Kira-kira jam 4.10 petang tadi, saya tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dari Kota Bharu, Kelantan. Pesawat Firefly dijadualkan terbang tepat jam 5.05 petang dan tiba di Lapangan Terbang Skypark Subang, 1 jam 10 minit kemudian.
Pesawat ATR 72-500 itu mampu memuatkan maksimum 72 penumpang.
Beberapa minit selepas jam 5, pramugari berasal dari Pahang, Sharifah Zainab membuka pintu belakang pesawat.
"Berat?," soal saya spontan.
Saya duduk di kerusi paling belakang.
"Ini pintu paling berat di pesawat ini," ujarnya perlahan.
Beberapa kakitangan bukan kru kabin Firefly kemudian pantas menaiki pesawat sama dan mula mengira bilangan penumpang. Sebelum itu, 3 kali pramugari kedua melakukan perkara sama.
"Empat puluh satu," kata mereka.
Bagi memastikan bilangan itu tepat, Sharifah kemudian mengira sekali lagi dari hadapan ke belakang.
"Empat puluh satu," katanya.
Ketika itu sebilangan penumpang kelihatan mula berasa hairan tanpa mengetahui kejadian sebenar.
Kakitangan darat kemudian turun, Sharifah menutup pintu pesawat. Tatkala itu, jadual penerbangan terlewat kira-kira 15 minit. Saya perhatikan, pesawat masih tidak bergerak. Pramugari bertugas seakan menunggu sesuatu.
Pintu sekali lagi dibuka. Kakitangan darat kemudian menaiki pesawat dan membuat kiraan semula.
"Empat puluh satu," kata seorang daripada mereka.
Keadaan menjadi sedikit kecoh.
"Mungkin seorang penumpang sepatutnya menaiki Air Asia dan tersalah pesawat," bisik seorang lagi.
Saya terus memasang telinga sekaligus cuba memahami masalah mereka depani.
Jam 5.25 petang, Kapten Muzafar keluar dari ruang pemanduan dan berjalan menuju ke belakang pesawat, menemui kakitangan darat bertugas.
"Apakah masalahnya?," soal beliau.
"Kami tersilap kira kapten," balas mereka.
"Saya sepatutnya take off awal tetapi sekarang terlewat hanya kerana kamu tersilap kira," terang beliau, tenang.
Rekod menunjukkan, hanya 40 penumpang menaiki FY 2077 ke Subang sedangkan kiraan berulang kali dilakukan oleh beberapa kakitangan Firefly menunjukkan terdapat 41 penumpang, duduk selesa di kerusi.
Pesawat terlewat kira-kira 30 minit dan tiba di Subang pada jam 6.30 petang. Firefly harus belajar daripada insiden terbabit. Kecuaian memberikan impak kepada perjalanan operasi pesawat.
Tepat jam 5.55 petang, ketika pesawat FY 2077 terbang pada ketinggian 6,000 kaki, kapten bertugas memohon maaf di atas kelewatan jadual penerbangan.
Begitulah kelaziman tanggungjawab seorang ketua. Beliau sanggup memohon maaf biarpun kesilapan dilakukan oleh individu lain.
I salute him.
hahah.. yang terlebih tu bro Mazidul.. nama takde dalam senarai.. tapi tiba2 muncul dalam flight... misteri sungguh! paranormal activity telah berlaku...
BalasPadamSikap kapten tersebut sangat professional. Tak salah memohon maaf bagi pihak crew yang dibawah pengawasan beliau. Lagipun keselamatan penumpang adalah keutamaan mereka. Mereka mengambil langkah langkah keselamatan sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.
BalasPadambro mazidul, cerita tak habis lg. siapa gerangan penumpang tak bertiket firefly tu?
BalasPadamkan dia kata,tersilap kira, bukan terlebih...tamat dah cerita ni bro...
BalasPadamAdakah sesiapa mendakwa cerita ini tidak tamat?
PadamAgak-agaklah ...
saya membalas komen/pertanyaan dari saudara usin diatas...saya komen bukan hanya membaca tajuk,saya komen dengan meneliti isi kandungan...dan saya mengikuti posting2 saudara sepanjang masa...
Padammungkin kesilapan saya memberi komen dengan tidak mengklik button 'balas' dibawah komen saudara Usin itu
Cerita belum tamat, penumpang misteri yang terlebih tu belum dirungkai..berulang kali di kira jumlah 41 orang..kira lagi 40 orang.. Tentu ada penumpang miteri ni hehe
BalasPadamSambungan... kiraan pertama...terkira sekali dgn pramugari kat dalam tu..jadilah 41orang.....kira kali kedua...dikira oleh pramugari yg termasuk dlm kiraan pertama...so..jadilah 40 orang...penumpang..hehe...the end..
BalasPadam