Khamis, April 03, 2014

SCORPENE : JANGAN MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI


Saya menulis mengenai Kapal (selam) Diraja, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, klik di sini.

Berikutan itu pelbagai soalan dikemukakan kepada saya sejak semalam.

Terus-terang, saya tidak pernah berpeluang menaiki aset pertahanan negara itu namun saya percaya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pastinya mempunyai lebih maklumat mengenai Scorpene.


Lim dan 2 pemimpin wakil pembangkang, dilaporkan berpengalaman menaiki Scorpene di Langkawi, Pulau Pinang, pada 9 Disember 2011. Bukan itu sahaja, malah Lim dibawa menyelam selama 90 minit pada kedalaman 30 meter oleh KD Tun Razak. 


Saya berasa amat hairan apabila sebilangan pemimpin pembangkang lain mempertikaikan keupayaan Scorpene sedangkan mereka hanya perlu merujuk kepada Lim. Ketika cuba ditemu bual oleh wartawan lebih 2 tahun lalu, Lim hanya berkata, pengalamannya  menyelam bersama Scorpene, 'menarik' dan 'mengujakan'. Ketika itu, tidak pula Lim mengkritik keupayaan kapal selam dinaiki.

 Klik di sini.


KD Tunku Abdul Rahman, TAR, kini dilaporkan berada di pangkalan kapal selam negara di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah melaksanakan tugasan rutin, mengawasi perairan Malaysia.

KD TAR, kapal selam tempur konvensional, dikendalikan oleh 32 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, berpengalaman mengikuti latihan kapal selam di Perancis selama 4 tahun. Kapal selam pertama negara itu mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman di antara 100 dan 200 meter.



Untuk rekod, kedalaman Lautan Hindi, lokasi pesawat MAS MH370 dilapor mengakhiri penerbangan, mencecah 7,000 meter. 

Sila rujuk infografik di atas.

Sewaktu berbincang dengan rakan mengenai isu spesifikasi kapal selam, dia memberikan analogi menarik. 

"Dua pendaki terperangkap di puncak bukit, terdapat laluan kenderaan ke lokasi itu. Semua mangsa lemah dan tidak berupaya untuk turun. Penduduk tinggal berhampiran menawarkan , kenderaan jenis BMW untuk digunakan. Pasukan penyelamat membawa kenderaan pacuan empat roda. BMW dan kenderaan pacuan empat roda, dikategorikan sebagai kereta cuma CC dan spesifikasi berbeza. Kalau mangsa berada di pusat membeli-belah KLCC, di tengah bandaraya Kuala Lumpur, BMW boleh digunakan. Di bukit, menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk dakian, lebih bijak," katanya.

Selain Malaysia, kapal selam Scorpene turut dimiliki oleh negara Chile, India dan Brazil. 

Baca penjelasan wartawan akhbar Utusan Malaysia berhubung harga pembelian KD TAR dan KD Tun Abdul Razak.

Klik di sini.

Mungkin ramai mengajukan soalan mengenai perincian kapal selam milik negara. Sebilangan jawaban boleh diperolehi di alam maya, sebilangan lagi tidak. Kurang wajar sekiranya semua maklumat mengenai kapal selam milik Malaysia itu didedahkan kepada masyarakat umum. 

KD TAR dan KD Tun Razak, aset pertahanan negara, bukan kereta eksotik dipamerkan untuk tatapan semua. Musuh di sekitar pasti akan mengetahui kelemahan aset itu sekiranya fakta dikongsikan di dunia siber ini.

Adakah itu yang kita mahukan?

Menang sorak, kampung tergadai.

5 ulasan:

  1. Wakaka,aku rase negara lain kne bayar 1 billion kot to know semua spec scorpene..biar habaq sikit,scorpene not the latest submaribe,dah outdated cume xdela lame sangat..pasal technical,design dengan semua spec sume jurutera tentera mane2 negara boleh tau..yg perlu dirahsiakan antaranya taktikal dan bilangan kelengkapan yg ade..

    BalasPadam
  2. hahaha...technician TNB kelantan hari tu yang konon kata tak boleh menyelam tu boleh tengok sendiri, ahli politik PR pun menyelam bersama Scorpene. Ia memang boleh menyelam.

    Cumanya, tak sedalam HMS tireless kerana fuel tidak mencukupi...lainlah HMS tireless, ia nuklear powered. Sedalam mana pun boleh, kuasa unlimited.

    BalasPadam
  3. Saya telah melawat pusat pameran kapal selam KD Tun razak di Pantai Klebang baru2 ini dan telah dapat banyak maklumat berkaitan keupayaan kapal selam Scorpene... Rajin2lah memanjangkan langkah ke sana. Tiket masuk ke dalam kapal selam itu hanya RM2.00.

    BalasPadam
  4. KD TAR ..tmpt dia berlabuh xjauh dari kg halaman saya...teluk sepanggar...pelancaran dia pn saya tgk secara live...apa yg pembangkang pertikaikan, rasanya tidak berasas...pembangkang cuma tahu cari kesalahan kerjaaan tanpa melihat kelemahan sendiri...org2 yg jahil n tak pernah tgk kapal selam ni..memang pndai ckp je....biarlah anjing menyalak..kafilah tetap berlalu..kata2 org dulu...

    BalasPadam
  5. Dorg tidak tahu fungsi sesuatu kenderaan ni.terutama juruteknik TNB.ibarat bawa boeing 777 utk berperang.bawa penumpang boleh.utk berperang tidak.sel sel otak tidak bergabung dgn sempurna kot.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.