Sabtu, April 05, 2014

MUSLIHAT LICIK PENIAGA TELEFON BIMBIT DI ...


Kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, sewaktu melintasi Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur, saya menghampiri empat lelaki warga asing. Mereka berdiri berhampiran Balai Polis Bergerak Ibu Pejabat Polis  Daerah Dang Wangi.


Dua anggota polis bertugas mendengar kenyataan mereka secara teliti.

"Itu taukeh cakap, telefon (bimbit) Samsung S4, harga RM200. Dia cakap hari ini, last day, offer," ujar warga India, Amit Roy.

"Jadi awak beli?," celah saya.

"Murah, saya beli. Bayar RM200. Taukeh kemudian cakap mahu angkat itu telefon, dalam kotak. Sebelum itu, dia suruh saya sign (tandatangan) itu resit," balasnya sedih.

Amit kemudian menghulurkan resit kepada saya untuk dirakamkan.


"Kemudian?," soal saya lagi.

"Bila itu telefon sudah dibawa ke kaunter, dia minta saya tambah lagi RM1,799. Saya cakap, tidak mahu beli itu telefon. Saya mahu saya punya wang balik. Itu taukeh cakap, tidak boleh sebab awak sudah sign itu resit," jelasnya.

Wajahnya kelihatan sugul. Dia datang ke ibu kota menghadiri kursus dihantar dek majikan dan akan pulang ke Melaka petang ini.

"Saya tidak faham apa dia tulis, sign sahaja," ujar Amit.

Pantas saya meneliti resit dipegang oleh pekerja pasaraya Mydin Melaka, berusia 25 tahun  itu.


'Customer agree booking phone cannot return money'.

Bahasa Inggeris peniaga itu berterabur tetapi maksudnya, wang diberikan oleh Amit itu dianggap deposit. Wang deposit, RM200 tidak akan dikembalikan sekiranya dia enggan membeli telefon bimbit dijual dengan harga RM1999, bukan RM200.


"Tadi, satu perempuan Melayu, dengan dia punya anak, pun sama juga. Taukeh tidak mahu kasi wang balik," keluhnya.

Hemat saya, muslihat peniaga menjual telefon bimbit itu amat licik.

"Banyakkah berlaku kes seperti  ini?," tanya saya kepada anggota polis.

"Hampir setiap hari berlaku kes sama tetapi majoriti mangsa, warga asing, Bangladesh, India," ujar anggota terbabit.

"Sebuah kedai sahaja?"

"Bukan,  beberapa kedai," balas anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu.

Saya difahamkan, Amit telah membuat laporan polis di balai berhampiran Pudu Central.


"Encik, tolonglah saya. Itu RM200 banyak besar," rayu Amit memohon simpati.

Berikutan itu, seorang daripada anggota polis terbabit kemudian membawa Amit dan rakan ke kedai telefon di Kompleks Kota Raya. Kompleks kini dibanjiri oleh pekerja warga asing.


Saya beredar dengan harapan wang tunai Amit dikembalikan. 

Kepada masyarakat pengguna berhati-hati sebelum menandatangani sebarang dokumen dalam transaksi pembelian di kompleks itu.

7 ulasan:

  1. sakit hati betul walaupun warga asing yang kena dalam hal kes penipuan membabitkan bangsa terbabit.harap tindakan yang di ambil pegawai penguatkuasa mampu melemahkan atau menakutkan peniaga2 jahanam walaupun sedikit.

    BalasPadam
  2. Salam, saya rasa sesuatu yang tegas perlu dilakukan....nak tahu lebih lanjut macamana nak handle situasi kalau kita disaman di Mahkamah? boleh melawat juga blog "Kak Adib Ishak Ratu Longchamp"...

    BalasPadam
  3. Maafkan sy klu commnet sy berbaur perkauman..ttp cina dan penipuan dalam perniagaan sudah menjadi lumrah.itulah kenyataan

    BalasPadam
  4. Orang Melayu ada juga menipu tetapi penipuan, pencurian, penyeludupan bersindikit dikuasai kaum China.

    BalasPadam
  5. Saya pun baru kena tipu di kompleks kota raya.kedai handphone depan pintu masuk.install wave rm 5 boleh naik 350.tak ada tindakan boleh diambil,atau ada tapi tak bebaloi maka akan terus berleluasa.dan terkena mungkin tak akan pergi lagi tapi spa kesan pada orang luar

    BalasPadam
  6. husband saya pun pernah kena. Saya dah buat entry dalam blog. Siap dah buat report dekat Tributal pengguna lagi.

    http://www.cikcyda.com/2012/11/hati-hati-beli-handfone-di-kompleks.html

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.