Rabu, Januari 01, 2014

HARGA MINYAK TURUN

"Sejak bila harga minyak turun?," soal saya kepada pekerja Bangladesh.

Dia terdiam seketika sebelum melontarkan jawaban.

"Oh! Malam tadi itu TURUN perhimpunan punya fasal abang. Ada sikit baik juga. Saya bos ada dengar. Sekarang itu hijau punya minyak, diskaun 20% percent, dia cakap," balasnya.

"Bagus! Bagus!," ujar saya.

Pantas saya mencapai minyak rambut Brylcream dari atas rak di kedai runcit itu dan membuat pembayaran di kaunter.

Belikan untuk anak.

**

Banyak gambar dirakamkan di sepanjang perhimpunan TURUN.

Melihat gambar di bawah, barangkali ramai terkeliru.

Inikah antara cara paling berkesan untuk mendesak kerajaan mengurangkan kos sara hidup? Berguling-guling di atas jalanraya.




13 ulasan:

  1. Hahahaa... Terasa macam kena 'game' ngan abg mazidul...

    BalasPadam
  2. Sekali sekala pandai juga engkau buat lawak ye! Hijau tu mesti yang extra hold.

    BalasPadam
  3. Sdr kita ni, Mazidul bli mnyk rambut nak lumor.kat kepala siapa?

    BalasPadam
  4. kikiki.....hidup-hidup saya percaya... tipah terkena juga. !!!

    BalasPadam
  5. belikan untuk siapa tu en Mazidul? Hihihi~

    BalasPadam
  6. ui....makin silau....kekeke....jangan marah, gurau2 ya abg mazidul...:)

    BalasPadam
  7. harga minyak lintah turun, kalau beli dan pakai naik. Jangan marah ye... cite minyak gak.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.