kat tanjong durian... dah cukup gile agak nye..

    *maruah @ aqal letak di bawah tapak kaki...
    ...ni lah tanda2 dunia akhir zaman.

    BalasPadam
  16. Bro Maz

    Sesiapa juga yang terbabit dengan gambar tu

    Yang bergambar

    Yang ambik gambar

    Yang print gambar

    Yang tampal gambar

    Yang tengok gambar...(aku tutup mata sebelah, tak tengok)

    Yang sponsor gambar

    Mereka semua adalah:-
    GILAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

    BalasPadam
  17. teringat satu iklan raye....

    burung ape.............

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.