Kira-kira jam 3.30 petang tadi, saya dihubungi oleh lelaki berusia 28 tahun.
"Saya terbaca status facebook encik Mazidul mengenai cadangan untuk rakyat mandi di rumah Menteri Besar, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Jomlah!," pelawanya.
Lalu saya bergegas ke Shah Alam untuk menyaksikan tindakan nekad pekerja syarikat swasta itu. Jam 3.55 petang, dia tercegat di luar pintu utama kediaman rasmi MB negeri terkaya di Malaysia itu.
Selamba dia menyapa anggota polis bertugas di situ.
"Berapakah bilangan anggota polis berkawal?," soal saya.
"Dua orang. Seorang berdiri di luar pondok kawalan, tidak berseragam dan seorang lagi di dalam, lengkap berseragam," ujarnya.
"Berbualkah dengan mereka?," tanya saya lagi.
"Melihat saya memegang tuala, reaksi mereka sedikit hairan. Saya kemudian meminta izin untuk merakamkan gambar di sekitar kawasan luar rumah MB. Dalam pada itu, sempat juga saya bertanya, di sini (kediaman MB) ada bekalan air?," katanya.
"Apakah respon polis itu?," soal saya spontan.
"Katanya, ada. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Masakan rumah MB, bekalan air dicatu," balasnya.
Dia terdiam buat seketika.
"Kalau dimohon kebenaran tadi, tiba-tiba saya dibenarkan untuk mandi di rumah MB, khuatir pula terlalu ramai rakyat negeri Selangor, hidup terseksa akibat catuan air tidak mengikut jadual, berduyun-duyun membawa tuala dan sabun, datang ke sini untuk mandi. Boleh juga mereka tengok, jumlah bilik air di kediaman Tan Sri Khalid," jelasnya.
"Apa salahnya, jika rakyat dalam kesusahan menumpang seketika, menikmati kemudahan asas di rumah pemimpin mereka. Lagipun MB sendiri mengarahkan bekalan air dicatu di seluruh Selangor. Sedangkan bekalan air ke rumah dia, tiada gangguan langsung. Lazimnya, susah senang, pemimpin sejati tetap bersama rakyat," celah saya.
Lelaki bujang menetap di Klang itu kemudian kelihatan terus menyandang tuala dan berdiri pegun, merenung papan tanda di sebelah kiri pintu masuk.
"Mudah sungguh MB dan ahli keluarga mandi, berak dan kencing. Rakyat seperti saya menderita, kena kencing. Di kawasan rumah saya, kononnya, bekalan air dicatu dua hari dan disalurkan semula dua hari kemudian. Kononnyalah tetapi kejadian itu tidak berlaku. Sukar orang bujang seperti saya untuk membasuh pakaian. Berak pun leceh sebab saya beragama Islam, punggung tidak boleh dibersihkan mengguna kertas tisu gulung sahaja. Masakan hendak bertemu teman wanita tanpa membasuh berak dengan air dan tidak mandi, busuk," ujarnya kesal.
Saya tersenyum.
"Kalau MB terkini mewakili UMNO-Barisan Nasional, BN, sudah pasti ribuan penyokong Pakatan Rakyat berpiket berulang kali, terpekik terlolong di sini. Penyokong UMNO-BN tidak bertelur, terlalu bersabar menanti, diam menikus, biarpun mereka sendiri merana berikutan kegagalan pemimpin Parti Keadilan Rakyat menguruskan bekalan air. Air, kemudahan asas, bukan kemudahan alternatif seperti sport rims kereta. Saya setuju benar dengan cadangan bernas encik Mazidul, jika catuan air masih berterusan, rakyat tertekan harus datang mandi di rumah MB. Bukan mandi dengan MB. Ikut giliranlah. Maka kediaman rasmi Tan Sri Khalid ini akan sentiasa meriah," komennya lagi.
Dia mengelap peluh di dahi sebelum berlalu pergi. Itulah antara luahan hati seorang daripada penduduk negeri Selangor.
Agreed ..... not fair .. kalau benarlah kediaman MB tak di catu .... kita semua rakyat kena pergi serbu rumah dia.. sakit hati mendengarkan rumah dia tak terjejas dgn catuan air...
BalasPadampernah dengar tak SYABAS??hmm hmmm hmm
BalasPadamSyabas mengurus air terawat je ..yang mengurus air mentah dari empangan tu LUAS. bila dah LEmbaga tu, dah tentu direct bawah kerajaan negeri. yang membuat keputusan adalah Menteri besor. camne syabas nak rawat air kalu awal2 air mentah dah kene catu daa....
PadamYg merawat air bukan LUAS tapi Puncak Niaga. Syabas hanya menyalurkan air yg telah dirawat.
PadamSyabas dan Puncak Niaga milik Tan Sri Rozali.
State of denial...mestilah salah syabas,umno,bn,menteri air.najib,kerajaan pusat,malaikat mikail...blablabla.. ...kan
PadamPernah dengar loji rawatan langat 2 sejak tiga tahun lepas?
Pada yg menuding jadi menyalahkan syabas, sila baca artikal thn 2012 ni.
Padamhttp://theunspinners.blogspot.com/2012/07/xavier-kaki-tidor-tak-tahu-beza-peranan.html?m=1
Pernah dengar loji rawatan langat 2 sejak tiga tahun lepas? Syok ngan statement ni... Nak tanya sikit, Langat 2 tu ambik air dari mana? Pahang kan.. Pahang x ada masalah air ker?
Padamso??
BalasPadamSo, tak payah mandi ler dek non....air dicatu...kita berdiri tengah hujan...pasal apa? MB Selangor kata "air dicincang tak akan putus" pada tahun 2010 [citation needed]
PadamApa lah nasib selangorku.. bisnes kek n crepe ku pun tergendala/tercatu angkara air huhuhu so sad;-(
BalasPadamUmno BN selangor memang lemah . Banyak tidur. Patut himpunkqn rakyat Selangor pi mandi kat rumah MB. Lembab. Tak ada inisiatif langsung. Suma nak bersuruh.
BalasPadamaik. Menteri besar selangor skang ni UMNO KE?
Padambila masa khalid ibrahim tuka party? xtau plak aku kire citer hot ni. atau
yang post ni tak makan ubat harini?
Bukan ke Selangor, PKR yang pegang? MB selangor orang PKR kan? So apa kena mengena dengan umno? tk tgok isu semasa ke? Bengap ke hape?
Padamlepas kalah kaw-kaw UMNO selangor dah rasa patah hati. Nak buat macam mana, orang dah tak mahu. Nak guling atas jalan atau berpiket, ini bukan budaya parti ni. Nak upah tentera siber ala red bean army, tak cukup peruntukan. Nak bahaskan di Dewan Negeri, dihalau pula dek Hannah Yeoh speaker yang berat sebelah.
Padamkalau berita nie betul.... MB selangor kira terbaekk ahhh.. sbb bg org awam pi mandi kat situ... tahniah MB
PadamBaling Kedah... malangnya org awam tersebut di'layan' kat dpn pagar dan balik mcm tu je.
Padammasa bila dia bagi?
Padammasa bila dia bagi?
PadamKalau catu pun...mesti ada tangki gedabak besar, takpun 3-4 bijik tangki dia
BalasPadamKwn sy yg rumahnya area2 dekat mb slangor kata.. mrk x pernah bayar bil air.. air pn x pernah mati... hurmmmm... fikir2 kn laaa...
BalasPadamkawan saya cakp.makcik tu cakap..haritu jirang saya ada cakap..haritu mamak tu ada ckp...itu ini..orang itu orang ini...hahaha! sendiri punya cerita xdak ka???
Padamrumah aq x de catu air pon....
Padamsaya pun tak pernah bayar bil air, alhamdulillah, syukur. air paip pun ada,. kami buat tangki tadah air hujan juga.
PadamSlgor MB dye bkn PKR ker??
BalasPadamTerbaik Bro...
BalasPadamtest..tgk kene filter tak.
BalasPadamselangor masih kemarau ke?
BalasPadamNAK RINGAN-RINGAN SAMA ORANG RUMAH PUN KENA BEHATI-HATI, TAKUT "TERLAJAK" MACAMNO NAK MANDI JUNUB? KONO POI NEGORI SEMBILANLAH (AIR MEWAH SAMPAI MB NYA NAK TAWAKAN AIR KAT SELANGOR) TUAH BADAN ORANG NOGORI. BOLEH "BUAT PROJEK CUCUK" PADA BILO-BILO MASO JUO...Best Nyo.....(Jangan lak lupo mandi junub jang oooooi!!!!!!)
BalasPadamhai...MB ni jugaklah yang berdegil dan selamba je menepis laporan oleh pakar bekalan air yang terdiri daripada jurutera, ahli sains air dan profesor. "Bekalan air cukup, krisis air 2014 takkan berlaku, kalau berlaku pun disebabkan politik". Sekarang apa dah jadi?
BalasPadamJalan tu nampak basah, so Selangor ditimpa hujan, bukan kemarau, so ada lagi catuan air? eh kok kenapa? MB nak naik gaji lagi ke baru leh bagi air?
BalasPadamWATER CRISIS "You choose the wrong goverment, you pay the price" Petikan dri Tun Mahathir.
BalasPadamDi taiping bandar paling byk hujan pn air di catu.. so... pk2 lah..
PadamMmg hujan di mana2 tapi Allah izin hujan bukan di tpt tadahan. Kata kawan yg kerja air, nk tgk ttadahan air byk air tgk air di taman tasik taiping. Sbb air dari kwsn tadahan mengalir ke situ.
PadamPenat la air takda..MB boleh la buat bodoh tkda tindakan pantas..rumah dia tk kena catu.saya sejak kena catu byk kali pk nak pegi rumah MB nak basuh baju skolah anak, mandi sepuasnya..
BalasPadamhujan d selangor setiap hari tp boleh plak kasik alasan hujan bkn so empangan tak penuh.kena catu catu catu.sejak pkr pegang selangor, dah kucar kacir jadinya..takyah tgk org lain..ni pengalaman sendiri.buat rumah sewa, nak apply meter tak d beri, alasannya 1 tanah lot, 1 nama, 1 meter air ja..tp hakikatnya bagi subsidi tak ikhlas..sedangka masa umno pegang selangor buat 10 rumah sewa pun boleh dapat 10 meter air tanpa masalah.fikir2lah.buka mata buka minda..tak pun catu air kt rumah kipas susah mati khalid ni je..senang..dorang yang pilih bagi dorang tanggung..barulah sehati sejiwa..
Myusahkan rakyat je
BalasPadamMyusahkan rakyat .tak adil lgsung..pentingkn Siti sendiri...
BalasPadamSerius ke teruk sangat masalah air kat Selangor tu ?? bersimpati dengan mereka yang alami masalah.. bersabarlah.. dugaan..
BalasPadamI dont respect u at all. Pmimpin bsenang lenang, rakyat mnderita. Shame on u mb slangor!
BalasPadamMslh catuan air kt selangor nie mmg sgt x adil...kt shah alam nie, org2 yg dok kwsn elit skit lngsung x pnh kne catu...contohnye u11, u12 n bnyk lg...nie kn plak kwsn umh si gagap nie...lg la mmg x pnh kne catu kot...agknye dorg je yg byr segala cukai kt selangor nie, org2 yg dok seksyen lain x byr kot...sgt x adil hokeh...sdh la ko gagap, gile makin nyampah aku tgk muke ko!!! Terima kasih la pd yg mengundi pr dlu eh...terima kasih bnyk2...
BalasPadambetul ke taiping kena catu juga nanti gua check dgn member gua......tapi diselangor ni kena catu seleruh tempat tapi yg peliknya MB dia tk kena catu mcm nikah pemimpin rakyat sakit mb senang lenang ini mcm kah jiwa rakyat ? dpt tahu subsidi air selangor akan ditarik balik no more 10metepadu air lagi.......
BalasPadamTaiping kna catu Bln Februari lhh skrg mano ado laghii...adoiii.. apolah ckp tak guna fakta
PadamEn Elmy Fadzli
PadamRUmah mak saya d Taiping, taman long jaafar 3 masih d catu sehingga saat ini. menaip menggunakan pengalaman sendiri,berdasarkan pengalaman dan fakta sendiri..bukan auta
semenyih kene catu gak ikut jadual. time air ada kitaorg kaw2 tadah n basuh baju or setelkn segala pinggan mangkuk yg x berbasuh. bila x de air pandai2 la jimat. OK je setakat ni... x de isu x Mandi or x leh masak. pikir2 kan la....
BalasPadambersyukur ape yang ade jangan mengeluh, ini semua dugaan dari allah.sabar separuh dari iman jagan aibkan orang nanti allah bukak aib kt.
BalasPadamBukan semua tempat kena catu. Aku tinggal area sg.buloh bukannya kna catu pon. N satu hal lagi bekalan air mentah sebelum water intake dkt loji sg.selangor 2 time aku g buat visit mmg air mentah dia dh tahap critical. Dh kurang sgt. Air nak rawat xda. Mcm mana nak ada air bersih? Sungai kelang tu air dah standard yg xboleh rawat dh. Air tu terus lepas ke laut. Sg selangor ja tinggal untuk rawat.
BalasPadampernah dengar Langat 2 tak?
PadamKami kat jerlun.. parlimen mb mukhriz mahathir pun krna catu air jgk.. mandi sungai jee kami.. ops.. lupa lak.. kedah umno perintah ek.. hehehe..
Padam"Kalau MB terkini mewakili UMNO-Barisan Nasional, BN, sudah pasti ribuan penyokong Pakatan Rakyat berpiket berulang kali, terpekik terlolong di sini."
BalasPadamJika kita berdialog bersama rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat, mereka menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dalam krisis ini - kata mereka mengapa tidak SYABAS diletakkan di bawah Kerajaan Negeri? Kata mereka lagi, ini adalah cara kerajaan Barisan Nasional menjatuhkan Pakatan Rakyat.
Moga Allah tunjukkan pada kita yang Haq dan Batil.
Padan muka penyokong yg undi PR di selangor. next pilihanraya umum buat lagi tau.
BalasPadamkilang nestle dishah alam pun nk tutup pasal air tkde.....3000 bakal kena buang hehe negara kebajikan PR
BalasPadamSilap2 geng P.R tgh cari skrip yg terbaik utk berhujah mcm mana nak salah kan umnoBN dlm hal ni ...sendiri mau ingat lah dah 2 penggal woihhhh masih carca marba ker....ckp jer lebih pung pang sana sini idup PR utk mencari salah org lain jer...dlm kain sendiri busuk mcm bangkai...
BalasPadamKawasan rumah kitorg kt lembah jaya ampang ni kawasan org berpendapatan sederhana ke rendah...byk rumah perkampungan...alhamdulillah tk kena catu....tkde ke nk dengki...cuba fikir kenapa hujan tapibairbdi empangan tu tk penuh2...Allah turunkan hujan utk haiwan dan tumbuhan yg sentiasa berdoa pd Allah....manusia ramai yg lalai...sekali sekala jer nk ingat Allah...pastu nk salahkan sana sini...tu baru Allah tarik nikmat air...mujur Allah bg lagi oksigen....
BalasPadamSyu Naz ... mcm mana nak tadah n basuh baju n setelkan segala pinggan mangkuk yg x berbasuh air yg dtg cuma 30 MINIT sahaja pada 8 pagi setiap 2 hari .. bayang kan ...
BalasPadamsetuju
BalasPadamApala korang ni, rumah besar dah tentu la tangki air besar. Kalau korang tak mo short air, prepare tangki besar sket. Asyik nak salahkan org jer kerjanya.
BalasPadamBila dah ada air pi cuci sket otak penyokong pr yg dh berapa lama x polish tu... sembang je lebih, bila kerja lgsg x blh pakai 1 sen pun..
BalasPadamSape2 yg Ikut diorg silakan terjun je ke laut sekarang blh mandi puas2, nak teggelam trus kat situ pn boleh!
Kami diSemenyih pun kene catu. 2 hari ada, 2 hari pula tak ada. Tak ada masalah macam kau orang pun.. Anak kecik ada, orang tua yang uzur ada.. Tak ada maaalah.. relak je. Sediakan bekas air la. tadah banyak-banyak. Tak kan yang tu pun nak kene ajar.
BalasPadamaku ada cadangan yang sangat tak bijak dan tak patut pun sapa2 ikut. kalau benarlah rumah MB ada air, rumah rakyat selangor x dak air (mujurlah aku kt penang air melimpah-ruah, Alhamdulillah), setiap org pakat buang hajat (yg besar) dalam plastik, then pi baling kt dlm pagar rumah MB selangor. Buat ramai2. Kalau kena kereta MB lagi baik. Cadangan tak bijak, risiko ditangkap pun ada dr CCTV. He he he.
BalasPadamSMTI
aku lagi terseksa dengan harga barang mahal dari masalah air yang kene catu 2 hari sekali ni.
BalasPadam