Sabtu, Oktober 17, 2009

Perempuan Elok Dimadu

Ada rakan (bukan pujangga) berkata …

"Perempuan elok dimadukan sahaja"

"Mengapa?," tanya saya.

"Bila sudah dimadukan, baharulah dia 'berebut' suami, terbit perasaan cemburu. Apabila cemburu dia akan bersaing di antara satu sama lain. Tidaklah dia melayan suami sambil lewa. Betul tidak?," soalnya.

Saya cuma mendiamkan diri kerana mahukan pembaca menjawab soalan itu.

Ucapan Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu.


.... Gambar II

Ya! Saya berharap gambar berikut bukan 2 individu dimaksudkan seperti didakwa penghantar emel kepada saya. Mereka dikatakan lelaki berperwatakan seperti perempuan, pondan.


Akhir sekali untuk melihat gambar penuh mereka, sila klik tampalan berhubung HIV Tertinggi Di Kelantan.

62 ulasan:

  1. ada benarnya juga beliau berkata sedemikan rupa! Tapi orang yang bermadu lebih tahu tentang hal sebegini...


    ** tak nak bermadu.. duit tak cukup **

    BalasPadam
  2. opss satu lagi.. jangan dua dua lari sudah lah.. kita yang lelaki pun terkapai-kapai seperti orang lemas di tengah lautan...

    BalasPadam
  3. saranan yang bagus demi kesedaran.

    teringat seorang lelaki@suami kacak merangkap seorang guru, bercerita kepada isterinya yang tercinta.

    " Saya kena raba oleh seorang pelajar yang cantik, semasa menghampiri antara dua meja"..

    saja bagi tau isteri, ianya masih mahal..

    cabaran juga tu..

    apa pun tunggu komen Sazreena yang bernas bab lelaki dan 'Queen control'

    BalasPadam
  4. salam..
    walaupun single mingle lagi kalau bermadu mau makan hati berulam jantung..

    BalasPadam
  5. Zeq, saya tunggu.

    Eyda, kalau enggan makan hati berulam jantung, tahukan apa perlu dibuat? Kalau tidak, biar zeq jelaskan. Dia pandai dalam hal ini.

    BalasPadam
  6. Salam kat semua..
    Topik yang sangat sensitif dan menyadiskan golongan hawa..ada kebenaran kata member abang Mazidul tu..tapi harus diingat, kalau isteri sendiri pun dilayan sambil lewa oleh si suami..janganlah mengimpikan layanan macam raja pulak si suami harus terima. Life is about taking care of each other equally..what you give you get back..(hehehe..mcm lagu scorpion pulak)..ini, kalau nak minta air ngan bini pun siap bertempik..camner..?

    BalasPadam
  7. madu itu manis...jika hanya menambah awalan "ber" dihadapan madu tersebut..apakah yang akan terjadi???

    contoh
    tambah = operasi meningkatkat
    bilangan
    bertambah = bilangan yang semakin
    meningkat

    jadi
    madu = sejenis cecair yang manis
    dikeluarkan oleh lebah
    bermadu= ???????

    fikir fikirkan
    *jika sya silap..betulkan sya..saya budak baru belajar...

    BalasPadam
  8. Salam,

    "Bermadu" dalam konteks kepala otak "orang kita" cukup sensitif, kontover[sial], dan negatif sekali persepsinya.

    Sayang, sebab bermadu (poligami) asalnya adalah sesuatu yang murni dan cukup mulia - tidak terlarang oleh agama.

    Cuma lelaki yang hendak bermadu harus "sendiri mau ingat" dia nak bermadu kerana apa? Kalau jawapannya hanya sekitar memenuhi tuntutan biologi dan bukan kerana Lillahi Ta'ala [tak mampu pulak tu] lupakan sajalah.

    Perempuan pulak, usah lekas melenting. Harus koreksi diri mana kekurangan diri [lelaki pun sama gak], servis tak cukup ker atau hanya servis biologi saja iaitu servis yang "bukan membawa ke syurga".

    Kata P. Ramlee, "kalau DUA-DUA merajuk.... [lu pikirlah sendiri].

    BalasPadam
  9. Kirana..
    apa salahnya bermadu zaman dah maju wanita dah maju, masa sedikit di rumah sibuk, jumpa suami sekali seminggu ..

    para suami wajar mencari salahseorang isterinya yang sibuk dengan kerjaya,teguh, wanita yang tak suka anak..yang jaga imej., yang penting sama-sama PUAS dan memberi faedah kepada pasangan masig-masing.

    BalasPadam
  10. ada benarnya jg :)

    tp kalo lelaki yg xpndai jg bini pulak mcm mana?

    kawen ramai2,,nk bini jg dia,,tpi dia xamk kisah kebajikan isteri..

    apa kita nk buat??

    BalasPadam
  11. ehh betul jugak!
    ekekeke~
    tapi ada lelaki yg tak menghargai layanan perempuan yg sgt baik utk die.

    BalasPadam
  12. Sesiapa yang berhasrat nak kawin lagi satu, dipersilakan. Kuasa untuk membenarkan kahwin lagi satu adalah Mahkamah Syariah, bukan dengan izin isteri pertama.

    Maknanya, soal isteri izin atau tidak, tidak jadi halangan. Ada beberapa kes yang saya lihat, isteri menghalang (biasalah, isteri mesti halang) tapi mahkamah benarkan, dapat juga kahwin.

    Kalau taknak pergi mahkamah pun ada juga orang kawin lagi satu, caranya tak boleh dicerita kat sini, nanti tercetus perang dunia pulak.

    Sila lawat blog saya

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  13. Islam benarkan lelaki kahwin lebih dari satu Sekiranya Mampu.. Tetapi Imam Ali ra. tidak memadukan isterinya Fatimah, hanya setelah Fatimah meninggal barulah beliau kahwin lain dan memadukan isteri2nya yang selepas itu. Kita fikir2kan mengapa begitu ya?

    BalasPadam
  14. saya pun tak kawen lagi

    tapi kalau lelaki kawen lagi satu sebab nak betulkan/ubah perangai isteri, tak nampak macam lelaki tu lari dari masalah kah? takpelah yang pertama berperangai begini, aku pergi kepada yang nombor dua

    bukan ke mana2 manusia (termasuk diri sendiri) tak sedar kadang2 yang perbuatan kita tu tak memuaskan/melukakan hati pihak yang lain walaupun bagi kita itu biasa2 saja?

    BalasPadam
  15. Saya sebenarnya setuju dengan Tuan Marzidul....kerana nak jaga seorang lelaki ni kekadang memenatkan...kadang-kadang tak ada belas...kadang-kadang terlebih cerewetnya...kadang-kadang terlebih malasnya...

    Tapi sayang masyarakat kita lebih menfokuskan negatif dari positif bila bermadu....

    Dan si suami pun ...belum cukup modal untuk tanggung dua isteri...
    ( satu isteri pun...isteri yang bantu....)

    BalasPadam
  16. Salam Bro,
    Kalau dah kena dengan niat baik dan mengikut lunas2 yang betul boleh menghalalkan cara tu yeaa...
    Kena gak buat check n balance, pro n contra, + n - nye. Asal tak memudaratkan, dah!
    betol ke Bro?
    * manis betol kalo macam dlm ceta 'NUR KASIH' tu ya..
    siap dapat green light dari 1st wife pulak tu.....
    hee...2!

    BalasPadam
  17. memang begitulah.
    perempuan kene dimadu baru mereka berlumba2 menyayangi & menghargai suami.

    namun dalam pada itu,
    ada lelaki yg bijak mengambil kesempatan dari kelemahan perempuan.
    belaian kasih syg melimpah ruah dicurahkan pada perempuan yg dahagakan belai ksh syg.
    akan tetapi setiap detik waktu diwarung kopi, istri-2 bertungkus lumus berkerja demi keluarga(anak2)

    malang sungguh nasib mu perempuan2.

    BalasPadam
  18. assalammualaikum

    what u give is what u get...
    kalau isteri lewa, sebab suami pun lewa, kalau suami lewa sebab isteri pun lewa...

    so... go on... when u give trouble to your own half, things will get terrible ...not just to your other half , its even terrible to you too... beware

    BalasPadam
  19. cm ne plak kalau laki yang "dimadukan" supaye mereke lebih MENGHARGAI insan bergelar isteri??

    BalasPadam
  20. Nampaknya hujah berbalas. Apabila ada lelaki mendakwa dilayan sambil lewa dek isteri, pantas perempuan 'memulangkan hujah sama kepada lelaki.

    BalasPadam
  21. Saya terpikat dengan kenyataan Ustaz Khalil, Kadi Kluang.

    'Kalau taknak pergi mahkamah pun ada juga orang kawin lagi satu, caranya tak boleh dicerita kat sini, nanti tercetus perang dunia pulak'

    Wow! Kalau Tuan Kadi sudah bersuara, I have no comment :)

    BalasPadam
  22. Saya sokong Nur al Ain. kenapa tidak perempuan pasang badan dan mula cari lelaki lain, baru suami pandai menghargai wanita.

    Jerk betul kalau lelaki pikir begini, patut lelaki Melayu dipandang rendah oleh wanita bukan Melayu.

    Pernah dengar, Lelaki India suka todi, Lelaki Cina gila judi, lelaki Melayu gila perempuan?

    p/s: Entri ini menambah kebencian saya. lelaki Melayu hari ini kurang boleh dipercaya. terima kasih sbb entri begini.

    BalasPadam
  23. Marrisa, apapun welcome back. Lama tidak melihat nama itu di entry saya kebelakangan ini.

    Sekarang ini mungkin sudah berubah sedikit, lelaki India suka todi dan perempuan, lelaki Cina suka judi dan perempuan, lelaki Melayu gila todi (kira arak sekarang) dan judi serta perempuan.

    Tetapi pada masa sama, ada juga perempuan Melayu gila arak dan lelaki. Itupun andai mendampingi lelaki itu menguntungkan.

    Sungguh ...

    Salam, jangan benci saya tolong.

    BalasPadam
  24. Dah kurang best jadi pompuan kat Msia hari ni. Lelaki Melayu kebanyakan cari cikgu nak dibuat isteri. Bila makan dengan kawan-kawan, lelaki melayu selalu berdiam diri waktu bayar, kalau perempuan bayar.. wah.. alhamdulillah, rezeki.

    Lepas kahwen, isteri masih kerja, pendapatan kongsi sekali biarpun tanggungjawab lelaki yang patut menanggung semuanya. Bagaimana harus menilai sumbangan dan daya perhargaan isteri pada Suami hari ini bila tanggungjawab ketua keluarga dikongsi bersama?

    Jangan sekadar bicara isu komitmen wanita terhadap suami dan keluarga, tetapi bicarakan juga tanggungjawab lelaki Melayu yang semakin lama semakin layu.

    Tanggungjawab kepada ibu bapa pun, hari ini sudah terbeban kepada anak-anak wanita, walhal anak lelaki paling harus memberatkan diri mereka.

    Dalam satu segi saya rasa lebih bagus jadi wanita di Saudi. Biar terkongkong, namun lebih terpelihara.

    p/s: Betul dah lama ni tak buka blog ni.. bila buka isu sensitif ni juga En Mazidul provokekan. Tsk. Bertambah lagilah tahun saya delay untuk tanam balik rasa percaya kat Lelaki Melayu (T_T). Sungguh sesal buka blog En Mazidul awal pagi ni. :(

    BalasPadam
  25. Saya suka baca blog En Mazidul, cuma awal pagi ni, just not a very right time, right mood or right entry. :(

    Tak semua. Sama juga, tak semua wanita akan lebih menghargai suami kalau dirinya dimadukan.

    Terima kasih pada En Mazidul sudi buka blog saya yang tidak seberapa. Blog En Mazidul bagus, kerana mengumpulkan pendapat rakyat di sini...

    Maaf sekiranya pendapat saya terlalu berbaur emosi.

    BalasPadam
  26. Marrisa, andaikata menyesal membuka blog ini, awak tidak perlu membukanya lagi.

    Seingat saya, saya tidak pernah dalam apa jua bentuk sekalipun meminta, menagih, memohon mahupun memaksa sesiapa membuka blog ini, tambahan pula jika mencetuskan penyesalan.

    Ini bukan blog 'by invitation only', that means everyone is free to read as long as he or she wants to read.

    Seperkara lagi, biarlah saya nyatakan secara terbuka, bukan semua entry di blog ini berbentuk provokasi.

    Ketahuilah, saya memang kurang mahir merakamkan gambar seperti dimuatkan dalam blog awak. Semua gambar itu cantik dan menarik perhatian. Saya, kerap menggigil tangan jika merakamkan gambar :)mungkin sebab sudah tua.

    Untuk pengetahun, pandangan dimuatkan di entry ini dilontarkan seorang (1) lelaki. Lalu saya kongsikan dengan semua pembaca, lelaki dan perempuan, sudi membuka blog ini dan sekaligus membaca entry terbabit.

    Hemat saya, dia berhak melontarkan pandangannya, itu hak dia sebagai individu. Sama seperti awak melontarkan pandangan peribadi awak berhubung lelaki, hak individu. Saya melihat pandangan dia dan awak tidak lebih daripada pandangan peribadi, bukan kenyataan mutlak. Contoh kenyataan mutlak, perempuan Melayu beragama Islam tidak dibenarkan berkahwin lebih daripada satu.

    Banyak juga saya membaca pandangan pembaca perempuan mempersoalkan tanggungjawab lelaki. Saya muatkan kesemuanya komen tanpa prasangka dan diskriminasi kerana itu juga pandangan peribadi mereka.

    Saya tertarik dengan kenyataan awak sebelum ini...

    Pertama, 'Saya sokong Nur al Ain. kenapa tidak perempuan pasang badan dan mula cari lelaki lain, baru suami pandai menghargai wanita'

    Respon saya, bukankah sudah ada sebilangan wanita kini pasang badan dan mula mencari lelaki lain?Saya tunggu pandangan pembaca lain dalam hal ini.

    Kedua, 'Jerk betul kalau lelaki pikir begini, patut lelaki Melayu dipandang rendah oleh wanita bukan Melayu'

    Lelaki Melayu dipandang rendah oleh wanita bukan Melayu? Mungkinlah, SEBILANGAN lelaki Melayu dipandang rendah wanita bukan Melayu. Tetapi kenyataan itu tidak bererti lelaki bukan Melayu perlu lebih hebat dan harus disanjung tinggi. Mereka juga mempunyai kelemahan tersendiri, bak kata awak 'lelaki India suka todi, lelaki Cina suka judi', namun itupun bukan semua. Tetapi jarang benar saya mendengar, lelaki Melayu menjual perempuan sebangsa berbanding bangsa 'satu lagi', perempuan bangsa Melayu turut dijual dek mereka. Belum lagi disentuh kes 'penjualan' perempuan dari China, Uzbekistan, Vietnam dan Myanmar.

    Untuk pengetahuan awak, saya tidak pernah menyesal membaca pandangan sesiapa sahaja, asalkan komen dilontarkan tidak berbentuk serangan peribadi.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  27. Saudara Mazidul,

    One thing I don’t understand. Why people are so serious? Why so sensitive?
    You see, we are very easily provoked. And arrogant too. At some degree maybe hypocrites.

    Forum-forum yg dilaksanakan lebih baik bersikap terbuka.

    Apabila ia dibuka, media akan buat liputan dan rakyat akan melihat dan mendengar.

    Apa-apa yg diperkatakan oleh pengulas akan sebiji-sebiji diperhatikan.

    Jika ada yang mengeluarkan pendapat yg boleh mengguris hati mana-mana pihak, sudah tentu panel forum itu akan dihentam kemudian.

    Sensitiviti hanya memakan rasionalisme kita.

    Bila orang sudah rasional, mereka boleh berforum tanpa apa-apa sentimen.

    BalasPadam
  28. Marrisa, bila orang membaca blog ini, saya juga membaca blog mereka. Tidak terkecuali blog awak, blog Zeq, blog Echah, blog Idan, blog Hazrey dan banyak blog lain kerana saya gemar membaca.

    Bagi saya setiap penulis blog, wajib membaca sebelum menulis. Wajib juga mereka menjangka kesan penulisan sebelum dimuatkan di dalam blog masing-masing. Mengapa? Kerana blog ini contohnya dibaca purata ribuan pelawat dalam tempoh 24 jam. Setiap pelawat mempunyai pandangan berbeza. Bak kata pepatah Melayu, rambut sama hitam, hati lain-lain. Namun, selagi emosi tidak menguasai jiwa, selagi itu mereka berupaya melontarkan pandangan secara lebih rasional.

    Saya juga turut melontarkan komen di beberapa blog lain. Namun saya cuba mencatatkan komen terbabit secara rasional. Jika tidak bersetuju sekalipun dengan pandangan blogger lain, saya tuliskan secara berlapik.

    Mungkin kerana saya lelaki Melayu, dilahirkan di kampung di negeri Perak, bukan lelaki orang putih atau sesiapa sahaja perasan dia umpama orang putih (bukan awak)dari aspek pemikiran dan perlakuan.

    BalasPadam
  29. Salam Izad, saya sudah periksa. Pelawat blog ini berusia di antara 18 dan 40 an.

    Setiap kali, ada antara pelawat sudi menjadi follower, saya akan melihat siapa dia. Jika mempunyai blog, saya akan membaca blog terbabit. Bak kata pepatah Melayu (again?), tidak kenal maka tidak cinta. Dalam hal ini, bukanlah hendak bercinta, cuma cuba untuk mengenali pembaca bahan hasil tulisan saya.

    Pelbagai kecaman dilontarkan sebelum ini apabila saya menulis bahan dikategorikan 'sensitif' biarpun bukan berhubungkait soal agama dan bangsa. Tetapi, saya akur sesungguhnya bukan mudah memuaskan hati semua pihak berhubung entry ditulis. Sama seperti penerbitan program televisyen (Yeh! You tell me). Some hate the program, some just love it.

    Namun saya percaya, tulisan saya, biarpun kadangkala mencetuskan penyesalan mahupun kemarahan, pasti ada mesej tersirat di dalamnya. Macam Albert Einstein catatkan, jika objek tidak ditolak, objek tidak akan bergerak.

    Saya tidak berhasrat menulis sekadar membuat kecoh, bising bak tin kosong diheret menggunakan tali dek anak kecil di atas jalan.

    BalasPadam
  30. Saudara Mazidul,

    Some people might think that a personal attack that might make them feel good but it has the ability to do a permanent amount of damage to the longevity of the relationship.

    We cannot convince an irrational person of any thing when they are not thinking about the big picture.

    If we can control our emotions during an argument we have a higher chance that we opinion will be heard and perhaps even appreciated.

    Learn what u need share what u know

    BalasPadam
  31. Bro Mazidul, bila pasang lebih dari satu, nak kena adil...

    Nak adil tu, susah.

    Ramai kuga pelajar saya yang bermasalah, rupanya bila diselidik, ayahnya kawin dua.

    Setakat ni, saya pegang kepada satu. Buruk camana pun, dia tetap ibu anak-anak saya. Saya pun bukan perfect.

    Selalunya kita akan menghargai sesuatu apabila dah kehilangannya..

    BalasPadam
  32. Betul juga wanita wajar dimadukan kerana sbb yg munasabah..

    Sekadar ingin berkongsi, arwah datuk sy pn kawin 2..my mum pernah bercerita pd saya arwah dulu berniat madukan nenek sebab nak ajar dia..Ada sikap nenek yg tidak disukai arwah..

    Memang mengamuk habis nenek pada mulanya tapi dah lama-lama, nenek dah tak kisah. Mungkin makin berumur,tak terdaya nak marah lagi.

    ps: saya masih belum berkahwin dan juga tak rela dimadukan.azam nak jadi isteri terbaik in the future!hehehehe..

    BalasPadam
  33. terima kasih Marisa, Ain..Sdr Mazidul..


    ...Ain..

    saya suka saranan awak..

    sesiapa yang sudi silakan..selepas satulelaki boleh pindah kepada tanganlelaki yang lain jika tak sejiwa..

    ...

    Kelemahan lelaki adalah sifat individu.sebagaimana kelemahan wanita
    dan tidak fobia menyentuh kesemua lelaki dan semua wanita.


    bangsa lain juga mempunyai kelebihan yang uniq(tak minat komen keburukan bangsa lain)

    BalasPadam
  34. Kang nasir..

    '"akan tetapi setiap detik waktu 'diwarung kopi', istri-2 bertungkus lumus berkerja demi keluarga(anak2"..

    warung kopi cuba besarkan..contohnya memancing buat balik seekor ikan selama 2 hari, main bola bawa balik letih, tengok bola dan lain2 hobi, tengok konsert bawa balik letih. mengamuk kepada bini..

    BalasPadam
  35. Bukannya tak nak tambah lagi isteri, walau tidak baiknya seseorang isteri tu, itulah yang terbaik yang telah dijodohkan dengan kita. Kadang-kadang tu memang la tension dibuatnya apabila tengok sikap atau layanan isteri tu.. tapi bila pikir-pikir.. dah ini la yang Allah berikan sebagai isteri & itulah jodoh terbaik buat aku.. bukannya tak nak tambah lagi.. takut-takut yg satu tu pun buat suami pening kepala, tak ke nanya dibuatnnya..

    BalasPadam
  36. Madu adalah ubat...
    Kalau ubat dah expired..kena carik ubat yg fresh..Hehehehehe..

    BalasPadam
  37. Isteri berebut2 nak layan suami.. dan suami pun perlu berebut2 nak bahagiakan zahir n batin isteri-isteri...

    Laratke? ........

    BalasPadam
  38. --dek kerana segelintir Lelaki yang goyang kaki, terus fobia kepada semua lelaki..data yang kurang ADIL..

    --jika ada segelintir makan wang isteri..malas kerja.

    majoriti diutamakan.

    BalasPadam
  39. Apabila lelaki kahwin lagi satu, jangan dipersalahkan lelaki kerana orang yang dikahwininya bukan lelaki tetapi perempuan juga....

    Wanita bukan senang untuk jatuh cinta,apa lagi untuk jatuh cinta dengan suami orang, payah sama sekali payah. Tetapi apabila sudah jatuh cinta, maka ada suatu yang istimewa yang perlu diperhalusi.

    Wanita yang bakal menjadi isteri kedua pasti tahu risiko dan bebanan yang bakal timbul, tapi dia harung juga.

    Beberapa kes kawin lebih ini bukan dicetuskan oleh lelaki, tetapi ada juga yang bermula dengan godaan wanita yang ingin menjadi isteri kedua. Lelaki pula bagai mengantuk disorongkan bantal, maka rezeki jangan ditolak.

    BalasPadam
  40. Assalammualaikum

    kenapa tidak ditanya emak kita yang telah di madu, apa perasaan mereka? Padahal yang memadukan adalah ayah kita sendiri? Seronok ke bermadu? Ataupun tanya anak kita yang dah kahwin yang kena bermadu ? seronok ke ?

    Terimakasih

    BalasPadam
  41. combi suke komen brahimnyior..kita akan menghargai seseorg bila kita kehilanganye.

    ............

    en mazidul..terkenang kawan combi bila suami dia pasang 3.dia redha jer dan tak kuasa 'berebut' sbb dia dah muak dgn suami yg tak pandai menghargai isteri.

    suami dia dah pencen..tapi mmg dasar gila betina.org sebaya dia sepatutnye sibuk mengejar pahala akhirat tapi dia sibuk menambah koleksi bini muda.

    yg paling memalukan sanggup tebalkan muka minta duit dgn isteri pertama kerana nafsu melampaui kemampuan.itu pun ade hati nak berbini banyak.aduiii!

    combi pun tak paham dgn pompuan2 yg terpikat dgn lelaki mcm gini.desperate sgt kot atau 'situa' ni pandai memujuk.

    nasihat combi pada lelaki 'tua' tolong sayangkan keluarga anda kerana hukum karma itu benar.

    bila tiba masa anda terdampar dikatil dan kerusi roda disana baru anda akan menyesal.percayalah!

    *timakasih kerana sudi menjeguk blog combi :)

    BalasPadam
  42. maybe saya tak suka perempuan yang di madukan.. pada saya, sorang pun sudah cukup.

    BalasPadam
  43. Habsah..

    saya teringat/pernah dengar..komen seorang kawan(satu Dorm sekolah menengah), kepada ayahnya berbini muda,
    kini dengar cerita dia pun bermadu juga..kes terpencil..

    BalasPadam
  44. Salam kat semua
    Lega masih ada orang seperti bro Bazrul..hehehehe

    BalasPadam
  45. saya suke komen yg pelbagai..

    BalasPadam
  46. Nak komen ke tak ye pasal ni sebab belum kahwin lagi...sekadar baca dan memahami sahaja... (^_^)

    BalasPadam
  47. Salam...
    Isteri leh dimadukan atas alasan yang kukuh..sbagai contohnye la...
    isteri yg mengabaikan suami,anak2,umahtangga dan sebagainya.sbuk saja ngan keje pelbagai sume.yela..kalo suami nak ehem2 tp istri xnk layan.alasan "sayang penatla abg".pagi keje malam nnt baru blik.uma bersepah,anak2 xterurus.makan suami xberjaga..
    mau x suami cari laen..kalo saya jadi suami pon saya akan cari len..
    tp kan..kalo isteri yang sedia ada tu serba sempurna...even isteri bekerja,suami nk cari laen jg..cmne plak citenye..xpatut saya rasa..ntahla..lelaki ni kadang2 xmenghargai ape yg ade kat dpan mate.ade ati nk pasang dua tiga sedangkan segala tanggungjawab suami isteri jgk yg tolong.tu pon xsedar2 lagik..susah ek.hurm..xtowla nk kate cmne lagik da...

    BalasPadam
  48. ehem n3 yg sinis & pasti membuka mata & minda kedua2 belah pihak!it's like a wake up call nih ;)

    sesetengah lelaki bila bermadu suke tekan kan ttg 'hak' mereka utk beristeri lebih..

    tp..jarang pulak bepikir tentang 'kemampuan' dr segi zahir (betul2 kukuh ke kewangan mereka itu utk memikul additional t/jwb?) & batin (alasan ni lelaki plg suke lah:p)

    sedangkan anak bini di rumah pon 'soru' asek missed..nk beli susu anak pon terkial2 pinjam $ bini..so guano tuh abg mazidul? mabok teman pikior kan aih! :p

    BalasPadam
  49. topik yang menarik utk di debat.. syabas cik Mazidul.. :)

    bab poligami ni memang paling digemari pihak suami.. sembang 4 hari 4 malam pun tak habis..

    alasan paling popular nak poligami ni "ikut sunnah nabi".. baguss.. ikut sunnah nabi memang baguss.. tapi kalau nak ikut, ikut laa betul2.. tengok laa nabi berpoligami dengan wanita yang macam mana? yang muda jelita kah? yang masih bergetah kah? setahu saya isteri2 nabi bukan la dari golongan mcm tu.. Baginda berkahwin dengan wanita yang kematian suami ketika berperang.. yang mempunyai anak..

    kalau laa pihak suami2 diluar sana berhajat nak ikut sunnah nabi.. pilih laa wanita yang mcm nabi pilih.. dan bersikap adillah sebagaimana nabi buat...

    kalau boleh ikut mcm tu pada saya,isteri2 diluar sana pun tak ada laa nak mengamuk..

    tapi.. kalau nafkah isteri dan anak2 pun kadang2 tak cukup dan kadang2 isteri yang tolong 'topup' kan lupakan laa niat yang suci murni nak ikut sunnah nabi tu...

    "bersyukur lah dengan apa yang ada... "

    :)

    BalasPadam
  50. semasa saya di sekolah batu pahat.. seorang murid dilihat menyelongkar tong sampah majlis bandaran..

    bila disiasat,rupanya ayah beristeri baru.. wang belanja tak cukup utk dia dan adik beradik yang lain..

    kesian...

    BalasPadam
  51. Saya suka dengan komen Ustaz Khalil
    "Ada juga yang bermula dengan godaan wanita yang ingin menjadi isteri kedua." Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi. Saya pun sering kena goda; cerita zaman mudalah!!!.

    Saya hidup dalam keluarga bermadu; ayah kawin tiga, arwah abg saya lebih dari empat kali bernikah; anaknya 21 orang. Pernah seramai tiga isterinya tinggal sebumbung. Seorang lagi abg saya yang sulung bercerai kawin lain. Anak-anaknya sekarang sudah dewasa macam tak hirau dia.

    Risiko berpoligami yang jelas adalah anak-anak. Kalau anak sudah sampi 21 orang bagaimana mahu mendidiknya?.

    Arwah ayah tak ramai anak hingga dia meninggal dia kekal punyai 3 isteri. 8 cahayamata. Arwah emak saya isterinya yang paling tua. Masalah hubungan antara isteri-isteri mesti timbul. Tapi saya puji arwah ayah saya memang amat bertanggungjawab. Adil & berpoligami secara baik & bahagia. Saya tak nampak kenapa bermadu itu bermasalah jika semua suami menjaga tanggungjawabnya. Adil itu yang penting.

    Duit atau ekonomi bukan punca segala, sebabnya saya lihat biras saya yang bermadu punyai ekonomi yang kukuh, tiap tahun pergi umrah, duit tak tahu nak guna macam mana lagi!. Duit muncah. Masih ada masalah. Isteri yang bermadu... kena banyak bertolak ansur jika tanpa tolak ansur antara isteri-isteri yang bermadu ini pastinya dunia ini bagaikan mahu kiamat.

    Kawan isteri saya pula; masalah isterinya tak ada zuriat... mengizinkan suaminya bernikah lagi. Nampak mereka elok sangat sepakatnya. Suaminya tak payah beli rumah atau kereta sebab kedua-dua isterinya punyai status yang kukuh dalam kerjaya. Kedua-dua rumah & kereta isteri yang belikan. Okey! sahaja jika mahu berlebih kurang. Anak-anak isteri yang muda pun amat rapat dengan ibu tirinya (Isteri pertama). Kenapa keluarga bahagia ini tidak kita jadikan contoh.

    Cinta bagi seorang lelaki Islam memang dibolehkan... diduakan atau ditigakan malahan diempatkan. Jika mampu berlaku adil.

    Tapi Nur -al- Ain perempuan tak boleh buat begitu; Ustaz Khalil boleh perjelaskan. Jika telah menjadi ibu tunggal itu kira bab lain!. Cumanya di syurga nanti suami mana satu nak dipilih!. Masalah juga tu!.

    BalasPadam
  52. topik kontroversi sepanjang zaman!.. hehe..

    wanita melayu tidak dihargai oleh lelaki melayu??.. masih ramai juga suami2 melayu yang masih sayang dan menghargai isteri2 melayu kat luar sana..

    Apa yang pasti, wanita melayu, jarang hendak menghargai diri sendiri.. suka mengambil sikap nanti2 sudah terantuk baru nak terngadah!!.. jarang menjaga kepala dari terantuk dulu!!.. kalau dah orang lain tak hendak sayangi kita, baik usahakan sayangi diri sendiri dulu.. kalau dah kawen, kasik service kaw2 kat suami atas KEHENDAK sendiri.. bukan kerana terpaksa.. jadikkan benda itu sebagai satu aktiviti yang enjoy dibuat!!.. kalau suami tak hendak hargai, lantak dia lah tho kita enjoy buat so kita happy!!..

    one more, buat apa lah terhegeh2 dengan lelaki / suami yang tidak menghargai diri?? jaga badan supaya suami tidak cari lain?.. sedangkan jaga badan untuk kesehatan diri sendiri itu lebih utama!!.. banyak manfaatnya!!.. bila kita sehat, segalanya jadi ceria.. segalanya jadi mudah!!

    Ulasan kawan saudara Mazidul ini, seumpamanya cari penyakit lain untuk menyedapkan rasa sakit sedia ada!!.. TUGAS UTAMA suami selain dari memberi nafkah, juga kena DIDIK isteri itu ikut acuan dia sendiri selagi tidak melanggari batas2 syariat.. kalau DIDIK satu isteri pun fail, mampukan nak didik 2 isteri??

    Saya kurang faham kenapa orang kata isteri abaikan suami!!.. sedangkan hakikatnya, suami itu adalah pengerak utama dalam drama rumahtangga ini.. isteri tak pandai masak?.. isteri tak pandai layan??.. isteri tak reti kemas??.. isteri itu dan isteri ini..

    Bila nak kawen lebih ikut sunnah Nabi katanya.. walhal, Nabi kita itu, perkahwinan pertamanya bersama Khadijah adalah sepanjang hayat Khadijah Nabi beristeri 1 walaupun Khadijah sudah 2 kali janda!!..

    Nabi sendiri melarang menantunya memadukan anak permpuannya sepanjang hayatnya!!.. Nabi sendiri berpuasa kalau balik rumah isterinya tetapi isterinya tidak masak!!.. Nabi menjahit sendiri bajunya kalau ada yang terkoyak!.. Nabi masih bermain-main kejar2 bersama isteri2 nya sepanjang hayatnya.. Tapi suami2 sekarang??

    Poligami satu option kalau tercepit antara suasana.. bukan satu kelebihan kepada lelaki.. masih ramai kawan2 lelaki saya yang berkahwin 2, tetap mengatakan andainya dapat diundur masa, mereka lebih memilih untuk 1 isteri sahaja!!..

    Bagaimanapun, teringat kata2 Imam Besar Putrajaya semasa bulan ramadhan 2004.. katanya.. sekirannya para suami boleh melihat tidak ada larangan isteri berkahwin lebih dari satu, mampukah suami redha isteri mereka khawin lebih dari satu??

    Lu pikir lah sendiri..

    Untuk para wanita sekalian.. sayangilah diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.. sayangi siapa pun berpada-pada.. jadi siapa pun antara mereka yang membuat onar, tidak ler luka itu teramat parah dirasa..

    sayangi diri sendiri.. kerana diri mu begitu berharga.. ahakss!!

    wassalam..

    BalasPadam
  53. Sy suka pd komen bro bazrul, Rasanya boleh ckp mcm tu sbb dia belum kawin lg. Cuba dh kawin nanti. Ha.. ha.. Jgn mare ek...

    BalasPadam
  54. Bagus jg kalau dimadukan. Barulah dpt membentuk persaingan yg sihat dal kekeluargaan. Keluarga pun besar dan ramai. Baru ramai umat nabi Muhammad!!

    BalasPadam
  55. bernas sungguh hujag AnnDee...saya sokong sangat2...

    BalasPadam
  56. Kekadang saya terlupa makna perempuan melayu atau perempuan Islam, topik di atas tiada sebut Melayu, (hanya perempuan).

    lebih baik menjrus perempuan Islam dari komen perempuan Melayu, kerana kita Islam, kecuali pengomen bukan Islam.

    BalasPadam
  57. Salam,
    Topik ini mmg menarik....amat menarik buat tatapan saya...saya adalah anak isteri ke 2.....terlalu banyak masalah dalam hidup bermadu ini....tapi setiap yg tuhan anugerah dan beri pada kita itulah yang terbaik buat diri kita....
    Awal nyer juga saya payah nak menerima hakikat yang sy ni anak isteri ke2....mempunyai seorg kakak dr anak isteri pertama yang sebaya umur dgn saya mmg menyeksa kan....pelbagai masalah timbul....saya difitnah..dihina..dipulaukan hanya kerana saya anak isteri ke dua....
    Namun takdir tuhan yang tertulis itu cukup indah.......saat saya berjuang untuk memperolehi cinta lelaki bergerlar ayah sendiri saya mempunyai ibu yang cukup penyabar...
    Ibu yang amat setia dan baik....bukan seperti ibu2 dlm cerita tv tu yg klise nyer hanya mengatakan isteri ke 2 tu jahat dan perampas....
    Ibu saya tak pernah melawan kata abah....menjalankan tangungjawb nya dengan penuh ikhlas dan sabar...MALAH YANG PALING SAYA SANJUNG IBU SAYA TAK PERNAH MENGAJAR SAYA UNTUK MEMBENCI ABAH SAYA...KERANA KATA IBU SAYA SETERUK MANA PUN ABAH SAYA, ABAH TETAP ABAH SAYA DUNIA DAN AKHIRAT...didikan ibu saya membuat saya membuka mata terhadap dunia bermadu...terhadap poligami.....
    Abah saya sekarang dah x da..telah meninggal dunia.....sebelum arwah abah meninggal saya anak yang dia selalu marah dan herdik inilah yang menjaga dan merawat sepanjang sakitnya....Dan keperitan hidup saya berbalas bila saya sempat mendengar pengakuan ikhlas arwah abah bahawa dia sayang kan saya.....teramat sayang..saya cukup puas....
    Dan dipihak isteri pertama....kekesalan ajer yang bersarang dihati mereka.....hingga sekarang mereka cuba mengambil berat tentang diri saya dan ibu..tapi bagi saya segala nya telah terlambat...terlalu banyak cerita pedih dan luka saya simpan dalam meniti kehidupan sebagai anak isteri ke 2....
    Oleh itu pada semua lelaki, jika anda ingin memadukan isteri anda...pikirlah berjuta2 kali...kerana bukan hanya isteri anda saja akan terluka tapi kesan nya jugak terbias pada anak-anak....anda juga akan merasai deritanya...oleh itu fikirankan kemampuan anda...kesanggupan anda menghadapi segala masalah yang akan mendatang....
    Dan kepada perempuan dan wanita di luar sana...andai telah tertulis anda terpaksa bermadu atau dimadukan...apa saja istilahnya....redha lah dgn ketentuannya...jika anda x mampu untuk bermadu maka minta lah dilepaskan dengan baik....tapi setiap yang anda lakukan akan memberi impak terutama kepada anak-anak....
    Apa yang saya belajar dari pengalaman baik wanita mahupun lelaki anda yang akan memainkan peranan....bermadu x salah dan ada hikmahnya...cuma pelaksanaannya nya saja yang menutut kesabaran...maka fikirkanlah sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan..pertimbangkan dari setiap sudut......

    BalasPadam
  58. kebetulan sya dan suami pun baru aje cakap2x ttg topik ni.Bukan secara seriuslah..lebih kepada gurau2x senda suami istri.

    Secara jujurnya as perempuan yg memang penuh emosi bila sebut poligami je mmg tersentak juga dihati.Tapi tidaklah menentang pula.

    sya suka dgn hujah AnnDee yg ini :
    ""Bagaimanapun, teringat kata2 Imam Besar Putrajaya semasa bulan ramadhan 2004.. katanya.. sekirannya para suami boleh melihat tidak ada larangan isteri berkahwin lebih dari satu, mampukah suami redha isteri mereka khawin lebih dari satu??""

    pernah juga sya ajukan pada si suami.Senyap..tiada jawapan.Redha atau pun tidak?(tapi persoalan ni mungkin boleh si suami tamatkan begitu aja tanpa jawapan sebab memang tak akan berlaku selagi kita bergelar ISLAM kan)

    yang pasti semuanya perlu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.InsyaALLAH hidup bahagia tak kiralah samada berpoligami atau pun tidak.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.