Selasa, April 01, 2014

'ORANG PELARIAN' NAIK LEMAK DI HOSPITAL KERAJAAN

Saya difahamkan, Jabatan Imigresen Malaysia mula menempatkan pegawai penguatkuasa di beberapa HOSPITAL KERAJAAN sejak 2 minggu lalu. Mengapakah tindakan itu dilaksanakan? 

Persoalan itu sekaligus mendorong saya menghubungi kenalan, doktor hospital kerajaan.

Kakitangan Jabatan Pesakit Luar di hospital kerajaan, dianggarkan merawat purata 1,000 pesakit setiap hari. Dicongak, 40% daripada mereka, warga asing dari pelbagai negara di dunia.  Saya dimaklumkan, sejak penguatkuasa Jabatan Imigresen ditugaskan di hospital kerajaan, bilangan pesakit warga asing mendapatkan rawatan dilaporkan BERKURANGAN secara drastik.

Kakitangan Jabatan Imigresen dan pihak pengurusan hospital kerajaan mengetahui FAKTA itu.

Mengapakah senario itu berlaku?

Jawabannya amat mudah. Majoriti daripada warga asing menyalahgunakan dokumen atau tidak memiliki dokumen perjalanan sah tentunya berasa gentar untuk ke hospital kerajaan kerana bimbang diberkas oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen melakukan pemeriksaan.

Biar saya kongsikan fakta.

"Apakah antara servis disediakan oleh hospital kerajaan?," soal saya kepada doktor itu. 

"Pelbagai. Antara servis itu, pemeriksaan darah, ujian air kencing, memasukkan air ke dalam badan, drip.  Semua servis itu sediakan untuk rakyat tempatan dengan bayaran RM1 sahaja. Mereka sememangnya layak kerana pesakit warganegara Malaysia," kata doktor itu.

"Bagaimanakah pula kadar bayaran dikenakan kepada warga asing?," soal saya lagi.

"RM15 sahaja.  Lebih istimewa, warga asing memiliki kad UNHCR diberikan diskaun 50%. Maksudnya, untuk mengecapi semua servis di hospital kerajaan, mereka hanya membayar RM7.50 sahaja. Jadi tidak hairan apabila hospital kerajaan menjadi tumpuan warga asing di Malaysia pada setiap hari. Majoriti mereka menuntut untuk mendapatkan servis dan rawatan maksima dengan bayaran terlalu murah. Begini perbandingannya. Jika mereka membuat ujian darah di klinik swasta, bayaran lazim RM35, ujian air kencing RM15 manakala untuk drip, bayaran mencecah RM120," jawab beliau.

Maklumat mengenai kad Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian, UNHCR itu menarik perhatian saya.

"Kami, petugas di hospital kerajaan kekadang keliru dengan status UNHCR itu. Rekod kami menunjukkan, warga China, Sri Lanka, Syria, Indonesia, semua mendakwa memiliki kad UNHCR, dikategorikan sebagai 'orang pelarian' atau refugees, supaya mereka berpeluang mendapat rawatan dengan kadar amat amat murah berbanding bayaran dikenakan oleh klinik dan hospital swasta. Kalau warga Malaysia, kami tidak kisah sebab itu hak mereka, diperuntukkan oleh kerajaan kita. Memualkan, sebilangan mereka juga bersikap kurang ajar dan memarahi kakitangan bertugas," komen doktor sama.

Maram Ali Omar, 25 tahun dan Takani Qaik Abdul Ghani, antara pesakit pernah berkunjung ke hospital kerajaan. Mereka berdua, pemilik kad UNHCR. Justeru hanya perlu membayar RM7.50 sahaja untuk pelbagai servis dan rawatan disediakan di hospital kerajaan.



Cuba teliti dokumen di atas.

Mereka tinggal di Sky Villas, Serdang, Seri Kembangan, Selangor. Penempatan berstatus 'service apartment' dilengkapi pengawal keselamatan dan kolam renang. Kadar sewa se unit apartmen, di antara RM800 dan RM1,2000 sebulan.

Klik di sini


Timbul persoalan lebih membinggungkan. Bagaimanakah 'orang pelarian' bernaung di bawah UNHCR di Malaysia, mampu menetap di apartmen mewah? Apakah kerjaya sebenar mereka di negara ini? 

Kesimpulannya, mereka tidak layak untuk mengecapi servis dan rawatan di hospital kerajaan. Masih ramai lagi warga Malaysia, hidup susah dan menagih bantuan ditawarkan oleh hospital kerajaan. Usah berasa hairan, jika katil di wad hospital dibanjiri oleh warga asing sekaligus menyempitkan peluang rakyat Malaysia untuk dirawat.

Adakah kerana menyedari hakikat itu, Jabatan Imigresen bertindak menempatkan penguatkuasa di hospital kerajaan?  Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM terlepas pandang mengenai kes ini? Berapakah pula bilangan warga asing telah merampas hak rakyat tempatan selama ini? 

Sebilangan pembaca mungkin mengetahui, warga Rohingya dan Myanmar antara warga asing diberikan status pelarian oleh UNHCR.

Bagi memastikan hak rakyat tempatan tidak terus diragut, molek sekiranya Jabatan Imigresen berkongsi dengan kakitangan hospital kerajaan, senarai negara kini rakyat dikategorikan sebagai 'orang pelarian' di Malaysia. 

In Sha Allah, dalam tempoh terdekat, saya akan kongsikan pelbagai lagi informasi menarik berhubung kaedah penyalahgunaan kad UNHCR untuk warga asing terus menikmati perkhidmatan ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

20 ulasan:

  1. Good... pendedahan yg menarik... hosp kerajaan dah la sesak skrg ni... diorang lak dok menumpang...

    BalasPadam
  2. Salam, saya selalu nampak orang asing nih banyak gila dekat hospital kemaman dah laa hospital tuh tak ada pakar hanya ada MO so rakyat malaysia dari cherating chendor kemaman semua tertumpu di situ tambahan orang asing dari kemboja Vietnam myammar dan juga pemegang card UNCHR mmg pack dan penuh~ negara ku di jajah lagi

    BalasPadam
  3. kerajaann terutama nya imegresen terlalu berhemah menangani masalah pendatang asing...benda sudah berlaku terlalu lama.. memang betul kita perlu bertindak sehemah yang mungkin tapi ....jangan la terlalu berhemah hingga "boroi perut".Adakah sampai semua menteri atau pegawai atasan turun padang baru nak buat tindakan yang "TEGAS dan TIADA TOLAK ANSUR".Tolong lah tegas dan JALANKAN TANGGUNG JAWAB...Jangan sampai kami yang rakyat .. kena bayar cukai bagai,untuk menjaga ANAK LUAR....

    BalasPadam
  4. dah biasa dah ni.. dulu pernah gak kenal.. pelarian myanmar.. tp blajar dkt IPTA.. dah la tu.. pakai keta yg bleh bukak bumbung plak tu.. sakit pegi PPUM.. hampeh...

    BalasPadam
  5. klu x terima xda perikemanusian pulak...klu terima rasa terancam plak...knapa x bwat hospital khas untuk pelarian ni...mcm 1stop center untuk mereka...klu di sabah aku rasa xda sdh pelarian sbb perang di selatan filipin da tamat...di semenanjung perlu hospital khusus untuk pelarian UNHCR...keadaan semasa sekarang buatkan malaysia jadi tumpuan pelarian2 dari negara bermasalah ke negara kita...

    BalasPadam
  6. Salam,
    byk sgt dah kemudahan warga kita org yg tak sepatutnya turut nikmati. kita byr cukai perlu kongsi subsidi dgn mereka. patutnya mereka beli barang tanpa subsidi.

    BalasPadam
  7. 22 Mac lalu, isteri dimasukkan ke wad di Hospital Hospital Tuanku Ja'afar Seremban selama 1 mlm.
    Caj yg dikena RM50.00
    Kami sekeluarga adalah warganegara Malaysia.

    BalasPadam
  8. kerajaan kita terlalu lemah menangani kebanjiran pendatang asing ni sehingga mengganggu hak dan keselesaan rakyat Malaysia sendiri. TIDAK sepatutnya mereka menikmati hak rakyat tempatan. Saya pergi Dubai... kat sana nak beratur di McDonalds pun diasingkan barisan antara rakyat Dubai dan pendatang/pelancong asing. Begitu sekali mereka jaga martabat rakyat mereka.

    BalasPadam
  9. Elok juga Abg dapat bantu bangkitkan isu pelajar pelajar yang dari pendatang yang menipu status kelahiran mereka seterusnya mendapat bantuan penuh kerajaan di sekolah-sekolah Kerajaan.

    BalasPadam
  10. pesakit di hospital kerajaan sangat sabar... saya tak sabar...

    BalasPadam
  11. saya cadangkan warga asing di kenakan caj yang lebih tinggi dari kadar sedia ada.. ada juga pemegang kad unhcr warga Indonesia.. sememangnya amat meragukan.. penguatkuasa imegresen juga perlu ditugaskan di klinik kesihatan kerajaan.

    BalasPadam
  12. saya cadangkan warga asing dan pemegang kad unhcr dikenakan caj yg lebih tinggi dari kadar sedia ada.. pegawai penguatkuasa imegresen juga perlu ditugaskan di semua klinik kerajaan.

    BalasPadam
  13. Klinik Kesihatan Ibu & Anak Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur juga terlalu ramai warga Myanmar & Vietnam berkunjung utk mendapatkan rawatan & pemeriksaan semasa hamil. Tidak diketahui samada mempunyai dokumen yg sah atau tidak. Molek jika pihak imigresen berkunjung ke sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Sgt setuju! Office berdekatan dgn klinik 1Malaysia ni..tpi majoriti yg pergi bukan warganegara!!

      Padam
  14. Setuju benar imigresen di tempatkan di hospital kerajaan.. jumlah pesakit warga asing jauh menurun berbanding sebelum ini.. kenaikkan caj rawatan untuk warga asing juga perlu dipercepatkan.. bayaran rm 15 untuk semua servis dan ubat ubatan sangat merugikan kerajaan.

    BalasPadam
  15. Betul tu mereka ni menggunakan kemudahan yg sepatutnya rakyat sahaja dapat.

    Contoh lain minyak. Depan mata saya seorang lelaki menggunakan kenderaan berplat no Singapura menolak dengan kasar apabila petugas berbangsa Bangladesh cuba mengangkat noozle pam minyak berwarna hijau sambil tangannya mengangkat nozzle berwarna kuning. Soal minyak saya pun tak faham bagaimana cara mereka membezakan harga utk warganegara dan bukan warganegara.

    BalasPadam
  16. sudah lama perkara ini disuarakan oleh kakitangan hospital dan klinik kerajaan tetapi hanya dipandang sepi. tapi better late than never. warga asing tidak sepatutnya menikmati perkhidmatan bersubsidi utk rakyat malaysia.

    BalasPadam
  17. Macamana pula dgn lesen memandu? Sy pergi renew lesen memandu di padang jawa shah alam. Rata2 yg buat lesen kat situ org indon yg muka macam jahat2 tu . Xfaham macam mana org indonesia senang2 boleh buat lesen. Padahal diaorang kan xada duit. Kalau dah kaya sangat pergilah balik negara diaorang . Buat lesen kat negara sendiri kan jauh lebih murah

    BalasPadam
  18. Saya pernah bekerja sebagai houseman di Hosp kajang. Ada seorang wanita indonesia dtg bersalin di wad bersalin. Beliau adalah PATI.x ada apa2 dokumen. Setelah bersalin anaknya dimasukkan ke wad bayi NICU. Wanita ini diserahkan pada polis Kajang. Namun 2 hari kemudian kami terserempak dgn wanita ini melawat bayinya di NICU. kami mendapat tahu bahawa beliau telah dilepaskn selepas menyogok wang rm50.begitu murahnya integriti. Ya kemudahan kesihatan malaysia byk dihabiskn kepada warga asing

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.