45 tahun lalu, pada 13 Mei 1969, gambar di bawah dirakamkan. Mayat bergelimpangan. Ketika itu saya hanya berusia 2 tahun.
Dalam perjalanan dari Melaka ke Tanjung Malim, Perak, bas saya naiki bersama ibu dan orang kampung terpaksa berhenti di Kuala Lumpur.
Penumpang bas bertindak menyusun lapik kerusi lembut di tingkap bas untuk melindungi pemandu, berbangsa sikh, pekerja syarikat Mogah Omnibus. Banyak bas dilaporkan dibaling menggunakan objek keras pada waktu itu.
Kami bernasib baik kerana Allah menyelamatkan nyawa semua penumpang bas.
Tidak seperti mangsa di bawah.
Mereka mati dibunuh.
Baca penyeksaan ditempuh oleh Abdul Kadir Mamat, 74 tahun.
Klik di sini.
Antara mangsa dilaporkan dibunuh kejam, pekerja UMNO, Kassim Omar. Lazimnya, dalam tragedi sebegitu, Melayu tidak membunuh Melayu.
Ingat, satu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah cuba 'disapu' dari bumi dengan nama asal, TANAH MELAYU.
Bulan Mei bakal menjenguk kita 4 hari lagi. Ingatkan keturunan kita, tragedi 13 Mei bukan omong kosong, ia pernah berlaku.
Diharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak lupa.
Begitu juga dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mustahil pemimpin itu terlupa kerana mereka semua MELAYU.
diharapkan tragedi 13 Mei tidak akan berulang lagi...hargai lah ke amanan negara kita.....jika kita tidak menghargai...siapa lagi yang akan menghargai....
BalasPadamSedih melihat pemimpin Melayu pada hari ini terutamanya dalam Pakatan Rakyat cuba menulis semula sejarah tragedi 13 Mei 1969 mengikut kanta mata Cina dan India DAP. Mereka mahu meletakkan kesalahan di bahu pemimpin Melayu terutamanya yang berada dalam UMNO. Galur sejarah yang sebenarnya cuba disembunyikan oleh mereka. Tapi tragedi 13 Mei 1969 tercetus bukan kerana Melayu yang mahu "menyapu" mereka ke hutan tapi sebaliknya. Mereka lupa apabila menjolok sarang tebuan, tebuan akan menyengat mereka semula!!! Bangsa Melayu perlu sedar sebelum semuanya terlambat. Sampaikan cerita tragedi ini kepada anak dan cucu kita agar mereka tahu bahawa satu masa dulu Melayu mahu dilenyapkan di bumi sendiri..........
BalasPadamPepatah melayu selalu kita gunakan tetapi adakah ita memahami maksudnya yang mendalam. JERAT TIDAK PERNAH LUPA PADA MANGSANYA CUMA MANGSA YANG SELALU LUPA.
BalasPadamMasa telah berubah. dulu kita pernah cuba disapu melalui fizikal, tetapi kini kita mula disapu keluar melalui apa yang dipanggil PEMBANGUNAN. Lihat saja rumah yang didirikan berharga ratusan dan jutaan ringgit yang secara tidak langsung menyapu keluar melayu dari kawasan bandar. Di tambah pula dengan kegairahan meneroka kawasan ELIT baru dengan projek yang dihidangkan khas kepada bukan bangsa melayu. Yang anehnya yang paling gembira pula ialah bangsa dan pemimpim melayu kerana berjaya mencapai nilai pelabulan BERBILLION2 RINGGIT.
BalasPadamMelayu tidak membunuh Melayu...tapi itu dulu.Bangsa lain tidak akan berani lagi membunuh Melayu.Tapi sekarang nie Melayu akan digunakan untuk membunuh Melayu.Melayu akan menyapu bangsanya sendiri keluar dari bumi Malaysia ini.
BalasPadamKalau Anwar Ibrahim dia memang melayu tetapi dia mudah lupa dan pelupa sebab dia sendiri pon dok sebok menjual Tanah Melayu kepada kuasa asing setiap kali dia bertemu dengan wakil negara asing dan keluar negara
BalasPadamThanks sdr Mazidul.
BalasPadamPeringatkan anak-anak Melayu yang semakin parah di belenggu kebodohan akibat pengaruh parti tidak berhaluan. Dasar tidak sedar diri membunuh bangsa sendiri bersekongkol bersama dendam bangsa yang tidak pernah padam memusuhi Melayu dan Islam, walaupun sudah di iktiraf warganegara ! Mereka semua tidak berbudi dan berjasa. Sumbangan mereka semata-mata kelangsungan hidup, merebut peluang secara rasuah, menyumbang akibat dasar-dasar kerajaan. Lain dari itu, percayalah, mereka akan menabung dan melabur di negara jiran dan menjadikan Malaysia sebagai tempat hidup bersenang lenang penuh kedamaian.
Perjuangan Melayu tidak boleh padam. Perkasakan !
Reformasi hanya laungan kebodohan dan kejahilan ! Berjuang untuk apa ? Berjuang memberi tempat dan kuasa kepada bangsa asing ? 13 Mei 69 sejarah terbaik penganiayaan terhadap Melayu ! Sejarah Pahit kuasa bintang tiga ! Kini mereka jelmakan bintang lima dengan cybertrooper bintang tiga cara terkini, lagi berselindung di sebalik gereja evangelist!
Malaysia sudah mengangkat martabat Melayu sedikit demi sedikit. Ramai Melayu dalam bidang iktisas, kemahiran malah menceburi perniagaan. Betapa ramai pula jurutera melayu, doktor melayu, akauntan melayu yang dulu nya boleh di kira dengan jari atau tiada langsung akibat kemiskinan dan tahap hidup yang jauh lebih rendah berbanding pendatang. Melayu memang tidak mampu. Kerajaan Melayu boleh merubah segala-gala nya. Melayu Singapura hilang segala-gala nya. Melayu Selatan Thailand dalam kedaifan. Melayu Filipina baru mendapat harapan. Melayu Hawaii sudah pupus jauh. Melayu Afrika Selatan sudah beramilsasi. Melayu Australia berbeza gaya hidup seperti nya di negara eropah lain. Sebenar nya Melayu itu di mana-mana. Cuma kita ini satu bangsa yang cepat lupa. Suka mengagongkan yang lain... Bersyukurlah Malaysia masih ada keperluan kita semua.
Sedar lah wahai bangsa Melayu. Tiada siapa menolong jika di hambat kesusahan kecuali Kerajaan Melayu sendiri yang perlu sokongan padu Melayu. Amanah nya kini dalam tangan PM Najib....
Encik mazidul,boleh sambung lg x kronologi kisah 13mei ni?kami org2 muda (terutamanya saya) x mengetahui kisah sebenar tragedi 13mei..
BalasPadamTak kan melayu hilang di dunia..
BalasPadam13-05-1969 - 13-05-2014
BalasPadam4-5-1-6 - 4-5-2-5
9-7 - 9-7
[16] - [16]
1+ 6 - 1+ 6
(7) - (7)
mm..mcm same???
Saya pernah tanya cikgu sejarah"Apa sebenarnya yg tjadi masa 13 Mei dulu?" Cikgu: "Saya tak boleh cakap. Isu sensitif". Lerr, habis tu macam mana nak belajar sejarh kalau yg plg penting kita tak boleh belajar? Tak kisahlah, dari sudut kaca mata siapa pun, asalkan kita boleh ambil iktibar supaya sejarah tu tak berlaku lagi...
BalasPadamKalau berulang lagi 13Mei ini, orang pertama yang perlu dicari adalah Anwar Ibrahim sebelum diikuti yang lain nya !
BalasPadamSMTI
BalasPadamKalau pemimpin melayu tak korup, tak seleweng duit rakyat, tak boros berbelanja macam duit rakyat ni dia yg punya, tak gila kuasa, tak suka menfitnah, mendengar nasihat alim ulama yg benar yg tak mengejar pangkat dan harta benda dunia, Islam di hati bukannya Islam dibibir shj dah lama melayu ni boleh bersatu, tak perlu ada Pas tak perlu ada Pkr. Cina india tak berani kacau melayu.
BalasPadamAku impikan PM melayu yg bertakwa, bukan sekadar jurutera, doktor,lawyer pakar tu pakar ni yg bertakwa tetapi Perdana Menteri yang bertakwa.