Rabu, Januari 22, 2014

PADA AWALNYA SAYA BERCADANG MEMASARKAN PRODUK DOUBLE STEMCELL TETAPI ...

Minggu lalu, saya berhasrat untuk menjadi mobile (stokis bergerak) Phytoscience Stemcell setelah dimaklumkan DAKWAAN berhubung kebaikan produk itu.

Sewaktu membelek kotak produk ditunjukkan, saya terlihat logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.


Alhamdulillah, produk ini telah disahkan memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM, bisik hati saya.

Lalu wang tunai saya keluarkan dan bersedia untuk berniaga. Namun, sebelum menyerahkan wang itu, hati kecil saya digerakkan untuk terlebih dahulu menghubungi Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Ustazah Asiah Alkharib Shah untuk mencari kepastian sebelum melabur lebih RM5,000.

Saya bukan orang kaya, wang sebegitu besar jumlahnya.

Di sepanjang kerjaya sebagai wartawan, beberapa kali saya dipaparkan dengan kes syarikat tidak bertanggungjawab didapati menyalahgunakan logo halal JAKIM. Menghubungi Ustazah Asiah, langkah berhati-hati sebelum terkena.


20 Januari lalu, JAKIM mengeluarkan kenyataan amat mengejutkan saya.

Double Stemcell TIDAK memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM.  Sekaligus saya membatalkan hasrat untuk memasarkan produk itu. Semua tawaran untuk saya menggunakan produk sama ditolak dengan ucapan terima kasih.

Saya tidak sanggup menipu dan mengelirukan pelanggan, jika ditanya STATUS logo halal itu andainya memasarkan produk ini.

Klik di sini.

Pembaca dihormati, JAKIM bukan mengatakan produk terbabit tidak halal. Jelasnya, Double Stemcell dikilang oleh Bioalpha itu tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM.

Baca secara teliti dan fahami maksud ayat itu dengan baik.



Untuk rekod, Bioalpha, syarikat pemegang Sijil Pengesahan Halal JAKIM tetapi BUKAN untuk produk Double Stemcell dikeluarkan.

Oleh itu timbul persoalan di minda saya. 

Mengapakah syarikat pengedar, Phytoscience, secara terang-terangan menyalahgunakan logo halal JAKIM tanpa dianugerahkan Sijil Pengesahan Halal JAKIM? 

Bukankah tindakan itu menipu peniaga serta pelanggan?


Pada masa sama, saya memperoleh maklumat, sebelum ini, Double Stemcell juga TIDAK pernah memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM.  Justeru tidak timbul isu kononnya syarikat terbabit ingin memperbaharui sijil.

Sijil apakah hendak diperbaharui sedangkan ia tidak wujud?

Musyhkil, bukan?

Jika pihak pengurusan syarikat mendakwa sebaliknya, sila tunjukkan BUKTI SAHIH berbentuk salinan Sijil Pengesahan Halal dikatakan tamat tempoh itu. Paparkan gambar sijil terbabit untuk tatapan umum. Sehingga ke saat ini, hanya sekadar dakwaan disebarkan di alam maya, TANPA salinan dokumen itu dipamerkan kepada masyarakat.

CONTOH sijil seperti di bawah.


Mereka terbabit menyalahgunakan logo halal JAKIM boleh didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. Penguat kuasa JAKIM telah diperuntukkan kuasa oleh Kementerian Perdanganan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk melaksanakan akta itu.

Klik di sini.

Persoalan lebih menarik untuk difikir menggunakan akal waras, MENGAPAKAH syarikat terbabit sewenang-wenangnya menyalahgunakan logo halal dicetak di kotak Double Stemcell? Apakah motif sebenar di sebalik tindakan itu?

Andai tidak dicetak, tiada masalah diundang.

Kini saya telah mengumpul lebih banyak maklumat, hanya menunggu detik tepat untuk didedahkan. Bukan bertujuan mengisi pasir ke dalam periuk nasi peniaga tetapi mempamerkan FAKTA. Pendedahan FAKTA kekadang menyakitkan bagi sebilangan pihak tetapi ubat kepada jutaan pengguna di Malaysia.

In Sha Allah.

Tiada rekod menunjukkan saya pernah menjadi ahli kepada syarikat menjalankan perniagaan MLM sekaligus tidak berkepentingan dari aspek menguntungkan diri apabila mendedahkan isu ini.

Siapakah pengasas Phytoscience?





47 ulasan:

  1. Saya merupakan ahli dan pengguna produk tersebut..boleh tak saya saman sykt tersebut..bagaimana caranya?harap dpt membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa dapatkan nasihat guaman dulu. Kemudian peguam akan minta kita buat aduan pada pihak yg terlibat macam polis dan kpdnkk

      Padam
    2. Salam, anda dinasihatkan nuat aduan Biro Pengaduan Awam..
      Lagu...~~~ 03 8000 8000 sedia membantu hey..heyy

      Padam
  2. sila melawat ke page ini anda berpeluang bertanya berkaitan TTPM.
    https://www.facebook.com/satupengguna

    BalasPadam
  3. lepas satu2 syarikat syarikat menipu terdedah dan di dedahkan penipuan dan setiap kali terdedah pasti lepas ni keluar berita ada yang tertipu di tipu dan menipu, yang anehnya nanti pasti akan kelihatan muka2 melayu bumiputera kita. nasib la saya takde modal kalau tak saya pun turut tertipu dan terkena.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bole je saman.. tp nnt msig yg bayar.. kan insurans 3 juta tu.. heheheh..
      next time.. cuba fikir kenapa produk tu di insuranskan? selalunye kite ambik insurans sbb risiko.. so pikir sendirilah.. kalau betullah benda ni betul.. xyah ramai2 dok hospital.. makan ni je dah bole baik.. jangan mudah tertipu.. peace

      Padam
  4. Akhirnye..jebon jenglot..ini la yg sy nantikan..seseorg drpda kamu memikirkan hak kamu sebagai pengedar yg tertipu..tahniah..minta sesiapa boleh bantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saman, tak ada masalah. Nak saman sebab tak ada logo Halal ke or nak saman sebab bila makan double stemcell u ada masalah kesihatan otak or masalah hati? Kalau ada masalah otak or hati, sila dapatkan laporan doktor, pengesahan doktor pastu saman la, company ada RM3 juta insurans tu takkanla saman u company tak standby kan? Lepas tu u saman juga tesco ke giant ke or mana2 la pasaraya yang jual buah epal or anggur sebab kat buah tu takde cop logo Halal JAKIM, cepat la u kaya sket,, xpayah jual ds (u kan ahli).

      Padam
    2. Kepada saudara/saudari Seri,

      Dalam industri Halal sebarang produk yang diproses wajar untuk mendapatkan sijil Halal tidak kisah sama ada produk itu berasakan 100% tumbuhan atau sebaliknya. Isu disini adalah mengenai penyalahan penggunaan logo Halal yang mana ia adalah satu medium bagi pengguna yakin menggunakan produk tersebut.

      Pensijilan Halal adalah kepada produk bukan pada syarikat. Sepatutnya pihak syarikat peka akan isu ini kerana ia akan membuat pengguna salah faham dan seterusnya mengelirukan pengguna. Penyalahan menggunakan logo Halal telah melanggar peraturan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011.

      Mohon bagi pihak saudara/saudari Seri untuk mencari info terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

      p/s: Buah-buahan cth: Apple, Anggur, Oren, Tembikai, Pisang dan lain-lain di TESCO, GIANT, pasar malam dsbg tidak memerlukan logo Halal kerana tidak melalui sebarang proses perubahan.

      Padam
    3. Buah epal adlh raw material, jika kosmetik, bhn gunaan, supplement yg menjalani pemprosesan perlu mendapatkan authentic halal, krn ramuan yg digunakan utk hasilkn sesuatu produk perlu halal. Jika tiada material safety data sheet perlu disertakan

      Padam
    4. Hmm..jangan marah Puan Seri ..hilang seri di wajah nanti.. kenapa marah sangat ni .. income 6 angka dah mula berkurang ke ? ahahahaha .. Mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam..

      Padam
    5. Hihi..kelakar. Nk samakan DS ngan epal lak. Budak kecik pn tau epal tu Allah cipta..DS tu org cina yg buat..org cina buat..tp yg makannya ramai org melayu. Peace!!! ^_^

      Padam
    6. kau merapu ape ni seri oiii....terlebih mkn ds ke? meroyan smacam nampak, sampai beza buah ngan spray pun x reti beza dh....

      Padam
  5. Mohon share dkt blog saya lapanxlapan.blogspot.com

    BalasPadam
  6. terima kasih atas pendedahan saudara...klu tak didedahkan, kita sebagai pengguna terus-terusan ditipu oleh mereka..

    BalasPadam
  7. saya juga ahli dan saya rasa tertipu dgn cara marketing mereka. bila mintak tunjuk fakta/bukti spai skrg x dpt tunjuk....bila kita buat pertanyaan, upline marah kita balik. suruh dtg office tgk dokumen. klu dah ada sijil expired, sijil KKM...tempek je kat website...kan senang

    BalasPadam
  8. sy juga ahli dan pengguna. rasa tertipu dgn cara marketing mereka. upline lak bila kita ty n mintak bukti suruh dtg office tgk dokumen. ermmm. klu dah ada knp tak publish kat website je sijil-sijil halal JAKIM, KKM, GMP n etc. ni balik2 dok share benda dr sumber yg x bertauliah/di ragui kesahihannya.

    BalasPadam
  9. Klu tgk betul2 kat kotak dia, cop halal dia mcm dieja 'KHOLAL'.. Ke mata saya yg salah pandang?

    BalasPadam
  10. Betullah SangPoji, bukan huruf Ha tetapi huruf Kho...

    BalasPadam
  11. Tuan, tolong dedahkn siapa pemilik phytoscience dan sejarah

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas maklumat ini. Mohon En Mazidul dapatkan kepastian tentang produk Harum Malam. Adakah mendapat pengesahan oleh JAKIM atau sebaliknya. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengapakah tidak puan sendiri membuat penyelidikan status produk itu? Let us do it together. Usah terlalu berharap kepada orang lain.

      Padam
  13. Hooo. Bagus betul pandangan En SangPoji. Dan Terima kasih En Mazidul atas pendedahan.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Tuan Mazidul,

    A. Produk atau jenama yang menggunakan istilah atau nama khas sains atau antioksidan seperti stem cell, glutathione atan xanthione adalah mengelirukan dan memperdayakan.

    Hemacord adalah satu-satunya kaedah stem cell yang diluluskan FDA bagi rawatan sum sum

    Tiada stem cell tumbuhan diluluskan bagi kegunaan rawatan kepada manusia.

    Phytocelltec juga telah diberi amaran oleh FDA pada 2011 lagi tentang dakwaan mereka,

    http://www.fda.gov/ICECI/EnforcementActions/WarningLetters/2011/ucm246086.htm

    B. Intended Use...

    Apa saja produk jika ia dikaitkan dengan tujuan penggunaan bagi rawatan, penyakit atau penyembuhan perlukan kelulusan dari Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan BKFK di KKM

    Bagi rakyat Malaysia garispanduan KLM jelas

    http://fsq.moh.gov.my/v4/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/Penerbitan/risalah/GuidetoFDIproducts.pdf

    Jakim tidak akan mengeluarkan Sijil Halal jika ianya di bawah bidang kuasa BPFK.

    Rakyat Malaysia perlu faham panduan di atas saja untuk mengelakkan dari tertipu atau menipu sebab jahil atau jadi doktor jadi-jadian

    Moga Tuan Mazidul dapat bantu rujuk kepada BPFK portal iphytoscience dan dakwaan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rujukan di portal BPFK....samaada Double Stemcell atau no rujukan KKM yg dinyatakan di portal iphytoscience iaitu KKM-163/S/25 Jld.214. Tiada dalam senarai...

      Padam
  15. Alhamdullilah. .
    Rezeki Allah kadang2 datang dalam keadaan yang tidak kita duga..
    Ujian dan permasalahan yang timbul dianggap sebagai penghapus dosa dan pemberian rezeki ilmu yang bermanfaat serta pemudah jalan utk diterima doa sebagai orang yang teranaiya ..
    Semoga kita semua masih berada dlm kasih sayang Allah dan bukan di kalangan orang2 yang zalim.

    BalasPadam
  16. Assalam tumpang sampuk....ulangi dalammbahasa Malaysia.....Penyalahgunaan logo halal!!!oleh JAKIM tak pelu huruf besar dah nampak kan..jadi tak spin KMm Farmasi, Insurance, TigaBlioon pun boleh..spin tesco tiada dlm kenyataan Jakim...

    ?..sekali lagi. Penyalahgunaan logo halal...dalammbahasa melayu..sekian pencerhaan

    BalasPadam
  17. sekadar berkongsi
    Assalammualaikum Warahmatullahiwabakatuh
    Isu Halal/Logo Halal Double Stemcell
    Saya telah menerima banyak pertanyaan tentang isu di atas, di mana pihak Jakim telah mengeluarkan statement mengatakan pihak syarikat telah menggunakan logo halal Jakim secara tidak sah.
    Seawal bulan May 2013 saya telah diperkenalkan dengan produk ini oleh dua orang sahabat saya. Setelah mendengar penerangan serba sedikit dari mereka. Saya mula membuat kajian sendiri dari internet tentang produk, pengeluar, saintis dan syarikat sendiri Iphytoscience .
    Kemudian saya yang tiada ilmu dan sangat dhoif ini telah memohon petunjuk dari Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Alhamdullilah petunjuk yang diberikan adalah sangat positif, boleh dimakan, halal, baik2, dan kalau nak bisnes, sangat baik. Cuma juga telah diberi sedikit amaran, ada sedikit masaalah dari segi administrasi pensijilan halal.
    Alhamdullilah, produk ini yang berasaskan buah buahan dan telah dproses dengan begitu teliliti agar keasliannya terjamin.
    Kemudian saya telah diberitahu oleh sahabat saya yang memperkenalkan produk ini kepada saya, sijil halal telah dikeluarkan kepada pihak pengilang, bukan pihak syarikat.
    Alhamdullilah saya kemudiannya mula mengamalkan produk ini, sehingga sekarang saya sekeluarga makan kurang lebih 15 kotak sebulan.
    Begitulah diri saya, setiap kali saya dan keluarga nak makan/minum sesuatau yang baru, isteri saya akan minta saya munajat kepada Allah Taala, agar apa yang kita makan/minum itu sesuatau yang halal dan juga toyibah.
    Sehubungan dengan isu logo Halal Jakim, saya telah difahamkan oleh pihak syarikat, mereka telah memohon dan permohonan itu sekarang masih dalam proses, dan semalam saya juga telah diberitahu ada seorang stokis telah berhubung dengan pihak Jakim, dan mereka telah sahkan bahawa memang pihak syarikat telah menghantar permohonan status halal dan ianya masih dalam proses dan kemungkinan besar hanya akan diluluskan dalam masa 3 bulan .
    Terima kasih pada semua yang yakin dengan produk ini, dan kepada yang ragu-ragu, bolehlah berhenti makan, tiada paksaan untuk kita semua makan. Tentang petunjuk yang saya cerita di atas, memang saya bukan seorang alim, ulamak, ustaz,imam.. tetapi saya yakin bahawa Allah Taala Maha Mendengar Dan Maha Mengabulkan Segala Doa..Dan saya penuh yakin bukan Double Stemcell yang telah meningkatkan kesehatan kita tetapi Rahmat Allah Taala..
    Terima Kasih lagi sekali, dan saya mohon ampun dan maaf. Semoga kita semua sentiasa dilimpahikan dengan Rahmat, Taufik & Hidayah Serta Kasih Sayang oleh Allah Taala.

    Jefri Ismawi

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la tuan
      tapi kenyataan En Mazidul tu mudah je..
      penyalahan penggunaan tanda halal. tu je..
      kalo tak dapat sijil lagi tak perlu la letak tanda halal tu.
      mengelirukan ramai pihak..
      terima kasih.

      Padam
    2. kalau macam tu lepas ni hospital x ramai pesakit.. bagus betul! kawan saya kerja lab pun x rekomen kan.. betul saudara/saudari tau ianya betul2 di proses natural? pernah lihat sendiri campurannya? semua yang effect cepat mesti ada campuran.. wallahualam pikirlah sendiri..

      Padam
    3. Ayat2 manis MLM macam tu la. Kalau dah buat kajian dari internet je macam mana boleh yakin sangat ia diproses dengan teliti? Betul kata lady, apa2 yg ada efek cepat mesti ada campuran tambahan. Nak confirm pasal isu halal tanya JAKIM terus, yg pergi tanya syarikat saja buat apa

      Padam
    4. malahnya skang syarikat tuh putar belit..kalu tkdapat sijil halal dari jakim kenapa letak dekat kotak.paham ka tidak????????

      Padam
    5. Dah apply ke, blom apply ke, tgh apply ke mmg tetap salah guna logo halal tanpa kebenaran. Kredibiliti sykt tu penting. Satu lg kita mmg cari petunjuk @ hidayah tp jgn sampai kita lupa yg sgala apa petunjuk itu hidayah. Iblis dh janji nk porak perandakan keturunan Adam.

      Padam
  18. Ada juga yang ragu ragu tugas JAKIM, tak percaya Jakim, lebih percaya pengusaha dan upline.
    Ulangi, permohonan gagal atau tak pernah buat permohonan dua perkara berbeza,,.
    Bila sihat boleh makan..rela mkan, setahu sayaJAKIM tak paksa mohon logo. Yg tk betulnya salah logo, logiknya bila logo ditipu yang lain,,,ok ker?banyak. ?was was. ?roibun roibun

    BalasPadam
  19. sepatutnya x payah msukkan logo halal tu kalau mmg x prnh apply.... ni dah kategori menipu n mengelirukan org ramai.. comp guna logo halal sbb tau kekuatan logo tu sndiri dkt mana trutama pda pengguna2 muslim .. komen pasal nk saman tesco giant pasal buah2an tempatan x logo halal tu mmg comel.. hiburan diptg hari...

    BalasPadam
  20. ramai yg salah fhm pasal kes ni...
    rsnya dh ramai yg betulkan..still ada gak yg tak fhm2....
    isu ni bukan pasal benda ni halal ke tak....tp masalah penggunaan LOGO halal...
    sapa yakin brg ni halal, makan la byk mn korang nak mkn. tak sapa yg nak halang. Sapa yg rs was was, tak yah mkn...
    So tak perlu pun nak bandingkan buah oren, anggur ke apa ada tanda halal ke tak sbb kat buah2 tu takder sapa pun letak logo halal. Pikir sendiri jer yakin ke tak buah oren ke, anggur ke halal utk di makan or tidak.

    BalasPadam
  21. Lagi lama lagi banyak yang terbongkar..tahniah pada semua..gabungan ini membongkar seribu macam penipuan ...dakwaan itu bagus ini bagus sebenarnya..belum tentu tepat..komen-komen disini menjurus kepada fakta

    BalasPadam
  22. Ramai betul yg dh slh fhm ye?sbnrnya,produk dsc ni mmg halal 100%.isu yg dibangkitkn di sini bukanlah samada produk ni halal atau haram tetapi penipuan logo halal itu sdri.Kenapa tgk pd 1 kotak shj?cuba tgk pd kotak dsc yg lain,yg xde logo halal?sbb sykt sudah tamat tempoh sijil halal dan sdg dlm proses memperbaharui sijil yg memakan masa.Sementara sdg menunggu ianya siap,menjadi kesalahan kepada sykt sekiranya logo halal diletakkan disitu.Bila sykt dh dpt sijil yg baru,sykt akan ltk blk logo halal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menurut mazidul, tiada dlm rekod. Mereka tidak pernah mmilik sijil halal utk produk berkenaan. Wallhualam

      Padam
    2. tahniah,banyak kan lg kupasan2 yg menarik!!!

      Padam
  23. Ada masalah ke xde sijil halal JAKIM? Yg saya tau kesan guna DSC ni, duit habis tapi abok pun xdak. Mcm minum air peel fresh/ fn/ apa apalah! Buang duit buang masa lagi ada

    BalasPadam
  24. Komen kakak sy seorang doktor...
    Double stemcell tu tak ada apa pun..ibarat minum jus je. Khasiat tak seperti yg diwar-warkan.
    Komen sy sbg individu dgn sidikit ilmu sains...produk tu mmg guna bhn yg baik.cuma bukanlah yg terbaik untuk harga semahal tu.
    Sorry...

    BalasPadam
  25. untung bagi kat tokey cina lau tokey melayu xnak plak org nk join ye..urmmm xpayah la nk untungkn org kafir...

    BalasPadam
  26. Persoalannya di sini.. sampai bile nk kena ambil supplement ni? Nak cantik nak putih nak menawan bagai mesti kena mkn secara berterusan.. tahukah anda apa akibatnya di masa ajan datang? Gerun sy bace pengambilan smpi 15 kotak sebulan.. tak takut ke dgn kidney problem? Lebih elok jage pemakanan.. makan mknn yg berkhasiat daripada ambil process nutrition mcm ni..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.