Hemat saya, sebagai model kepada syarikat penjual tudung terkemuka dan mahal, Mawar Abdul Karim harus LEBIH berhati-hati tatkala mengeluarkan kenyataan di laman sosial.
Masyarakat pengguna, khususnya wanita, melihat kenyataan dia mewakili syarikat terbabit. Berikut komen Mawar di laman facebook, kini tersebar luas.
Sebelum ini, Mawar bukan individu terkenal biarpun posternya terpampang di papan iklan di tepi lebuh raya. Dia lebih dikenali hanya selepas berkahwin dengan pelakon.
Untuk pengetahuan Mawar, majoriti wanita BUKAN memakai tudung untuk berfesyen, mereka ingin menutup aurat.
Saya percaya, tidak semua wanita di Malaysia mampu membeli tudung berharga mahal. Ramai mengenakan tudung dibeli di antara RM10 dan RM45 sahaja.
Kllik di sini untuk memahami maksud perkataan 'paten'.
Jika SEMUA rekaan tudung keluaran syarikat itu dipatenkan, salah di sisi undang-undang sekiranya rekaan itu ditiru.
Itu fakta tetapi harus diingat idea itu tetap kurniaan Allah.
Apapun, Mawar harus mempelajari kaedah komunikasi berkesan tatkala menulis atau melontarkan komen secara terbuka di laman sosial. Dia harus sedar, komen itu dibaca mengikut tafsiran berbeza . Semoleknya, biar seperti menarik rambut dari dalam tepung, rambut berjaya ditarik, tepung tidak berterabur.
Saya dapati, ramai terguris hati berikutan komen dicatatkan oleh Mawar di laman facebooknya.
Saya dapati, ramai terguris hati berikutan komen dicatatkan oleh Mawar di laman facebooknya.
Paparan di bawah juga boleh disalahtafsirkan.
Mawar memiliki banyak tudung, tidak seperti wanita biasa. Merujuk tajuk akhbar MStar di atas, dia pastinya memiliki 365 tudung untuk dipakai setahun.
Rumusannya, wanita Islam wajib menutup aurat dan memakai tudung BUKAN satu fesyen. Justeru, wanita di Malaysia tidak perlu menabung semata-mata untuk membeli tudung berharga mahal.
Islam melarang pembaziran dan menggalakkan sifat kesederhanaan.
Belilah tudung dengan harga berpatutan sekaligus memenuhi fungsi sebenar tudung itu.
... menutup aurat, tutup DADA sekali.
Kalau mempunyai wang RM100, beli tudung RM45, masukkan RM55 lagi ke dalam tabung surau atau masjid. Tudung dapat, pahala dikumpul.
** ... kemudian, kenyataan berikut dikeluarkan, klik di sini.
Kalau mempunyai wang RM100, beli tudung RM45, masukkan RM55 lagi ke dalam tabung surau atau masjid. Tudung dapat, pahala dikumpul.
** ... kemudian, kenyataan berikut dikeluarkan, klik di sini.
Tepat sekali tuan.
BalasPadamSokong..
BalasPadamDia akan kata itu bukan akaun dia dan itu akaun palsu :)
BalasPadamMereka semakin bongkak dan lupa bahawa idea mencipta tudung sebegitu datangnya dari Allah dan mereka adalah pengantaranya sahaja supaya idea merekacipta tudung itu dapat disebarkan agar ramai boleh beroleh rezeki dan sama2 senang lebih2 lagi sesama Islam.
Allah sedang menduga mereka dan nampaknya mereka terlupa bahawa mereka sedang diduga kerana mereka pasti sangka dugaan hanya datang dalam bentuk kesusahan semata2 hingga terlupa bahawa dugaan juga datang dalam bentuk kemewahan dan kesenangan...
Benar Nur Farina Abdullah. Nikmat kesenangan itu istidraq. Ini yg paling kita takut. Mungkin dia terlupa bhw rezeki itu milik Allah.
PadamBenar Nur Farina Abdullah. Nikmat kesenangan itu istidraq. Ini yg paling kita takut. Mungkin dia terlupa bhw rezeki itu milik Allah.
PadamSalam...semua sudah terjawab. Jawapan tersebut telah dijwap oleh Admin yg mengendalikan fanpage bkn oleh Mawar. Statement tu ada keluar di facebook. Jgn lah kita menuduh kerana selalu kebykkan fanpage ini dikendalikan oleh admin2 bkn owner. Persoalan sudah dijawap..hentikan lah tohmahan.
PadamBetul tu. Still ada lg kat fanpage tu...
PadamMmg la admin yg tulis... mana2 pon admin yg tulis. Secara tidak langsung ia menggambar kn Mawar la... so, xbolh nak undur balik dah melain kn mohon maaf jew...
PadamBetul2...dh admin tu org Mawar..
Padampergh..sgt tajam ulasan mazidul neh..hehe
BalasPadamSaya setuju dgn pendapat saudara.
BalasPadamSaya setuju dgn pendapat saudara.
BalasPadamSasaran tahun 90juta tuan
BalasPadamShe really needs a professional PR to handle this issue. Mak bercakap anak bercakap menantu pun nak bercakap..lebih buruk lagi pengendali Fanpage pun nak bercakap. Semuanya ikut emoai. Hancur...let the professional do their job. The rest keep their mouth shut.
BalasPadamSalam... Saya terpanggil untuk membetulkan rujukan tuan mazidul berkenaan makna paten. Makna paten yang tuan rujuk kemungkinan dari kamus namun makna sebenar dari segi perlindungan harta intelek adalah lain. Makna paten di dalam perlindungan harta intelek adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan oleh pihak kerajaan untuk suatu rekacipta baru sama ada ia adalah satu produk atau satu proses.
BalasPadamNamun apa yang owner tudung Fareeda failkan adalah di dalam Rekabentuk Perindustrian dan juga Cap Dagangan. Reka bentuk perindustrian ialah rupa bentuk luaran secara keseluruhan sesuatu barang atau produk. Bentuk atau tatarajah merupakan aspek tiga dimensi manakala corak atau hiasan merangkumi dua dimensi. Ciri-ciri tiga atau dua dimensi atau kedua-duanya sekali yang terdapat pada suatu barang siap hendaklah melalui kaedah perindustrian. Ciri-ciri tersebut akan memberi suatu penampilan yang unik pada suatu barang atau produk berkenaan.
Adalah menjadi tanggungjawab sosial saya untuk terangkan kepada orang ramai berkenaan perlindungan harta intelek yang sebenarnya. Tuan boleh merujuk kepada website www.myipo.gov.my berkenaan perlindungan harta intelek ini yang kadang kala disalahertikan makna sesuatu perlindungan harta intelek termasuk owner itu sendiri. Adalah menjadi hak pemilik berdaftar untuk eksploit harta inteleknya. Namun itu tidak bermakna saya menyokong dengan apa yang dikatakan oleh owner.
Sorry tuan kalau penerangan panjang lebar. Apa-apa pun saya memang pembaca setiap hari blog tuan. TQVM
Setuju.. Sy peguam yg beramal dlm harta intelek. Tudung Fareeda difailkan d bwh Akta Rekabentuk Perindustrian dan Akta Cap Dagangan 1976. Sepatutnya sebarang rampasan yg dibuat oleh KPDN patut dibuat dibuat Akta Rekabentuk Perindustrian, bukan Akta Hakcipta.
PadamSaya peminat tegar fareeda....apapun org nak cakap pd fareeda...abaikan je ckp2 org yg PHD ni...biasalah melayu ni...bila ada je melayu maju...ada je yg nk mnjatuhkan...itulah MELAYU MUDAH LUPA...xblh tgk melayu maju.ada je nk kondem...
BalasPadambkn phd o xsk tgk melayu maju..tp menegur utk kebaikan sume
PadamBukan dengki. Yg salah tetap salah.
Padamxsemua org mampu...keluaran jer same hakikatnye xde brand tertulis FAREEDA pun...
PadamBukan PHD.. tp cara penyelesaian yg tidak profesional. Mcm mana nak melayu nak maju dlm perniagaan klu mcm ni caranya,...
Padammmg betul MELAYU MUDAH LUPA.. sbb dulu Fareeda kata dia jual tudung bukan utk berdakwah.. tp bila bab2 saman menyaman ni pandai pulak dia guna isu agama (meniru adalah berdosa).. hihi.. Itulah, kita ni mmg takkan lari dr agama kita. Saya sgt setuju dgn saudara Mazidul, Rumusannya, wanita Islam wajib menutup aurat dan memakai tudung BUKAN satu fesyen. Justeru, wanita di Malaysia tidak perlu menabung semata-mata untuk membeli tudung berharga mahal...
So klu tudung dh tak laku.. tak perlulah nak melatah sgt..Kena lah cari strategi baru..
Bukan nak kondem, tapi menegur. Sometimes tak paham perangai orang Melayu yg selalu menganggap teguran sebagai kondem. Ni la Melayu tak sedar diri.
PadamSetuju sgt dgn statement sis Nahdatul Izah (y)
PadamAriani tu maju gak...takde pun orang dengki? Takde pun sibuk2 nak rampas tudung yang berjuta2 tiru tudung dia? Siap nama tudung ala ariani la...tudung ekin laa... rilex je dia... ade bisnes dia melingkup? Makin maju ade la kot..
Padamkeluarkan jer reka bentuk lebih kurang sama.. jgn letak nama fareeda.. letak la nama hantu kak limah.. murah lagi.. fareeda jual jenama jer.. lagipun kalo buat lebih kurang sama tak la mahal.. lebih kurang 40 ringgit jer.. dengan material yang sama.. jadikan bertudung sebagai memenuhi tuntutan agama.. bukan fesyen.. yang kaya tu.. pegi je la beli tudung fareeda .. nak berfesyen kan.. bukan nak penuhi tuntutan agama.. niat bertudung pun dah salah..
PadamSangat setuju dengan statement, "biasalah melayu ni...bila ada je melayu maju...ada je yg nk mnjatuhkan...itulah MELAYU MUDAH LUPA...xblh tgk melayu maju.ada je nk kondem..."
PadamMoga Allah memperbetulkan minda Melayu Islam kita ini.
nak join.. melayu mudah lupa - so nak ingatkan pengusaha melayu kalau barang jenama mereka dah terlajak laris.. janganlah kurangkan nilai kandungan untuk kejar kuantiti dan permintaan.. kualiti kena kekal.. saya merujuk kepada produk yang selalu masuk rumah saya seperti karipap segera - mula2 sedap inti banyak, ada isi ayam/daging, tapi lama2 kulit semakin tebal, ayam dan daging sudah lari dari initi karipap.. perkara sama berlaku kepada produk sireh dan minuman herba kesihatan keluaran bumiputera.. Saya teringat kata ustaz antara golongan yang awal masuk syurga adalah peniaga yang jujur... rupa2nya susah juga untuk menjadi jujur bila fokus kepada keuntungan semata-mata..
PadamBoikot aje kompeni yg sombong macam ni...dia ingat rezeki tu hanya dtg dr usaha sahaja tanpa izin Allah. Mgkn Allah nak uji dia nak lihat sejauh mana dia nak berkelakuan sombong kerana mana tahu satu masa Allah tarik balik nikmat yg diberi... gunakan kuasa anda sebagai pengguna memberi pengajaran pada org macam ni. Wajah cantik tapi sayang sekali rupanya seorg yg sombong
BalasPadamBetul tu...tutup aurat bkn sekadar utk berfesyen..tuntutan agama...kaum wanita..byk lg pilihan yg ada...tak matipon tanpa farida..adijuma pon bagus...owner dia walaupun title datin n kaya raya tak pernah buat statement camtu...walopon tudung harga sepuluh ringgit ianya tetap indah dimata Allah...
BalasPadamBtol tu...tudung aidijuma rase cam byk je yg tiru design n corak dia...xde pulak datin amik tindakan kn...
PadamKan? Setuju gak...
PadamSaya pon stuju...datin xde ambk tndakn pe2 pon.kat pr mlm blmbak ehh..
Padamkalau diperhatikan, wanita yang islamik dan betul2 memahami syariat, insya Allah tidak akan teringin utk membeli tudung fareeda. Memang benar dan sokong, mawar kena pandai mengatur kata2 apabila berbicara dgn public.
BalasPadamBtol sis.. bak kata mak saya "toksah la pakai tudung yg pendek2 tu.. apa pon x dapat".
Padamtak elok cakap begitu dalam blog aje. Apa kata anda berdiri didepan kedai fareeda dan memberitahu setiap wanita yang telah membeli sebagai tidak Islamik. Berani kerana benar kan?
PadamSy bukan peminat tegar fareeda tp ada juga bbrp helai yg sy beli. Yg popular2 tu mmgla labuhnya singkat. Plg singkat labuh 10.5 inci. Tp sy mbeli yg labuh dn bg sy ttp menutup dada. Cthnye ada yg labuh 16- 17 inci. Pilihan tu ditangan kita sbnrnye. Kemampuan juga pada kita. Tudung jenama lain pun sy pakai cthnye pearlhaya, jelitasara, ariani. Harga tudung2 tu pun rm100++ keats. Yg biase2 n bioe ada sale dpt la under rm 100. Tdg fareeda ni mungkin harganya mahal mungkin sb limited, kualiti kain chiffon yg digunakan yg dibeli dr luar dsbg nye. Sy bkn mahu sokonh mana2. Hanya pendapat. Dan ttg komen tu pula, dh jelas admin fanpage mtk maaf. Kesilapannya sb admin menjawab bg pihak big boss nye. Kenyataan tu mmg agk sentap bila di baca. Sb evrbody expect jwpn yg bernas n professional dr pengeluar tudung terkemuka dan sbg ahli perniagaan yg bjaya dan dh tentunya bpelajaran, jwpannya perlulah jwpn yg menjaga hati bkn mnyakitkan hat
Padamagaknya. kalau seorang perompak itu kita kata padanya, perbuatan rompak tu salah, adakah dia akan terima dan mengaku salah? tentu tidakkan. begitu juga. kalau saya berdiri depan kedai dan katakan pada mereka tidak islamik yg membeli tudung tu, tentu marah dan tak boleh terima. so ... terpulang pada diri kita .. kita pakai tudung fareeda ini utk apa? utk Allah ke atau berfashion.... apa pun kerja yg kita lakukan .. semuanya mesti kerana Allah .. baru diterima .. jadi kalau kita rasa nak menjadi seorang muslimah yg sejati, pakailah tudung yg mengikut garis panduan yg betul ... labuh menutup dada, baju pula tidak ketat ... tak payahlah berdiri depan kedai dan terjerit dan terlolong macam org tak berakhlak .... ini bukan masaalah berani kerana benar .. ini masaalah hati masing2 ...
Padamrasanya yg beli pun semata2 ikut fesyen.. bkn nk ngata tp itulah hakikatnya..
PadamSettuju.itu hak dia untuk ambil tindakan and etc bg melindungi produk dia. Yg berkata2 kalau xsuka jgn beli.nk nasihat pg pm die directly.xperlu la nak komen buruk2 n jadikan satu bahan diskusi n share for the purpose nak buruk n aibkan dia.sedih tengok mentaliti segelintir wanita zaman ni.
PadamSaya setuju dengan pandangan en.mazidul, kalau betul itu adalah salah satu strategy syarikat ada baiknya pihak syarikat menjawap segala komen dengan penuh berhemah, saranan saya pihak syarikat terutama bahagian perhubungan awam mempelajari cara-cara komunikasi media lebih berkesan. Para pengguna kini sudah bijak membuat penilaian samaada barang itu sesuai digunakan atau tidak. Cara pihak fareeda menjawap komen dan kritikan boleh dikategorikan tidak cerdik, menjawap sekadar sesedap rasa tidak memikirkan impak jawapan yang diberikan..Wallah u alam. .
BalasPadampleselah madam mawar....mati salut kain putih tgl tudung exclusive fnj tu...xpyhla nk tutup mata klu dh ownertu mg dh tkbur bkn mslh og melayu xblh tgk kaumny bjaya slh ttp slh kak oii...
PadamRasa saya, jawapan yang diberikan sudah padat. Penerimaan bergantung kepada niat seseorang atas kehendaknya. bila nak tutup aurat tangan?
PadamSaya bukan anti jenama namun saya dapati penularan fesyen bertudung terlalu singkat malah lebih kepada ingin memperagakan kemewahan diri dibimbangi menjuruskan wanita kepada sifat riak serta ‘tabarruj’ yang dilarang oleh agama. Amat rugi sekiranya pengusaha Muslim mengetepikan tanggungjawab dakwah hanya semata-mata inginkan mengaut untung berniaga. Bukankah selain keuntungan perniagaan kita juga boleh mengutip pahala besar berdakwah melalui perniagaan? Lebih wajar pengusaha meletakkan harga tudung yang tidak terlalu tinggi agar menggalakkan wanita menghayati syariat berbanding adat. Sekiranya kewajaran itu tidak dapat diterima, muslimat kita masih ada pilihan harga. Saya bersetuju dengan saranan Saudara Mazidul – belilah tudung yang harganya berpatutan justeru Islam menuntut kesederhanaan.
BalasPadamya sy setuju dgn pandangan anda
Padambeli ikut kemampuan tu benar, tapi usah memburukkan orang Islam kita sendiri. Usah biarkan yang bukan Islam dok bertepuk tangan melihat cara kita sesama Islam.
Padamberpatutan bermaksud ikut kemampuan. .. huraikanlah sendiri..
Padamsalam, rasanya di sini semua orang bukan berniat untuk memburukkan orang islam mahupon memburukkan orang melayu, tetapi apa yang di katakan adalah mengenai jawapan yang diberikan, kerana mampu menguriskan hati ramai orang, rata-ratanya menegur untuk kebaikkan bersama, untuk sama2 beradab di dalam perniagaan, sbb kan syg sesama islam la kita menegur, dan kt sini mgkin juga yg menegur ada salahnya tp apa yang pnting yg baik kita ambil dengan elok, yang tidak baik kita buang jauh2. =)
Padamn mengenai aurat, kalau yg paling besar iaitu rambut dan dada pon masih tak lengkap kita nak tutup, apatah lg benda yang kecil, tangan kita ni, tiada yg pakai tudung sebab nak tutup tangan, tapi kita pakai tudung untuk tutup rambut dan dada, kita pakai BAJU untuk tutup tangan kita. cik kena faham isu disini, sebab tu islam sarankan kita supaya berfikir dahulu dgn akal dan minda yang sihat sebelum bertutur kata. bukan di bawah pengaruh emosi.
..."Rumusannya, wanita Islam wajib menutup aurat ....." sila baca keseluruhan posting asal En Mazidul dan faham sebelum berkomen.
PadamSila faham maksud "aurat' dalam Islam. Besar atau kecil, masih lagi dikira aurat. Selagi kesemuanya tidak dipatuhi, masih lagi dikira "tidak menutup aurat'.
Dosa isteri ditanggung suami dan dosa anak perempuan yang belum bersuami ditanggung oleh bapa. Anda masih sanggup memberi laluan jalan ke neraka kepada mereka?
Mmg agak ngek la org yg beli fnj nih,sggup brkhemah bagai sbb nk amik no.giliran..hahaha
BalasPadamItu namanya kemahuan. Kemahuan setiap seseorang adalah berlainan.
PadamSapelah kita nak cakap orang ngek or tak. Dah mereka mampu dan minat. Tepuk dada tanya iman.
PadamSy pun dgr ada org sgup tdo menapak kat dpn kdai fareeda demi nak dptkan tdung tu.sy pun musykil kenapa mereka telalu fanatik ?begitu kuat tarikan pengunjung ke butik tu:-/
BalasPadamSaya x mampu nk memiliki fnj..memadai dgn tudung yg berharga seplo hengget. Saya sgt setuju dgn apa yg dinyatakan oleh en mazidul.
BalasPadamDari kita mengeluarkan kata kata yang kesat dan menjatuhkan perniagaannya...ada baiknya kita doakan agar dia mengubah fesyen tudungnya kearah yang lebih baik dan maju dalam perniagaannya dan terus menaikan ekonomi muslim.
BalasPadamtudung sy 4.50 beli kat mydin. alhamdulillah masih menutupi dada dan tak jarang. :)
BalasPadammaaf sya tidak memakai tudung fareeda ni krn tlalu pendek bg sya seorg yg bdada bidang...
BalasPadamSuka dgn ayat penutup Tn Mazidul..
BalasPadamDunia akhir zaman....tanda2 kiamat kecil...manusia yg riak dgn kebolehan yg Allah kurniakan...tidak bersyukur atas keindahan..bertaubat lah sebelum terlambat...jgn di akhirat nanti tak terjawab dek perbuatan kita sendiri. Subhanallah..
BalasPadamTahniah en mazidul kerana bertindak untuk pencerahan...gud job!!.
Dunia akhir zaman....tanda2 kiamat kecil...manusia yg riak dgn kebolehan yg Allah kurniakan...tidak bersyukur atas keindahan..bertaubat lah sebelum terlambat...jgn di akhirat nanti tak terjawab dek perbuatan kita sendiri. Subhanallah..
BalasPadamTahniah en mazidul kerana bertindak untuk pencerahan...gud job!!.
Tudung untuk menutup aurat. Nak tutup aurat lain macammana? kenapa aurat tangan takde siapa yang kecoh?.. telapak tangan dan muka aje yang bukan aurat wanita. Tangan??? Ada kita komen?.. Kalau kita xde komen pasal business class, 1st class etc, kenapa komen memburukkan orang Islam kita sendiri. Pernah dengar, "Tepuk dada tanya selera"?, "Tiada kemampuan"? "Redha dengan apa yang ada"? . Setiap saat kita semakin dewasa. Dewasakanlah juga pemikiran kita ya..
BalasPadamseeloknya tutup rambut dan dada..xabis2 ngn tidak kemampuanye facts...
Padam??? ... skrg org membicarakan pasal tudung , jadi tentu tudunglah menjadi topic. pelik! .. kenapa nak bicara pasal issue tutup aurat yg lain.... ini bukan tempatnya .. jgn pulak menambah topic menjadi kusut ...
PadamBila berkata pasal tudung. Maksudnya menutup rambut dan dada. Kalau nak tudung yang menutup sampai ke tangan, pakai telekung terus. Ayat emosi sungguh. Cuba bawa bertenang dan faham isu yang dibangkitkan.
Padamtak da orang pakai tudung sebab nak tutup tangan, melainkan nak tutup rambut dan dada,...haha
Padamkomen yang diberikan rasanya bukan untuk burukkan sesama islam, tapi untuk menegur supaya jadi islam yang sejati, iaitu islam yg berakhlak dan beradab dalam segala hal, islam yang menutup aurat dengan sempurna dr kepala smpai ke kaki.
Tu la pasal. Kalau tak baca keseluruhan memang tak akan pernah faham.
PadamSila rujuk rumusan En Mazidul, "Rumusannya setiap wanita Islam wajib ......"
*Usul utama bukan berkenaan tudung, tetapi lebih kepada ulasan kepada statement dari fb fareeda*
Yg menjwap itu adalah admin fanpage bukan Mawar sendiri. Statement itu ada di facebook. Jgn la kita menghentam menuduh. Admin sendiri yg mengaku. Sudah2 lah mengutuk...
BalasPadamsaya xmampu nk pakai tudung yg mahal2..tp sy bersyukur kerna saya mampu menutup aurat saya...tudung mahal bkn dibaluti dlm kubur...hanya kain kapan shj..
BalasPadamtudung hijab dan tutup rambut atas kepala 2 perkara berbeza. walaupun mampu saya tak tergamak beli tudung melebihi RM50..kalau nak kata cantik..yg RM 10 pun byk yg cantik. kalau nak ekslusif...buat dan reka utk diri sendiri. Yg penting jgn jatuh riak..hilang pahala
BalasPadamsokong sgt .... saya buat tudung sendiri ... lebih jimat. walaupun mampu, tapi buat apa membazir ..
PadamSaya pun sokong.. Mak saya beli tudung kat pasar malam je.. Tapi buat tutup makanan je.. Xde jenama pun.. Makanan sedap sebab mak saya masak.. Tudung Saji..
Padamsangat setuju dgn tuan mazidul..biarlah matlamat kita berniaga utk membantu ramai wanita utk menutup aurat dengan sempurna bukan untuk mengaut keuntungan semata2..jdikan perniagaan kita sebagai satu jihad ke jalan Allah.
BalasPadamwww.euphoria.com.my
Mawar Fareeda Fanpage ada keluarkan statment bahawa komen itu bukan Pn. Mawar yang tulis tapi admin fan page tersebut. Emm..tapi pepatah melayu pun ada menyebut, "Telajak perahu boleh berundur, telajak kata?? faham-faham lah kan. Admin page itu pun satu, patutnya mention awal-awal atau tulis nama admin yang tulis status tu. Jadi tak adalah org salah faham. Kan kalau orang salah faham, janganlah melenting pula. Salah admin itu lah kan. Bertudung bukan untuk berfesyen tapi untuk menutup aurat. Jelas sekali tersasar dari tujuan yang sebenar. Bertudung sambil berfesyen boleh tapi haruslah patuh syariat. Pastikan melepasi paras bawah dada. Baik pakai tudung harga rm10 tapi mematuhi syariat.
BalasPadamBila budak hingusan bercakap...hahaha...dunia2...
BalasPadamTudung 3 layer yg jual kt vietnam tu pon kire tiru @curi paten tudung fareeda ke?
BalasPadamRamai yang emosional dalam kes ni. Saya setuju dgn mawar. Siang malam dia bekerja bertungkus lumus mencari idea apa perasaan beliau jika idenya di ciplak? Dalam dunia perniagaan ciplak adalah satu dosa yang tidak terampun kena ianya boleh merosakkan sistem perniagaan itu sendiri. Ciplak adalah sesuatu yang jahil, jahat, kurang ajar, menangguk di air yang keruh, tidak menghormati penat lelah org lain dan membinasakan. Setuju dengan mawar, kalau tak mampu beli fareeda tak payah beli. Ukur baju di badan sendiri. Budaya memakai barangan ciplak ni bagi saya sudah menjadi darah daging bangsa melayu yang telah didedah dengan budaya ini sejak dulu dengan tiada tindakan drpd kerajaan berkenaan jersi ciplak, pakaian ciplak dan aksesori wanita yang ciplak, beg tangan ciplak. Org kita gemar barangan berjenama tetapi malas berusaha.
BalasPadamNanti saya cop Victoria's Secret..
PadamEn Mazidul. Silakan baca blog "kak adib ratu longchamp" berkenaan perspektif undang undang psl tudung mawar ni..
BalasPadamYa allah manusia ni selalu alpa dgn kehidupan hari ini....tidak sepatutnya jadi begitu...betul tu pn fatimah zaharah...knp fareeda tak saman keluaran tudung dr vietnam...byk dr sana sama n sebijik dgn fareeda...
BalasPadamPenat2 org design,pastu ada yg copy design....kemudian,jual murah plk.... Yg aku heran,yg tukang copy design ni,awat tak reka cipta design baru,kemudian jual dgn hrga murah... Cuba perah otak tu....
BalasPadamNama pun tukang copy.. Dia copy je.. Kalau nak suruh design carilah designer..
PadamSy pkai tdung pasar mlm ja hrga rm4 selai..pling mahal pn pnh pkai hrga rm25 ja..yg pnting ttp aurat.
BalasPadamAlhamdulillah..
PadamMatlamat x menghalalkan cara.. Balik2 bangkit hal kaum ni gaduh, kaum tu tepuk tgn.. Ini hal syariah compliance.. Kalau nyonya mana pon jual tudung yg betul 'cover' aurat, apa salahnya..
BalasPadamKalau ko nak jual tudung ko mahal kedaung pon gi mampsss la.. Tp biarla berlandaskan Islam.. Kalau nak singkat2 ni baik ko letak produk ko kat butik victoria secret..!
Tgk komen Mawar tu dari perspektif business. Siapa jgk mo dia punya rekaan kena tiru. Ngam la jgk tu kenyataannya. Klu xmampu, xpayah la beli. Beli la yg lain. Yg mampu. Bukannya kena paksa jgk mau beli tudung yg mahal. Sama la jgk mcm MAS dan AIRASIA. Siapa mau yg mahal dan yg high class naik la MAS. Klu xmampu naik MAS, AIRASIA kan ada. Naik jgk kapal terbang kan. Sama la jgk dgn tudung. Tudung yg murah pun bole jadi nampak mahal and bole jadi nampak lagi berfesyen sekiranya kreatif menggayakannya dan memakainya. Dari diri sendiri jak ba tu.. Mau buat mcm mana. Tdk salah kenyataan Mawar tu.
BalasPadamMana penting? Tudung ke aurat? Tudung berambu2 mcm kain langsir ke tutup aurat?
PadamBuat apa beli tudung mahal-mahal.. Membazir.. Xde la cantik mana pun.. Merepek je design.. Kecantikan seorang wanita utk suami.. Pakai kain kapan utk tutup aurat pun dapat pahala.. Pahala bukan ikut harga tudung..
BalasPadamSilap cakap je pun
BalasPadamHenfon,kasut,kete ada yang pelbagai harga,suka hatilah nak pakai mahal pun ikut kemampuan masing-masing....kalau memilih utk pakai yang harga RM 20 pun tiada masalah...niat kena betul lah..kepuasan hidup masing2,fareeda hanya sediakan saja...
BalasPadamAlhamdulillah ada syarikat orang Melayu kita yg berjaya dalam jndustri ini. Kalau industri lain banyak juga suara2 sumbang yg akan kata syarikat Melayu kalau kerajaan tak tolong takda lah nak berjaya. Tapi yg ini saya rasa berbeza. Bermula dari rekaan sampai ke jualan semuanya langsung ke pihak pengguna. Yang menaikkan orang Melayu yg menjatuhkan juga mungkin orang Melayu. Harapnya yg dinaikkan tak lupa kepada yg membantu dan yg menyokong. Salah dan silap apa salahnya kita buka hati untuk memaafi. Syarikat tudung tersebut nampaknya banyak kerja baikpulih untuk dilakukan selepas ini. Pupukkan rasa rendah diri dan hormat kepada pelanggan. Kalau pelanggan duduk di kerusi apa salahnya kita bersila melayani. Semiskin2 pelanggan, miskin lagi kita tanpa mereka. Mintalah bantuan org2 seperti tuan Mazidul untuk menjelaskan keadaan.
BalasPadamHangat jugak kes ni.. Hehehe.. Kalau ikut perspektif berniaga ni.. Memang dia ada hak pertahankan rekabentuk dia.. Xsalah dia ambil tindakan.. Kalau ikut perspektif kemanusiaan, kenapa tidak bantu sahaja peniaga2 kecil ini sama ada bg sokongan moral atau modal? Kembangkan perniagaan ini bersama2..
BalasPadamKalau ikut perspektif agama, nilai pahala tidak mengikut nilai tudung.. Apa yang penting menutup aurat.. Kalau guna kain kapan untuk menutup aurat tiada salahnya.. Kain batik lepas ke.. Kain langsir lebih2 tu.. Dapat jugak pahala menutup aurat..
Pada habiskan duit beli tudung mahal2, perempuan arab pakai hijab warna hitam je.. Cantik jugak.. Xde pulak cacat cela.. Org melayu je lebih2.. Nak tudung berambu2.. Merepek2 je.. Ada duit beli la.. Xde duit xyah beli.. Sedekah je kat anak yatim duit lebih lagi besar pahala..
Ingat nak buat business tudung jugak la kalau camni.. Tudung kain kapan.. Perfume pun ada.. Perfume kapur barus.. Ada yg nak order?
Betul.. kalau tiada tudung dlm dunia.. kte wajib tutup aurat walaupun dgn mengunakan tuala,sarung cadar atau sebagainye .. menutup aurat adalah wajib.. memakai tudung tidak wajib. Fhm kan mksud sy..
BalasPadamAidijuma pun tak bising kalau dia punya patern bawal di tiru..sbnrnya mula2 tudung ni keluar pun dah pelik apakehalnya pendek sangat..tudung ciplak lebih menutup aurat mungkin lebih baik..rezeki masing2, tudung fareda ni pun dah lama btapak jd tak perlu la rs tergugat.
BalasPadamhihi.. yela.. geeram jugak dgn si mawar ni.. sudah terkenal sejak kawen dgn fizo, abis dia.. lainkali mawar kena lebih berhati2 nak cakap tu, kena jaga hati semua pelanggan tak kira le pelanggan mampu ke tak mampu.. sebab yang sebenar pakai tudung bukan sekadar fesyen..
BalasPadamHangat betul topik ni yerrr....
BalasPadamRM55 masuk tabung surau tuh (refer ayat last tuh) moga jadi tudung untuk kita diakhirat nanti, moga terhindar dari api neraka Allah.. Aminnn
Tutup2lah aurat kita dengan sempurna sebelum kain kafan yang menutup kita entah esok ataupun lusa...
Recycle tdung lama guna gaya baru, syg kt tdung lama2 klu xpki, rs x bbaloi bli mhl2 nk tunjuk kt sape ye, hnya hti masing2 yg tau niat bertudung utk ape...
BalasPadamAkak sokong komen Mahaguru yg sgt tepat. Mmg ramai yg marahkan Mawar, tokey Fareeda atas rampasan tudung tiruan Fareeda baru2ni dan bila dibaca..ramai yg menyebelahi si penciplak kerana kononnya mereka nak mencari rezeki....susah..miskin... padahal tokey Fareeda dah mengaut jutaan RM...mmg betul tp para pengutuk tu pernah terfikir tak mengapa pihak Fareeda mempatenkan tudung2 rekaan mereka , kerana susah payah mereka memikirkan design menarik..senang2 aje pihak lain nak mengaut keuntungan dan utk membenarkan kesalahan itu ramai menggunakan ayat rezeki Allah yg beri....rezeki masing2. Mmg betul tapi adalah tidak adil bg pihak Fareeda bila org lain senang2 menciplak tanpa perlu berkeja keras memikirkan design menarik.Akak jgk walaupon cuma penjual tudung x berjenama tapi senang2 org menciplak kemudian menjual dgn harga yg murah kerana kualiti yg sememangnya hancur...tanpa rasa bersalah menciplak idea akak yg hampir pening nak membuat design menarik so....mmg tak adil pd org2 yg susah payah nak design tudung menarik pastu org menciplak menjual dgn harga yg murah...... Akak tahu ramai mempertikaikan harga yg mahal...beginilah, jika kita mampu pasti kita mahu bergaya walaupon utk menutup aurat, Kita sanggup membeli kasut dan handbag beratus hinggit tanpa mempertikaikan harga tapi bila bab tudung..semua ckp yg penting tutup aurat..memang betul dan pihak Fareeda pon ada menjual tudung labuh..maknanya semua pilihan ditangan kita. Nak beli tudung yg murah pon semua hak kita...duit kita, kita yg menentukan. Kita tak suka tudung Fareeda tapi ramai jgk peminat tegar diluar sana so kesimpulannya...mahal ke murah ke, labuh atau tidak semua kita yg memilih.... Nak recycle nak beli dipasar mlm dgn harga rm2 pon tidak mengapa, yg penting aurat ditutup sempurna. Jadi walau apapon bersangka baiklah kita dgn sesiapa saja....Allah maha mengetahui. Jika ada terkasar bahasa maaf dipinta..akak menulis cuma memberi pendapat sbg salah srg penjual tudung jenama sendiri....Fizz Collection/ Fizz Laurea
BalasPadamKakFizah
beginilah adat orang berbisness ........ kalo tak bengkrap di sebabkan barang tak laku tapi bengkrap disebabkan hal saman menyaman antara sesama kengkawan bisnes .... cuba fikir zaman dulu betapa megahnya jenama h/beg mahal dan semua org yg banyak duit dan suka bergaya beriya sakan membeli ....tup tup ada company dari Thailand yg dah ciplak yg sama serupa tetapi harga murahhhh utk manusia yg tak berkemampuan dapat merasa memakai .....waktu itu langsung tidak ada saman menyaman orang itu tiru orang ini dan orang ini tiru orang itu .....cuba fikir dalam dunia bisness hatta jual goreng pisang sekalipun ada berbagai cara org nak jual supaya laku jualan ..... hatta nasi lemak sekalipun ....kalau nak sebut tudung Fareeda jangan lah malu nak mengaku ...rekaan dia tuh asalnya dari tudung kanak-kanak zaman dulu-dulu ....kalau tak percaya trylah search semula jenis-jenis tudung kanak-kanak zaman dulu ............ tak perlu mendabik dada dalam dunia fana ini ..... allah senantiasa memberi peringatan setiap masa dan saat cuma manusia itu shj cepat lupa diri ....... kpd peminat tudung 'awet muda" ....satu pesanan menabung dalam ASB itu lebih baik dri dok bergaya menunjukkan bentuk badan ........
BalasPadam