Jumaat, April 11, 2014

KATA MEREKA BUKAN MAWAR TETAPI ADMIN

Menjawab soalan dan memberikan respon terhadap komen pelanggan atau bakal pelanggan tidak seharusnya dianggap enteng. Penjelasan dikemukakan juga tidak perlu disulami emosi.

Barangkali setelah dikritik hebat oleh masyarakat, pengendali, admin, laman facebook menggunakan ikon Mawar, akhirnya membuat kenyataan rasmi. 

Klik di sini.


Hemat saya, tiada pihak berminat mencetuskan spekulasi sekiranya tidak diundang. Pengendali laman terbabit harus memahami, syarikat itu menjalankan perniagaan. Manakala pemilik syarikat pula tidak seharusnya membiarkan sahaja komen mengundang spekulasi dicatatkan oleh 5 pengendali tanpa dipantau secara teliti.

Mungkin pengendali laman kurang menyedari fakta, tanpa pelanggan, tiada transaksi perniagaan. Jawablah respon orang ramai tanpa perlu menimbulkan kontroversi. 

Usah lupa, pengguna memegang kuasa membeli.  Seperti saya nyatakan dalam entri terdahulu, belilah tudung mengikut kemampuan sekaligus amalkan sikap kesederhanaan.

5 ulasan:

  1. Saya setuju dengan pendapat Mazidul, tak perlu berbelanja besar semata-mata untuk membeli tudung. Lagi pun tudung yang cantik-cantik berlambak di pasaran dengan harga yang lebih berpatutan.

    BalasPadam
  2. Ntah la org Islam ni.. Beli tudung harga sampai beratus2.. Tudung harga 800 pun ada? Gila betul dunia ni.. Sedekah kat masjid singgit je.. Ntah la.. Kalau sedekah kat anak yatim 800 3 bulan dia boleh makan.. Fikir lah mana yg lebih penting mengikut syariat.. Bukannya ikut nafsu..

    BalasPadam
  3. Bisness dah berkembang, kena ada PR yang berkelayakan.... PR yang lebih mengutamakan emosi jer hanya akan menjatuhkan syarikat je lerr... (sekadar pendapat orang biasa2)

    BalasPadam
  4. Pada pendapat saya, beli la ikut kemampuan dan kesesuaian. Kadang-kadang bila difikirkan mmg tudung Fareeda ni berhantu padahal banyak lagi kedai tudung yang lain seperti Ariani ...Aliaa yang jual sampai beribu ribu sehelai tudung tapi pelik kenapa Fareeda yg sering jadi mangsa kutukan masyarakat.Walaupun saya tidak pernah membeli tudung Fareeda (kerana tidak mengikut citarasa saya) saya rasa agak sedih kerana syarikat melayu yang dikatakan telah berjaya sering menjadi mangsa.

    BalasPadam
  5. Saya rasa, yang paling epic adalah "Kami menjalankan perniagaan yang bukan berasaskan dakwah dan keagamaan". Saya baca ayat tu rasa macam, Ya Allah, kenapalah dorang ni.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.