Rabu, April 16, 2014

REFORMASI TIDAK UNIK LAGI

Saya percaya, majoriti rakyat Malaysia kini berasa muak mendengar perkataan 'reformasi'. Perkataan dilaungkan oleh pemimpin dan penyokong parti pembangkang sejak kira-kira 16 tahun lalu.


Reformasi sinonim dengan nama Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Sebagai rakyat marhaen, tidak kira samada penyokong pembangkang atau kerajaan, kita tentunya terfikir, apakah kebaikan diperolehi hasil penganjuran pelbagai perhimpunan itu? Selain daripada disogok ceramah beberapa pemimpin pembangkan, mencerca kerajaan dan kemudian diikuti tepuk sorak penyokong.

Reformasi di jalanan serta di stadium, ternyata tidak menghasilkan kesan positif kepada rakyat. 

Motif tetap sama, hanya untuk menjulang serta memperjuangkan nasib seorag individu, Anwar. 

Jika diperhatikan, lama kelamaan, perhimpunan reformasi hanya satu agenda biasa. Tidak lagi unik kerana telah dianjurkan sekian lama, cuma versi sahaja berbeza. Kelompok terbabit pula hanya di kalangan penyokong komponen parti pembangkang, PAS, DAP dan PKR.  

Mereka melakukan perkara sama, di lokasi berbeza, tidak lebih daripada itu.

"Lawan tetap lawan!"

Barangkali rakyat juga sudah berasa bosan mendengar phrasa sama diulang setiap kali Anwar berdiri di pentas awam. Kita juga mendengar kenyataan serupa di You Tube. Hati kecil Ketua Umum Pakatan Rakyat itu juga mungkin menyedari, laungan gabungan 3 perkataan itu hanya untuk membangkitkan semangat penyokong disedari kian pudar. Roh tersemat telah lama hilang. 

Sebelum itu, Anwar acap kali didengari mengungkapkan ...

"Membujur lalu, melintang patah"

Kini dia sedar, tidak semua halangan didepani, mampu dirempuh secara semberono. Anwar terbukti tidak kebal daripada tindakan undang-undang di negara berdaulat ini. Dia juga semakin dimamah dek usia sebelum menutup mata. Tatkala itu Al-fatihah lebih bermakna berbanding teriakan reformasi!

Itu fakta tidak mampu disangkal dek semua.

1 ulasan:

  1. Takbir! disambut dengan Allahu Akbar. Laungan kalimah suci ini telah disalahgunakan penyokong Anwar. Ianya ditujukan bukan kerana memuji Allah tapi untuk pemimpin mereka. Para ulama sila komentar.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.