Rabu, April 16, 2014

MITHRAN DAN SHARMILA (MAHKAMAH SIVIL VS MAHKAMAH SYARIAH)

Mithran dan Sharmila, berusia 6 dan 9 tahun. Mereka, anak pasangan  N. Viran dan S. Deepa.

Viran kemudian memeluk Islam, begitu juga kedua anak pada April lalu. Manakala isterinya penganut agama Hindu. 26 Ogos 2013, Viran @ Izwan Viran Abdullah mendapat hak penjagaan dua anak terbabit daripada Mahkamah Tinggi Syariah. 


Lebih merumitkan kes, 7 April lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memberikan hak penjagaan kepada ibu mereka, S. Deepa, penganut agama Hindu. 

Viran kemudian dilaporkan 'menculik' Mithran.


Menghormati keputusan dua mahkamah terbabit, Ketua Polis Negara, KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan pasangan itu untuk menyelesaikan masalah peribadi didepani. Menurut beliau, polis tidak akan mengambil tindakan terhadap Izwan. Kenyataan KPN itu disokong oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Klik di sini.

Izwan berkata, dia mengambil Mithran untuk melindungi anak lelakinya itu.

Kklik di sini.

Deepa pula khuatir Mithran dicederakan.

Klik di sini.

Seperti dijangkakan, pemimpin parti pembangkang mula bersuara. Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mendesak Khalid mengambil tindakan mengikut undang undang sivil. 

Persoalannya, apakah pula kuasa Mahkamah Syariah dalam kes ini? Adakah keputusan mahkamah sivil mengatasi keputusan mahkamah syariah? Adakah kedudukan mahkamah sivil lebih tinggi berbanding mahkamah syariah?

Itu barangkali antara soalan berlegar di minda masyarakat. Kes ini terlalu sensitif andai dipolitikkan, kata peguam saya hubungi sebentar tadi.

2 ulasan:

  1. Dalam kes yang melibatkan urusan perundangan ini tidak banyak yang boleh kita bantu melainkan memohon agar pihak terlibat bertenang, sabar serta berusaha mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada. Memang banyak kes pertindihan keputusan mahkamah sivil dan syariah khususnya dalam hal perceraian dan pusaka yang menimbulkan pertikaian pihak terlibat. Tetapi kita tidak mahu keputusan tersebut memberi implikasi berlaku perebutan kuasa antara kedua mahkamah. Saya percaya masih ada ruang penyelesaian asalkan kedua pihak boleh mengambil pendekatan bertoleransi dalam menuntut hak kepentingan. Ini kerana punca pertikaian adalah dari kedua pihak dan mahkamah adalah alternatif penyelesaian masalah dan bukan segala-galanya ada di sana.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.