Bilangan perempuan dikatakan lebih ramai berbanding lelaki. Tidak hairan, kini lelaki mempunyai banyak pilihan jika mencari pasangan. Barangkali kerana itu lelaki selalu 'pasang' lebih daripada seorang teman wanita atau isteri.
Teori demand and supply menjelaskan segalanya.
Bagaimanapun, seperti lelaki, perempuan mempunyai 'taste' tersendiri. Masakan mereka memilih teman lelaki atau suami secara semberono.
"Dia kacak tetapi membosankan," antara kenyataan mereka.
'Bosan', perkataan membawa maksud subjektif.
Mungkin perempuan boleh menjelaskan maksud perkataan itu mengikut pengertian mereka jika dihubungkaitkan dengan lelaki. Lelaki pula mungkin jarang menyedari sikap dan tingkah laku mereka membosankan perempuan. Maklumlah, keegoan majoriti lelaki dikatakan tinggi.
Tetapi perempuan juga tidak dapat lari dari hakikat sebenar. Mereka juga mungkin membosankan pada pandangan lelaki. Justeru, lelaki mempunyai takrifan perkataan sama jika dihubungkaitkan dengan perempuan.
Kongsikan di sini, siapa lebih membosankan? Mengapa?
Teori demand and supply menjelaskan segalanya.
Bagaimanapun, seperti lelaki, perempuan mempunyai 'taste' tersendiri. Masakan mereka memilih teman lelaki atau suami secara semberono.
"Dia kacak tetapi membosankan," antara kenyataan mereka.
'Bosan', perkataan membawa maksud subjektif.
Mungkin perempuan boleh menjelaskan maksud perkataan itu mengikut pengertian mereka jika dihubungkaitkan dengan lelaki. Lelaki pula mungkin jarang menyedari sikap dan tingkah laku mereka membosankan perempuan. Maklumlah, keegoan majoriti lelaki dikatakan tinggi.
Tetapi perempuan juga tidak dapat lari dari hakikat sebenar. Mereka juga mungkin membosankan pada pandangan lelaki. Justeru, lelaki mempunyai takrifan perkataan sama jika dihubungkaitkan dengan perempuan.
Kongsikan di sini, siapa lebih membosankan? Mengapa?
kenapa lelaki membosankan? atau kenapa perempuan membosankan.. Bagi saya perempuan membosankan sebab kalau boleh nak suruh lelaki ikut cakap dia. Lelaki membosankan sebab ..saya jarang keluar dengan lelaki so saya tak tahu dari segi apa lelaki membsankan..sekadar mengulas..wassalam..
BalasPadamHafizah, tak apa, belajar dulu ya. Bila tiba waktu boleh menjawab soalan saya kemukakan di post ini, sila datang balik dah jawab.
BalasPadamSaya tak jelas kerana tak mendapat statistik yang sebenar berapa ramai wanita yang dikatakan lebih ramai daripada lelaki.
BalasPadamSiapa lebih membosankan??? Kalau bilangan lelaki & wanita sama atau lelaki lebih ramai daripada wanita rasanya tidak mengubah 'kebosanan' seseorang jika kebosanan itu 'dibela'....
Sebenarnya saya lebih tertarik berapa jumlah wanita bernbanding lelaki....
betul hafizah..
BalasPadamwanita membosankan dan membisingkan kerana kena ikut cakap dia.
wanita memang cepat membosankan samada perubahan senyap atau mendadak.
Pjoi..
statistik memang ada,,rujuk wikipedia
Selangor,Kelantan dan...
dihuni ramai wanita
betul..ALLAH jadikan wanita lebih ramai dari lelaki.kalau lelaki lebih ramai dari wanita mungkin semua wanita akan duduk dediam dirumah.bahaya weiii *maksud tersirat
BalasPadambosan??
lelaki dan pompuan sama saja.masing-masing ada taste sendiri.
combi rasa lelaki yg membosankan ialah seorg lelaki yg mementingkan diri sendiri dan tak pandai bergurau.tak perlu jadi mcm nabil (lu pikir sendiri) atau din beramboi.cukup sekadar pandai usik mengusik menjadikan suasana sentiasa ceria.
tapi jgn buat lawak mcm mr bean pulak erkkk tu lawak 'mengong' :D
pendapat peribadi combi.
En. Mazidul,
BalasPadamsaya berada dalam situasi ini..
dia tidak tahu untuk 'give & take'..
bila YM, asyik saya yang bertanya..
dia just tanya 'dah makan?', 'hari ni buat apa?'..balik-balik soalan yang sama..
bila saya diam, dia pun terus diam..
tapi bila dia call saya, saya tak sampai hati biarkan..
saya cuba nak tahu interest dia, tapi dia tiada yg spesifik..semua oke je..
tapi dia tak pernah nak tanya saya kembali..
tensennyee!!
Perempuan membosan sekiranya:-
BalasPadam1- suka membebel.
2- terlalu mengada tak kena tempat.
3- balik2 kain batik, t-shirt, bedak sejuk.
4- nak beli tu, nak beli ni, tapi duit takde. keje nak paw duit laki je.
5-merajuk kuat. Pakwe lambat datang 5 minit. Dia merajuk sehari.
Lelaki membosankan sekiranya:-
1- asyik cerita pasal kehebatan diri dia je, cakap besar, pandai buat tu, pandai buat ni. Bosan!
2- Buang kahak sepah2, jalan2, berludah, bukak tingkap keta, ludah lagi. Pengotor!
3- memanjang takde duit. Asal kuar makan je, pmpn kena belanja. Selamat la ko kena tinggal.
4- bila buat salah asyik "minta maaf", besok buat salah yang sama lagi, minta maaf lagi, lusa buat salah yang sama lagi.... berapa kali maaf daaaaa???
Pada pendapat saya,itu bergantung kepada takrifan dan pendapat seseorang itu sendiri mengenai membosankan... Dalam isu rumahtangga, pada pendapat sayala, mungkin jemu dengan rutin harian, dari sudut menu harian yang disediakan oleh pasangan, aktiviti rutin harian atau hujung minggu..atau susun atur perabot di rumah dan faktor utama sekali adalah penampilan pasangan anda di rumah mahupun ketika berjalan bersama-sama di hujung minggu... Pada saya, kedua-dua pasangan samaada lelaki dan perempuan mampu mencetuskan kebosanan..tetapi takkan sampai nak berkahwin lain bagi lelaki...perempuan tiada pilihan lain..so bagi mengurangkan atau mengelakkan kebosanan, kedua-dua pasangan perlula kreatif dan sentiasa mencari idea untuk mengelakkan kebosanan itu... so fikir-fikirkanlah...
BalasPadamSalam kat semua
BalasPadamSaya rasa seperti yang telah disebutkan oleh abang Mazidul sendiri, bosan adalah satu perkara yang subjektif. So, adalah tidak adil jika menuding kepada satu2 jantina sebab sesapa pun boleh jadi bosan dan membosankan..
Sebelum saya bernikah dengan suami saya sekarang, saya bertemu dengan beberapa lelaki yang membosankan saya. Kenapa saya kata mereka bosan?
BalasPadam1. Bila keluar dating, si lelaki macam dinding yang tau bergerak sikit-sikit. Hanya saya saja yang bercakap, dia hanya diam, sengih sikit-sikit sambil angguk-angguk kepala. Bila saya tanya, apsal takmo sembang sama? Dia jawab "Saya lebih suka dengar awak bercakap"
2. Baru saja berkenalan, dah pandai mintak saya tanggung dia - belanja makan, belanja tengok wayang dsb. Tu belum lagi, bodek-bodek nak pinjam duit, kononnya gaji tak masuk lagi, duit banyak pakai konon hantar kampung, rumah mak rosak.. macam-macam alasan lagilah.. bosan!
3. Baru beberapa kali keluar, belum declare apa-apa, dah announce satu dunia yang saya kekasih dia. Lepas tu mula kongkong saya - tak boleh keluar dengan lelaki lain meskipun dia teman sepejabat saya untuk keluar makan lunch time, tak boleh contact kawan lelaki saya yang lain, saya hanya keluar dengan dia saja, jumpa/lepak kawan perempuan pun tak boleh.. padahal saya tak kata pun saya nak dia jadi kekasih saya! Ohhh bosan dan rimas!
4. Pada saya lelaki yang egonya tinggi dan memandang rendah kepada wanita adalah sangat sangat membosankan. Pada lelaki macam ni, perempuan tidak perlu bekerja, cuma jadi hamba dia di rumah - zahir dan batin, melayan makan minum, kemas rumah, jaga anak, pergi pasar.. malah duit dalam tangan pun lelaki yang uruskan. Macam wanita ni bodoh la sesangat tak boleh nak uruskan soal itu ini. Dan tak perlu bersembang perkara-perkara yang serius seperti soal ekonomi, politik, kewangan dsb kerana pada lelaki macam ni "perempuan apa tahu?" Pada saya lelaki macam ni patut dicampak ke kandang harimau saja.
Tapi akhirnya saya bertemu dengan seorang lelaki yang tahu menghargai wanita, hormat saya dan pendirian saya, terima saya seadanya, dan tidak merendahkan peribadi dan pengetahuan saya. Seorang lelaki yang boleh dibawa berbincang, mampu menjadi pemimpin dan pendidik yang baik.. dan itulah suami saya sekarang. Saya amat bersyukur.
Salam Mazidul,
BalasPadamTo the ladies,
Stop dating the guys you THINK are your type ... this way you won,t be bored
Go out side the box go for someone you wouldn't normally
Stop marrying guys with no ambition. pick up men at the gym because you know they have the energy to put out
Bosan bila berhadapan dengan manusia terlalu mudah ditipu. Main percaya sahaja apa orang cakap. Contoh, dia tanya "Macam pernah nampak muka sebelum ini?". Kita jawab,"Saya dulu kerja tanam bunga di bulatan dekat Istana di Shah Alam. Setiap hari orang ramai boleh tengok muka saya,". Dia kemudian menjawab," Aha! Ya lah!"
BalasPadamBosan?? Saya rasa lelaki atau perempuan sama je...masing-masing ada kelemahan tersendiri...
BalasPadamHonestly, saya dulu mungkin salah seorang dari lelaki yang 'membosankan' perempuan sebab sikap pendiam saya bila berbicara mengenai sesuatu topik. Tapi kelemahan tu saya perbaiki lagi walaupun tak sepenuhnya...
Kadang-kadang lelaki atau perempuan tidak sedar jika pasangan masing-masing mulai bosan dengan tingkah laku mereka. Jadi, kena saling berkomunikasi dan tegur antara satu sama lain supaya kelemahan yang ada dapay diperbaiki.
Just my 2 cent :p
Salam Mazidul,
BalasPadam1. It seems like men or women are interesting and attractive and we find them amusing and entertaining but something changes the moment they got married and then all of a sudden those very same exciting men or women turn into boring and passive beings.
The one that gets me down is the woman (and some men too) who once feel secure just want to sit at home and watch tv, etc. The fun loving person becomes a couch potato. . .
2. If you can not stand boring men then do not try to change them ! Stop manipulating them and trying to shape them into something or someone they will never be. Give them the necessary space to enable them to grow into strong individuals and encourage them. Acceptance, approval and admiration are things they thrive on and when you can do that you have learned the art of empowerment.
Fulfill their fantasies and don’t ever try to use sex as a weapon because it will backfire on you. They are hunters by nature so leave them to explore the things they find interesting. If you can do all of the above you are a wise woman and your man will adore you and treasure you and he will stay faithful to you. He will feel loved, respected and needed and he will grow strong and powerful. You will find the spark between the two of you will always be there.
Saudara Mazidul,
BalasPadamBetul tu, memang membosankan jika berhadapan dgn manusia yg mudah ditipu.
Knowledge is Power.
The more knowledgeable you are, the harder it will be for others to manipulate you.
Izad, satu lagi, when a beautiful lady speaks in English with bad grammar :) and she does that just to look intelligent.
BalasPadamBro Maz
BalasPadamSaya tertarik dengan your staement
"when a beautiful lady speaks in English with bad grammar :) and she does that just to look intelligent."
Cuba suruh dia pronounce 'G.H.O.T.I'
kalau betul dia 'English Class' er'
mesti dia pandai sebut
ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha
Nota: Bosan bila kita call, orang tak jawab. Jawab je, bukan kena bayar pun. Susah susah si pemanggil call dari jauh. Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha
Salam Mazdul,
BalasPadamGrammar is good, more grammar would be gooder..
"Eats, Shoots, and Leaves"
I had grammar drilled into me since those days in 1966. Oh, whatever. Soon we'll all be spelling the way the kids text.
Bad grammar, spelling and punctuation implies the author doesn't care about his readers, that we're so unimportant he can address us any way he wants.
Asyik-asyik makan kat rumah..nak test makan makanan luar.
BalasPadamAsyik-asyik makan nasik lemak laun sotong setiap hari.Nak gak rasa lauk kerang campur telur goreng.
Bosanlah asyik-asyik MENU sama jee......
p/s: Air sirap nak bagi best campur susu = AIR BANDUNG bukan SIRAP SUSU. NANTI org INDON CLAIM itu AIR BANDUNG ASAL DARI BANDUNG.
dis blog spiki ingiris i dun andersten. spiki maleis peles. tengkiu.
BalasPadamBro Mazidul...
BalasPadamJarang sy tak setuju dengan bro, tp kali ni sy tak setuju.
Apa yang sy belajar bila pergi kursus "How to Speak English Confidently," speaker tu ada cakap, masalah orang melayu tak boleh bercakap bahasa Inggeris disebabkan terlalu takut grammar dowang berterabur, takut jadi bahan kutukan dan ketawa orang lain.
Sebab tu kami di UiTM, dipaksa cakap bahasa Inggeris di dalam kelas walaupun merangkak-rangkak ataupun grammar berterabur... tujuannya untuk menjadikan anak melayu lebih exposed dengan "International Language" ni. Profesor sy ada cakap, Mula2 buang perasaan malu diketawakan sebab orang putih sendiri pun grammarnya berterabur dalam lagu2 mereka, tapi satu dunia hafal lagu dowang.
Sebab tu saya tak takut untuk kata produk UiTM jarang mengecewakan kalau melibatkan bahasa Inggeris. Saya pernah interview berpuluh2 student dari IPTA ternama seluruh Malaysia, mereka boleh paham soalan kita tapi tak boleh nak jawab balik dalam bahasa Inggeris sebab terlalu takut. Kesian, inilah masalahnya kalau kita support mereka. Takpela kalau grammar tunggang terbalik. Asalkan mereka mencuba.
One more thing, saya ada terbaca satu artikel dalam buku Don't Be Sad, bersangka baik dengan org. Mana tau kalau perempuan tu tgk susah payah nak menaip atau bercakap dalam bahasa Inggeris, last2 dituduh nak tunjuk inteeligent. Sampai bila2 la dia tak pandai jawabnya....
Saudara Mazidul,
BalasPadamLagi satu - when a guy with brain and looks speaks in English with bad grammar and when we try to correct him in a polite way, he refuses to accept it. Ego terlebih tapi tak bertempat!
Dan, lelaki yang pandai bercakap tapi sebenarnya tong kosong. Lelaki yang bila bercakap, macam orang yang berpengaruh, tau serba-serbi, tapi abuk pun tarak!
don't drop my water FACE.
BalasPadam... berkongsi hobi & minat... amat membosan jika seorang perempuan atau isteri, apa sahaja yang suami suka dia tak suka, apa sahaja yang suami beli dia tak pernah bersyukur... apa sahaja yang dia mahu tak boleh dibantah...
BalasPadam...lebih membosankan jika perempuan bermulut laser, siang malam asyik bercakap laser... sampai mengingau pun jerit-jeritnya macam laser!...
...tambah membosankan jika wanita mahu menjadi ketua rumah; anak-anak buat salah pun suami menegur dia memihak kepada anak-anak!
Salam Mazidul ,
BalasPadamBetul jugak kata Ulukelang; NANTI org INDON CLAIM itu AIR BANDUNG ASAL DARI BANDUNG.
Kalau mereka kata Pokok Bunya Raya asalnya dari sana jugak susah lah saya kena hantar pokok-pokok bunga raya kat halaman rumah saya balik pada mereka.
Ini tak termasuk belacan. Macam mana nak jadi masakan sedap kalau tak der belacan.
Rasa rasa Benteng Demokrasi Indonesia (Bendera) tak perlu serang; sms je kat pekerja-pekerja Indonesia disini mogok 2 - 3 hari saya gerenti Malaysia lumpuh.
Mustar Bona Ventura dah hantar ke orang-orang dia kat sini?
Kena jaga-jagalah nanti makanan kita di letak racun oleh orang gaji Indon kita atau pun kereta kita yang diparking di tepi bangunan yang sedang dibina tiba-tiba dijatuhkan besi atau batu batu yang bertan-tan oleh pekerja Indon.
Seingat saya pada tahun 1966 Presiden Sukarna nak ganyang Malaysia.
Kampung Jawa / Mee Jawa kena tukar nama ker ni? Apa kata Nasi Padi kita alih bahasa ke Field Rice pulak?
iDAN >> ade ekk pompuan mcm gitu.malangnye nasib huby dia :(
BalasPadamapapun suami dan isteri saling melengkapi.
dalam kes ni isteri sudah tahu kelemahan suami sbb tu dia bertindak keterlaluan.
combi rasa suami kena bertindak lebih tegas tapi berhemah.mcm tarik rambut dlm tepung.nasihat dan tegur penuh kasih sayang.insyaALLAH
selamat mencuba ekeke :p
echah..
BalasPadamcian suami macam tu, nampaknya suami akan mencari ketenangan di luar tak salah kan??
biarkan isteri dia dengan labunya, selamtakan dari penceraian, buat apa yang istei nak, ikut semua..
tapi suami buat gaya suami tanpa pengetahuan isteri..Puas.
zz >> utk mengelak penceraian mmg bole.tapi sebagai seorg suami dia sepatutnye menyelesaikan masalah tersebut bukan lari dan buat masalah baru.
BalasPadampuas?? mungkin utk membalas dendam.sampai bila??
bukan mudah jadi suami semudah goyang tangan tok kadi weiii :p
Saya lebih gemar membodohkan diri...Ingin melihat sejauh mana kebodohan orang2 disekeliling. Cedok segala ilmu yang mereka ada dan apply dalam hidup.
BalasPadamSaya menjadik bosan dan manja yang keterlaluan bila saya dah rasakan hubungan dengan seorng perempuan tu dah tak dapat diselamatkan. Dengan itu, saya taklah nampak seperti seorg lelaki yang kejam. Cubalah...
jika kekasih kata bosan boleh keluarkan dari mulut kalau sudah ikatan suami isteri.. haruslah menghormati kelemahan masing-masing..
BalasPadamSiapa suruh pilih DIA? Betul x... tahan aja lah sampai ke akhir hayat...