Khamis, April 10, 2014

PAKAR MOTIVASI DISIASAT POLIS

Pelbagai berita disebarkan di alam siber, berhubung kes pelajar pusat pengajian tinggi di Arau, Perlis, mendakwa dicabul oleh pensyarah juga pakar motivasi agak terkenal.


[ Supt. Mohd Nazri Hussien ]

Sehubungan itu, saya menghubungi Ketua Polis Daerah,  IPD Arau, Superintendan Mohd Nazri Hussien untuk mendapatkan penjelasan.

"Pihak polis telah merakamkan kenyataan pengadu dan kini berusaha mengesan beberapa saksi di Perlis dan di luar Perlis. Semalam, suspek dipanggil,  hadir di IPD Arau, kenyataannya direkod untuk melengkapkan siasatan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, mencabul. Pegawai Penyiasat kes kemudian akan menyerahkan kertas siasatan lengkap  kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," ulas beliau.

Mohd Nazri dihubungi pada jam 12.40 tengah hari tadi.

2 ulasan:

  1. dengar kata pensyarah tu dah ada rekod sebelum ni di unviersiti lama di terengganu dia pernah mengajar, ramai orang situ kenal dengan sikap dia. hairan macam mana dia boleh terlepas dan tak serik buat perkara sama. sepatutnya pensyarah macam ni tak boleh dibiarkan mengajar, merosakkan nama baik profesion perguruan sahaja!

    BalasPadam
  2. hehehe.. renung2kan dan selamat beramal...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.