Majoriti rakyat SARAWAK, pemilik akaun media sosial tenang dan tidak melatah, apabila kononnya saya didakwa mencatatkan status biadab di bawah.
Terima kasih kepada pengendali blog Badut Rakyat kerana sudi menyebarkan maklumat berhubung hal ini.
Klik di sini.
Pembaca blog ini tentunya menyedari, penulisan memaki-hamun, mencerca dan menghina, BUKAN gaya penulisan saya.
Namun dalam pada itu, malangnya segelintir rakyat SARAWAK terkeliru dan terpengaruh dengan usaha pihak tidak bertanggungjawab itu. Lalu mereka mencatatkan beberapa status berbaur ugutan di facebook.
Khusus untuk rakyat SARAWAK, pembaca blog ini dan barangkali juga rakan facebook saya, ketahuilah, saya cukup matang untuk tidak mencatatkan status provokasi seperti itu.
Berani saya kerana benar.
Sebelum menampilkan reaksi, cuba bertanya kepada diri sendiri ...
Wujudkah bukti kukuh mengesahkan akaun telah dipadamkan itu, milik saya? Tentunya tidak. Pihak terbabit, hanya menyalahgunakan gambar saya, diambil dari akaun facebook. Gambar anda juga boleh digunakan untuk membuka akaun palsu.
Ada pihak terloncat gembira sekiranya mengetahui kita saling membenci.
Pengajarannya di sini, periksa dan teliti SUMBER penyebar maklumat. Bukan bingkas bangun, membenci secara semberono.
Kepada Aszfia Haris dan Ayah AB, usah melatah keterlaluan.
SAYA ANAK SARAWAK,DARI MULA SAYA MELIHAT,MEMBACA TENTANG ISU INI,SAYA YAKIN 100%,IANYA TIDAK BENAR.JANGKAAN SAYA TEPAT.EN.MADZIDUL ORANG NYA BIJAK,BERFIKIR SEBELUM MENULIS.
BalasPadamTAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH. TERUSKAN MENCARI KEBENARAN.
first time isu ni viral di facebook, terkejut juga but then realize, gaya penulisan x sama. Well, being an anonymous reader of your blog, at least I know and i believe you are not the kind of person who write low statement like that.
BalasPadamSMTI
BalasPadam