Diceritakan kepada saya, pelatih perempuan kini menjalani Program Latihan Khidmat Negara, PLKN, di sebuah kem mengadu kepada ibunya, tandas di kem terbabit amat kotor.
"Untuk mengelakkan berulang kali ke tandas kotor, anak saya tidak makan beberapa hari," ujar ibunya.
Hemat saya, pelatih PLKN semestinya berupaya menjangka, kemudahan disediakan di kem PLKN tentunya kurang selesa berbanding di rumah.
Lalu saya mencari maklumat menggunakan Google, menaip 'PLKN kotor'.
Saya kemudian mencapai berita dipaparkan pada September 2013, berhubung protes 200 pelatih PLKN di White Resort Camp, di Balik Pulau, Pulau Pinang. Mereka dilaporkan tidak berpuas hati kerana kedaifan kemudahan disediakan di kem itu.
Sebilangan pelatih mendakwa, makanan berulat, bantal kotor dan katil patah.
Berita sama dipaparkan oleh media berbeza.
1. New Straits Times, klik di sini.
2. Malaysiakini, klik di sini.
3. Malaysia News, klik di sini.
4. Borneo Post, klik di sini.
Diakui, saya terlewat membaca laporan media di atas tetapi tidak terlambat untuk berkongsi maklumat itu bersama pembaca.
Pelatih bukan tinggal di kem 3 hari tetapi 3 bulan. Pada usia 18 tahun, tentunya tidak ramai berstatus 'anak ibu' atau 'anak ayah', manja. Majoriti mereka tabah dan bijak berdikari.
Sebagai anggota masyarakat marhaen, timbul persoalan di benak fikiran saya. Tidakkah kakitangan Jabatan Latihan Khidmat Negara, JLKN terlebih dahulu memeriksa rapi 81 kem bakal dihuni oleh pelatih?
Mengapakah pemeriksaan mengejut hanya dilaksanakan selepas ratusan pelajar terbabit menyuarakan ketidakpuasan hati mereka? Sekaligus mencetuskan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
White Resort Camp diistiharkan kem PLKN terbaik pada tahun 2008 namun 5 tahun kemudian kemudahan ditawar mendukacitakan. Sekiranya JLKN melakukan pemeriksaan awal, pasti status sebenar kem itu diketahui.
Klik di sini.
Kes seperti itu tidak wajar berulang.
Tidak hairan jika sebilangan keluarga sanggup membayar yuran kemasukan anak mereka ke institusi pengajian tinggi swasta, IPTS, tatkala latihan dijalankan. Berbekalkan surat panggilan memasuki IPTS, anak mereka berpeluang dikeluarkan dari kem PLKN. Sedangkan ibu bapa tidak berniat meneruskan pengajian anak mereka di IPTS itu.
Ibu bapa tidak menafikan kebaikan PLKN untuk membina sahsiah dan jati diri pelatih tetapi kebajikan mereka wajib diambil berat.
Mereka bukan tentera.
Tentera sekalipun tidak wajar menggunakan bantal berkulat dan diberikan makanan berulat.
September 2006, pelatih PLKN, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18 tahun, dibunuh di Kem PLKN Pinggiran Pelangi Muadzam Shah, Pahang, klik di sini.
Kes dianggap terpencil.
ishhh gelinya.....
BalasPadamhaha...bantal kotor dan berkulat ni macam first day di sekolah asrama dulu. ada gambar pempuan dilukis atas bantal kadang-kadang, nama semua pelajar dalam dorm, kata-kata lucah. Sesetengah tu ada yang berlubang di tengah (dorm lelaki)
BalasPadamAda yg sampai berkulat dan bercendawan...mereka tak guna pillowcase. Tidur dengan bantal terdedah, air liur menitis (yang ada sisa makanan) itulah yang menyebabkan tumbuhnya kulat
Ai.. Pernah masuk dorm lelaki ke? Ish ish ish..
PadamKau buat Apa kat dorm lelaki ??? Mesti kes Nak tukar Bantal ye tak ??? (Bersangka baik )
PadamSy anak Warden....time cuti tak ada orang. so buleh le jalan-jalan di dorm lelaki. hahaha
Padamanak warden pun dilarang masuk asrama... pak hang ni langgar etika warden asrama pendidikan malaysia... aku juga warden asrama
PadamBantal kat asrama sekolah saya lagi bagus dari bantal dalam gambar tu
BalasPadamBantal saya tgk yg letak org mati dalam keranda pun cantik.. Cuma xberani nak cuba je.. Hehehe
PadamSaya pun pernah pergi rumah orang Asli.. Tidur rumah dia.. Bantal dia bersih sgt.. Rasanya lepas ni PLKN buat kat perkampungan orang Asli lagi bagus.. Boleh tolong diorg cari duit lebih..
PadamSMTi
BalasPadammasa PLKN 1st batch dulu saya di tahun kedua UiTM Shah Alam. setiap kali hujung semester kami diberi sebuah stor untuk menyimpan barang2 kami. tetapi bila mula balik semester, stor pecah, barang2 rosak, ada juga yang hilang. almari di bilik pecah, macam2 lagi lah yang berlaku. saya tak tahu lah mereka ni manusia atau apa. dan apa kesudahannya daripada menjalani program PLKN ni?
BalasPadamPerkara ni menakutkan saya. Kerana saya akan menjalani program PLKN tak lama lagi dan saya kumpulan yang ke-3.
BalasPadamHahaha.. Habis la.. Silap2 ada hantu kat kem.. Hantu jepun..
PadamSaya pernah pergi PLKN Tahun 2005 Sesi 1 di Kem PLKN Merang Suria Resort. Alhamdulillah lah sebab antara yang terawal kan, tapi sekarang dah tahun 2014.. huhu..jauh sangat dah... jadi, penambahbaikan adalah perlu untuk mengelakkan masalah seperti ini, kadang-kadang, iya la, macam bantal dan tilam tu, dah kuning.. pergh! kalau saya pun fikir dua tiga kali gak... huhu
BalasPadam