Dua pelancong, dari China, Gao Hua Yuan dan Filipina, Marcy Dayawan, diculik oleh dipercayai, 7 lelaki bersenjata pada jam 10.30 malam semalam di Singamata Reef Resort, Semporna, Sabah.
Yuan, 29 tahun, pelajar berasal dari Shanghai, berkunjung ke pulau terbabit untuk mengikuti kursus menyelam.
Manakala Marcy, 40 tahun, pekerja di pusat peranginan itu.
61 tetamu dan 47 kakitangan hotel bertugas pada waktu kejadian di pusat peranginan menyediakan 40 bilik itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib percaya, kejadian itu membabitkan 'orang dalam'. Kesemua penjenayah dipercayai telah diberikan maklumat terperinci untuk menceroboh premis itu menggunakan bot.
Tahun lalu, warga Taiwan, Chang An Wei, 58 tahun, diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf dari Pulau Pom Pom, Semporna, selama 36 hari. Mangsa dibebaskan setelah wang tebusan dibayar.
Izinkan polis melakukan siasatan terperinci dan bertindak. Terkini, pihak berkuasa Malaysia dan Filipina, bekerjasama untuk menyelesaikan kes ini dengan kadar segera.
ada rasa kecewa rasa marah terhadap kerajaan...perkara ni berulang lagi...pertahanan negara terlalu longgar...seharusnya kerajaan ambil iktibar kes2 yg berlaku sebelum ini...kita tahu sempadan perairan timur sabah adalah paling kritikal dari segi keselamatannya di malaysia...kerajaan harus ambil tindakan 'DRASTIK' untuk menghalang perkara sebegini tidak berlaku lagi..(anak jati sabah)
BalasPadamTerasa takut plak nak ke sana... selamat ke tak negara kita nih?
BalasPadamBila pihak polis menjelaskan insiden ini turut melibatkan 'orang dalam' maka kita juga kena berfikir sedalam mungkin siapakah yang harus dipersalahkan. Memang kita rasa kecewa tetapi sampai bilakah 'orang dalam' atau mungkin warganegara kita sendiri dibiarkan menjadi duri dalam daging dalam insiden yang boleh memperandakan keselamatan negara? Perkara ini juga perlu diberikan perhatian serius oleh pihak berwajib agar tidak menimbulkan kebimbangan tanpa sebab oleh masyarakat.
BalasPadamNegara kita tetap selamat...Sabah tetap selamat utk d kunjungi terutama sebelah pntai timur (Tawau, sandakan...semporna..kunak..Lahad datu..) Keselamatan bahagian pantai timur harus d tingkatkan dan kepercayaan pada sesuatu bangsa PELARIAN ni harus berwaspada...jgn sewenang2nya mengambil mereka jadi pekerja. kerana mereka ni 'makan tuan' - anak jati sabah
BalasPadamberhati-hati jika berniat mengambil mereka menjadi KETUA POLIS DAERAH seperti saranan setengah pihak. Ia ibarat mengambil PATI menjadi pengawal keselamatan bank
BalasPadam