Selasa, April 01, 2014

MUSLIHAT WARGA ASING MENIKMATI RAWATAN DAN UBAT SUBSIDI DI HOSPITAL KERAJAAN


Menurut laman sesawang Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian, UNHCR, sejak tahun 2002, Pakistan menempatkan 1.6 juta pelarian Afganistan di negara itu. 

Peliknya, UNHCR di Malaysia mengeluarkan surat di bawah kepada wanita warga Pakistan, Rachel Julius, dikategorikan sebagai pelarian atau pencari suaka. Lebih menghairankan UNHCR masih memeriksa kesahihan maklumat disalurkan oleh wanita itu. Ertinya, status pencari suaka atau pelarian itu belum lagi disahkan.


Saya difahamkan, hak pengeluaran dokumen itu tertakluk kepada penilaian pihak UNHCR. 

Kes ini menjadi lebih menarik, apabila Rachel dilapor telah menggunakan dokumen tanpa status sah itu untuk mengecapi kemudahan rawatan murah ditawarkan oleh hospital kerajaan di Malaysia. Dia mengambil kesempatan tanpa disedari oleh pihak berkuasa kecuali beberapa doktor prihatin.

Doktor setiap hari berurusan dengan pesakit warga asing tetapi tiada hak untuk mendedahkan tipu muslihat warga terbabit kepada pihak media utama.

Kes Rachel, antara ribuan kes menimbulkan tanda tanya di kalangan doktor tempatan berkhidmat di hospital kerajaan MALAYSIA.


Sejak 3 dekad lalu, negara kita menghulurkan bantuan kepada lebih 30,000 pelarian Rohingya berdaftar, atas dasar kemanusiaan. Pelbagai kekejaman dilakukan terhadap mereka di negara asal. 

Klik di sini.

Biarpun hidup susah, di Malaysia, mereka dilindungi oleh UNHCR.

Semalam, saya menulis entri mendedahkan muslihat warga asing, diberikan perlindungan oleh UNHCR dan kemudian meragut kemudahan ditawarkan di hospital kerajaan. Isu menarik, 2 warga Yemen, menetap di apartmen mewah di Serdang, Selangor, juga menikmati rawatan serta bekalan ubat subsidi kerajaan Malaysia dengan harga amat murah. Walhal mereka mampu untuk dirawat di hospital swasta.

Klik di sini.

Saya yakin, majoriti rakyat Malaysia tidak membantah sekiranya etnik Rohingya diberikan pelbagai jenis rawatan perubatan dengan harga SUBSIDI, hanya RM7.50. 

Dilaporkan, selain warga Yemen dan Pakistan, rakyat Indonesia, China dan Sri Lanka juga menikmati kemudahan disediakan oleh hospital kerajaan (MALAYSIA) kerana mendakwa dilindungi oleh UNHCR.

Warga asing, membanjiri hospital kerajaan sekaligus menjadi penghuni katil di wad sepatutnya diberikan keutamaan kepada pembayar cukai, rakyat Malaysia. 


Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia harus meneliti serta mengkaji kembali tawaran rawatan dan pembekalan ubat kepada warga asing.  

Muslihat mereka tidak layak menerima kemudahan itu wajib didedahkan.

Saya sedang cuba mendapatkan ulasan Jabatan Imigresen berhubung tindakan menempatkan penguatkuasa di beberapa hospital kerajaan sejak 2 minggu lalu.

4 ulasan:

  1. salam.. abg mazidul.. terima kasih kerana membangkitkan isu yg memang dari dulu menjadi tanda tanya, kenapa semakin ramai warga asing di negara malaysia ni.. sy pelik sbb senang dan mudah bagi mereka mendapatkan rawatan, membuka kedai runcit dan kedai makanan sedangkan rakyat sendiri hidup merempat... kesian tengok bangsa sendiri hidup melarat, org luar yg masuk malaysia boleh hidup bersenang lenang...

    BalasPadam
  2. saya pelik melihat rakyat Myanmar diberikan taraf UNHCR atas alasan perlindungan politik padahal mereka bukan kaum yang teraniaya seperti Rohingya.

    UNCHR berkampung di salah sebuah Gereja di Cameron Highlands tahun lepas selama 3 hari untuk memberi dan mendaftarkan status ini dan dibanjiri oleh rakyat Mnyamar yang beragama Kristian sahaja...

    peliknya...

    BalasPadam
  3. Ada dakwaan mengatakan adalah sangat mudah untuk mendapatkan kad pelarian/UNHCR ni...Dengan bayaran hanya RM 20 sesiapa saja boleh memperoleh kad ini....maklumat ini didedahkan sendiri oleh pemegang kad UNHCR ini,iaitu seorang warga Myanmar.Sekiranya maklumat/dakwaan ini benar,diharap pehak2 yang berkenaan segera menyiasat seterusnya mmembendung perkara ini









    BalasPadam
  4. salam,
    saya sgt tertarik apa saudara mazidul mendedahkan isu ini....pada pandangan saya isu kebanjiran warga asing ni sepatutnya ditangani sejak era 90an lagi...sekarang ni dah menjadi duri dalam daging....seeloknya minta kerajaan larang terus dari memberi perkhidmatan kepada warga asing...jgn nanti org cakap kera di hutan di susukan anak di rumah mati kelaparan..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.