Selasa, April 01, 2014

HENTI MELACURKAN HOSPITAL KERAJAAN KEPADA WARGA ASING


Adakah Malaysia mengiktiraf pelarian?

Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol Pelarian 1967. Maksudnya, Malaysia tidak mengiktiraf pelarian. 


Jadi mengapakah sebelum ini, telinga kita sering disumbatkan dengan berita berhubung kelompok berstatus pelarian, contohnya warga Rohingya, Kemboja dan Aceh? 

Saya tidak mampu menjawab soalan itu.

Biarpun tidak diiktiraf, mereka bebas, hidup aman damai di Malaysia. 

Sewaktu membuat liputan di sempadan Jordan-Syria, saya melihat, pelarian ditempatkan di ratusan khemah di kem berpagar kawat besi.



Nasib 'pelarian' di negara kita lebih baik. Biarpun dilarang bekerja, mereka masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan dan beranak-pinak. 


Baca contohnya, klik di sini.

Mereka dibenarkan bermastautin di Malaysia berikutan faktor kemanusiaan. Malah sekiranya ditahan oleh pihak berkuasa, dengan menunjukkan kad UNHCR, mereka akan dibebaskan, selagi tidak terbabit dalam kes jenayah.



Situasi itu kemudian dieksploitasi ramai warga asing lain, barangkali tidak layak untuk mendapat perlindungan UNHCR. Pada masa sama, terdapat kes kad UNHCR dipalsukan.

Rujuk di sini.



Sindiket dan pelanggan membeli kad UNCHR palsu itu menyedari fakta, kad terbabit bak 'nyawa' mereka sepanjang meneruskan kehidupan di negara kita. Penggunaan kad sama dieksploitasi mengikut kepentingan sendiri.

Saya dimaklumkan, pemilik kad UNHCR diberikan diskaun 50% tatkala mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Contohnya, untuk mendapatkan rawatan, mereka hanya membayar RM7.50 sahaja. Tanpa kad, RM15. Kadar bayaran itu dilihat telalu murah berbanding kadar dikenakan oleh hospital swasta.

Sekaligus warga asing bersikap sudah diberikan betis, hendak paha. Mereka membolot peluang mendapat rawatan semaksima mungkin.  Melalui temu bual bersama kakitangan hospital, enggan identiti mereka didedahkan, saya dapati mereka muak dengan sikap sebilangan warga asing itu. Sikap biadab sewaktu berkomunikasi bersama kakitangan hospital menjengkelkan. 

"Seorang lelaki berketurunan Indonesia membawa ibu dan ayah dia ke hospital kerajaan dan mendesak dilakukan pemeriksaan terperinci terhadap orang tua dia. Saya beritahu, ayah dan ibu dia, bukan warga Malaysia. Secara bongkak, dia berkata, saya penduduk tetap Malaysia. Sebilangan lagi warga Indonesia berkunjung ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial, sebagai pelancong. Contohnya, mereka menghidap penyakit batuk kering. Sebaik tiba di Malaysia, mereka mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Tinggal di wad dalam tempoh lama sehingga pas lawatan sosial dimiliki tamat tempoh. Apabila tamat tempoh, mereka berstatus pendatang tanpa izin, lalu kes dirujuk kepada Jabatan Imigresen. Tanpa menjelaskan bil hospital, mereka dihantar pulang ke negara asal. Itu satu daripada muslihat mereka," ujar sumber dari hospital.

Barangkali, selama ini pihak berkuasa tidak menyedari hakikat, perkhidmatan ditawarkan oleh hospital kerajaan dilacurkan oleh warga asing, menangguk di air keruh.

Terbaru, Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menempatkan 4 penguatkuasa di Hospital Kuala Lumpur. Dalam tempoh 14 hari, 71 warga asing berkunjung ke hospital terbabit, diberkas kerana melanggar Akta Imigresen 1959/63. Bukankah itu bukti jelas, warga asing melacurkan kemudahan di hospital kerajaan selama ini?

Berita itu saya nukilkan di sini.

Hemat saya, kejayaan program perintis itu harus diteruskan di hospital kerajaan di seluruh negara bagi memastikan kita tidak terus menyusukan kera di hutan dan membiarkan anak di riba mati kelaparan. 

Warga asing bukan pembayar cukai justeru rakyat Malaysia harus diberikan keutamaan.


17 ulasan:

  1. Mungkin lps ni boleh letak imigresen di pintu masuk stadium masa perlawanan bolasepak antara harimau malaya lawan garuda, myanmar dll. Hasilnya mungkin lebih lumayan. Ribu-ribu dalam sejam.

    BalasPadam
  2. Kena teruskan di SEMUA hospital2 besar daerah terutamanya di Sabah.

    Adik saya seirang doktor perubatan kerajaan. Dia akui memang merawat terlalu ramai warga asing. Pernah dia tak tidur 48jam hanya kerana menjaga dan merawat seorang warga indonesia yg sawan sewaktu mengandung. Sebab tidak daftar dan dpt rawatan awal di klinik ibu mengandung. Di pesakit luar pula, percayalah 50% adalah warga asing.

    Kerajaan melalui LHDN bgt tegas mencekik rakyat Malaysia untuk byr cukai tetapi warga asing yg berjual beli dll dibiarkan..bilalah kerajaan hendak sedar ni?

    BalasPadam
  3. Pelarian dari Kemboja dan Aceh yang ada kad UNHCR sebenarnya berstatus pendatang haram sebab negara mereka bukannya dilanda situasi peperangan macam di Sudan dan di Palestin. bahkan ramai pendatang haram dari indonesia banyak mengambil jalan mudah dengan menyamar sebagai penduduk Aceh sedangkan mereka berasal dari daerah lain dari segi dialek mereka.

    Pendatang Rohingya berkemungkinan boleh diterima berikutan dengan penindasan di negara mereka sendiri yang diambang penindasan dan penghapusan kaum etnik mereka di sana dengan syarat tidak menimbulkan masalah di negara yang mereka tumpang berteduh.

    Kadar penyalahgunaan kad status UNCHR ini dah lama berleluasa di negara kita dan pengabaian dari segi pemeriksaan dan penguatkuasaan di pusat-pusat rawatan, di bank dan pintu masuk ke negara ini amat lemah menyebabkan mereka boleh manipulasikan kad UNCHR tersebut untuk menerima subsidi yg sama seperti rakyat di Malaysia. Selepas tamat visa, segala perbelanjaan mereka semasa menerima rawatan juga turut tidak dapat dituntut dan segala wang yg dibelanjaan untuk menguruskan mereka ketika di depoh tahanan pendatang asing dan urusa mahkamah menyebabkan wang kita habis begitu sahaj tanpa dapat dituntut kembali.

    BalasPadam
  4. Saya pernah membuat pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan kerajaan di Kuala Lumpur beberapa tahun dahulu. Bukanlah saya ini sombong atau memandang rendah kepada bangsa lain, tidak. Cuma, nyata ianya sangat tidak selesa kerana warga asing terlalu ramai. Sudahlah datang bawa saudara/kawan, tidak pandai berbahasa Melayu atau Inggeris pula. Ruang menunggu tu memang hampir majoriti dipenuhi dengan rakyat luar bukan warganegara Malaysia. Mereka juga pengotor, suka meludah merata-rata tempat yang memang membuatkan saya kembang tekak.
    Tapi saya respect dengan kakitangan yang bertugas kerana kesabaran melayan karenah warga asing ini. Saya harap pihak kerajaan ambil tindakan cepat kerana selain daripada faktor kebanjiran orang-orang luar ini, negara juga terpaksa mengeluarkan belanja yang sangat besar untuk kos perubatan.

    BalasPadam
  5. Letak polis dan imigresen dan menetri Tin Kosong ..kat pintu masuk menaiki LRT, komuter..kalau bebtul,nak tangkap lah...tapi ...ramai dnatara meka punya boss kontrektor, pemaju. Ptojek..org besar da jadi kawan meka..so mana mana nak kuatkuasa..tambahan bila semua warga asing tak ada lagi..mahukah bngsa bumi dan melayu kambil ahlih keja kontrek, ladang, tulang cuci, tukang cuci pinggan

    BalasPadam
  6. SMTI-Diharap supaya pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.

    BalasPadam
  7. Jika di airport laluan boleh diasingkan mengikut kerakyatan Malaysia dan luar, kenapa tidak di Hospital kerajaan? Lebih elok kaunter pendaftaran hospital untuk warga asing dijaga oleh Imigresen.

    BalasPadam
  8. Tuan, pengalaman kami terpaksa "melarikan" diri ke klinik swasta, disebabkan klinik kerajaan terlalu penuh! Penuh dengan warga Indonesia (majoriti), Afrika dan macam-macam negara lagi. Bukan menafikan hak mereka untuk mendapatkan rawatan, tetapi bilangan mereka memang terlalu ramai!

    Cuba tuan "serbu", tidak perlu jauh, hanya sekitar Gombak Darul Truly Asia.

    BalasPadam
  9. salam tuan...

    izinkan saya mengucapkan tahniah atas pendedahan tuan.....ia satu jihad dan semoga ALLAH sahaja membalas pihak yang menjayakan...

    saya pernah menulis tentangnya dan disiarkan utusan malaysia.... rujuk http://utusan.com.my/utusan/Forum/20140117/fo_03/Kenakan-cukai-tinggi-ke-atas-semua-pekerja,-pendatang-asing-di-Malaysia

    namun sbb saya penulisan picisan yg tak dapat apa-apa bayaran(ayat skema blogger dibayar)....saya hanya menulis untuk anak2 saya sahaja dan sedikit harap malaysia akan berubah menjadi baik...

    saya ingin meminta pertolongan tuan ke 99 SPEEDMART di taman wilayah, selayang...selepas tesco selayan, selepas pasar borong wilayah selayang sebelum simpang ke hospital selayang ada esso dan deretan kedai 99 speedmart...dulu kawasan tersebut dikenali sbg warta baru.

    tuan ke sana jam 1130-1230 tuan akan dapat lihat anak2 kemboja memakai baju sekolah kebangsaan tunggu bas di 99 speedmart itu...

    sbg orang islam saya tidak kisah dan bangga kita dapat membei ilmu pada orang islam waima bangla indon atau kemboja...

    tapi ia perlu dipantau khususnya semangat kenegaraannya dimana adalah munasabah untuk memberi pendidikan yg adil dan lebih pada rakyat malaysia khususnya ibu bapa nenek datuk moyang berasal dari malaysia....

    dengan kad unchr anak mereka lahir disini, menjadi rakyat malaysia...sekolah dan kemudian kerja kerajaan di putrajaya....

    pantauan amat diperlukan agar jika malaysia diserang tiada tali barut seperti masa sulu serang dulu....

    saya bukan minta ditahan anak2 ini sekolah kebangsaan apatah lagi mereka islam...tapi adalah perlu dilebihkan anak tempatan dalam hal ini apatah lagi ibu bapa mereka dapat duit bukan menjana ekonomi malaysia sume hantar balik kg....

    unchr atau pendatang ini mendapat layanan sama di hospital, dalam pendidikan dan kemudian peluang kerja di sektor awam dan haruslah ia dipantau dan dikenakan yuran dsb....

    BalasPadam
  10. Salam..

    semoga pendedahan sebegini membuka mata banyak pihak..
    saya sendiri mengalami.. Sepanjang kehamilan saya akan checkup di klinik kesihatan kerajaan, selama itulah saya lihat terlampau ramai warga, myanmar, indonesia yang datang juga.. Mungkin mereka ini dikenakan juga bayaran tapi bagi saya bayaran mereka telalu MURAH sedangkan kita rakyat yg membayar cukai.

    Sekarang sudah tidak dapat bezakan hak rakyat malaysia.. yuran sekolah pun sama..
    Ibarat sudah tiada keistimewaan sbg rakyat malaysia.

    semoga pendedahan abg mazidul membuka mata ramai pihak..

    jangan kita menjadi asing di bumi sendiri

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
    Tujuan saya menulis ini bukan untuk menyebelahi sesiapa ataupun memperlekehkan sesetengah komen yang ditabur di laman ini. Saya hanya ingin memberi pandangan dari sudut seorang doktor yang setiap hari menerima pesakit warga asing/pelarian atau lebih tepat, saya ingin 'highlight' layanan sesama insan/manusia.
    Memang benar, Malaysia kini dibanjiri warga asing.
    Memang benar, Malaysia menerima pelarian Rohingya, Kemboja, Acheh.
    Memang benar, apa sahaja yang tuan-puan katakan disini, memang benar belaka...

    Tetapi, pernahkah tuan-puan disini mengambil masa sedikit untuk mengenali warga asing ini?
    Bertanyakan khabar - sihat atau tidak?
    Bertanya kepada mereka, 'gaji anda berapa'?
    Bertanya 'makan apa hari ini'?
    Bertanyakan keadaan saudara-mara mereka?
    Pernahkah terlintas untuk tanya semua ini? Tentu TIDAK.

    Profesyen saya membenarkan saya bertanya semua ini dan amat mengejutkan/menyedihkan saya tentang latarbelakang pelarian UNHCR ini.

    Antara kes yang dapat saya kendalikan ialah etnik Rohingya, umur 20 tahun yang tampil ke Hospital Kerajaan dibawa oleh rakan-rakan dengan mengadu lemah seluruh badan - tidak dapat bergerak anggota bawah badan selama sebulan. Antara soalan simple yang saya tanya:
    Kerja apa? -tolong kedai
    Gaji berapa? -RM2 sehari
    Makan apa? -nasi taruh garam, satu minggu makan daging satu kali.
    Sebelum datang Malaysia, berapa lama tinggal di kem pelarian? - 8 bulan
    Apa you makan masa ditahan? - roti saja

    -Ini antara jawapan yang saya terima. Lebih menyedihkan, 3 orang rakannya yang lain mengikat perut, dengan gaji RM2 sehari, mengumpul sedikit demi sedikit wang yang ada, untuk membawa rakan yang terlantar sakit ini, bagi tujuan membayar wang pendaftaran di Jabatan Kecemasan hospital-hospital kerajaan yang bernilai RM50.

    Warga asing ini tidak akan sekali-kali berkunjung ke Hospital atau Klinik kerajaan, melainkan mereka terlalu sakit. Dan mengumpul dana untuk ke klinik bukanlah hal yang mudah bagi mereka.
    Dalam hal hak asasi manusia untuk mendapatkan rawatan perubatan, bagi saya, tiada siapa terkecuali. Semasa memilih profesyen kedoktoran, saya telah mengangkat sumpah untuk membantu manusia sejagat.

    Jangan kata saya berat sebelah pula, saya hanya menyampaikan perspektif perubatan sahaja. Saya sangat bersetuju jika warga asing ini dikurangkan, diberkas bagi mereka yang tinggal secara haram di Malaysia. Namun, dalam soal perubatan, setiap insan berhak mendapat rawatan. Bagi mereka yang datang ke Malaysia dengan tujuan mendapat rawatan yang murah di Hospital Kerajaan pula, memang saya sangat tidak bersetuju dan golongan ini perlu disaring terlebih dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Niat tidak menghalalkan cara. Undang undang negara ini wajib dipatuhi. Fakta, Malaysia TIDAK mengiktiraf pelarian. Namun kerajaan kita cukup baik kerana menyediakan kemudahan perubatan kepada warga asing. Malangnya kemudahan itu disalahgunakan.

      Kita boleh berasa kasihan tetapi mereka jugah harus mengasihani diri kerana melanggar undang undang dan ketetapan di Malaysia ini.

      Maklumat saya kumpul bukan daripada seorang doktor tetapi ramai.

      Padam
  12. Kerajaan M'sia ni memang terlalu baik..
    Tapi rakyat sendiri tertindas..

    Setiap kali saya ke luar negara..
    Pesanan yg paling selalu saya dapat ialah JANGAN SAKIT DI NEGARA ORANG..
    Sebab kosnya terlalu tinggi..

    Makcik saya pernah pengsan kerana anemia di Saigon dan dibawa ke hosp kerajaan..
    Bila nak discharge.. bayaran yang perlu dijelaskan bersamaan RM20000..

    BalasPadam
  13. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.......- khutbah terakhir rasulullah saw.

    BalasPadam
  14. Warga asing akan di caj lebih lebih mahal dari warganegara. Kalau hospital kita tak rawat kat mana lagi diaorang nak dapatkan rawatan? Takkan nak biar mati atau sakit macam tu aje kut. Cuba baca ikrar perubatan. Kami bantu semua pesakit tak kira siapa, tanpa mengira bangsa, agama, politik. Semua orang layak menerima rawatan yang sepatutnya.

    BalasPadam
  15. erm...jangan salahkan kami doktor yang dah berikrar merawat pesakit tidak kira bangsa dan agama...cuma tanyalah pihak yang bertanggungjawab(konon berikrar menjaga keamanan sempadan negara) membenarkan kebolosan di sempadan negara kita terutamanya di Sabah dan Sarawak..khabarnya ada di kalangan penguatkuasa yang dibayar oleh PATI untuk berkahwin lagi satu dengan wanita mereka..sebab itu semua operasi macam melepas batuk di tangga sahaja..ada orang dalam..'fake in genuine IC' project jangan cakaplah...satu nombor IC ada tiga orang yang menggunakan nya...satu yang genuine empunya IC, dua lagi? ada yang beri pinjam IC kepada PATI untuk mendapatkan rawatan subsidi di hospital,sudahnya diri empunya IC yang ada rekod kesihatan,buatnya si PATI tu ada epilpesi/HIV/mati, tak ke haru jadinya?-ni baru secebis pengalaman saya sebagai doktor di Sabah-Wallahualam

    BalasPadam
  16. Ada warga myanmar berfahaman buddha juga mendapat kad UNHCR dan berkerja di kilang dgn upah lebih rm50/- sehari. adakah mereka layak? setahu saya yg jadi pelarian ialah org Islam Rohinyga, bukan myanmar buddha. tlg siasat perkara ni. begitu juga warga sri lanka (buddha), apakah mereka benar2 layak utk dapat kad ini?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.