Sabtu, April 05, 2014

LAYAKKAH MENJADI PERDANA MENTERI?

Menggalas tugas Perdana Menteri tentunya bukan enteng. Mentadbir negara dihuni kira-kira 30 juta penduduk, pelbagai bangsa, agama serta kepercayaan politik, bukan seperti makan kacang goreng.

Isi dimakan, kulit dilontar.

Selagi wujud perkataan politik, perbezaan pendapat pasti berlaku. Ketidakpuasan hati tercetus di kalangan kelompok seteru.  

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bukan insan sempurna. Tidak bersifat syumul. Beliau juga manusia seperti kita semua. Memiliki hati, perasaan dan melakukan kesilapan. Beza beliau berbanding kita, Najib memikul tanggungjawab lebih besar berikutan mandat dianugerahkan oleh majoriti rakyat Malaysia. Bukan mandat diraih dari jalanraya tetapi pilihan raya.

Ayah beranak tiga, kekadang pening kepala. Lain anak, lain perangainya. Seorang manja, seorang menurut kata dan seorang lagi barangkali menjadi penderhaka. Pun begitu, ayah tetap cuba melayan anak sama rata kerana itu zuriat dikongsikan bersama isteri tersayang. Anak bersikap buruk dinasihati. Harapan, dia akan menjadi insan berguna.

Jutaan rakyat, tentunya pelbagai ragam mereka.


Tatkala memerintah negara ini, Najib berulang kali dikecam dek pemimpin parti pembangkang namun beliau tidak pernah mempamerkan emosi, kerana Najib, Perdana Menteri. Beliau dihentam berdentum kanan dan kiri.

Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil mendakwa kononnya beliau pengecut, berikutan tidak membuka ruang soal jawab ketika sidang media di Australia. Najib tidak bingkas melatah lalu menghamburkan kata nista. Awak hingusan lagi dalam bidang politik! Tidak. Mengapa? Kerana Najib pemimpin ternama. Setiap tindakan dan tutur kata diperhati dan didengar dek dunia. 



Janggalnya, tidak pula kedengaran suara sumbang dari negara Down Under, hanya seorang anak Malaysia, cabul tatkala berbicara. Lenyap sudah sikap hormat kepada pemimpin lebih berusia, hanya emosi dijadikan kiblatnya. 

Mujur Allah mendinding Najib dengan ketenangan jiwa. Pasti tindakan beliau itu telah direncana,  berlandaskan kematangan minda diraih melalui pengalaman berharga.


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua pula bersuara lantang. Berjanji bakal menjatuhkan Najib sebelum 7 Ogos menjelma. Menjatuhkan Najib, mengangkat siapa?  

Biarkan dia menyalak bukit. Hatinya hitam tidak terkira.

In Sha Allah Najib tetap terbela, mendepani cabaran sebegitu rupa.  


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pula pening kepala. Mendakwa, Najib pemimpin lemah, tidak berkuasa. Adakah Najib melatah? Tidak sesekali kerana Najib, Perdana Menteri.

Perdana Menteri wajib cekal mendepani gurauan nakal. Anwar bakal ke penjara, di situ barangkali terserlah kredibilitinya. Kelak makan nasi berulam derita.

Menjadi ketua negara, tutur kata dan tingkah laku harus dijaga. Disokong pula peradaban terpelihara biarpun dicaci, dimaki mahu pun dihina.

... kerana Najib, masih Perdana Menteri, bukan kita.

Bayangkan, betapa tinggi darjat kesabarannya. Sedangkan Anwar sewaktu disoal oleh media tidak sebulu, menjerkah marah tanpa diduga.


Kelihatannya, emosi Anwar terlalu mudah goyah. Digoyahkan soalan wartawan tidak ternama. 

Layakkah dia menjadi Perdana Menteri?

8 ulasan:

  1. Anu.. panggil orang berkumpul untuk bertanya, bila orang tanya perkara yang sensitive, marah pulak.. putar belit. Layak kah orang macam ni jadi PM?

    BalasPadam
  2. Mempertahankan kebenaran di atas fitnah terhadap kita amat sukar kerana konspirasi yg besar dan kuat. Hanya semangat yg kuat yg dapat melawan . Itu yg berlaku sekarang. Pihak yg berkenaan masih rapuh membuktikannya. Jangan terperangkap fitnah dajjal ini. Wahai orang beriman ingatlah apa yg dikatakan pesanan nabi kita muhammad s.a.w hamba2nya yg muflis di akhirst nanti. Amat rugi sekali kalau kita bersubahat dalam fitnah yg dicipta oleh golongan dajjal.

    BalasPadam
  3. Sesungguhnya kesabaran, ketenangan hanya akan dapat bila kita sentiasa mengingati Allah .

    BalasPadam
  4. U tanya I saman U pulak! Anwar & konconya mmg manusia bangsat.

    BalasPadam
  5. rakyat yang biadap wajar dikenakan tindakan yang tegas. Nilai kesopanan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng. Saya menyokong penuh tindakan undang2 kepada mereka yang biadap terhadap pemimpin tidak kira dipihak mana. Jika menghina PM atau isterinya dikira biadap, saya kira menghina, super-impose bekas MB k'tan, MB Sel, Ketua Pembangkang pun dikira biadap dan wajar dikenakan tindakan. Biarlah berbeza pendapat, namun nilai asia (jika bukan Islam) wajar dipertahankan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.