Jumaat, April 18, 2014

PELAKON TAMBAHAN FILEM ALI BABA BUJANG LAPOK PERNAH DIKELAR BAK IKAN


Sewaktu minum di Kota Jembal, Kota Bharu, Kelantan pagi tadi, saya diperkenalkan kepada Abdul Kadir Mamat, 74 tahun.

 

Dia dilahirkan pada tanggal 1 Jun 1940.

Kadir, anak kelahiran Kelantan, berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1961 kerana membawa hati dilukai oleh kekasihnya. 

"Saya pernah menumpang di rumah (Tan Sri) SM Salim, bersama Normah Salim.  Saya berasal dari Peringat, pada usia dua puluh empat tahun, saya berhijrah ke Kuala Lumpur membawa hati, merajuk dengan buah hati pertama ketika itu dia tinggal di Perol. Selepas menumpang di rumah SM Salim saya menyewa rumah beralamat di 230, Jalan Dato' Keramat, Lorong Kiri dan bertugas di Mindef, mencuci bangunan," ujarnya.

Saya perhatikan, wajahnya berkedut seribu tetapi tetap ceria.


"Saya pergi ke Studio Jalan Ampas untuk menghadiri sesi uji bakat dan berpeluang menjadi pelakon tambahan filem Ali Baba Bujang Lapok ketika berusia 28 tahun. Saya, penyamun pertama disiram oleh seniwati Sarimah dengan minyak panas dalam filem itu. Sampai sekarang, masih ramai tidak mengetahui teknik kreatif dan bijak digunakan oleh pengarah, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Minyak panas berasap dituang ke dalam bekas penyamun bersembunyi tetapi tubuh kami tidak melecur. Biarlah kaedah itu menjadi rahsia," tambahnya lagi.

Dia berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

"Tiga puluh sembilan lagi penyamun itu antara mereka berasal dari Kedah, Perak dan Singapura. Pembikinan filem terbabit memakan masa hampir setahun. Tatkala itu, sekali rakaman, pelakon tambahan hanya dibayar RM50," tambahnya diikuti tawa.


Dia lulusan fotografi Pusat Latihan Belia Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

"Saya graduan sesi pertama. Nama cikgu saya, Yashito Okida," kata bekas anggota JPAM Kelantan beroperasi di Hospital Kubang Kerian.

Kadir kemudian menceritakan pengalaman ngeri ditempuh sewaktu tragedi 13 Mei 1969.

"Saya bersama dua rakan berkunjung ke panggung Federal, menonton filem hindustan ditayangkan di antara jam 12 tengah hari dan 3 petang. Tiket masuk ke pawagam, RM2.50. Tiba-tiba dipaparkan pesanan dalam bahasa Cina di layar putih, orang berbangsa selain Melayu diarahkan keluar dari panggung. Kami Melayu, tidak memahami tulisan Cina, menjadi mangsa," katanya.

"Apakah berlaku?," soal saya.

."Tanpa diduga, sekitar jam 3 petang, dalam keadaan kelam-kabut penonton Melayu diserang. Saya menolong wanita Melayu berasal dari Kelantan, cuba dicederakan oleh penjenayah Cina. Ketika itu, mereka menangkap dan 'menyiang' saya seperi ikan menggunakan pisau pemotong daging babi. Paha dan belakang saya cedera parah ditetak berulang kali dan lebih kejam lagi, luka itu ditaburkan garam. Pedih. Dalam keadaan tidak sedarkan diri, saya dikejarkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Sebaik membuka mata, saya terlihat ramai 'bidadari' di sekeliling. Dalam hati, wei! saya di dalam syurga? Saya fikir, saya telah mati. Tubuh saya putih, ditutupi kapas. Rupanya saya berada di dalam wad, jururawat sedang memasukkan 138 bungkus darah ke dalam tubuh saya," jelas Kadir.


Semoga Kadir dipanjangkan usia untuk terus berkongsi pelbagai kisah hitam putih kehidupan bersama mereka yang berminat untuk mendengar.

19 ulasan:

  1. Kadang-kadang seronok dengar cerita orang dulu-dulu

    BalasPadam
  2. Cik mazidul cari lagi mangsa mangsa 13 Mei untuk mendapat cerita mereka. Boleh buat satu dokumentari ni.

    BalasPadam
  3. Wow. tak puas baca. nak lagi. ada sambungan?

    BalasPadam
  4. Next please!nk dengar lg..cerita org tua2 ni 'sedap' didengar ;-)

    BalasPadam
  5. sohornya ore kampung ambo... En mazidul xnk mari kedai lalat doh ko??

    BalasPadam
  6. Mereka genarasi kini tidak percaya dgn sejarah 13 Mei. Sejarah ini cuba diberikan gambaran baru dgn menyeleweng fakta sbnr. Untuk memahami politik kini kita perlu melihat sejarah 'si tukang kelar' ini. Sehingga kini, si tukang kelar masih bermain rentak n irama yang sama tanpa belajar drp sejarah betapa bahayanya lagu yg cuba dimainkan.. Bezanya kini ada org kita hayal n alpha bermain kompang mengikut rentak mereka..

    BalasPadam
  7. Dr crita beliau..orng2 cina dlm pwagam lngsung x memberitahu org2 melayu utk selamatkn diri malah seolah2 mereka bersatu padu untuk membunuh org2 melayu.

    BalasPadam
  8. Salam. Kalau bertemu lagi dengan Pak Kadir, mungkin boleh Mazidul bertanya apakah benar cerita yang kita sering dengar bahawa pelakon yang membawa watak tuan rumah dalam Masam Masam Manis turut dibunuh dengan kejam semasa peristiwa 13 Mei 1969.

    Teruskan tulisan berbentuk imbauan sejarah seperti ini untuk mengingatkan generasi sekarang bahawa keselesaan hidup sekarang bukan datang tanpa pertumpahan darah dan masih wujud anasir anasir yang mahu mengacau bilaukan Negara kita ini.

    BalasPadam
  9. Cerita yang disampaikan oleh Pak Kadir bukanlah sebarangan cerita. Inilah cerita yang patut diketahui oleh orang Melayu terutamanya golongan muda. Kebanyakan mereka tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku semasa 13 Mei 1969. Saya sering memberitahu anak-anak betapa kejam dan bencinya orang-orang Cina dan India DAP yang dikepalai Lim Kit Siang, Karpal Singh dan ramai lagi pemimpin mereka ketika itu yang begitu bersungguh-sungguh mahu menghalau orang Melayu keluar dari bumi tercinta ini. Tolong sampai-sampaikan lagi cerita seperti ini agar kita tidak dibutai oleh ahli-ahli politik Melayu ketika ini yang sanggup menyalahkan bangsa sendiri terhadap apa yang berlaku semasa Tragedi 13 Mei dulu...Tun Mahathir pernah berkata di suatu ketika dahulu, jika Melayu tidak bersatu, kita akan menjadi seperti orang Palestin yang menjadi pelarian di bumi sendiri!!!

    BalasPadam
  10. Peristiwa 13 Mei 1969 pada hari ini telah diputarbelitkan untuk menunjuk seolah-olah orang Melayulah yang memulakannya. Lim Kit Siang, Karpal Singh, Chan Man Hin dan konco-konco dalam DAP dan sekutu mereka telah meniup semangat kebencian orang Cina dan India terhadap Melayu yang ketika itu dilihat sebagai kaum yang lemah dan sampah oleh mereka. Ramai orang Melayu yang terbunuh di tangan gangster Cina yang diupah di pawagam Federal pada hari itu, hari pertama rusuhan kaum di Kuala Lumpur bermula. Melayu hari ini terutamanya golongan muda tidak tahu dan tidak mahu ambil peduli tentang peristiwa berdarah ini...yang sedihnya ada yang termakan dengan cerita Kit Siang bahawa orang Melayu di bawah kepimpinan Allahyarham Dato' Harun Idris yang memulakan peristiwa berdarah itu. Sebenarnya Dato' Harunlah yang telah menyelamat orang Melayu di Kuala Lumpur daripada terus disembelih oleh musuh-musuh Melayu. Saudara Mazidul, cari lagi orang seperti Pak Kadir ini dan sebarkan pengalaman mereka kepada orang Melayu yang pada hari ini begitu alpa dan buta sejarah! Cerita seperti ini lebih bermakna untuk dihayati oleh semua peringkat masyarakat Melayu...Terima Kasih saudara Mazidul.

    BalasPadam
  11. Menarik cerita "pelakon tambahan".Bukan main lagi filem "Ali Baba Bujang Lapok".Wow pembikinannya satu tahun!Bukan calang2 pelakon2 yg berdamping dgn P.Ramlee.Pak Kadir banyak cerita agaknya.Terim kasih Sdr Mazidul.Jarang dengar cerita begini.

    BalasPadam
  12. Terima kasih saudara Mazidul...
    kesedihan dan kepedihan hati melihat bangsa Melayu yang menikam bangsa Melayu di depan mata... tetapi kita masih tidak mampu berbuat apa-apa... saya sangat hargai usaha saudara... sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari pedang ! Mohon di perluaskan lagi kisah benar seperti ini.

    BalasPadam
  13. Menarik untuk dibaca, dharap ada cerita macam ni lagi buat kami anak-anak muda ni.

    BalasPadam
  14. Panggung Odeon.
    Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan.[5] Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.[perlu rujukan]

    Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.

    Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

    Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

    Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

    Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

    Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin ada benarnya cerita ni, ahli politik yg tamak dan gilakan kuasa sanggup buat apa saja. Rakyat yg tak bersalah selalu jadi mangsa.

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.