November 2013, saya melaporkan tindakan sebilangan warga Nigeria dikatakan meraba sebilangan penduduk wanita di Flora Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Klik di sini.
Melalui tinjauan berulang saya lakukan ke lokasi terbabit, majoriti penduduk tempatan ditemui, meluahkan rasa tidak senang hati berikutan kebanjiran warga Nigeria di situ. Tengah malam tadi, saya menyertai operasi bersama pihak berkuasa di penempatan agak tersorok itu, klik di sini.
Unit apartmen diperiksa oleh pasukan diketuai oleh anak kelahiran Alor Setar, Kedah, Inspektor S. Kali, mewakili Pasukan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, menarik perhatian saya.
Pintu ditampal pelekat Pasukan Polis Diraja Malaysia diketuk pada kira-kira jam 1 pagi.
Muncul lelaki Afrika bertubuh sasa, membuka pintu, dikunci dari luar dan dalam.
"Ini mesti polis Afrika tetapi menggunakan logo kita," gurau anggota berada di sekitar pintu.
Pasukan serbuan kemudian menggeledah unit terbabit.
Seperti kelaziman, sebilangan daripada mereka mendakwa paspot antarabangsa disimpan oleh pihak pengurusan kolej, tempat mereka belajar. Dokumen perjalanan warga asing diberkas, diperiksa oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia, JIM.
Mereka sepatutnya berada di rumah, tidur bersama pasangan tetapi demi tugas, keselesaan itu dikesampingkan buat seketika.
Mereka sepatutnya berada di rumah, tidur bersama pasangan tetapi demi tugas, keselesaan itu dikesampingkan buat seketika.
"Cuba tengok, di atas kotak suis berhampiran bahagian atas pintu, di hampir setiap unit, diletakkan air di dalam botol mineral," bisik Kali, pegawai sebelum ini bertugas di Cawangan Jenayah Berat, D9.
Dilihat, tubuh Kali tidak sesasa badan warga Nigeria diperiksa tetapi semangat beliau dan anggota ternyata kental untuk memastikan penduduk tempatan di lokasi itu berubah lebih selesa.
Pada fikiran saya, operasi bersepadu seperti ini wajar dijalankan secara berkala agar warga asing menetap di situ tidak naik lemak. Sekaligus pihak berkuasa berpeluang membendung kegiatan bersabit jenayah menghantui ramai penduduk. Flora Damansara bukan sahaja mendepani masalah lambakan warga asing malah sebelum ini beberapa kes bunuh dan bunuh diri juga berlaku di penempatan sama.
Dilihat, tubuh Kali tidak sesasa badan warga Nigeria diperiksa tetapi semangat beliau dan anggota ternyata kental untuk memastikan penduduk tempatan di lokasi itu berubah lebih selesa.
Pada fikiran saya, operasi bersepadu seperti ini wajar dijalankan secara berkala agar warga asing menetap di situ tidak naik lemak. Sekaligus pihak berkuasa berpeluang membendung kegiatan bersabit jenayah menghantui ramai penduduk. Flora Damansara bukan sahaja mendepani masalah lambakan warga asing malah sebelum ini beberapa kes bunuh dan bunuh diri juga berlaku di penempatan sama.
Lalu saya mendekati seorang daripada penghuni rumah untuk merungkai misteri itu.
"The switch box is hot, so we put water on top of it," dakwa lelaki Nigeria terbabit.
Namun penjelasan diungkapkan tidak begitu masuk akal. Barangkali sebilangan pembaca boleh mengutarakan huraian lebih logik.
Perlukah kotak suis disejukkan? Untuk tujuan apa?
Perlukah kotak suis disejukkan? Untuk tujuan apa?
Penyewa unit mendakwa berstatus pelajar tetapi sebilangan memiliki kenderaan sendiri dan lesen memandu Malaysia. Mungkin anak golongan hidup mewah di negara asal. Kenyataan itu menerjah pemikiran saya.
Justeru tidak hairan jika mereka juga berpeluang mengepit wanita tempatan dan warga asing dari Filipina tatkala berada di negara kita. Di rak kasut berhampiran pintu, saya merakamkan gambar beberapa pasang kasut, pastinya bukan milik lelaki menetap di unit sama.
Kebanyakan unit rumah didiami oleh warga Nigeria, dilengkapi kemudahan peti ais, perabot dan set audio video, televisyen berskrin besar.
Semua lelaki terbabit kemudian dibawa ke kaunter sementara penguatkuasa JIM di blok berbeza.
Barangkali kerana terlalu meluat melihat gelagat warga Afrika di sekitar apartmen itu, beberapa penyewa tampil memberikan maklumat kepada pihak polis. Maklumat disalurkan juga tepat dan amat membantu dalam perlaksanaan operasi.
Kita semua akur, bukan semua warga Afrika bermastautin di Malaysia, berperangai buruk tetapi sebilangan terbabit dalam kes jenayah serta menampilkan sikap tidak bermoral, ternyata mencemarkan imej mereka secara keseluruhannya.
Pun begitu, warga asing lain juga tidak lekang melakukan kesalahan sekaligus melanggar undang-undang termaktub.
Lelaki warga Nepal di bawah mempunyai kisah menarik untuk dikongsikan.
Timbul keraguan melampau ketika salinan dokumen perjalanannya diperiksa oleh kakitangan JIM. Dokumen dikemukakan oleh Vishnu, 20 tahun, dipercayai palsu.
Dia mendakwa, sebelum ini bertugas di kilang di Johor Bahru, Johor tetapi gagal menamakan lokasi spesifik serta nama kilang itu.
"No, that document was given to me," balasnya jujur.
Unit terakhir diserbu, terletak di tingkat 24.
Setelah Kali mengetuk pintu berulang kali, tiada sebarang respon. Pada kira-kira jam 1.30 pagi, anggota polis bertugas terpaksa memecahkan pintu untuk masuk melakukan pemeriksaan.
Penghuni gagal menunjukkan dokumen perjalanan, digari setelah memakai baju.
Secara cemat dan berkumpulan, anggota polis kemudian menggeledah bilik di unit terbabit.
Seorang daripada mereka menemui beg.
"Whose bag is this?," soalnya kepada penghuni rumah.
Namun tiada antara mereka mengaku. Lalu seorang daripada penyewa rumah dipanggil sebagai saksi untuk melihat proses beg dibuka untuk mengelakkan sebarang tohmahan terhadap pegawai serta anggota polis melaksanakan tugas.
Menurut Kali, polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung sumber wang tunai itu diperolehi. Seorang daripada lelaki Nigeria diberkas kemudian mendakwa wang berjumlah kira-kira RM11,000.
SALAM,
BalasPadamKALAU DI NEGARA MAJU, PEMILIK RUMAH AKAN MEMASTIKAN TARAF VISA PENYEWA/ PENGHUNI KERANA JIKA RUMAH MILIK MEREKA DIDIAMI OLEH PATI, MERE TURUT DI DAKWA TETAPI DI NEGARA KITA ADA MACAM-MACAM PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG TAPI PERLAKSANAAN MACAM SIAL.
AGAKNYA DAH BERAPA ORANG DI KAWASAN BERKENAAN YANG SUDAH JEMU MEMBUAT LAPORAN?
Izinkan saya menambah.Sedikit masa dulu saya teringat sdr mazidul ada membuat liputan tentang masalah yg ditimbulkan oleh para negro terhadap warga tempatan.Apabila disoal,seorang daripada mereka menempelak penduduk tempatan kerana tidak pandai menyesuaikan diri dengan mereka.Bayangkan mereka yg mendatang kita pula yg disuruh menyesuaikan diri dengan perangai tak semenggah mereka.
BalasPadamSaya dapati kebanyakan daripada negro masuk ke negara ini melalui pas pelajar kolej2 swasta.Sedangkan hakikatnya cuma segelintir kecil saja yg benar2 pelajar manakala yg lain pula sama ada tidak berkerja atau membuat kerja2 'gelap' melihat pada cara hidup yg mewah dan sikap gemar berfoya2 dengan wanita2 tempatan yg mereka amalkan.
Saya cadangkan kepada sdr agar membongkar kegiatan KOLEJ2 SWASTA yg menjadi dalang/saluran kepada pengeluaran pas2 pelajar secara 'haram' ini.Apakah kegiatan ini harus dibiarkan berterusan dan dipandang sebelah mata oleh pihak berkuasa dan kerajaan semata2 kerana pengaliran wang asing masuk ke negara ini, tanpa mengambilkira masalah sosial dan jenayah berleluasa yg ditimbulkan oleh mereka yg meresahkan warga2 tempatan?KDN di bawah dato' zahid hamidi tentu terlebih sedia maklum..
Saya sgt setuju dengan cadangan saudara. Check kolej yg bagi dorang nih belajar,check attendance…sebab dorang nih sama jer ngan nigers2 tersebut..penipu!
PadamAssalamualaikum en mazidul..... biasenye kte akn tgk laporan yg penguatkuasa mmbuat serbuan dan pemeriksaan..... tetapi dihrp sesekali en mazidul paparkan tindakan yg akn dkenakan kpd mereka... cntoh... apakah tndakan imigresen slps serbuan dan tgkapan dlakuan... mghntr mereka pulag atau dmsukkan ke pnjara dan akn dlepaskan dlm tempoh tertentu... sekian...
BalasPadamEn mazidul, apa misteri botol air mineral atas db box tu?
BalasPadamyerrr ... saya pun tercari cari juga jawapan dan penjelasannya ... utk apa air dalam botol tu
Padammisteri air dlm botol sama misterinya kekayaan mereka yg melimpah2 w,pun tak kerja...
PadamUndang2 hanya dipandang sebelah mata.. Warga tempatan juga harus dihukum kerana bersubahat menyewakan rumah2 mereka kepada pati ini. mereka tidak kisah, yg penting ada wang masuk demi mengelak beban yg ditanggung. Soal apa penyewa buat dalam rumah tersebut dia punya hal...maka inilah natijahnya orang lain turut jadi mangsa ketidakselesaan dengan gelagat buruk pendatang ini. Justeru wajar tuan punya rumah diheret sama untuk dihukum. Mereka bersubahat..
BalasPadambotol air tu untuk apa?pelihara nyamuk ke?
BalasPadamSMTI-Damansara dah sama macam Minesotta, ramai Somalian.
BalasPadamMisteri air dlm botol atas switch box- saya ada dengar kalau nak kurangkan change bil electric masukkan air hingga separuh ke dlm botol dan letakkan di atas meter. Ia dipercayai boleh mengurangkan hingga 1 per 4 bil electric. Keberkesanannya tidak dapat dipastikan.
BalasPadamLaksana undang-undang jenayah islam. Dlm Al Qur’an tertulis hukuman pencegah dari Allah bagi kesalahan zina/rogol, curi/rompak dll. Kita sifarkn jenayah dgn sokong hudud. Come on mazidul.
BalasPadam