Jumaat, April 04, 2014

KES CULIK : 15 PEKERJA PUSAT PERANGINAN PENDATANG HARAM

Ketua Pengarah Kawasan Keselamaran Khas Pantai Timur Sabah, ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek mengesahkan, 15 pekerja asing di pusat peranginan berlaku kes culik di Semporna, Sabah, tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Pendatang HARAM. 


4 suspek diberkas oleh polis untuk siasatan juga berstatus sama. 

Menggajikan pekerja asing tanpa izin, satu kesalahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63. Jika sabit kesalahan, majikan boleh didenda di antara RM10,000 dan RM50,000 atau dipenjara 12 bulan atau keduanya.

Tambah Mohammad, pengusaha pusat pelancongan di Sabah berulang kali diperingatkan agar tidak menggunakan khidmat warga asing tanpa dokumen sah tetapi enggan dipatuhi.

1 ulasan:

  1. Tak patuh sebab tiada tindakan diambil... lagi pun apalah sangat setakat membayar RM50K tu... Income pengusaha pelancongan tu lebih dari itu... Sepatutnya pihak berkuasa perlu bertindak tegas dan menggunakan hukuman yang lebih berat lagi.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.